Tengok BULLET TRAIN sebab THOR takde.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Company aku ada buat aktiviti tengok wayang.  Semua undi nak tengok cite THOR.  
Tunggu aje THOR masuk Malaysia.  Tapi macam takkan masuk Malaysia aje sebab ada unsur2 LGBT.  So movie BULLET TRAIN dipilih oleh company aku. 
Oleh sebab cite THOR takde, maka ramai la yang cancel taknak tengok. Makanya peluang dibuka untuk bawak pasangan atau anak2. Aku bawak la suami. Dating Free umpamanya. Dapat tengok wayang dan free popcorn & drinks.





Bullet Train berkisah tentang seorang agen dengan kode nama Ladybug (Brad Pitt). Dia dapat tugas untuk mengambil sebuah bag berisi wang dalam train dari Tokyo–Kyoto. Pastu ada la macam2 halangan dia. Yang pasti cite ni lawak2 jugak la..








Popcorn tak habis.
Sebab musim batuk sekarang ni. Makan popcorn umpama tekak menari2 gatalnya.


Wayang pukul7 petang.  Biasala kerja company bukan islam, memang takde la nak follow masa sembahyang agama kita kan. So, pandai2 la adjust masa solat korang.

Pukul 7.40 kami keluar solat. Nun jauh ke tingkat G tempat solatnya. Jauh menapak, bertambah banyak pahalanya. Hahaha gituwwww... Masuk semula wayang sambung cite. Nasib baik cite jenis tak complicated,dan cepat aje aku fahamnya walaupun skip g sembahyang sekejap. Cite lawak2 santai. Ok la.. 

Aku bagi 7/10.
Hampir keseluruhan cite scene dalam train aje.
Balik pukul 10malam. Lapar sangat kami singgah makan dulu.



Kedai ni dulu tutup agak lama
Kami suka makan pakapow kat sini.
Dulu ingatkan bankrup.
Rupanya dia tambah elok kedai nya.
Selesa.


Ala vibes2 kedai korea kan berlampu2 gini. Hahaha


Korang dah lama ke tak g tengok wayang? 
Lepas PKP ni ada g tengok wayang tak?
Ke sejak jadi mommy daddy masing2 tak sempat nak g tengok wayang? Haa..


Ok.Bye
XoXO

2 comments:

  1. rasanya dah lebih 10 tahun akak tak tengok wayang huhuhu.... yelah movie thor mmg tak kan tayang kt malaysia kan. Macam menarik jugak tengok movie bullet train ni tgk barisan pelakonnya

    ReplyDelete
  2. i kerap gak tgk wayang sbb tu salah satu aktiviti with my boys..latest last week, baru jer tgk movie korea tajuk emergency declaration. best!!!

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo