MIL tak boleh berjalan

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sekarang kami dah jemput mak mentua (MIL) semula dari rumah kakak ipar.
MIL duduk sana 14hari. Kami akan jaga semula seperti kebiasaannya.
Kesihatan MIL sekarang sedikit merosot.
Mak dah tak boleh berjalan. Dah seminggu lebih. 
Dari rumah kakak ipar lagi dia tak boleh berjalan. Ingatkan hanya 2,3 hari aje.
Rupanya dah lebih dari seminggu sekarang...
Kakak Ipar ada bawak ke klinik dan panggil tukang urut.

MIL masih boleh bangun. Tapi dah tak boleh berjalan.
Makanya kena sediakan kerusi tandas portable.
Malam pakai pampers.
Pastikan semua barang2nya tercapai dengan tangannya masa dia baring kat katil.

Plan aku nak beli kerusi roda satu lagi untuk kami gunakan untuk tolak MIL mandi di bilik air.
Kerusi roda yang ada sekarang jenis berkain. Kalau lapik plastik pun, kadang terkoyak akan basah.
Kerusi tolak yang arwah FIL gunakan untuk mandi dulu dah koyak seatnya dan kami dah buang.
(Kalau beli seat baru sama mahal dengan kerusi roda baru, tak berbaloi)
So kena beli yang lain pulak.

Sambil2 tu nak beli jugak kerusi roda untuk ayah aku datang ke KL this week.
Ayoh aku leloh, so kami sediakan kerusi roda untuk senang tolak dia.
Plan asal kami suami isteri nak balik Tganu sebelum CNY untuk jemput mak ayah aku ke KL, tapi tak kesampaian. So, abang ngah aku yang gantikan ambik mak ayah aku ke sini.

Rutin aku sekarang :
Bangun pagi mandi dan solat pastu uruskan mandi mak.
Setakat ni, mandikan MIL dalam bilik dengan lap2 badan guna towel kecil, pastu setelkan bedak2 tubuh mak dan pakaian dia. Bagi breakfast.
Lepas ni kalau dah beli kerusi roda (plastik/kulit seat) boleh la tolak MIL masuk bilik air kalau nak mandi. Mandi dengan air direct ke tubuh lagi segar.
Kalau arwah FIL dulu, semua urusan mandi suami uruskan. Aku just bantu tukar cadar & kemas katil arwah. Arwah FIL dulu memang pakai pampers aje, tak pakai portable toilet chair. FIL memang bedridden masa tu. Tak boleh bangun langsung. Sambil suami urus arwah FIL dlu, aku akan masak siap2 sebelum g kerja pagi tu & ke klinik dressing kaki MIL (kalau perlu dressing setiap hari).

Since pagi kena urus MIL, plannya sekarang aku nak masak malam siap2. Pagi cuma bangun dan panaskan lauk. 
Suami boleh bantu kat dapur pagi tu sementara aku urus mandi MIL. Oh ye, untuk najis & air kencing MIL dalam portable tandas, memang suami yang uruskan. 

Sekarang aku plan nak masuk kerja 7.30 pagi. So by 6.30pagi aku dah kena keluar rumah, tu pun sampai dalam 7.40 pagi kat office. Berbanding dulu aku keluar masa dah cerah sebab masuk office 9.30 pagi. Sekarang aku masuk awal sebab nak balik pukul 4.30 atau pukul 5petang. Tapi kalau tak sempat, aku masuk pukul 8.30pagi pun boleh.

Kami akan usaha mengurut dan bawak MIL ke klinik di sini.
Andaikata MIL memang dah tak boleh berjalan lepas ni, kami akan usaha untuk cari pembantu di rumah sepanjang kami kerja. Tengok dulu progress MIL macamane.

Sekarang suami try apply WFH dari company dia.
Tapi kemungkinan akan ada urusan di luar jika ada site perlu dia attend.
Aku pulak akan cuti jika perlu.
Aku kumpul cuti sekarang untuk urusan TTC, urusan orang tua aku di Tganu jika tak sihat.



