Progress Luka Kencing Manis

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah 3 tahun ulang alik g klinik dressing kaki MIL (mother in law).
Sekarang selang 2 hari sekali pegi cuci kaki.
Musim PKP ni suami masih kerja, cumanya boleh pergi lewat sikit, so ada masa la setiap dua hari nak pergi cuci kaki.

Bulan July hari tu, MIL cakap kaki dia denyut-denyut.
Aku ingatkan sebab memang kebiasaaan dia terasa kebas la, denyut2 la, sakit2 la..
Tak tentu kadang2 sebab salah makan la, kadang2 sakit2 tak tahu sebab ape..
Masa tu suami cuci kaki setiap hari di rumah.
G klinik sekitar seminggu sekali.
Ataupun seminggu dua kali.

Esoknya suami bawak g klinik.
Rupanya kat luka dia ada nanah sikit dan berlubang bawah kulit.
Means kita nampak kulit elok sekeliling luka. Rupanya bawah kulit tu ada nanah dan berlubang.
Siap boleh sumbat kain kasa doktor.

Doktor cuci dan buang nanah.
Sejak tu, doktor syorkan pegi klinik 2hari sekali.

Progress luka :


24 July 2021

24 July 2021

Yang terbaru progress :

5 August 2021
Nanah dah takde lagi.
Luka elok.
Daging merah maksud ada pergerakan darah.


Sekarang dah start makan ubat tradisional.
3tahun tak pernah campur2 ubat lain selain rawatan klinik.
Kali ni MIL nak try makan ubat tradisional yang beli dari anak sedara dia.
Katanya ada orang luka, kucing luka pun, makan ubat tu luka jadi kering.
So MIL nak try.
Kami ok je la. Takde masalah.

Doktor pun tahu lambat luka nak sembuh, usia dah 70an kan.
Kadar pertumbuhan daging baru lambat.

Alahai, MIL cakap kaki dia dah 3 tahun tak mandi.
Yela.. Berbalut je kan.. 
Eh tak. cuci dressing tu kira mandikan kaki la kan. Hahaha...


Ok. Bye
XoXO

8 comments:

  1. Harap2 luka itu akan beransur sembuh.

    ReplyDelete
  2. Masa ayah mertua Syu kena macam ni, lepas cuci luka Syu bagi dia pakai eye ointment. Kakak ipar yang bagi sebab dia kerja nurse dekat HRPB. Memang cepat kering luka. Daging baru pun cepat tumbuh.

    ReplyDelete
  3. Ubat klinik ke, ubatan tradisional ke usahakan sahaja dan berterusan. Semoga segera pulih luka dikaki. Aamiin.

    ReplyDelete
  4. moga di beri kesembuhan buat kaki mil hani tuh...

    ReplyDelete
  5. dia nk iktiar guna ubt tradisional plak..
    blh la try.. xslh kita usaha kan.. =)

    semoga baik2 je MIL u tu..

    ReplyDelete
  6. semoga diberi kesembuhan pada setiap kesakitan...amin

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah ada perubahan tu lebih baik. Semoga cepat sembuh. Aaminnn...

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo