Oleh kerana dah besday baru-baru ni, so kena la buat renewal lesen memandu.
Last aku renew lesen ialah pada tahun 2020 zaman covid.
Bila boleh bekerja semula masa musim covid tu, cepat-cepat aku pergi Pejabat Pos untuk buat renew lesen memandu yang dah mati masa tu. Buat untuk tempoh 3 tahun. So lesen mati pada Sept 2023.
So, baru-baru ni lesen mati, aku terus la g Pejabat Pos. Bila dah 3 tahun tak lalui proses renew ni, kita lupa la step dia. Aku pun google secara general. Katanya cuma pergi ke kaunter Pejabat Pos tanpa perlu isi borang.
Terkedek-kedek la aku masuk Pejabat Pos, amik nombor giliran dan tunggu.
Sampai di kaunter baru aku tahu kena buat lesen digital sekarang. Kakak kaunter tu ajar cara buat.
Muat turun aplikasi MYJPJ
Muat turun aplikasi MyJPJ di Playstore ataupun Appstore
2. Daftar atau Log Masuk MyJPJ
Selepas memuat turun, buka aplikasi tersebut. Buat mereka yang sudah mempunyai akaun JPJeID/ MySikap, boleh terus memasukkan ID pengguna iaitu no MyKad korang diikuti kata laluan untuk log masuk.
Jika gagal log masuk kerana masalah kata laluan, tekan Terlupa Kata Laluan dan masukkan No MyKad korang dan e-mel yang digunakan untuk pendaftaran.
Untuk yang tak ada ID MySikap tersebut, korang perlu mendaftar akaun baharu.
Klik je pada Daftar Akaun Baharu (warna hijau) dan masukkan No MyKad korang dan teruskan proses mendaftar sehingga selesai.
3. Tekan Tab Profile
Sebaik selesai log masuk, anda akan dibawa ke laman utama. Tekan ‘Profil’ pada ruangan tab di sebelah bawah kanan.
4. Pilih Lesen Memandu atau Lesen Kenderaan Motor
Pilih Lesen Memandu untuk paparan LMM Digital (e-LMM) dan pilih Lesen Kenderaan Motor untuk melihat paparan digital roadtax korang.
Memandangkan aplikasi MyJPJ ketika ini sedang mengalami trafik yang tinggi, screenshot maklumat-maklumat yang dah berjaya dimiliki dan simpannya di dalam telefon pintar korang.
Credit : Buzzkini
Aku punya kakak kaunter Pejabat Pos buatkan kat PC dorang. Aku just check in myJPJ apps je tengok lesen yang dah siap. Bayaran untuk 3 tahun ialah RM90 + RM2.50 (cas upah)
Ok. Bye
XoXo
XoXo
Oo..wow..Barulah tahu 😂 Thanks info..Tak amek berat bab ni sebelumnni... Saved
ReplyDeleteEhh…tak tau pun lesen memandu dah beralih ke digital jugak.
ReplyDeleteKena simpanlah lesen fizikal yang ada sekarang ni buat kenangan 😀
thanks for sharing, my lesen memandu lmbt lg nak expire sbb ari tu i renew for 5 yrs terus...tp memang nak kena download my jpj apps tu utk renew road tax keta expire end of oct ni
ReplyDelete