Jom sambung.
AHAD 24 Disember 2023 (Hari Ketiga)
Awal pagi abang sulung sampai. Maka 8 beradik aku ada kat rumah. Kesian si bongsu sorang takde. Hari ni akan diadakan aktiviti makan - makan sempena ulang tahun ayoh aku 17haribulan Disember.
Pagi dimulai dengan masak sarapan di dapur. Mak masak nasi goreng. Aku amik bahagian goreng keropok keping & kuih (Hehehe.. Tugas hakiki pembantu dapur). Dan macam biasa, walaupun mak dah masak, akan ada aktiviti membeli juadah luar untuk anak si polan yang tak makan pedas, anak si polan yang teringin karipap, teringin roti canai. Hehehe
Rumah dah menggelegak dengan manusia sepenuh2 alam. Kat situ la nak makan, kat situ la nak bergusti, melalak berhingus-hingus bagai bila kalah bermain dengan sepupu.
Dan macam biasa Tokki orang yang paling bising mulut nya bila tengok cucu memanjat sana. berlari sini.
Parents as usual nikmati makan sambil flip2 tudung.
Hehehe
Petang hari buat persiapan untuk sambutan hari jadi ayoh. Mana yang keras perut, sakit jawline masing2 sebab tiup belon.
Mana yang melalak nak pegang belon. Disamping tu ada susuk tubuh perempuan yang serun takut belon pecah ponggggg..
Gegadis mummayiz dan belum mummayiz semua suka kalau bab nak sambut aktiviti makan - makan.
Dimulai dengan solat magrib & di teruskan dengan solat hajat dan isyak.
Kat sini, dah tentu geng2 abang tua-tua main peranan jadi iman
Ketuai kami, insyaAllah kelak adik2 akan mengikut.
"Mung dulu, nanti aku buat"
Maka masing2 mengeluarkan suara menghadiahkan lagu hari jadi untuk 'Tokki'.
Si minah ni dah tentu menyanyi in bahasa korea saeng-il chughahamnida! 😀
Anok sedara tak rasa aunty dia poyo..
Maklumla aunty dia lahir di Kantin Sekolah Korea dulu.. 😁😁
Sekitar majlis makan-makan. Menu mee rebus je yang kami masak.
Selain tu semua beli aje.
Entah pukul 40, pukul 700 ke dorang tidur malam tu. Bilik aku nung di hujung dunia kat belakang sana, ayoh mengeluh leloh pun kami tak dengar. Hahaha
Selamat UlangTahun ayoh. Semoga Allah mudahkan segala urusan ayoh.
Untuk adik beradik, semoga ukhwah berkekalan hendaknya.
Ok. Bye
XoXO
gmbr beramai2 tu pastinya precious moments yg akan kekal sbg kenangan manis for future memories :)
ReplyDeletesanah helwah to your dad
jeles sgt tgk adik beradik org lain berkumpul ramai2 gni..
ReplyDeleteadik beradik aku tak gni.. ='(