Week 4 Puasa - Dugaan

Assalamualaikum... Hai Semua...


Minggu terakhir puasa.
Jom tengok apa je aktiviti iftar kami
Dan story apa terjadi minggu ni



DAY 22

Aku masak sayur masak lemak.
Dengan asam pedas.
Buat sambal tuk tuk bilis
Ikan goreng


DAy 23

Plan nak buat sayur air sawi.
Eh suami request nak masak lemak lagi.
So aku masak lemak sayur sawi.
Buat ikan selayang sambal, Keli goreng.
Kuih opismate bagi




DAY 24
Berbuka di luar buat kali pertama.
Ni pun sebab kawan ajak berbuka.
Nak belanja kami.
Arrangement kami, pukul6 dah siapkan bekal untuk mak mentua.
Mak mentua berbuka sorang dalam bilik.
Tapi suami ada call mak masa azan dan mintak mak makan nasi.
Kul6.30 kami g Setia City Mall.
Kami solat dulu baru dapat makan di Tony Roma's



Lamb

Rib



Thanks Rosma & Hapis belanja.



DAY 25
Aku demam tapi masih puasa.
Aku masak sayur.
Suami masak ayam kicap.
Suami bakar ikan. Aku buat rencah ikan bakar.





DAY 26

Aku demam, tak puasa.
Suami masak ikan singgang je.
Suami berbuka berdua aje dengan MIL




DAY 27

Aku demam lagi. Suami tapau nasi ayam kat Bazaar sebab aku teringin nak nasi ayam.
Teringin nak sup2, nak ayam kicap yang tak pedas.
Nak nasi yang wangi2 nasi ayam.
Tapi urmmmmm.. Nasi ayam ni tak sedap.
Nasinya takde bau nasi ayam.
Ayam macam ltk kicap semata.
Sup macam air kosong.
Sambal manis saja-saja.
Kecewa sebab masa tu demam, jadi teringin nak sup sangat.
Tapi dapat nasi ayam yang tak best



DAy 28

Singgah peti jalan nk beli makanan berbuka, banyak sold out.
Boleh beli ayam percik je.
Balik rumah kena masak nasi dan suami request nak sayur lemak.
Suami complain kata tawar.
Aku ni masak takde deria rasa dah sebab selsema.
Telan makanan pun takde rasa apa.
Suami start demam dan pergi klinik



Day 29

Suami demam dan tak puasa.
Aku masak sup aje.
Suami bertambah teruk demam.



Selingan :

Sabtu suami bawak MIL gi cuci kaki.
Aku kat rumah habiskan barang untuk buat biskut raya.
Ala buat kuih sama seperti sebelum ni aje.
Cornflakes madu & Cornflakes Cruncy.
Pastu habiskan kulit popia dalam peti, aku buat popia nestum.
Kebetulan nestum & icing sugar ada. Menjadi la last minit.



Sempat siapkan ketupat palas.
Dapat dalam 23 bijik kecik besar. Hahha
Btw, ni pertama kali aku buat ketupat palas.
Gigih tengok video cara balut ketupat



Suami g belajar buat anyaman ketupat dengan kawan dia.
Dapat sekitar 80 biji.
Dorang bagi 3 orang.


Lepas aku demam, suami pulak demam.
Melepek la dua-dua depan TV.


Company Sport club bagi kacang

Deria rasa takde, terus tak sedap hati.
2X buat covid test. Nasib baik negetif.
Demam so far 2 hari je. tapi deria rasa takde.



Ramadan ke 28. ayah ke hospital pukul 2.30 pagi.
Sebab demam dan lelah.
Mujur abang ngah aku ada balik. So sedikit sebanyak membantu.
Adik2 pun ada tempat bergantung untuk mintak pendapat serba sedikit tentang apa nak buat next untuk ayah.


Bersiap nak ke hospital



Berkerusi roda ke kereta untuk ke hospital

Pukul 9.00 pagi ayah ditahan di wad.
Dipakaikan topeng penuh muka.
Tahun lepas, raya ke4 ayah di tahan di wad.
Pastu sebulan lepas tu, masuk wad lagi . Masa tu memang teruk.
Kami semua balik.


Aku akan setelkan raya dengan MIL dan bagi adik beradik suami beraya dulu, then akan mintak tolong sesiapa jaga MIL.
Aku balik Tganu pulak kali ni plan Allah ayah masuk wad, so suami aku nak ikut aku balik sekali.

Selamat Hari Raya.
Nanti up story raya sendu kami plak


Ok. Bye
XoXO

1 comment:

  1. waduh sedap asam pedas itteww.,
    salam aidilfitri maaf zahir batin

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo