Assalamualaikum...
Hai Semua...
Untuk rujukan sendiri.
POPIA NESTUM & HORLICKS
Bahan2:
- 1 bungkus popia (saiz lebar)
- 1/2 cawan nestum - kisar halus
- 1/2 cawan gula aising
- 1 cawan susu tepung
- 1 peket horlicks 3 in 1
- 1 sudu tepung gandum dicampur dengan sedikit air (sebagai pelekat)/
- 1 kg minyak untuk menggoreng
Cara2 :
- Gulung popia. Tak payah guna lidi pun takpe sebab mudah je. Lekat dihujungnya dengan pelekat tepung atau air sebelum digulung habis.
- Jangan gulung ketat2 dan jangan ditindan2...
- Gunting popia yang telah digulung ikut bentuk yang kita suka.. menyerong ke, menegak ke.
- Biarkan beberapa jam, baru goreng. Sebab ada terbaca, kalau simpan 24 jam lagi rangup. Cuma tak sangguple nak simpan lama2...
- Goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan. Toskan..
- Campur sebati bahan2 nestum, gula, susu dan horlicks.
- Bila popia dah agak2 suam, taburkan bahan serbuk ke atasnya.
- Bila dah sejuk, boleh masukkan dalam balang.
Psst : Next year buat lagi. Konpem rajin sebab mudah je nak buat ni.
Ok. Bye
XoXo
No comments:
Post a Comment
mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..
XoXo