Makin penuh kereta dengan portable toilet plak dalam kereta.
Dengan bag ubat dressing kaki,
Pampers & susu selain pakaian.
Kerusi roda kat bonet.
(Masa ambik MIL dari rumah kakak ipar)

Semoga dimurahkan rezeki kami nak sediakan kereta yang lebih luas untuk penumpangnya..


Sources from Google
Portable Toilet Chair


Tak sabar nak jumpa mok ayoh dan adik beradik aku minggu ni.
Bercuti CNY di KL aje.
Abang aku kawen next week di PutraJaya. Yeay!

Aku rasa ni peluang aku nak temukan mak aku dengan besannya.
Bila dua-dua pihak dah tak sihat, duduk jauh memang takleh jumpa selalu la. (Selangor-Tganu)
Sepanjang 5tahun jaga parents in law, baru sekali mak ayah aku jumpa besan dia kat sini. 
Tu pun masa tahun 2019, kebetulan mak ayah aku datang KL melawat pakcik aku di pusat jagaan orang tua.
Sempat la jumpa arwah FIL time tu.
 

Ok. Bye
XoXO

12 comments:

  1. boleh cuba bawa MIL buat rawatan fisio. Caj dikenakan pun lebih kurang macam berurut, tapi dibuat oleh juru terapi berkelayakan.

    Semoga Allah permudahkan urusan kalian menjaga dan merawat MIL.

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan buat MIL dan Family ye...

    ReplyDelete
  3. Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan

    ReplyDelete
  4. moga mudah2 saje ye urusan Hani and husband.
    besar pahala menjaga org tua. in shaa Allah.

    terkenang kan arwah MIL aida.
    lama sakitnya. 3-4 tahun.
    husband 3 beradik menjaga bergilir.
    kami menantu2 pompuan pun menjaga, cuma yg lebih menjaga biras aida no. 1.
    selaku menantu sulung, dia lebih byk uruskan MIL.

    Allahu. bila berckp pasal org tua ni, aida sedikit sayu.
    mak abah aida pun da tak sihat.
    dok dgn kakak di Bangi. tapi masih boleh berjalan.
    tapi uzur la. lebih 75 tahun dah keduanya, hani.

    ReplyDelete
  5. Allah...semoga dipermudahkan semua urusan awak suami isteri. Memang bukan mudah jaga orang sakit...kesabaran itu perlu nak-nak itu ibu kan.

    Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik juga buat kalian semua

    ReplyDelete
  6. akak baca ni sambil sebak di dada memikirkan betapa hebatnya Hani dan suami menjaga mak ayah mentua yang sakit. Segala keperluan dijaga tanpa ada kurangnya, bukan semua orang boleh buat dik. Akak doakan Hani dan suami diberikan kekuatan, kesabaran dan diberi rezeki yang murah sebab menjaga mak yang sakit. Moga mak mentua Hani akan sihat dan boleh berjalan.
    Seronoknya family Hani nak datang bercuti di KL, bahagia rasa kan.

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan segala urusan mu..
    semoga rezeki mu makin melimpah ruah..
    aamiin..

    aku tau setiap kepayahan mu..
    aku doakan mu dr jauh..

    semoga terus tabah.. =')

    ReplyDelete
  8. moga dipermudahkan segala urusan. kagumnya dgn ketabahan u dan suami.
    banyak pahala u and ur hubby jaga MIL tu...tak semua org dpt peluang tu...
    moga menjadi asbab ke jannah..aamiin

    ReplyDelete
  9. MashaAllah semoga MIL cepat sembuh. Semoga akak dan suami diberi ganjaran syurga asbab khidmat dekat ibu.

    ReplyDelete
  10. Semuga MIL Han cepat sembuh. Semuga Allah permudahkan urusan kalian suami isteri.

    ReplyDelete
  11. moga semua urusan dipermudahkan & berjalan dgn lancar...aamiin..

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo