Cat dinding bilik & gantung art painting

Assalamualaikum... Hai Semua...

Apa yang korang rasa payah nak buat sedangkan orang lain mudah je buat?
Kalau kami suami isteri yang payah nak buat ialah cat rumah.

Aku pelik tengok ada orang tiap2 tahun cat rumah.
Cat sendiri pulak tu. Gigih betul.

Kami ni nak cat rumah bukan main payah lagi.
Rasa susah.
Rasa banyak kerja.
Rasa renyah nya laaa.

Mungkin salah satu faktornya sebab perabot kat rumah kami ni berat2 dan ruang terhad nak clearkan barang kalau nak cat sesuatu ruang tu.

Sebelum ni bulan lepas cat dinding kat ruang makan. 
Tapi ruang tamu sebelah dia aku tak cat pun. 
Padahal sebelah2 aje ruang nya. Hahaha.

Kali ni aku makeover dinding bilik utama.

SEBELUM
Dinding ada wallpaper belang2 dari kaison

Kat dinding jugak aku ada pakukan rak untuk letak frame 


SELEPAS


Kami tanggalkan wallpaper dan cat putih semula.
Rasanya wallpaper ni pasang sekitar tahun 2016 macam tu.
Lama postpone nak cat sehinggalah kami beli ART PAINTING yang company aku lelong RM30.
So baru la gigih nak cat putih dan gantung lukisan ni.
Berbaloi. Besar dan cantek. Tapi cuma RM30 aje.


Ok. Bye
XoXO

7 comments:

  1. rumah akak pun sama, ingat pkp nak suruh laki akak tukar cat rumah warna lain tapi idok kesampaian sampai la ni.. nyampah betul hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Asyik bertangguh aje. Lantok situ.. Selagi mata blh memandang

      Delete
  2. kami pun sama la, niat memang setiap tahun nak cat umah tapi sampai leni tong cat pun tak pernah pegang lagi.

    ReplyDelete
  3. i baru jer suruh contractor cat my bilik tidur punya wall...masih in progress sbb tgh reno toilet
    anyway simple and nice jer deco2 umah u

    ReplyDelete
  4. Kita serupa. Rumah kecil perabot besar. Kalau bilik depan confirm takkan ubah dah cat belakang alamari baju. Tak tahu nak alih macam mana. Rapat ke siling.

    ReplyDelete
  5. Rajinnya... saya hajat nak cat dan ubahsuai rumah dari mula pkp sampai sekarang ni masih statusnya hajat lagi heheheh

    ReplyDelete
  6. bila cat putih jd luas kalo ruang sempit...

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo