Iftar Week 1

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tahun lepas takde kenangan menu berbuka dalam blog.
Eh, ada tapi cuma untuk minggu pertama. Pastu tiba2 raya. hahaha..
Tahun ni harap boleh share post pasal menu setiap minggu.
Bukan ape, bila scroll semula post lama2, teringat kenangan masak apa masa puasa tahun itu.

Minggu pertama :



Day 1
Singgang Sotong & Ikan Goreng
Sayur brokoli & Ulam Sambal Belacan
Buah potong


Day 2
Sup Ayam Pencen
Ikan kerisi goreng
Brokoli celur
Pucuk Ubi Sambal Belacan
Buah potong

Day 3
Masak Lemak Ayam
Pucuk Ubi Sambal Belacan
Kacang Telur
Telur masin

(Abang Ipar datang berbuka sekali dengan mak mentua, dorang bawak ayam kicap & sayur kobis)

Day 4
Singgang Ikan
Ikan Goreng
Ulam & Sambal belacan
Popia Sayur




Day 5
Singgang lauk semalam.
Sayur tauegh.
Ayam & ikan goreng
Popia




Day 6
Kari Siakap
Sayur Campur
Ikan Kering goreng bawang cili
Telur goreng
Tembikai


Moreh buat Miang Pla


Sos guna yang mak aku buat bekal hari tu masa ke KL.
Sedap.




Day 7
Masak ayam masak merah
Ikan Goreng
Kangkung belacan

Moreh kami keluar sekitar Subang, pekena rojak buah & colek kelate

Rojak Buah

Colek Kelantan

Ramai orang datang walaupun bukan weekend.


Selingan : Ayoh aku puasa 1 hari je masa pertama. Anxiety dia pun makin teruk. Ada sampai 2 malam tak boleh tidor. 




Psst : Minggu pertama memang masak aje. Takde ke bazar. Kalau ada pun, singgah kedai tepi jalan beli kuih.
Yeayyyy.. Hari ni balik Tganu.. Yahooo..


Ok. Bye
XOXo

Kita dah buat biskut raya. Hehehe

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kesahnya adik perempuan aku ada datang rumah.
Bermalam 1,2 malam kat rumah sebelum dia balik Tganu.
So, weekend semalam sempat la aku siapkan biskut raya 2 jenis.
Ala.. Biskut kebiasaan yang aku biasa buat.
1. Honey conrflakes
2. Biskut cornflakes crunchy
Yang senang2 aje sempat aku buat.



Gigih mengangkat oven bawak ke meja makan.


Cornflakes madu



Biskut cornflakes cruncy

Dapat 2, 3 balang kecik untuk sejenis biskut.


Dapat beberapa balang biskut..
Boleh la buat untuk balik Tganu dan untuk sendiri makan.
Tak sempat buat raya pun aku rasa. Tiap malam duk kunyah.

Bila ada teman, seronok sikit membuatnya.
Boleh sembang2 sambil buat kuih raya.
Kalau sebelum ni, suami la jadi mangsa masukkan cornflakes dalam cup. eheheh.


Popia sayur untuk frozenkan.


Adik aku plak buat Popia Sayur.
Goreng 7,8 ketul aje, selebihnya frozenkan.
Malam lepas berbuka, aku buat kuah siranya.
Esoknya dia plan nak bagi popia sira kat membernya.
Plan nak buat macam2 untuk moreh malam td, kesudahannya masing2 kekenyangan.


Ok. Bye
XoXO

MIL boleh berjalan sikit-sikit semula.

Assalamualaikum... Hai Semua...


MIL sekarang boleh berjalan semula sikit2.
Sekadar ke tandas sebelah bilik sahaja untuk buang air besar / mandi jika tak perlu naik kerusi roda.
Tapi untuk buang air kecil, MIL akan guna portable toilet saja dalam bilik tidurnya. Tak perlu kerap-kerap berjalan.
Tu pun aku Alhamdulillah sangat rasanya.
Atleast selesa kalau dia nk buang air besar dalam tandas.
Pastu MIL pun xperlu la hidu bau busuk kalau takde najis dalam portable tandas.
Maklumla, kami balik kerja baru la suami clearkan portable toilet tu.
Sekarang takde najis dalam tu. Just ada air kencing aje. Melainkan kalau MIL betul2 tak larat nak berjalan, so MIL akan guna portable toilet aje.

Tapi untuk makan, memang tak perlu jalan ke dapur.
Memang kami letak bekal makan siap2 dalam bilik (jika tak puasa)
Buka puasa, kami kena tolak MIL guna kerusi roda ke ruang makan sebab ruang makan jauh dari bilik.

Kita yang jenis mengadap setiap hari dan mengurus setiap hari. Serumah. Memang sedikit lega bila MIL boleh jalan semula atleast untuk dia urus diri sendiri.
5 tahun menjaga, banyak benda dikorbankan.
Cukup suami tahu.. Tu je. 

Updated : MIL takde jumpa doktor pun untuk berjalan semula. Rasanya masa dia tak leh berjalan ni, sebab rasa kaki lemah kot. Tu yg tiba2 xleh berjalan. Sekarang rasa ok, dan dia yg sendiri blh nak berjalan dah (guna tongkat), tapi takde berjalan jauh dh. Biasa ke bilik air saje

Ok. Bye
XoXO

Puasa pertama dan belajar menjahit

Assalamualaikum... Hai Semua...


Selamat berpuasa semua...
Macamana sambutan ramadan tahun ni?
Macamana hari permulaan puasa korang? 
Lancar ke tu??? 

Alhamdulillah tahun ni company aku dah start flexible hours bermula seawal 7.30 pagi.
Kalau dulu flexible bermula jam 8.30 pagi paling awal.

Bulan Puasa :
7.30 pagi - 4.00 petang
8.00 pagi - 4.30 petang
8.30 pagi - 5.00 petang
9.00 pagi - 5.50 petang
9.30 pagi - 6.00 petang

So, sape nak balik cepat blh masuk keje cepat.
Tapi tu la, hari ni aku keluar pukul 6.30 pagi pun sampai opis dekat pukul 8.00 pagi. Balik nanti pun mesti jem.
Maklumla segenap alam orang KL & Selangor keluar awal sebab nak balik awal bulan puasa ni.. Hehehe..

Permulaan puasa aku aku nak share kegigihan aku nak belajar jahit baju sendiri.
So, kita tengok makan masa sebulan ke budak newbie ni siapkan baju raya dia..
Hahahaa..
kenapa?
Sebab ni kali pertama aku jahit sendiri.
Dengan takde basic jahitan baju langsung. 




Aku suruh adik aku buat pola.
Aku potong kain ikut pola pastu g jahit kelim tepi.
Ko tahu 3 jam aku spent untuk potong kain. hahaha..
Lama bukan main, kalau naik kereta sampai Temerloh ni. 
Malam tadi lepas terawih baru menjahit, pukul 11 malam dah mengantuk. Siap la 1 part. Ada berpart2 lagi nak kena buat. hahaha..
Oh ye, aku belajar jahit dengan adik aku. guna whatssap & video. 
So, ada la adegan "ehhhhh,, xpaham la aku", "ishhhhh, kenapa senget ni..." Hahaha

Eh, bukan takde baju raya. Baju beli ada, baju tempah kat adik pun ada. hehehe..
Tapi aku berniat nak la pandai jahit baju atleast baju2 simple.
Atleast ada la basic menjahit pakaian sikit2.

So, setakat mana kemampuan menyiapkan baju aku ni, kita tunggu dan lihat.
Kalau adegan ke tong sampah tu, benda biasa.
Suami jadi saksi.
Hahaha..

Bytheway, sahur tadi makan kurma aje.
Masing2 tak lalu makan nasi.
MIL tadi aku dah pesan siap2 kalau xlarat,berbuka aje.

Psst : Selamat berpose korang.

Ok. Bye
XoXO

Selamat Menyambut bulan Ramadan 2023

Assalamualaikum... Hai Semua...


Selamat menyambut bulan Ramadan semua...

Minggu terakhir sebelum ramadan, plannya nak la shopping keperluan masak untuk bulan Ramadan.
Barang kering dah siap beli di SpeedMart.
Barang basah tak sempat nak topup. Sabtu ahad bizi. Tak sempat ke Pasar.
So, rabu nanti la beli di Pasar Malam.
Ala beli Ayam & Sayur aje.
Kalau ada ikan sungai beli sekali untuk MIL.

Beli terus untuk 2minggu atau kalau boleh tahan sebulan, cari terus untuk sebulan. Senang. Hehehe..
Mungkin sesetengah orang kata tak fresh kalau barang simpan sampai 2,3minggu.
Tapi bagi kami takpe la, janji ada dalam peti.
Senang. Cumanya tengok setakat mana muat peti la.. Hehehe.
Rasanya muat max stok untuk 2minggu aje.

Maklum la Aku ni mek lembik.
Berjalan musim "puasa" memang lembik.
Tahap macam kebulur pucat muka2..
Tu yang aku nak terus shopping untuk puasa & raya sebelum puasa start.
Hehehe..

Semoga Ramadan kali ni membawa seribu kerahmatan untuk kita semua.
Mengeratkan lebih hubungan keluarga.
Yang mana ada mak ayah, datang jenguk la mak ayah.
Yang mana mak ayah kat kampung, pulangla balik berpuasa dengan mak ayah.





Pssst : Ada orang tu, dah TERPAKAI baju raya semalam. Hahaha. Penangan nak pergi kenduri kesyukuran kawan.. Nasib baik baju raya murah, nak  beli 1 lagi la.. Hahaha


Ok. Bye
XoXO

Camping di Genting Highland 3jam

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kawan suami ajak camping di Genting.
Dorang pernah tengok ramai camping kat sini beberapa minggu lepas.
Meriah katanya.
So, dorang nak try camping kat sana dan ajak kami g sekali.
Suami setuju nak pergi. Kami pergi lepas meminjam beberapa barang camping yang kami takde. hehehe

Pasal MIL plak, kami dah ke klinik dressing luka kencing manis pagi tu. Aku jugak dah kemas bilik dan basuh pakaian MIL. Pastu siapkan makan malam dalam pek bekal untuk MIL makan.


Dan kami plan akan balik tengah malam/balik awal pagi esok untuk sediakan sarapan untuk MIL.
Itu la perancangan kami.
Gigih kan seketul perempuan ni nak g camping dalam keadaan duk menjaga MIL uzur selama 5tahun ni. Huhuhu

Tapi macam biasa la, Allah merancangkan benda lain. Hehehe..
Kenapa?
Lek lu ye..

Kami sampai Genting Highland, sekitar 4.30 petang.
Pastu setup2 buka flysheet dan kemas barang2 masak.
Kat situ ada group lain jugak yang buka khemah dah pun.
Kami sempat masak maggi 2bungkus.







Lepas makan, duk rileks kat kerusi.
Eh polis datang.
Dan mintak semua orang kat situ kemaskan dan tinggalkan tempat tu.
Rasanya situ takleh camping. 
Selama ni orang camping kat situ tanpa kebenaran la kot.
Patut la awal2 tu, kami rasa pelik boleh ke main pacak je kat situ.
Ingatkan ada lot camping berbayar. hehe. Kami pulak main ikut aje. Hehehe

So sempatla camping 3hours kat situ. Hahaha
7.30 petang kami turun dari Genting dan balik rumah.
Rupanya perancangan Allah, nak kami teman MIL kat rumah.
Hehhehe..

Tempat camping tu sejuk sangat ye.. No wonder la ramai buka khemah kat situ. 

Kawan suami naik ke Fraser Hill camping kat sana lepas tak jadi camping di Genting.
Kami tak ikut, kami balik temankan MIL.
Dalam kereta kami berdua berdekah gelak sebab kiranya kami naik genting masak maggi je la, pastu turun. hahaha.
Pastu duk bercerita ni la bahana nak bercamping jugak walaupun ada org tua kat rumah. hahaha


Lawak 2ketui manusia ni. kena halau dek polis



Psssst : Ni kat area Petron berhadapan stesen bas Genting Highland. Sebelum ni memang port orang pacak khemah, sekarang polis dah pantau rasanya. Or maybe masa tu ada org report . Memang salah kami pun sebab sebarang aje duk pacak kereta. hehe


Ok. Bye
XoXO

Shoppe haul : Bag untuk bekas bekal kaca

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sebelum ni pakai bekal plastik..
Tapi bila pakai bekal kaca, baru tahu ada satu masalah iaitu takde bag bekal.
Kalau yang brand tupperware, bekal dah ada tangkai (pemegang) so senang nak bawak bila ke opis.
Kalau bekal biasa (bukan kaca) aku guna beg plastik biasa je bawak ke opis sebab ringan.
Tapi bila bekal kaca, bila guna beg plastik biasa agak berisiko sikit sebab takut pecah kalau plastik koyak. Sebab kaca ni berat

So, aku beli la beg bekal untuk bekal kaca aku ni.

Tadaaaa..


1 beg ni muat 2 bekal.
Size Bag : 22 X 16 X 19.5cm

Size bekal kaca : 20 X 15 X 6.5cm

So muat bekas kaca dalam plastik ni.



So comel.
Puas hati sangat sebab cantek dan muat untuk bekas bekal.


Muat2 untuk 2bekas kaca.
Tapi ni aku bawak 1 bekas kecik untuk isi buah potong.



So, selesa sikit bila ke opis bawak bekal.
Berbaki seminggu lagi bawak bekal ke opis, pastu dah puasa.


Ok. Bye
XOXO

Progress Luka kencing manis Feb 2023

Assalamualaikum... Hai Semua...


Perkembangan luka MIL.
Terlalu lambat untuk tutup bagi MIL yang berumur 74tahun ni.
Lagi 3 bulan cukup 5tahun usia luka ni.

Kami mungkin takde bawak MIL kat lain dah.
MIL serasi di Klinik Walia, Puchong.
Pernah bawak ke klinik dekat rumah, pergi sekali MIL keluar klinik muka tak puas hati, hehehe.
Memang penat ulang alik Kapar - Puchong untuk rawatan dressing luka ni.
Tapi alhamdulillah, sekarang hanya seminggu sekali.
Kalau dulu ye, setiap 2hari suami bawak ke Puchong.

Sebelum ni, memang berserah aje andai suami dibuang keje sebab kerap cuti, kerap masuk lambat.
Yang untungnya, aku kerja. So boleh bantu bila suami kalau tak bergaji masa tu.
Sejak 2018 jaga MIL, suami mmg kerap tukar kerja sebab isu jaga MIL selalu lambat masuk kerja urusan dressing kaki. Bermula dengan cuti 2minggu jaga di hospital, pastu bawak ke rumah kami, dressing pulak ke Klinik Kerajaan setiap pagi, pastu 2bulan lepas tu cuti 2minggu lagi MIL masuk wad (masa ni kaki bertambah besar luka), pastu ulang lagi dressing setiap pagi setiap hari. Kemudian tukar ke klinik swasta setiap malam. Pastu tukar ke Klinik Puchong, selang 2hari sekali. Time ni boleh dikatakan masuk keje half day je..

Bos bising pun takleh buat ape. Hadap aje la.
Cuma tak fair kat staff lain yang masuk keje on time.
Sebab tu, ditolak gaji pun kami ok sebab tahu kami mmg masuk keje lambat. hehehe.
(Tahu tak bila bulan paling banyak kena tolak gaji???   Bulan RAYA, sebab dahla kerap cuti/masuk lambat, pastu tambah pulak cuti nak balik beraya, hehehe.. Gaji sikit takpe, raya tetap raya!!!, hehehe)

Ni update terbaru - FEB 2023

FEB 2023

FEB 2023



Kaki luka mengecil, tapi susah betul nak bertutup.
Kecik, tapi kadang2 bila check dalam berlubang.
Kulit mati, bila gunting, eh luka jadi besar semula.
Ni bulan Mac pun luka tak berubah. duk tang tu aje la..
Takpe la, janji tak melarat.
Kalau bab kencing manis, memang terkawal.
Aku tak rasa luka besar ni cepat tertutup. Makan tahun jugak ni nak bertutup.


Ok. Bye
XoXo

Rumah Kesayangan : Kerusi di balkoni

Assalamualaikum... Hai Semua...



Kerusi-kerusi ni dulu duduk dalam rumah. Tapi sekarang aku letak kat beranda untuk orang melepak.
Ada ke orang melepak?
Hehehehe..





Ada la kalau sekerat dua sedara suami datang melawat ibu mentua aku, pastu geng lelaki suka melepak kat luar kalau nak merokok.
Aku duduk2 sini time tengok2 pokok bunga or pakai kasut je..
Jarang melepak sini.. 
Sebab bau anjing jiran sebelah tidak menyenangkan.

Sebelum ni aku tak letak kerusi kat  luar.
Kenapa?
Sebab isu nya kucing.
Isu nya kucinggggggggggg....
Kucing suka duduk2 kat sini.. (Tak tahu kucing sape, selalu masuk dalam ni)
Bulu kucing aku tak kesah sangat.. 
Aku risau kena kencing berak muntah kucing. 
Nak membasuh kerusi berspan ni leceh jugak. Nak kering lambat.


Solutionnya : Aku balut plastik kat span kerusi ni, pastu baru la masukkan sarung kerusi nya.
Hari tu, aku balik keje elok aje setompok muntah dia kat sini.
So, aku bukakan sarung basuh. Pastu basuh plastik yang membalut span kerusi tu.
Jadi span tak basah.
Yeayyyy.. Settle satu isu.
Awal2 aku dah balutkan plastik sebab taknak bergaduh dengan kucing.





Selesa ke duduk ada plastik kat dalam?
So far ok je.
Bunyi plastik masa duduk tak ketara pun. Ok je.



Ok. Bye
XoXO

Tukar tarikh appointment di Klinik Kesihatan Kapar.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bulan Dec 2022, MIL ada appointment amik darah di K.Kesihatan Kapar. So, bulan Jan 2023 is her next appointment to review result darah. But masa tu, kami tak boleh ke sana sebab suami ada outstation.

So, aku call beberapa nombor phone klinik kesihatan Kapar untuk tukar tarikh appointment.
Cari di google aje.

Bila call "staff KK cakap kena datang KK untuk amik ubat dan buat appointment baru. Aku tanya tak boleh ke by call? Dia kata tak boleh, dan tetap kena datang untuk ambik ubat sebab next appointment is bulan Mac 2023 which is another 2months from actual appointment yang kami xboleh pergi tu. Means ubat tu untuk bulan yang takde appointment tu.

Suami call pun, jawapan yang sama diberikan.

Suami tak puas hati, dia sendiri pergi ke K.Kesihatan hari tu untuk tanya boleh ke kalau nak pergi appointment keesokkan harinya jika pada hari appointment tak boleh datang. Rupanya kena tunggu date appointment yang baru, dan tak boleh sewenangnya datang walk in. Suami ke K.K pun sebab memang nak amik ubat sekali masa tu.

Kami ingatkan kalau tak boleh datang hari ni, boleh walk in esok je. Rupanya TAK. Sebab doktor dah ada kouta berapa pesakit yang akan ada appointment dengannya.

So, next appointment date yang aku dapat ialah 9 Mac 2023 (hari ini). So Jan & Feb kami dah dapat ubat siap-siap sepanjang bulan takde appointment tu. Kami ingatkan kalau nak postpone appointment, boleh dapat date seminggu lepas tu ke, eh rupanya 2bulan lepas tu. Tapi takpe sebab dapat bekalan ubat siap-siap dah untuk bulan yang takde appointment doktor tu. Ubat tu yang penting.

Kami tak tahu macamana kalau prosedur nak tukar appointment kalau di Klinik Kesihatan yang lain. Mungkin berbeza dan mungkin boleh thru call. Aku rasa kalau kami walk in aje keesokkannya, mungkin boleh aje jumpa doktor tapi kena marah jugak la sikit-sikit dengan staff sana. hehehe.

Ni kali pertama tukar appointment date di K.Kesihatan Kapar. Kalau dulu appointment dengan doktor ortopedik di Hospital Shah Alam, aku tukar appointment date by call aje & mudah. Cakap mak demam masa hari appointment, dan mintak tarikh baru. Settled.

Oh ye.. Appointment time pun memang kena ikut masa nya. 
Kalau kul 9pagi, kalau kita datang pukul 8pagi pun dia tak panggil. Siap dia bagitahu lain kali datang ikut masa appointment. Kami ni konon nak datang awal, sebab nak settle awal pastu boleh terus ke opis. Hehehe.

Appointment utk 9 mac (hari ni) first time kami dapat appointment time is 3pm.
Kebiasaaanya dapat pagi.
Bytheway, appointment hari ni suami sorang yang attend. Aku takde cuti dah. Huhuhu. Byk cuti habiskan utk TTC appointment dengan doktor.
So, kita tengok apppointment waktu petang boleh settle kul berapa.


Ok. Bye
XoXo

Chalet Dusun Pos Kuala Mu, Sg Siput Perak.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kami plan nak camping di  Chalet Dusun Pos Kuala Mu, Sg Siput di Perak.

Pukul 5.30 pagi bergerak dari KL ke Sg. Siput 
Sampai di Pekan Sg Siput sekitar jam 9.00 pagi.
Untuk ke Pos Kuala Muda (Chalet kami) perlukan sekitar 2jam lagi sebab lalu sempit, berliku & berbukit. 

Minyak kereta kami isi penuh2 sebelum naik ke Pos Kuala Mu. Sebab otw ke Pos Kuala Mu, dah takde stesen minyak. 
Pos Kuala Mu ni terkenal kerana pelancongan dan keindahan alam/sungai  yang menempatkan Chalet Kg. Bersah, Chalet Kg. Dusun dan Chalet dan Campsite Kg. Gapeh yang dibuka sekitar tahun 2017.

Chalet Dusun Pos Kuala Mu ni, ada sekitar 25 buah chalet disediakan. Binaan yang sangat ringkas menggunakan bahan-bahan kayu pokok, buluh menjadikan chalet unik dan menarik perhatian pengunjung.



Kami pilih bilik paling hujung no bilik 24 & 25 (Kedua-duanya bilik kecik RM60)
Sewa bilik sehari RM60 (2 single mattress) satu malam.
Kalau nak chalet besar RM80 (3 single mattress) satu malam



Chalet2 berhampiran pintu masuk Chalet Dusun



Sungai di kawasan chalet dusun. Air sangat sejuk ye.


Chalet kami . No wonder namanya dusun, sebab dikelilingi pokok. 


Bilik air baru berhampiran pintu masuk.

Bilik air lama. Berhampiran bilik last (bilik no 25)



Chalet bilik kami no 24 &25 (paling hujung)

Bilik RM60 semalaman (2 single tilam + 2 bantal + selimut)
Bilik ada lampu dan plug (Kena bawak extention sebab plug jugak digunakan  looping lampu dari bilik ke bilik. Hehehe.)


Depan bilik kami ada ruang dapur yang kami sewa & sebelah dapur kami dirikan flysheet dan letak kerusi untuk port melepak.


Kereta boleh masuk betul2 depan chalet untuk chalet berhampiran pintu masuk/parking.
Kalau chalet room korang jauh ke belakang, kena mengangkut la barang dari kenderaan.



Sink ada 2 sahaja iaitu di dapur depan & dapur belakang (yang kami sewa). 
Selebihnya ada gazebo tanpa sink
Dapur perlu dikemas sebelum tidor, mengelakkan binatang datang selongkar makanan. 
So far takde isu lalat. Anjing & kucing ada cuma tak la berkeliaran.



Gazebo takde sink (sewa RM30)
Tanah tak rata dan berbukit, sukar nak buat port melepak letak kerusi
Keadaan yang sedikit berbukit, berlereng agak tak sesuai untuk pasang khemah. Kebanyakan pengunjung di sini duduk di chalet aje. 



Sekitar kawasan kami camping, ada beberapa kawasan camping lain. Dipanggil Bersah Chalet, Chalet Dusun dan Tapak Perkhemahan Kampung Gapeh. 


Sources : Google/Blog orang
Campsite Kg Bersah
Ni sangat glemer ye kalau di Pos Kuala Mu
Otw ke Chalet Dusun, memang akan jumpa Campsite Kg Bersah di tepi jalan.



Campsite Kg Gapeh Hilir.
Dekat dengan Chalet Dusun. Boleh jalan kaki ke sini.



Kedai Kopi bersebelahan dengan Pondok Registration Owner Chalet di pintu masuk.
Kedai pun sama seperti chalet dibina sepenuhnya daripada sumber hutan seperti buluh dan kayu getah. Kedai menyediakan  masakan panas. Biasa jadi port mat motor makan. 
Kebanyakan pengunjung memilih untuk memasak sendiri.
Kedai runcit ada di sekitar perkampungan sini (tak banyak barang)



Line internet masa kami pergi cuma okey untuk pengguna Celcom. 
Kami yang pakai Digi ni, melanguk aje la. 
Healing aje tepi sungai tenangkan jiwa tanpa pikirkan phone.



Tengok orang asli petik petai di sebelah port melepak kitorang.


Aktiviti makan-makan aje


Makan berviewkan sungai




Cekodok bilis rangup diluar lembut di dalam

Nasi Lemak


Daging Masak Hitam & Sambal Belado Bilis Petai
Kami bawak pes beli di shoppee pastu bawak bahan mentah macam ayam, daging, ikan



Mandi Sungai sebelum pulang
Sejuk yang amat

Bergambar dengan Geng Camping


Di depan campsite Kg Gapeh









Till We Met again Pos Kuala Mu...

Percutian 3H 2M rasa tak cukup dan rasa nak lagi, nak lagi..

Sape2 nak ke Pos Kuala Mu. boleh pilih la nak pergi yang mana.

Chalet Kampung Bersah 
Hubungi: +6 019 411 7281 (Encik Saidin)

Chalet dusun kg kuala mu 
Hubungi: Emma 60 17-403 8506

Kawasan Perkhemahan Kg. Gapeh
Hubungi 3: + 6 011 15117527 (Encik Johari)

Koordinat GPS: 4.847101, 101.326469

Berbaloi untuk datang walaupun perjalanan agak jauh dan mencabar. Sangat terpegun dengan suasana, keadaan, alam sekitar di sana. Cuaca sangat nyaman. Balik KL pun, terasa takleh move on lagi dengan kenangan camping kat sini.



Ok. Bye
XoXO