GoodBye 2023 yang 1001 dugaan

Assalamualaikum... Hai Semua...



Setahun dengan pengalaman IVF dan TTC.
Tahun 2023 ni tahun dugaan kewangan dan job untuk kami suami isteri. 

Walaupun gagal IVF, tapi Allah beri 1000 kenikmatan lain dalam hidup.
Contohnya peluang berkumpul dengan adik beradik.
Peluang bercuti dengan suami.
Spend time dengan kawan-kawan.

January - Diduga dengan MIL tiba2 tak boleh berjalan. Oleh kerana kami berdua bekerja, maka kami cari byk solution untuk MIL yang tinggal sorang di rumah bila kami kerja. Tp lepas 2 bulan, MIL boleh berjalan semula. 1 lg benda best terjadi di bulan Jan, abang aku kawen. Lama kami tunggu dia naik pelamin.

February - Anniversary yang ke 10. Seronok sbb tahun ni, kami buka semula buku guest book masa kawen dulu dan suruh kawan2 tulis ucapan untuk anniversary kami yg ke 10 tu. HAPPY ! :)

March - Bestnya bila boleh bercuti ala2 camping tapi tidur dalam chalet (aci tak? hahaha). Sumpah ni pengalaman sangat best dan aku rasa susah nak move on. Love it!




April - Kisah Puasa & balik Tganu yang sangat best.

May - Dugaan hujung puasa ayah aku masuk wad. Dan mereka semua beraya di wad. Aku beraya di Selangor dulu sbb MIL dengan kami kan. Aku tunggu adik beradik suami mana yang boleh jaga, baru aku balik Tganu jaga ayah aku.

June - Try dressing kaki MIL di Klinik baru di Pelabuhan Klang. Tapi cuma pergi 1,2 kali je. Selebihnya tetap ulang pergi ke Klinik biasa kami di Puchong.

July - IVF berjaya tapi miscarriage pada minggu ke7. 

Ogos - Ayoh aku warded lagi selepas musim mengundi tu. Aku balik sorang je ke kg sbb suami jaga MIL. 

September - It's my birthday.

Oktober - Persiapan IVF ke2, lalui kehidupan harian dgn penjagaan MIL dan dressing kakinya itu.

November - Besday suami dan IVF ke2 tahun ni failed. Payah jugak nak move on. Tapi belajar.

December - The best December . Sebab suami bawak bercuti ke Kedah selepas aku failed IVF untuk makan angin. Thanks En Suami. Dannnnnnn yang paling best, dapat balik kg bawak suami (kebiasaanya aku blk kg sorang sbb suami kena jaga maknya). Balik kampung kli ni super duper best sebab almost semua adik beradik balik dan kami berkumpul smbut ulang tahun ayoh.


Terima Kasih 2023 yang manis dan indah walaupun diselit dgn banyak kedukaan.

Untuk 2024. Please jadi yang indah-indah ye.

Pssst : Banyak story best hujung2 2023, nanti kami update ye..

Ok. Bye
XoXO

6 comments:

  1. Semoga yang pahit-pahit 2023 berubah menjadi manis 2024 ini.

    ReplyDelete
  2. Insha Allah.. yg pahit akan manis akhirnya nanti, especially dari doa2 org tua (MIL), pasti ada keberkatannya.

    ReplyDelete
  3. Jangan risau Hani...Allah dah sediakan pelangi untuk Hani&family...tunggu saja dia muncul

    ReplyDelete
  4. Insya-Allah, tahun 2024 nie akan yang baik2 je utk sis hani dan kita semua... Aamin

    ReplyDelete
  5. Yang pahit tu akan jadi manis jugak akhirnya nanti. Selamat tahun baru 2024 😊

    ReplyDelete
  6. semoga yang indah² bakal menjelma di tahun 2024 ni... best jugak kan buat catatan rumusan tahunan mcm ni... nanti² bole throwback

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo