Persiapan menyambut bulan puasa

Assalamualaikum... Hai Semua...


2hari lepas (Ahad) weekend terakhir sebelum puasa.
So, memang keluar g beli barang2 masak dengan suami.
Sejak musim covid, jarang sekali aku join shopping barang dapur.
Biasa kalau masuk pun hanya speedmart.
Pasar basah pun lama aku tak jejak.
Serah kat Encik Suami beli segalanya.

So sempena puasa, raikan dengan g beli barang dapur sama-sama. 
Budaya ni memang aku create dengan suami.
Nak puasa, kena g beli barang dapur sama-sama.
Saje nak bagi ada moment2 indah gini. Hehehe.
Dan menghidupkan persiapan ramadan. Gituuuu.. :)

Lauk barang basah & sayur2 je aku beli yg tahan maybe less than 2 weeks.
Maybe dalam 10hari, pastu kena beli lagi incase kalau habis.
Barang lain memang aku beli stok sebulan atau lebih.
Topup sekali barang mandian, barang penjagaan diri, sabun basuh...
Sampaikan ketupat mini segera untuk raya pun aku beli siap2. Melampau kan. Hihihik

Tahun ni memang macam sebelum2 ni jugak.
Nasi + Lauk + Sayur + Air kordial/buah + Buah (kalau ada)
Kuih memang taknak buat. Better beli aje kuih kan..
Tak sempat kalau keje. Sampai rumah pun dah kul 7 petang. 
Kelam kabut bersilat kat dapur.






Stok untuk maximum 2 minggu
Ada barang sedia makanan frozen memang dari Tganu hari tu.
Stok air batu pun buat siap2.
Tembikai bekukan siap2. Nak buat Jus, terus blend je. Tahan lama.

Sayur 5jenis tahan untuk 10 hari.
Stok buah untuk buah potong dan Jus.


Sekarang jadikan amalan bawak plastik beg sendiri.
Jimat 20sen.
#gengminah20senbujanglapok
Memang letak kat depan pintu siap2 lps shopping, nak masuk kereta amik.
Memang letak dalam kereta je sepanjang masa

Rindu kampung.
Rindu adik beradik.
Rindu suasana dapur.
Tahun lepas masa covid, adik bongsu sempat duduk dgn aku masa bulan puasa dalam seminggu.

Tahun 2018 MIL dan arwah FIL duduk dengan kami lepas raya.
Tahun 2019 MIL dan arwah FIL duduk dengan kami. 
Tahun 2020 MIL duduk dgn ipar masa bulan puasa & raya.
Tahun 2021 MIL dengan kami. FIL meninggal awal tahun sebelum puasa semua.

Tahun ni macamana pulak puasanya?

Menu Sahur Hari Pertama.
Bangun pukul 5 suami masak nasi goreng jer lebihan nasi putih malam tadi.
Terima kasih..
MIL makan kat bilik jer. 
Dah siap2 susu, air panas, biskut incase MIL tak larat nak puasa.
Pesan siap2 kalau kami lambat balik, minum susu dulu alas perut.
Dah agak kat jalan raya balik nanti, merangkak.. banyak kereta. Hehehe

Selamat Berpuasa Geng!

Pssst : Daun kunyit kami tanam, memang simpan untuk raya nak buat rendang. Hahaha.

Ok. Bye
XoXO

9 comments:

  1. pukul 7 baru sampai rumah dik? bulan puasa boss tak bagi balik awal sikit ke? aduhai siannya
    nak senangnya beli jelah kan nak masak terkejar2 kang

    ReplyDelete
  2. selamat menyambut Ramadan Kareem buat Han,semoga dipermudahkanNya segala urusan.Penat kan bekerja balik nak kejar buka puasa. Kak ana dahulu pun macam tu gak..

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa Hanni...
    Mmg meriah nak puasa, ramai org keluar shopping stock bulan puasa..

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa Han.
    Sahur tadi tak ingat pulak nak snap gambar huhuhuu... lagipun sahur sambal ikan sardin jer...

    ReplyDelete
  5. kalo kakmim pun mcm tu jugak hani... sblm puasa mmg akn beli stok barang dapur... terbiasa ikut mak.. hehe

    ReplyDelete
  6. Selamat Berpuasa juga. Time sahur tak brapa lalu nak makan lauk berat-berat. Makan nasi goreng camni pun dah okey.

    ReplyDelete
  7. Selamat berpuasa bt han sekeluarga. Stok dh topup tak risau sgt

    ReplyDelete
  8. Seronok beli brang sama sama. Kita pun dapat memilih bersama gitu. Bagus beli stok barang untuk jangka masa panjang sikit. taklah tiap tiap hari nak keluar membeli.

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo