Kesah Raya 2023

Assalamualaikum... Hai Semua...


Persiapan Raya tahun ni :

Sebelum ni eksaited jugak buat persiapan raya.
Sehingga la kes ayah aku masuk wad, kami suami isteri plak demam, terus ke laut mood raya.

Tapi takpe. kita teruskan je la mengenang kenangan raya tahun ni.

PERSIAPAN :

Bekas Kuih Raya.
Suami kirim kat anak sedara dia untuk beli bekas kuih raya.
Murah2 je.
Yang penting, transparents dan nampak isi dalamnya. Senang nak tengok.

Kuih Raya & Kerepek & kekacang.
2,3 jenis buat sendiri.
2,3 jenis beli.
Ada yang orang bagi

Pakaian Raya.
Aku punya dapat baju raya awal2 sebelum puasa lagi.
Suami pulak pakai baju sedia ada. Baju baru tak sempat beli last minit dekat raya demam.

Duit Raya.
Kirim kat kawan tukar kat bank.
Ada jugak yang aku g kat bank sendiri.

Turn balik kampung.
Dari awal tahun, suami mintak raya kat Kapar aje dengan maknya.
Tup2 ayah aku masuk wad sebelum raya. so kami balik Tganu la jugak lepas settle raya dengan mentua kat sini. Raya kat sini dulu baru raya kat Tganu plak. Plan asal aku balik sorang Tganu, ni ayoh aku masuk wad suami aku nak balik sekali.

Menu Raya.
Ini jenggggg bila dikenang.
Aku dengan takde deria rasa masa memasak.
So, tak tahu rendang rasa apa. sambal rasa apa.
Lantak situ

Cuti?
Aku takde amik cuti sebelum raya.
Rapaaaaatttt keje hingga hari terakhir.
Cuti amik lepas2 raya masa nak balik Tganu.


HARI RAYA PERTAMA

Suami demam.
Aku dah ok dari demam. Cuma deria rasa je takde.
Bersiap dan hidangkan menu raya.
Ajak MIL makan, dia taknak. Dia nak tunggu anak2 lain datang beraya ke rumah aku dan MIL nak makan dengan mereka.
Aku dengan suami makan aje berdua.
Sepagi kami tunggu adik beradik suami datang.
Pukul 2.30 petang baru adik beradik suami datang sekeluarga.
Masa tu baru la MIL makan la bila anak tu datang.
Pukul 5 petang, satu keluarga lagi datang.
Pukul 6 petang, kakak suami sekeluarga datang dan bermalam kat rumah kami.


Bergambar dengan MIL

Dan bersalam raya di bilik MIL

Bergambar dengan suami yang demam.


Menu kami rendang kerang & ayam masak kicap versi simple


Bekas kuih raya 



Menjadi jugak ketupat palas first time aku buat  ni



Tetamu yang sempat bergambar.
Semua sedara suami dapat beraya dengan maknya.


Sementara tu, di Terengganu sambutan raya syahdu.



Sumpah. Gambar ni aku sayu sangat tengok.
Subuh2 raya, mak gi hospital beraya dengan ayoh.
Bawak baju raya ayoh.
Adik bongsu aku hantarkan mak ke hospital.


Adik beradik di kampung lepas sembahyang raya, terus ke Hospital 

Adik2 bujang beraya dengan mak ayah di hospital
Baju raya ayoh sekadar letak atas tubuh ayoh.
Ayoh mintak baju raya nya di bawak ke hospital.


Adik beradik dan ipar duai yang sempat berkumpul dan beraya di hospital.



Adik lelaki bawak cucu terbaru mak.
5 bulan baru jumpa cucu ni.
Mak susah nak kemana2 skg tambahan lagi, adik aku duduk negeri lain.
Aku pun tak sempat tengok anak sedara yang ni kekangan kesihatan anak sedara yang 2x dah masuk wad.
Anak fragile lagi, tunggu besar sikit dan antibodi kuat kami dukung.



Adik beradik bergambar OOTD 



HARI RAYA KEDUA

Suami bertambah okey selepas malam tdi kami ke klinik buat kali kedua.
Mintak doktor cucuk sejarum.
Dan bekalkan ubat baru.
Ubat sebelum ni dah habis tapi demam tak kebah.


Tadaaa... Kalau masih ingat awal puasa aku jahit baju sendiri.
So inilah hasilnya. Hahahaha



Pagi raya kedua masak mee kari

Masak sendiri puas hati letak segala protein dalam tu. Hehe




Tetamu raya kedua - Kawan2 kami


Keluarga abang sulung datang ke rumah kami malam tu.



HARI RAYA KETIGA

Suami dah sihat sedikit, dan baru kami keluar jalan-jalan amik angin.

Nak ke rumah kawan2 beraya, semua masih sibuk beraya/bercuti dengan family. 



First time berbaju kain pario.
Pening jugak la nak mengikatnya.


Raya keempat aku start bekerja.
Tunggu abang ipar amik MIL, kami baru boleh balik Tganu untuk melawat ayoh di hospital.
InsyaAllah raya kelima balik Tganu jika tiada aral melintang.
Aku bagi semua adik beradik suami beraya dulu, sementara kami jaga mentua. Lepas ni, kami pulak balik Tganu menjaga ayoh aku di hospital.


Habis kisah raya dengan Mentua.
InsyaAllah lepas ni kesah balik Tganu pulak.
Semoga Allah memudahkan segala urusan ayoh dan keluarga aku yang menjaga orang sakit.


Ok. Bye
XOXo

Week 4 Puasa - Dugaan

Assalamualaikum... Hai Semua...


Minggu terakhir puasa.
Jom tengok apa je aktiviti iftar kami
Dan story apa terjadi minggu ni



DAY 22

Aku masak sayur masak lemak.
Dengan asam pedas.
Buat sambal tuk tuk bilis
Ikan goreng


DAy 23

Plan nak buat sayur air sawi.
Eh suami request nak masak lemak lagi.
So aku masak lemak sayur sawi.
Buat ikan selayang sambal, Keli goreng.
Kuih opismate bagi




DAY 24
Berbuka di luar buat kali pertama.
Ni pun sebab kawan ajak berbuka.
Nak belanja kami.
Arrangement kami, pukul6 dah siapkan bekal untuk mak mentua.
Mak mentua berbuka sorang dalam bilik.
Tapi suami ada call mak masa azan dan mintak mak makan nasi.
Kul6.30 kami g Setia City Mall.
Kami solat dulu baru dapat makan di Tony Roma's



Lamb

Rib



Thanks Rosma & Hapis belanja.



DAY 25
Aku demam tapi masih puasa.
Aku masak sayur.
Suami masak ayam kicap.
Suami bakar ikan. Aku buat rencah ikan bakar.





DAY 26

Aku demam, tak puasa.
Suami masak ikan singgang je.
Suami berbuka berdua aje dengan MIL




DAY 27

Aku demam lagi. Suami tapau nasi ayam kat Bazaar sebab aku teringin nak nasi ayam.
Teringin nak sup2, nak ayam kicap yang tak pedas.
Nak nasi yang wangi2 nasi ayam.
Tapi urmmmmm.. Nasi ayam ni tak sedap.
Nasinya takde bau nasi ayam.
Ayam macam ltk kicap semata.
Sup macam air kosong.
Sambal manis saja-saja.
Kecewa sebab masa tu demam, jadi teringin nak sup sangat.
Tapi dapat nasi ayam yang tak best



DAy 28

Singgah peti jalan nk beli makanan berbuka, banyak sold out.
Boleh beli ayam percik je.
Balik rumah kena masak nasi dan suami request nak sayur lemak.
Suami complain kata tawar.
Aku ni masak takde deria rasa dah sebab selsema.
Telan makanan pun takde rasa apa.
Suami start demam dan pergi klinik



Day 29

Suami demam dan tak puasa.
Aku masak sup aje.
Suami bertambah teruk demam.



Selingan :

Sabtu suami bawak MIL gi cuci kaki.
Aku kat rumah habiskan barang untuk buat biskut raya.
Ala buat kuih sama seperti sebelum ni aje.
Cornflakes madu & Cornflakes Cruncy.
Pastu habiskan kulit popia dalam peti, aku buat popia nestum.
Kebetulan nestum & icing sugar ada. Menjadi la last minit.



Sempat siapkan ketupat palas.
Dapat dalam 23 bijik kecik besar. Hahha
Btw, ni pertama kali aku buat ketupat palas.
Gigih tengok video cara balut ketupat



Suami g belajar buat anyaman ketupat dengan kawan dia.
Dapat sekitar 80 biji.
Dorang bagi 3 orang.


Lepas aku demam, suami pulak demam.
Melepek la dua-dua depan TV.


Company Sport club bagi kacang

Deria rasa takde, terus tak sedap hati.
2X buat covid test. Nasib baik negetif.
Demam so far 2 hari je. tapi deria rasa takde.



Ramadan ke 28. ayah ke hospital pukul 2.30 pagi.
Sebab demam dan lelah.
Mujur abang ngah aku ada balik. So sedikit sebanyak membantu.
Adik2 pun ada tempat bergantung untuk mintak pendapat serba sedikit tentang apa nak buat next untuk ayah.


Bersiap nak ke hospital



Berkerusi roda ke kereta untuk ke hospital

Pukul 9.00 pagi ayah ditahan di wad.
Dipakaikan topeng penuh muka.
Tahun lepas, raya ke4 ayah di tahan di wad.
Pastu sebulan lepas tu, masuk wad lagi . Masa tu memang teruk.
Kami semua balik.


Aku akan setelkan raya dengan MIL dan bagi adik beradik suami beraya dulu, then akan mintak tolong sesiapa jaga MIL.
Aku balik Tganu pulak kali ni plan Allah ayah masuk wad, so suami aku nak ikut aku balik sekali.

Selamat Hari Raya.
Nanti up story raya sendu kami plak


Ok. Bye
XoXO

Iftar Week 3 & Pemberian Barangan Raya

Assalamualaikum... Hai Semua...



Week 3 nak masak pun dah takde idea.
Tapi masih jugak masak..
Minggu ni orang duk berkira-kira raya Jumaat ke, Sabtu.
Bagi aku, haaaa lantak situ la..
Sebab aku xde balik kampung, so aku xkesah raya bila.
Untuk barang basah raya, memang nak beli masa weekend last before raya.

Untuk raya aku takde apply cuti lagi so far.
Sebab tak tahu akan balik Tganu ke tak.
Eh, dah la...
Nak mengenang semula apa ada aktiviti aku week 3 iftar ni..


DAY 15

Masak nasi goreng aje.
Add on Kambing Bakar yang suami beli.
Berbuka lewat sebab suami lambat balik kerja


DAY 16

Masak nasi aje dan sediakan ulam
Suami beli ayam golek


DAY 17

Beli nasi briyani/arab


DAY 18

Keli dan ikan senangin goreng
Kuah masam manis yang leftover aku bekukan dalam freezer.
Popia frozen yang adik aku buat sebelum ni aku goreng n sirakan aje


DAY 19

Tomyam putih cendawan enoki

DAY 20

Panaskan lauk semalam Tomyam Putih Cendawan Enoki
Beli roto john dan air tebu
Dapat free bubur kacang hijau


DAY 21
Asam Pedas Ikan Siakap
Sayur Brokoli
Kerang Rebus



Selingan :

Kak Ipar poskan ubat-ubatan dan gula-gula untuk mak.
Macam biasa, dapat habuan la tupperware kek buah.
Tahun lepas dapat set biru.
Ni set pink orange. 
Thank You ler..


Company bagi biskut raya untuk muslim yang menyambut raya


Kawan suami bagi kacang dan kerepek raya



Tukar duit raya.

Tahun ni aku takde geng nak berjalan dari satu bank ke satu bank gi cari sampul raya.
So, kalau takde sampul aku bagi je duit raya takde sampul.


Ok. Bye

Cacat cela

Assalamualaikum... Hai Semua...



Hey Korang...
Ingat lagi tak mula-mula puasa dulu aku ada try nak buat baju raya sendiri.
Dah 15Ramadan ni, siap la baju raya aku.
Kalau ikutkan dalam seminggu dah siap.
Tapi aku takde getah sesuai untuk pinggang.
So masa balik Tganu, aku mintak getah pinggang dengan adik aku si tukang jahit tu.
Eh, dah kat rumah dia, depan mesin jahit terus la aku mintak dia jahitkan. 
So siap la.
Kiranya untuk satu set baju ni, hanya getah pinggang yang adik aku jahitkan. Selebihnya aku jahit.

Apa cacat celanya? :

1. Leher jadi sempat.
2. Poket tak berapa cantik.
3. Pinggang salah kira, so besar tapi aku adjust cangkuk pinggang.
4. Lengan sempit sebab basi besar.
Tu je la kot.
Semua cacat cela tu berpunca dari aku sendiri.
Maklumla belajar menjahit sendiri.

Kesimpulan lepas belajar menjahit sendiri?
S.U.S.A.H
Sumpah.
Better beli siap atau upah je la orang untuk keselesaan bila pakai. Hehehe.
Penat wei..
No wonder upah mahal.
Padan dengan kudrat tukang jahit.
Percayalah.

Ok. Bye
XoXO






Iftar Week 2 (Balik Kampung jugak)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Alhamdulillah.
Minggu kedua puasa dimulai dengan balik Terengganu. Yeayyy..
Seronoknya. Khamis last week, lepas balik kerja terus shot balik Kampung.
Tapau sushi dari kedai kat opis.
Berbuka ala kadar di kereta kemudian singgah di RNR Kuantan untuk makan & solat.
Balik dengan adik perempuan aku sekali.
Bergilir drive sampai la ke hujung destinasi. Hehe
Bumi K.Tganu super duper panas yang ampunnnnn bu...


Kali ni balik bertiga dengan adik perempuan aku.


Minggu kedua masak pe je?
Jom... tengok..



Day 8

Makan dalam kereta.
Sushi dan Dunkin Donut



Day 9


Gulai ikan kering dengan nenas

Moreh makan dadih aje
Nostalgia betul jumpa benda alah ni


Day 10

Nasi minyak




Moreh makan benda alah ni. Sedap . COD aje sampai ke rumah.



Day 11

Kari ikan tongkol dengan terung bulat




Moreh makan fruit yogurt.
Pastu jalan2 sekitar bandar Terengganu.
Meriah moreh kat Primula Hotel.
Duduk2 atas tikar. Meriah betul. Tapi kami tak singgah. Just lalu aje sebab jem



- Gambar from FB seseorang.-
Sepatutnya singgah moreh sini.
Tapi masing2 dah mengantuk



Day 12

Balik KL. Berbuka dengan kawan. 


Day 13
Berbuka sorang di rumah.
Sebab suami masih di site.
Makan apa yang leftover di peti ais aje, aku buatkan nasi goreng & match kan dgn keropok



Day 14
Suami masak ayam pencen masak kicap
Aku masak sayur kacang botor goreng. Nak clearkn fridge.
Yong Tau Fu leftover dalam peti ais
Hari ni makan depan TV je


Tamat minggu ke 2 Ramadan.
Pagi ni ke opis, radio dah pasang lagu raya.
Lama aku tak dengar lagu raya masa drive pergi/balik kerja bulan puasa.
Sebab tahun-tahun sebelum ni, puasa mesti akan naik moto ke opis dengan suami.
Tahun ni drive. Tapi 2 minggu drive ni, hari2 aku stress sebab jem.

Selamat berpuasa geng.


Ok. Bye
XoXO