Rumah Kesayangan : Tukar alas meja makan

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kalau yang follow blog aku, mesti tahu yang meja makan aku ni diperbuat daripada pintu bilik.
Pintu bilik tu kami letakkan tiang meja from ikea.
Tapi meja ni tak kukuh la, bergoyang -goyang sebab ringan je kan pintu ni as meja makan.

Oleh kerana meja ni dah besar dan muat untuk 7-8 seater, so kami guna je la sampai sekarang.


Picture 1 : Meja masa mula-mula buat
Tu warna meja (papan pintu) yang asal.
Warna coklat ala-ala warna oren gitu.

Aku just alas kain patch yang aku jahit.
Setahun jugak guna lapik kain ni. cuma time tu kami jarang guna meja makan, senang makan atas lantai je masa tu.


Picture 2 : Kemudian aku balut guna wallpaper.
Masa ni tengah trend orang guna wallpaper untuk dinding rumah.
Konon bajet comey, aku balut la wallpaper corak ni.hehe

Rupanya wallpaper ni cepat pudar dan kotor, sebab selalu kena makanan. Dan selalu di lap permukaan dia menyebabkan permukaan dia makin buruk.



Picture 3 : Sekitar Nov 2018, aku tukar alas meja.
 Beli kain hitam dan alas plastik.
Aku balut meja makan.

Tapi lama-lama plastik jernih atas tu jadi pudar dan berwap kat permukaan bawah dia.
Jadi sangat pudar/kusam.
Kalau dah lap bersih pun, nampak kotor, nampak kelabu je plastik jernih tu.
 Sakit hati betul sebab nampak tak bersih. Seolah-olah macam tak di lap meja tu.

Picture 4 : July 2021 aku balut guna tikar getah corak kayu natural.
Beli di shoppee.
Sangat berpuas hati guna.
Makan tumpah senang nak di lap.
Yang penting nampak kayu original, padahal balut guna tikar getah.
Rupanya guna tikar getah lagi jimat berbanding beli kain & plastik jernih tu.



Picture 5 : Kami takde meja kerja so kat meja ni la kami makan dan buat kerja guna komputer.
Kerusi campur - campur sebab guna mana yang ada.


Kalau tetamu datang, semua gelak tengok meja kami goyang. Hahaha
Takpe.. Biasalah meja tangkap muat je kan.
Janji ada.
Konsep minum kat rumah aku, air kena separuh cawan aje bila isi.
Sebab meja goyang, air senang tumpah. hahaha


Ok. Bye
XoXO

8 comments:

  1. hahaha..cakap kat tetamu "dont laugh-laugh"... rumah korang bukan ada pun benda rare camni

    ReplyDelete
  2. janji rumah kita sendiri nak guna apa pun takde hal kan...
    nampak nice yang last tu dik...

    meja makan umah akak lagi la kesian boh la alas meja cantik tapi sekarang jadi tempat tidur budak berbulus... kami nak makan kene makan depan tv... ampeh je

    ReplyDelete
  3. last skali beli kat shopee jgk baru puas ati.. haha..
    dh cantik meja u ani!

    ReplyDelete
  4. Tahun depan nk tuko fesyen ape plk?

    ReplyDelete
  5. samalah di rumah ni, suami dah gunakan meja makan jadi meja kerja dia

    ReplyDelete
  6. Guna tikar getah memang tahan lama dan lebih berkualiti lagi. takde hal lap banyak kali atau kotor. Luas meja senang nak buat kerja pun.

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo