Kisah sehelai baju

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bila ramai-ramai balik kampung, akan ada la orang tu tertinggal baju.
Orang ni tertinggal seluar.
Anak orang ni tertinggal charger.
Anak orang tu tertinggal botol susu.

Dalam group whatssap family, sejam dua lepas masing-masing gerak balik rumah masing-masing, akan ada la whatssap masuk bagitahu :

"Mok, kami tertinggal seluar kat ampaian, tolong simpan"
"Mok, anok orang tertinggal selipar merah dia, tolong simpan"
"Mok, botol susu anok kita xdok ni, rasa macam tertinggal kat bilik depan tu"



Baru-baru ni lepas raya, mak aku whatsap tanya sape tertinggal baju ni kat ampaian.
Tanya semua orang, semua kata bukan baju dia.

Hujung-hujung kami tahu la sape pemilik baju ni..

Rupanya baju Kak Teh.. Hahaha.
Laki dia tak kenal baju dia, dan konfident jawab tu bukan baju bini dia.

Rupanya abang aku (Abang Teh) nampak baju  ni luar bilik dia. Dia ingat baju oranglain termasuk kat baju-baju wife ni, so dia ambik dan bawak naik baju  ni letak kat ampaian luar (dengan alasan, ni mungkin baju ipar perempuan yang lain yang mungkin tergantung kat ampaian, tapi orang salah angkat dan letak kat depan bilik dia sebab ingat baju bini dia iaitu KakTeh)

Bila tanya KakTeh, Kak Teh terkejut dan kata kenapa baju dia dari tingkat bawah ada duduk di ampaian.
Macam-macam hal.
Hal baju selai pun kecoh whatsap tanya pemilik.


Ok. Bye
XoXO

4 comments:

  1. 😂😂😂😂

    ReplyDelete
  2. Kalau kita pulak, tak igt tetinggal dekat mana... Byk sgt rumah...

    ReplyDelete
  3. Memang biasa berlaku kejadian macam ni

    ReplyDelete
  4. Hahahahahahaha, lawak juga 😅😄. Menginap dululah baju tuh di sana yaa, sampai dijemput kembali 🤭

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo