10/10 - Ponteng mengaji
Dulu selalu malas gi mengaji. Kalau ke surau mengaji aku ok. Kalau ke rumah guru mengaji, aku cukup malas. Aku pernah la banyakkkkk kali ponteng mengaji, gi lepak kat padang atau gi duduk bawah/panjat pokok jambu kat padang tu. Sehingga la kantoi dengan mak aku. Kalau dengan adik beradik aku tak kesah pun. Sebab? Aku ponteng, dia pun ponteng. Agaknya dorang lagi kerap ponteng dari aku.
10/10 - Koyakkan baju ayah
Aku tak sedar tangan duk ralit main pisau. Sambil-sambil berbual, aku duk tikam pisau kat baju ayah. Bukan sebab marahkan ayah time tu. Tapi sebab diluar kawalan, duk ralit tangan laju pegang pisau, sambil berbual aku hunus pisau kain baju tu. Rupanya tu baju batek ayoh. Mok aku tanya kenapa baju banyak koyak. Aku kata sebab tikus gigit. Rupanya tikus berambut hitam.. Ihiksss..
7/10 - Rosakkan basikal ayoh
Jumaat ayoh cuti, so aku dengan adik beradik selalu guna basikal ayoh. Kesudahannya rantai putus la. Tayar bocor la, Rim basikal belok la, sepit udang basikal belok la.. Mana taknya. bila bergaduh time bermain tu, memang ada la adagen campak basikal, tolak basikal. hempas basikal bila tak puas hati.. Jahanammmm budak2 ni..
8/10 - Amik dompet kecil tapi tak bayar di Pasar Malam
Masa gi pasar malam ketika balik kampung mak aku, aku tengok lawa beg syiling cute-cute, comel kecik aje, dengan macam-macam corak. Aku pegang-pegang jamah dompet kecik tu, aku terlupa aku terbawak sekali lepas tinggalkan kedai tu. Mujur tak balik rumah lagi, mak aku perasan dan gi semula kedai tu bayarkan bag yang aku amik tu. Oh comel betul perangai kannnnn.. Rasa comel bag tu, kita pegang bawak balik je. Haha
1000000/10 - Jatuh paya
Masa tu aku dengan sedara aku (lelaki) main basikal. Kami duk main tepi-tepi paya tangkap anak berudu, anak ikan sekila, duk "kenyet' (penyek-penyekkan) telur katak.. Otw balik, masa atas basikal kami tergelongsor masuk paya. Busuk kohonggggg bau, muka hitamm... Hahaha.. Balik rumah kami berdua diam-diam masuk bilik air mandi. Mak aku dah pelik kenapa kami ni diam aje balik main terus main. Rupanya kantoi bila mok tengok baju-baju yang kami tinggalkan kat bilik air kotor.. Huhuhu
1000000/10 - Langgar rumah jiran
Masa tu main basikal ramai-ramai, then dummmmmmmmmmmmmm.. terlanggar rumah jiran. Tergegar kampung. Hahahaha. Siap pernah jugak la aku terlanggar toilet luar rumah jiran aku.. Bergoyang weiii..
100/10 - Memanjat rumah untuk tengok TV
Dulu pakcik aku selalu ngusik tak bagi kami tengok TV. Dia selalu tunggu kat tangga & beranda taknak bagi kami naik. So, kami duk memanjat la rumah ni untuk naik tidak perlu melalui tangga. Biasanya cuma abang aku je yang berjaya naik. Kami terkulai half way nak sampai. Hahaha
1000/10 - Panjat pokok
Sebab adik beradik lelaki ramai. Sampai 5 orang lelaki, aku sokmo la memanjat macam jantan. Ada satu hari tu, aku memanjat pokok lepas tu seluar tersangkut lalu aku terjuntai kepala ke bawah. Kaki ada luka la sikit. Pedihnyaaaa weiii.. Tapi ku tahan, sebab masalah aku cari kan. Kalau melalak, mok aku tambah lagi bagi sakit. Hahaha
Ohhh.. Banyak lagi..
Ok. Bye
XoXO
Ayoyo nakalnya dia hihi...
ReplyDeleteTapi seronokkan zaman kanak² dulu, carefree... Semua benda kita nak buat, main redah je bahaya fikir kendian :D
Hahahaha zaman dulu anak2' rasanya tak terlalu mudah menangis kan. Apalagi kalo kesalahan yg dilakukan salah dia sendiri. Drpd menangis lalu dibuat makin sakit Ama papa mama 😅.
ReplyDeleteSaya sendiri pun nakaaal sangat dulu. Tapi kenakalan yg pernah bikin bekas seumur hidup, pas magrib dah tau harusnya pulang rumah. Ternyata ada fogging. Bagi kami anak2' fogging tuh macam kabut lah, seru. Jadi begitu fogging datang, langsung kami ber4 menyerbu masuk naik sepeda ke dalam kabus tuh, dan jalanan pula turunan. Karena asap fogging tebal, tak terlihat jalan. Hajaaab kami semua accident saling melanggar. Terguling-guling ke bawah 🤣🤣. Badan penuh luka kena aspal jalanan.
Tak usah tanya luka2 nya. Sampe skr pun msh ada 🤣🤣.
kenangan terindah zmn kanak2...yg takkan berulang pastinya
ReplyDeleteyang pasti nya...anak-anak zaman sekarang tak merasa apa yang kita rasa zaman dulu...macam takde life pulak anak zaman sekarang nie.. hahaha
ReplyDeletehaha ms kecik sgt nakal ye.. tp syok woo dulu tnpa gajet..
ReplyDeletegni jela mainan kita..
kecik2 nakal besar jd manusia berguna jugak.. hihi
alamak aihhhh nakalnyaaaaa hahahahah~ Ana dulu masa kecik paling nakal begaduh masa main baling selipar je kekekeke~
ReplyDelete