Kami plan nak camping di Chalet Dusun Pos Kuala Mu, Sg Siput di Perak.
Pukul 5.30 pagi bergerak dari KL ke Sg. Siput
Sampai di Pekan Sg Siput sekitar jam 9.00 pagi.
Untuk ke Pos Kuala Muda (Chalet kami) perlukan sekitar 2jam lagi sebab lalu sempit, berliku & berbukit.
Minyak kereta kami isi penuh2 sebelum naik ke Pos Kuala Mu. Sebab otw ke Pos Kuala Mu, dah takde stesen minyak.
Pos Kuala Mu ni terkenal kerana pelancongan dan keindahan alam/sungai yang menempatkan Chalet Kg. Bersah, Chalet Kg. Dusun dan Chalet dan Campsite Kg. Gapeh yang dibuka sekitar tahun 2017.
Chalet Dusun Pos Kuala Mu ni, ada sekitar 25 buah chalet disediakan. Binaan yang sangat ringkas menggunakan bahan-bahan kayu pokok, buluh menjadikan chalet unik dan menarik perhatian pengunjung.
Kami pilih bilik paling hujung no bilik 24 & 25 (Kedua-duanya bilik kecik RM60)
Sewa bilik sehari RM60 (2 single mattress) satu malam.
Kalau nak chalet besar RM80 (3 single mattress) satu malam
Chalet kami . No wonder namanya dusun, sebab dikelilingi pokok.
Bilik air baru berhampiran pintu masuk.
Bilik air lama. Berhampiran bilik last (bilik no 25)
Chalet bilik kami no 24 &25 (paling hujung)
Bilik RM60 semalaman (2 single tilam + 2 bantal + selimut)
Bilik ada lampu dan plug (Kena bawak extention sebab plug jugak digunakan looping lampu dari bilik ke bilik. Hehehe.)
Depan bilik kami ada ruang dapur yang kami sewa & sebelah dapur kami dirikan flysheet dan letak kerusi untuk port melepak.
Kereta boleh masuk betul2 depan chalet untuk chalet berhampiran pintu masuk/parking.
Kalau chalet room korang jauh ke belakang, kena mengangkut la barang dari kenderaan.
Sink ada 2 sahaja iaitu di dapur depan & dapur belakang (yang kami sewa).
Selebihnya ada gazebo tanpa sink
Dapur perlu dikemas sebelum tidor, mengelakkan binatang datang selongkar makanan.
So far takde isu lalat. Anjing & kucing ada cuma tak la berkeliaran.
Gazebo takde sink (sewa RM30)
Tanah tak rata dan berbukit, sukar nak buat port melepak letak kerusi
Keadaan yang sedikit berbukit, berlereng agak tak sesuai untuk pasang khemah. Kebanyakan pengunjung di sini duduk di chalet aje.
Sekitar kawasan kami camping, ada beberapa kawasan camping lain. Dipanggil Bersah Chalet, Chalet Dusun dan Tapak Perkhemahan Kampung Gapeh.
Sources : Google/Blog orang
Campsite Kg Bersah
Ni sangat glemer ye kalau di Pos Kuala Mu
Otw ke Chalet Dusun, memang akan jumpa Campsite Kg Bersah di tepi jalan.
Kedai Kopi bersebelahan dengan Pondok Registration Owner Chalet di pintu masuk.
Kedai pun sama seperti chalet dibina sepenuhnya daripada sumber hutan seperti buluh dan kayu getah. Kedai menyediakan masakan panas. Biasa jadi port mat motor makan.
Kebanyakan pengunjung memilih untuk memasak sendiri.
Kedai runcit ada di sekitar perkampungan sini (tak banyak barang)
Line internet masa kami pergi cuma okey untuk pengguna Celcom.
Kami yang pakai Digi ni, melanguk aje la.
Healing aje tepi sungai tenangkan jiwa tanpa pikirkan phone.
Tengok orang asli petik petai di sebelah port melepak kitorang.
Aktiviti makan-makan aje
Cekodok bilis rangup diluar lembut di dalam
Nasi Lemak
Daging Masak Hitam & Sambal Belado Bilis Petai
Kami bawak pes beli di shoppee pastu bawak bahan mentah macam ayam, daging, ikan
Mandi Sungai sebelum pulang
Sejuk yang amat
Bergambar dengan Geng Camping
Di depan campsite Kg Gapeh
Till We Met again Pos Kuala Mu...
Percutian 3H 2M rasa tak cukup dan rasa nak lagi, nak lagi..
Sape2 nak ke Pos Kuala Mu. boleh pilih la nak pergi yang mana.
Chalet Kampung Bersah
Hubungi: +6 019 411 7281 (Encik Saidin)
Chalet dusun kg kuala mu
Hubungi: Emma 60 17-403 8506
Kawasan Perkhemahan Kg. Gapeh
Hubungi 3: + 6 011 15117527 (Encik Johari)
Koordinat GPS: 4.847101, 101.326469
Berbaloi untuk datang walaupun perjalanan agak jauh dan mencabar. Sangat terpegun dengan suasana, keadaan, alam sekitar di sana. Cuaca sangat nyaman. Balik KL pun, terasa takleh move on lagi dengan kenangan camping kat sini.
Ok. Bye
XoXO
seronoknya main masak-masak sambil bersantai depan sungai. Lepas tu berkubang dalam sungai. hehehehe memang best ni sesekali keluar dari kesesakan kota. Nyaman dan tenang
ReplyDeletekwsn camping yg cantik di pergunungan...berbaloi menempuh jln yg panjang & berliku..
ReplyDeletebesh baca kisah camping U :)
ReplyDeleteyg penting healing and enjoyyyy
Pernah glamping kat Tanah Aina Fahad. Best juga sekali-sekala. Malam tu nak tidur bunyi air menderu, cengkerik.
ReplyDeleteNampak kat sini best sesekali dengan nature.
wahhh cantik tempatnya, seronok macam-macam aktiviti ada. Suka tengok orang bercamping gini cuma kalau akak yang tak minat memang tak betah rasanya
ReplyDeletetak pernah sampai ke sini lagi walaupun tak jauh dari umah mak abah akak kat pekan sg siput tu..hehe...best rupanya camping kat sini. selalu lah nampak orang share pi kuala mu ni tapi akak & husben bukan jenis kaki camping..eh kalau sesekali mencuba, okey juga..
ReplyDelete