Kisah Kerabu Perut di Bazar

Assalamualaikum...


Ahad malam baru sampai dari kampong. Pukul 11.30malam.
So tak de la masa nak shopping barang masak.

Isnin lepas balik kerja, sampai rumah pukul 6.30pm.
So, kami decide nak ke Pasar Malam hari Isnin kat Meru (Bukan Bazar) .
Aku beli Puyuh, Kari Kambing dan Sambal Pedas Bilis Petai. Semuanya RM9.50.

Aku paham kalau mahal sebab kambing mahal.
So far, Alhamdulillah lauknya sedap.
Puyuh dan kuah merahnya sedap sangat.
Kari Kambing aku tak makan. Suami cakap ok.
Sambal bilisnya pun ok. Sedap.

So, lepas berbuka hari Isnin plan nak g shopping barang masak untuk esok..
Aku memang tak larat sangat, lepas buka dan solat, melepek aku depan TV
Perut tak sihat dari siang tadi menyebabkan aku tak keluar malam tu.

So, semalam (Selasa) lepas kerja kami singgah NSK..
Kami macam lipas kudung shopping. Tak sangka less than half an hour boleh siap shopping barang yang kami nak.
Jam dah pukul 7.00 malam, kami singgah bazar je beli. Aku plan nak makan nasi kukus.
Tup tup nasi kukus dan habis. Tahu tak kecewanya macamana??
So aku beli kerabu perut je RM 2 (sikit je tinggal dalam tray dia)

Tapi suami tak berkenang dengan semua lauk.
Dia cakap kita balik masak je la.
Lambat pun takpe, kita goreng ayam jer. Urm...kesian laki aku.
Mungkin dia lagi rela masak kat rumah...
Alahai, kalau tahu nak masak kat rumah, takde aku beli kerabu perut tadi...


So, balik cepat2 kami masak.... Semalam, kami masak :
1. Sup Sayur dengan bebola
2. Bilis sambal Petai
3. Ayam Goreng.
4. Sambal belacan (dalam peti)
5. Air Limau Kasturi Asam Boi
Haaa.. meriah jugak..
(Meriah ke meriak?)



Menu berbuka malam tadi.


Masa azan, kami masih memaasak.
Sup sayur dah siap, tengah siapkan bilis sambal masa tu.
Suami pulak tengah bersihkan ayam.
So, berbuka la semalam dengan air dan kurma dulu.

So, lepas siap masak, kami mandi dan solat dulu.
Baru makan dengan aman sebab dah solat maghrib. 



Kerabu Perut RM2


Sayang seribu kali sayang, selera aku nak makan kerabu perut ke laut akhirnya..
Sebab kerabu dia tak sedap. Tak de rasa kerabu langsung.
Yang rasa hanyalah manissssssssssssss sahaja..
Aku kutip perut je makan.
Pastu suami cakap jangan makan, sebab dia rasa perut tu macam dah tak elok takut esok sakit perut..
Terus aku stop makan.
Rugi RM2 aku sebab kualiti masakan dia macam tu.

Haiiiiiiiiiiiii... mengeluh bukan sebab tak reti syukur..
Tapi sebab kadang-kadang hasil masakan kat bazar, macam kesian sangat kat pembeli dengan kualiti makanan tu.
Tapi tak semua makanan kat bazar tu teruk kan..
Mungkin kali ni aku takde luck.


Sedap lagi bilis goreng petai aku.


Sedap lagi Sup sayur aku 



Air limau kasturi asam boi dari suami



Ok. Bye 

5 comments:

  1. sbb tu kalo g bazar aku xbeli lauk..
    pernah kena thn lps beli lauk ikan, ikan berulat..
    thn ni beli ayam percik mahal nk mmpos.. pastu mkn esoknye pakat saket perot..
    hurm..
    dorg ni kdg niaga kat bazar nk untung je..

    ReplyDelete
  2. lauk lagi baik masak sendiri...
    beli kat bazar memang selalu kuciwa je...

    ReplyDelete
  3. sabar je la...setakat ni memang takde prgi bazar sb takut kena cmni la...huhuhu

    ReplyDelete
  4. ohhh sama la dgn kes suami saya...die singgah bazar n beli sup cmpur rm10.ya allah sedih sgt, xle makan..rasa macam sup tepung..manis..lgsg xde ciri sup..zalim betul peniaga skrg.tau amik untung ja...pastu pesan kat dia, apa pon lauk saya masak, sikit ke byk makan ja.asalkan tak jengah lagi bazar.banned!

    singgah blogwalking! salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  5. betul masak sendiri lagi bagus. kalau di bazar ni, kadang terbeli makanan yang indah rupa dari rasa. ada peniaga yg sekadar ada jualan...tak sungguh2 berniaga. cuma nak untung aje.

    sambal belacan tu...nampak macam sedap aje.

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo