Tadah air lerrr

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dapat je berita Klang akan mengalami isu bekalan air terputus akibat kerja-kerja pembaikan, so cepat-cepat la aku plan tadah air.
Tong hitam yang terselit tepi mesin basuh, menghalang aku untuk keluarkan tong tu untuk kerja tadah air.

Malam tadi, aku whatsap suami : Nanti balik, tolong tadah air.


Pagi ni bangun Jam 6.30 am selepas beberapa kali off alarm dari jam 5.30am. 😁😁😁
Tengok-tengok elok aje tong hitam duk di tempat asal tak dikeluarkan.

So pagi ni sebelum gi kerja kelam kabut dulu uruskan kerja tadah air.
Siapkan sarapan MIL. Dan bersiap ke opis.


Yang Penting tadah air di dapur. Senang nak mencuci alatan.
Air untuk mandi dah ada tangki
Kadang-kadang kalau takde air, kedai makan pun tutup.
Nak taknak kena masak sendiri jugak kalau kedai banyak tutup.


Pagi ni MIL ada urusan check up. Last week urusan amik darah ditemani aku. Kali ni, suami pergi sendiri sebab aku takde cuti dah. Bila pergi sorang lambat la sikit urusan sebab kena parking dulu baru start urusan klinik MIL. Kalau aku join, masa suami cari parking yang super duper payah tu, aku dah boleh start urus MIL di dalam klinik. Malu nak kerap lewat ke opis, sebab sedar semua orang lain pun ada urusan peribadi sendiri. So, kalau last week aku dah amik half day cuti, kali ni aku kena kerja.

Sorry ye kali ni takleh teman. 😞


Semoga dipermudah semua urusan.

Pagi tadi salam MIL untuk ke opis, MIL dah tanya "jambu batu aku ko dah kupas ke?".
Oh.. Alamak. Terlupa.


Selingan : Malam tadi otw nak tidur terdengar benda "pangggggg" macam benda jatuh bersepai. Macam kaca, macam benda pecah dan bersepai ke lantai.
Dalam hati "eh, jiran terpecahkan pinggan ke"
"Eh, jiran terjatuh kan barang ke?"
"Ehhhhhh.. Ke kucing liar jatuhkan barang aku????" Teringat aku pada kucing-kucing liar yang selalu duduk kat rak storan aku di kawasan parking.

Nak pergi kerja pagi ni..
Nahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. Betul tekaan aku. Barang rumah ni yang tersepah jatuh kat tempat kucing selalu memanjat.

Suami : Nanti saya kemas, memang plan nak kemas sini pun

Nanti tu bila?? Hehehehe.
Kita tengok la bila nanti dia tu. 
2025 ke?? Hahaha..

Aku jawab : OK
Lalu berlalu pergi kerja dihantar suami kelam kabut. Sebab nanti kereta nak digunakan untuk hantar MIL ke klinik pulak. 

Ok. Bye
XoXO

7 comments:

  1. segala yang boleh digunakan buat tadah air, kita tadah..dalam mesin basuh pun kita tadah air.. hahaha...
    kang nak makan, kita guna pinggan plastik jelah...terus buang

    ReplyDelete
  2. Part takde air ni la part paling x suka kan...bertabah la ye...office SA pun dah bagi notis, xde air start hari ni sampai Jumaat..kalau teruk sanagt keadaan nanti, Jumaat amik cuti la...

    ReplyDelete
  3. seksanya lah tiap kali takda air ni..

    ReplyDelete
  4. memang mencabar la bila tak de air...syukur so far kwsn MZ tak affected

    ReplyDelete
  5. Moga dimudahkan urusan. Kawasan saya tak terjejas.

    ReplyDelete
  6. rohok lalu la rs kalo adop air gop.. huhu..
    byk nk guna air.. masak lg mandi lg.. basuh baju lg..
    semoga dipermudahkan segala urusan mu sekeluarga..

    ReplyDelete
  7. Aisssh masalah air mata memang bikin pening 🤧😔. Semoga tak lama sangat ya kak.

    Naaah zaman saya kerja dulu pun begitu. Kalo anak sakit, susah nak ambil cuti. Apalagi job desk saya memang tak bisa cuti tanpa Ada yg menggantikan. JD harus ada relief team. Krn itu suami yg LBH sering temankan anak kalo sakit, atau babysitter lah. Bersyukurnya selepas resign, baru lah tak pening kalo ada yg sakit, Krn pasti saya yg menemani

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo