Covid is Real

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dulu covid kita rasa serang orang2 yang kita tak kenal.
Lately kena kat orang yang dekat-dekat je dengan kita.
Sahabat la..
Ayah kepada kawan kita la..
Artis yang kita kenal di TV la.
Ustaz yang selalu kita dengar dia ceramah la.
Ibu mengandung yang kita kenal la..

Sejak May, memang aku WFH sahaja.
Pastu kalau bawa MIL g dressing kaki ke klinik, aku pun tak join (lagi la sebab PKP kan).
Pasar pun memang suami je la yang pegi.
Suami plak ada je kena g keje bila dipanggil.
Aku jarang sekali keluar.
Kalau berhajat sangat, baru keluar.
Selangor ni nama je PKP, tapi kes tinggi ribu-ribu, lebih dari PKPD ni.
Bila check kes radius 1km dari tempat aku, kesnya cecah 400lebih. 
Mak ai...

Hati plak membuak-buak perasaan rindunya kat adik beradik.
Kat parents kat kampung.
Rasa ruginya masa berlalu tanpa aku boleh balik jenguk orang tua.
Ruginya rasa.

Sedihnya kan.
Buka sekolah nanti, andai kata cikgu tanya "sape sini orangtua dia dah takde?"
Aku rasa ramai.
Kalau dulu, mungkin seorang dua je yang yatim. Sekarang, ramai yang menjadi yatim ekoran covid.

Psst : Al fatihah untuk semua yang telah meninggalkan kita sebab wabak covid ni. Semoga Allah kuatkan semangat kita semua.
Semoga cepat covid lenyap dari dunia ini..

Ok. Bye
XoXO

5 comments:

  1. aku pon jarang sgt kuar umh..
    lagi la sni PKPD.. huu..

    kuar pon utk g keje.. blk keje..
    penting sgt bru kuar..

    risau la skrg ni...

    ReplyDelete
  2. betul tu paling sedih bila ada kawan sepejabat yang baik dengan kita meninggal sebab covid, dia pun sebak sedih tu tak boleh digambarkan. Siapa yang antivak yang masih kata ini semua tipu memang jenis takde hati perut... geram rasa

    ReplyDelete
  3. Keluar rumah bila perlu je. Kalau tak, memang terperap je lah kat rumah ni :) Hope everything OK for you, stay safe!

    ReplyDelete
  4. mak oi.. byknya kes 400 lebih dlm radius.. kami kat sini kalo 40 lebih pn dh risau dh.. stay safe ye hani.. jaga diri jaga sop

    ReplyDelete
  5. Sedih betul dengan apa yang dah jadi sekarang ni. Risau itu dah pasti. Selagi tak ada urusan kita duduk rumah jelah. Semoga Allah lindungi kita dari virus COVID yang jahat ni.

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo