KENANGAN : TATU ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) di TERENGGANU

Assalamualaikum... Hai Semua...


Nostalgia sungguh bila dengar orang sebut ada "TATU" main kat stadium.
Persembahan acara TATU Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan KDYMM Sultan Terengganu akan diadakan pada 6 Oktober 2023 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, bandar Kuala Terengganu.

Tapi raptai berlangsung pada 4 Oktober 2023 memang sangat meriah. Mak aku cakap orang penuh stadium bila tengok gambar2 yang orang share dalam group wassap dia.
Aku rasa kalau pada hari 6 Oktober memang lagi sakan la kemeriahannya.


Aku di Selangor kini.
Bekerja dan menetap di sini selepas berkahwin.
So, banyak ketinggalan dan tak boleh join event di Tganu.
Terengganu sekarang banyak sangat event2 yang berlangsung.
Semoga murah rezeki untuk semua warga Terengganu.

Kenangan masa kecik.
Rumah aku di Kampung Tanjung. Dekat sangat dengan stadium.
Bila ada "TATU", ayah akan bagitahu kat mak.
Oh ye. Ayoh aku dulu pernah kerja di Stadium. Sebelum dia  dapat kerja kerajaan.

Jadi bila ada aktiviti apa2 di stadium, ayah akan tahu awal.
Bila ada "TATU", mok aku akan bersiap awal-awal sebab nak bawak anak-anak ke Stadium.

Siang tu mak akan kerah anak-anak untuk tidur petang, sebab malam nak tengok pertunjukan.
Lepas magrib, mak pimpin anak2 segerombolan gi Stadium dengan berjalan kaki.
Kami mungkin 6-7 beradik masa tu sebab adik-adik kecik belum lahir masa tu.
Mana abang-abang yang besar pimpin adik2.
Mok pulak pimpin adik yang paling kecik.
Bawak tikar & food sekali.
Kami tak pernah beli makanan kat sana, cukup bawak air sejuk dari rumah & sedikit jajan.
Ayoh dah tentu berada kat Stadium masa tu sebab bekerja.

So, mak sorang2 urus kami beramai-ramai ni.
Riuh rendah.
Jalan raya jem. Kereta banyak. Cerah. Meriah. Ramai orang walaupun belum sampai di Stadium.
Masuk stadium free aje untuk acara TATU ni.

" Kita yang duduk dekat dengan stadium ni, semayang magrib je kat rumoh, orang2 yang jauh dah tentu dari petang tadi dah berkampung dalam stadium, kalau lambat takdok tempat nak duduk"

Ingat lagi pesan mok.
"Pimpin tangan, jangan lepas"
Takut hilang.
Lebih2 lagi masa berebut-rebut ketika masuk/keluar stadium.
Sebab masa TATU tu ramai sangat budak2.

Kalau terjumpa ayoh, alhamdulillah.
Kalau tak, kami pandai2 duduk sendiri.
Mok akan cari port sesuai untuk kami.
Mok tak lupa bawak payung/baju sejuk sebab malam takut sejuk.

Ayoh selalu kata "nanti tengok la, ada lampu2 kat baju askar/peserta. bila tutup lampu lawa"
Benda tu sampai sekarang aku ingat.

Masa tu :
Ada persembahan kawad berhias dengan lampu-lampu di baju
Ada persembahan anjing lompatan bulatan berapi
Ada persembahan tentera 
Ada persembahan banyak sangat yang menarik.

Sape yang matanya tahan, boleh tengok sampai tamat.
Sape yang matanya tak tahan, dah terkulai di riba mok.
Mok aku taknak anak terlepas persembahan, usaha dia nak cerahkan mata anak sebab nak anak rasa pengalaman ni.

Eksaited sangat bila lampu stadium dipadamkan untuk persembahan. kemudian lampu-lampu cantek terserlah. Dalam keadaaan gelap. lampu pada pakaian je kita nampak, Ianya bergerak-gerak. Kita budak masa tu memang eksaited betul.



















Notes : All photo credit to TranungKini & others FB pages.

Stadium meriah. Penonton penuh. Suara kanak-kanak ceria bergelak ketawa.
Tak kurang hebat mak ayah yang melayan kerenah anak masing-masing.
Mana yang berduit, maka anaknya dapat la habuan belon.
Mana yang berbelanja, maka ada la habuan burger, popcorn, aiskrim kon di tangan.
Tapi itu semua tak boleh menandingi sedapnya air milo cawan kertas hijau. 
Keluarga kami yang berpendapatan rendah cukup la dengan offer mok
"Nok air sejuk dop ni?" pelawaan mok aku sampai air botol air sejuk dari bekalan kami.
Seingat kami, kami tak pernah meminta mak beli sebarang makanan bila keluar.

Tak kurang hebat dengan suasana diluar. Banyak gerai.
Skrin-skrin besar di luar pun da ramai penonton di depan skrin.

Bila acara beransur tamat, mok amik kesempatan untuk bawak kami ramai2 keluar awal, sebab taknak berasak-asak nanti.
Pesan ayoh "bawak anok-anok keluar awal, jangan tunggu acara penamat habis, nanti ramai keluar sekaligus"

Anak2 mengeluh, sebab masa acara penamat belum habis, tapi kami dah kena beransur-ansur jalan ke pintu keluar. Mata tak kalih tengok persembahan, hinggalah habis dan masa tu kami terus keluar.
Ayoh tak galakkan keluar lambat sebab nanti berasak-asak teruk. Kami pulak adik bradik ramai, takut hilang. 
Balikla kami ke rumah dengan jalan kaki semula, sambil2 tengok kemeriahan jalan raya dengan kereta yang nak pulang ke destinasi masing-masing.

Sungguh rindu.
Kenangan yang mok ayoh ciptakan masa kami kecik, sampai sekarang kami ingat.
Bukan guna wang ringgit pun.
Tapi kenangan tu lebih mahal daripada itu.



Ok. Bye
XoXO

2 comments:

  1. seronoknya imbas kembali pengorbanan mak ayah kita dulu dulu.

    ReplyDelete
  2. perkataan tatu tu tu menggamit memori masa silam MZ...sbb arwah ayah MZ ex army dan pernah terilbat utk handle event tu...ni kisah masa MZ sek rendah.. :( teringat kat arwah ayah :(

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo