Recall 2013 . LOVE it

Assalamualaikum...
Hai sayang semua...



Tahun 2013 banyak kenangan manis dan pahit.
Apa yang dijalani sepanjang setahun ini...
Jom...


January 2013
Aku busy dengan persiapan kawen. Serius busy sebab banyak benda aku DIY sendiri. Gigih ko!




February 2013
Kami nikah pada 10 February 2013 (malam) kat Masjid Ladang, K. Terengganu.
Kami bersanding pada 11 February 2013 kat Dewan Kg, Paya . K.Terengganu.
Majlis sambut menantu pada 16 February 2013 kat Sitiawan, Perak.
Masuk rumah sewa...


Pre-Wedding secara comel.
Sendiri take photo. Sejenis Gigih!



Bersanding secara comel dan malu-malu

Kenduri di Perak


March 2013 - December 2013
Hidup bahagia bersama suami isteri. Sesungguhnya semuanya perancangan Allah.

June 2013
My loving BFF dah kawen. Tahniah




August 2013
First time raya as 'husband & wife".
First time bercuti bersama family ke Cameroon. Ala-ala husbandmoon gitu haa.. Sayangnya suami demam time tu. Kesian dia!


Beraya di Cameron


September 2013
Dapatkan rawatan kat Columbia Asia sebab aku ada PCOS.
Birthday pertamaku as husband and wife. Happy.


October 2013
Dapat Mesin Jahit pertamaku. Alhamdulillah
Birthday pertama suamiku as husband & wife.

Mesin Jahit Pertama ku


November 2013
Rawatan kali pertama gagal..
Raya Haji bersama suami & keluarga tersayang.

Raya Haji bersama suami.


December 2013.
Doakan kebahagian kami untuk 2014 dan seterusnya.
Pergi menjenguk rumah teres untuk dibeli. Doakan semua indah-indah belaka yer!

Semoga tahun baru memberi rezeki baru kepada kami! Semoga Allah peliharakan kami dan kalian semua yer.

Psst : Lagi 7 hari untuk ke hari pengumuman bonus. Hope ada la sikit duit masuk untuk urusan rumah kelak.

Ok. Bye!
XoXO

Mentarang bakar guna grill

Assalamualaikum...
Hai semua...


Hari tu,  balik dari Perak, singgah beli mentarang sebab teringin sangat nak makan Mentarang Bakar. Kalau nak beli RM7 sepinggan. Sikit je. Makan tak puas. So, aku beli 1kg dah RM12. Ini untuk size sederhana. Yang size besar dapat la harga RM14.

Aku bakar guna Grill yang suami beli zaman muda dia dulu..






Buat nasi goreng mentarang sekali..
Hari tu makan kat Kedai Faridah mentarang sedap je..

Mentarang ni sangat cepat masak, sebab cengkerang dia nipis je.


Cicah dengan sos thai je..
Sedap


Vanilla Bananas Float.

Psst : Akan repeat lagi...


ok. Bye

Mee Goreng Basah di Hari Minggu

Assalamualaikum...


Buat mee goreng...  Buat basah-basah, makan panas-panas, sedap bertingket-tingket.


Bahan - baham :

1. Setengah bungkus mee kuning.
2. Sayur sawi sepohon  (sebab ada dalam peti)
3. Carrot setengah batang (sebab ada dalam peti)
4. Cendawan bulat  (sebab ada dalam peti)
5. Kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram,
6. Garam dan gula.
7. Isi ayam & sotong  (sebab ada dalam peti)
9. Bawang merah, bawang putih, cili yang dipotong
10. Cili boh untuk tumisan.
11. Daun sup. (sebab ada dalam peti)

Cara Penyediaan:

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili yang dipotong. Masukkan cili awal sebab nak bagi pedas sikit.
2. Bila garing, masukkan cili boh sesudu. Goreng sampai garing.
3. Masukkan semua sos dan kicap, masukkan sikit air. Masukkan garam dan gula.
4. Masukkan isi ayam, sotong, sayur dan cendawan.
5. Masukkan mee kuning.
6. Kacau sebati.
7. Tutup api dan tabur daun sup yang dipotong.




Makan dengan keropok Terengganu.. Best..
Makan bertambah-tambah
Berat meningkat-ningkat
Nangis berlagu-lagu
Sebab jarum weight scale naik bertalu-talu 

Alhamdulillah untuk rezeki pagi ni.

Ok. Bye.

Sup Ayam dan Apple YakultVanilla di hari lahir suami.

Assalamualaikum...
Hello friendss,,



Hari Lahir suami aaku ingat nak bawak dia gi makan Kenny Rogers...
Sebab aku ada lagi baucer Kenny Rogers yang tak guna.
Tup-tup tadi suami request nak makan sup ayam.



Sup ayam birthday..
hehe..  kemain nama

Apple Yakult Vanilla.

Sangat sedap.. Terasa macam minum Yakult perasa epal.

Resepi :
1. Epal sebijik. kulit asingkan.
2. Sebotol Yakult/Vitagen
3. Satu scoop ais krim vanilla

Blend semua dan letak ais.


Ok.Bye
XoXO

Birthday En. Tulang Rusuk

Assalamualaikum...
Ehem..Ehemmm...



26 NOVEMBER 2013


May your every day be filled the warmth of sunshine, the happiness of smiles, the sound of laughter, the felling of love and the sharing of good cheer.

So many candles for such small cake?
Happy Birthday.


Psst : Tonite, celebrate it together ye.. Kenny Roger only. Can meh?




Ok.Bye.
XoXO

UPSR 2013: Rafiq one of them batch01's

Assalamualaikum...


Dia dilahirkan tahun 2001. Makanya tahun ni amik UPSR.

TAHNIAH kat adik tersayang...

Dalam hati sonok..
Dalam hati sayu..
Rindukan dia..

Risau kalau dia masuk sekolah asrama, aku takut nanti dia dah malu dengan kawan-kawan dia kalau aku kiss, hug dia..
Yealaa, bila duk asrama jarang balik kampung kan..







Mom Love You jugak



Ayah Love You jugak




Weollss Love You

Ok.Babai


Home Organizing : Meja Dan Almari Cream Pink (Pastel Color)

Assalamualaikum...
Selamat Sejahtera warga blogger


Macam dah lama tak update. Busy dengan kerja duniawi. Paham -paham je la kan..

Drop By Area / Almari peninggalan tuan rumah, suami catkan jadi baru dan sweet gitu warnanya. Pilihan kami CREAM lembut dan PINK lembut. Sangat pastel warna ni.


Untuk cat meja menjahit dan almari drop by area tu, kami guna :
1 liter cat pink – RM18
1 liter cat cream – RM18
Ni semua termasuk undercoat.
Masa mula-mula siap, aku suka bukan main lagi sebab lawa je meja dan almari tu.


Kisah 1 : Meja untuk mesin jahit.

Suami amik meja ni dari opis dia. Meja ni dah tak guna. Dah buruk sangat, papan dah kembang, kayu pun dah berhabuk sikit. Tapi suami tampal plaster kapur kat tempat yang kembang kayunya dan berhabuk to make it good. Ada yang cakap rajinnya cat bagai ni. Padahal, ni je solution yang ada sebab keadaan meja yang teruk sikit masa suami amik kat opis dia... Warna asal mestikan coklat.


Body warna cream.
Certain part warna pink.
Border warna pink.
Nak menyerlahkan kecomelan 


Setakat ni just letak mesin jahit je la.



Kisah 1 : Almari Drop By Area 

Aku yang request suami catkan. Sebab sebelum ni almari ni agak comot. hihik.
Untuk meja dan almari ni amik masa dekat 4-5 hari sebab keringkan cat pada suhu bilik je. Tak tempat nak jemur. cat pun dalam rumah.

Almari Drop By Area 
Selamat kami catkan sekali
boleh dijadikan macam satu set dengan meja menjahit
Bersepah kat ruang tengah rumah ni sebab lapik dengan paper je

Nampak cerah dan ceria sikit ruang tamu.
Kalau tak, suram je..


Meja pink letak sebelah meja jahit. 



Susunatur simple
Nampak macam satu set kan sebab warna sama.hihik


Rak kasut bahagian dalam tu cream pink. 
Tak padan dengan kasut yang dah comot-comot.hihikk


Ok. Bye
XoXO

Nasi Goreng Cina mudah

Assalamualaikum...


Lama tak buat nasi goreng.. Bila teringin, cepat-cepat sediakan

Bahan-Bahan
4 cawan nasi sejuk
3 ketul dada ayam (dipotong kecik)
2 biji telur
Setengah lobak (ni je yang ada dalam peti saat ni)
2 batang cili hijau/merah
sedikit daun sup (di hiris) kalau ada daun bwg lg best
2 sudu besar sos tiram
marjerin utk menumis
garam
gula

Bahan Tumis (di tumbuk)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam

Cara-Cara
1. Panaskan kuali untuk cairkan marjerin dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.
2. Masukkan telur dan biarkan sekejap kemudian kacau supaya hancur.
3. Masukkan sayur yang ada dan ayam. Masukkan hirisan cili hijau/merah.
4. Masukkan sos tiram dan kacau.
5. Masukkan nasi dan garam serta sedikit gula.
6. Kacau supaya rata.Last sekali masukkan daun sup dan tutup api.
7. Hidangkan untuk suami terchinta....


Hiasan pun tak semenggah.
Baki sayur dalam peti




Makan pun tak berlapik. Atas lantai je. Nampak sangat dah xtahan nak serbu.

Ok.Bye.

Donut yang lembut dan garing

Assalamualaikum...


Kali terakhir buat donut adalah tahun 2000.
Ketika tu aku masih sekolah. Tolong mak niaga donut di rumah.
Sediakan, Goreng, Jual semuanya hanya di rumah...
Ala...jual dengan orang kampung je. Sehari dapat la 10-20 ringgit.
Boleh la buat tampung perbelanjaan harian..
Bila mak pregnant adik no 9 (bongsu) baru mak benti niaga donut.

Dulu lepas balik sekolah, mandi solat terus turun kat dapur tolong mak goreng donut.
Sekarang bila nak buat donut sendiri, tanya mak resepi mak ingat-ingat lupa je..

Ni donut cara aku.

Bahan-bahan (Dapat sekitar 20-30 biji donut sederhana saiz):
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 biji telur
2 sudu besar mentega (aku guna daisy)
6 sudu besar gula pasir (kalau tak suka manis, boleh kurangkan gula)
3 sudu besar susu pekat manis (ataupun boleh ganti dengan susu tepung)
1 paket yis mauripan (11g)

Cara-cara penyediaan. 
1. Cairkan mentega dan ketepikan. Bagi sejuk sendiri
2. Masukkan gula dan susu ke dalam air suam. kacau sampai semua larut. Kemudiaan, masukkan yis dan kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
3. Pukul telur sedikit dengan sudu dan masukkan dalam mentega cair tadi.
4. Selepas 10-15 minit yis akan naik dan berbuih, kemudian masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi dan kacau lagi sekali.
5. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biarkan adunan lagi selama 45 minit untuk dia kembang dan naik.

Cara bentukkan donut dan bebola donut.
1. Amik sedikit adunan dan bentukkan bulat.
2. Adunan ni memang sedikit lembik, masa nak bentukkan donut amikkan sedikit tepung dan letak kat tangan masa bentukkan donut. Barulah donut tak melekat satu sama lain.
3. Bentukkan bentuk donut (macam tayar) secara manual sebab aku takde acuan donut.
4. Aku bentukkan bulat-bulat untuk bebola donut.
5. Lepas siap, biarkan donut dan bebola donut sekitar 10 minit untuk donut naik dan gebu gitu haaa.
6. Lepas 10 minit, boleh la digoreng dengan api sederhana.
7. Sentiasa terbalikkan donut masa menggoreng agar warna sekata.
8. Lepas siap, boleh hidangkan dan letak taburan guna halus.


Adunan ditudung dengan tuala bersih untuk naik gebu

Adunan dah naik gebu

Bentukkan bebola donut

Proses mengoreng

The hasil
Garing diluar

Yang bebola dicucuk dengan lidi sate. 
Sebagai nostalgia zaman kanak-kanak dulu beli donut dari bhai jual roti dengan moto


Gebu di dalam

Kenyang. Alhamdulillah

Eh.. tambah lagi?
Request nak tambah lagi dan nak tabur gula lebih atas donut.


SELAMAT MENCUBA..

Psst : Aku bentukkan semua then goreng separuh masak untuk frozen donut.

Ok.Bye
XoXO

Anak saudara baru

Assalamualaikum...


Anak saudara baru..




Cerah kulit sebab orang tua mereka pun spesis cerah kulit..
Kulit aku kelabu asapppppppp...
11 NOVEMBER 2013


Ok.Bye

Suami dan Strawberi

Assalamualaikum...



Encik Suami ke Genting Highland selesaikan kerja dia kat Kolej Aminudin Baki.
Siap wassap iolls lagi share gambar dia.


Ehem..

Aku pun tak pernah petik strawberi sendiri
Dulu masa g cameron tak sempat petik sendiri

RM6-7 setiap 100 gram


Ni mini cameroon highland.
Tapi lokasi di Genting Highland







Psst :Yeay.. Malam ni ada dinner farewell sorang staff nak benti.
Makan free weh..


Ok.Bye.

First trial masak nasi ayam..jakun..haha

Assalamualaikum...
Hai semua.....


Dah kawen 9 bulan, hidup kat bumi ni dah lebih 20tahun tapi ni first time aku masak nasi ayam. Kebiasaanya aku masak lauk je sejenis dan sayur sejenis.
Lauk macam tomyam, sup, gulai, kari, singgam, masak lemak.
Sayur plak bendi goreng la, kangkung belacan la, kacang panjang goreng telur la..

Semalam masa kat opis dah mesej suami cakap hari ni nak masak nasi ayam sebab cuti maal hijrah takde ke mana mana.

Tadaa.. Boleh la..


Resepi ni sangat simple je. Tetap menjadi walaupun bahan ada yang tak cukup.hehehe.
Ok. Nak campak resepi nasi ayam ni kat blog, next time nak masak, aku boleh tengok sini lagi..huhu

Sup :
1. Rebus ayam. Letakkan sikit garam, kiub ayam setengah je, masukkan daun sup, kulit kayu manis, cengkih pelaga bunga lawang.

Ayam :
1. Ayam sapu dengan air sup sikit + kicap +madu. 

Nasi :
1. Tumis mentega + bunga lawang + kayu kulit manis + cengkih + pelaga + daun sup + halia + bawang putih. Sepatutnya letak daun pandan, tapi kami takde daun pandan, bantai letak daun sup.
2. Pastu masukkan 3 pot beras + 1.5 pot air sup + 1.5 air biasa.
4. Masak macam biasa guna rice cooker.

Sos
1. Sebijik tomato + 5 biji lada + 3 ulas bawang merah di blender.
2. Tuangkan bahan kisaran dalam kuali. masakkan sekejap dan letak halia sepotong dan gula dan garam.

Kicap
1. Amik air sup 2 senduk campurkan dengan kicap.


Boleh la setakat nak makan sendiri, Kalau niaga, lingkup..haha
Aku ni lemah sikit dalam masak memasak. 


Psst: This entry suami tolong proofread dulu sebelum publish. aci tak? hhihihi

Ok. Bye.