Sepupu suami temankan mak mentua

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ahad lepas kami pergi jemput sepupu suami (K.Nteh & K.Silah - both sekitar hujung 50an macam tu) kat Sekinchan sana. Perjalanan sekitar 2 jam dari Klang. Bawak kereta swift dengan mak mentua aku bertongkat (kerusi roda kami tak bawak), aku dah agak mesti sendat dengan barang2 nanti. Hehehe.

Mak mentua dah lama plan nak ajak mereka datang, cuma sekarang dorang free lepas dah settle semua appointment doktor & g rumah anak2 mereka. Ni kiranya, mak mentua aku nak ajak 2 orang anak sedara dia datang tidur rumah aku selama seminggu temankan dia, sambil2 nak g kenduri next week di Puncak Alam. Kami bukannya pergi mana pun. Ada aje ni ha. G kerja macam biasa. So siang masa kami kerja, minggu ni mak mentua aku ada la teman sembangnya.

Sampai Sekinchan/Pasir Panjang sebelum asar, so rehat dulu. Mereka dah siap2 barang semua dah.Tunggu nak masuk waktu asar, solat then gerak ke Klang semula.



Sampai sebelum asar. So singgah berehat dulu untuk solat sebelum gerak balik Klang
Mak mentua rehatkan kaki.
Risau takut kakinya bengkak duduk lama dalam kereta.

Nah hidangan dorang nak bawak ke rumah aku.
Kononnya nak makan dalam kereta otw ke Klang.
Oleh kerana kami sampai sebelum asar, so dorang la hidangkan ni untuk kami.Hehehe
Nuget, ikan & pisang goreng.
Sempoi aje orang2 lama hidang.
Orang2 muda bukan main nak hidang dalam pinggan cantek2.. hehehe



Amik mereka dari kampung memang banyak la barang di bawak nya. Tapi besttttttt.. 
- Ada batang keladi
- Ada ubi keladi
- Ada jagung
- Ada kangkung bendang
- Ada ikan, ayam 

Ni nasib kereta tak muat kalau tak kelapa muda pun aku nak bawak sekali. Hahaha. 
Dalam keadaan duk menyembang aje. Aku paham jugak la sikit2 bahasa jawanya. Aku menyampuk jugak la kalau aku faham topik dorang ceritakan. Hehehe..


Antara sebahagian barang.
Ni belum masuk bag2 pakaian dan barangan lain.
Gigih nak susun






Pening drebar pikir nak susun barang.
Hahahaha
Opsss OOTD set pakaian bundle.
Isteri - Baju RM5, Skirt RM5, tudung recycle yang orang bagi, sling bag RM10 bundle vintage k.Tganu)
Suami - Baju bundle & seluar bundle & pouch bag shoppe


Sampai rumah sekitar jam 7. Tak perlu masak sebab kami dah masak sup ayam pagi tu, kakak sepupu plak dah bawak lauk jugak. So, berselera la mak mentua makan saing ramai-ramai.


Nah.. Sebeban barang2 dari kampung

Seronok balik kampung, macam2 benda dibawaknya..
Semua murah2 dan ada yang free kutip kat bendang la, kat laman rumah la..



Sakan seminggu aku cuti masak sebab kakak sepupu masak. Yeayyyy.. Sedap kan orang2 berusia dan banyak pengalaman ni masak. Bahan ala kadar sedapnya bukan main lagi. 


Nanti kakak sepupu dah balik rumah masing-masing, sedih la mak mentua aku.
Dah takde teman.
Dah takde makan saing2.
Yealaa.. Duduk dengan anak menantu yang kerja, malam baru jumpa muka..  

Takpe. Janji mak mentua aku seronok sehari dua ni. Kira macam charge energy keriangan la.

Kakak sepupu gelakkan aku rendam batang daun kesum, katanya tak payah. Amik aje daun kesum kat rumah dia.. Sabor aje la...Heheh
Minggu ni balik keje makanan dah ada kat rumah, pastu makan sama2. Rasa macam duduk rumah mak sendiri plak. Rindu..

Ok. Bye
XoXO

3 comments:

  1. penuh kereta macam-macam barang ada, gitulah keadaannya bila orang tua nk datang rumah kan semua nk dibawaknya. Kita pulak suka je sebab selalunya benda tu dekat bandar susah nak jumpa atau kalau ada mahal.

    ReplyDelete
  2. blk kg yg seronoknya dpt brng2.. fuhh penuh kereta..
    alhamdulillah.. happy MIL mu ade peneman..

    ootd bundle pon letops weh..

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo