Tengah memasak untuk berbuka, suami terpekik-pekik panggil aku 😄. Katanya jiran nak pinjam baju kurung.. Jiran aku ni bangsa India, anaknya sebelum ni pernah je pinjam baju kurung aku bila ada event di Universiti dia..
Jiran : Saya nak pinjam baju kuning kak..
Aku : Jom..
Aku bawak dia masuk bilik baju terus. Nohhh ko pilih la nak baju apa.
Jiran : Baju kuning ada kak?
Aku : Baju kuning takde. (Aku baru buat decluttering) Dalam hati aku berkata-kata, "maybe si minah ni kena pakai baju tema kuning kot"....
Jiran : Ok, saya ambik baju biru ni la. Sambil dia angkat hanger baju biru berbunga kuning tu.
Aku : Oh.. Baju biru ni, boleh pakai tudung kuning sebab bunganya kuning kalau nak match tema kuning tu.
Opsss...
Maka bergelak la kami berdua. 😂😂😂
Terlupa pulak aku sedang berurusan dengan si non muslim ni.
Boleh pulak aku suruh dia bertudung kuning plak kan... 😜
hehe..
Ok. Bye
Xoxo
Teringat lagu raya Khairil Johari Johar
ReplyDeleteSeronok dgr bila baik dgn jiran.. Zmn skng nie kdg2 tu jiran sebelah pun kita x tahu nama apa..
ReplyDeleteBagusnya sgt close dgn jiran smpai tahap pinjam baju tuuu😍
ReplyDeletedulu pun SA ada jiran india, kalau ada apa2 memang dia rujuk kami sekeluarga..kadang pinjam jugak baju kurung SA incase kalau ada event...mana ntah jiran tu sekarang..totally lost contact
ReplyDelete