Jadual Raya Tahun Ini

Assalamualaikum...


Kalau panjang umur, raya next week aku akan beraya di Perak (rumah mertua) dahulu.
Raya kedua baru balik Terengganu (sama macam 2 tahun lepas).
Tahun lepas, raya ketiga baru balik Terengganu.
Sampai terlepas nak jumpa semua adik beradik aku yang balik rumah mertua pulak lepas tu.(Kesilapan yang takkan aku ulangi)
Tahun ni amik cuti 3 hari. Memandangkan raya jatuh hari Jumaat dan Sabtu, rugi la sebab sabtu memang confirm2 dah cuti. tak untung!.
Aku plan nak balik malam sehari sebelum raya. Lepas berbuka terus balik.


ADIL DAN SAKSAMA

Ni tahun ketiga raya di Perak dan bila diutarakan soalan kepada aku dan suami:
"Raya mana tahun ni?"
"Perak"
"Hahhh..Perak lagi?"
"Tak gilir-gilir ke?"

So far, kami suami isteri takde la nak bergaduh itu ini kalau pasal raya.
Bagi aku raya kat mana pun sama jer. Janji suami aku duduk sebelah aku, berkepit dengan aku.. Hehe..

Adik beradik aku amalkan konsep "gilir-gilir giliran raya" tahun ni rumah mertua tahun depan rumah mak sendiri". Kawan cik suami pun semua amalkan "raya ikut giliran".
Cuma aku dan suami yang takde "raya ikut giliran".
Ikut pada keadaan. Kalau takde orang beraya teman mertua di Perak tu, kena la aku dan suami (anak bongsu) balik Perak. Tetapi memang lebihkan keluarga mentua. 

Tradisi Family aku di  Terengganu, semua akan berkumpul di Terengganu setiap 2 tahun sebab akan ada yang team raya rumah mertua kan.

Tahun depan semua akan berkumpul malam raya di Terengganu. So tahun depan kalau panjang umur suami akan merasalah raya pertama di Terengganu (hope suami takde adegan kesat air mata menangis nak balik Perak.huhuhu).

Suami cakap tahun depan kena raya Terengganu pulak. Sebab last year dah terlepas berkumpul sama2 dengan semua family. Suami pun takut kalau family aku terasa hati dengan kami sebab asyik balik Perak je. (Sebab sesetengah umat manusia selalu pikir yang suami akan mendesak isteri balik ke rumah mak dia je kang.)

Tapi aku tak decide lagi untuk tahun depan, kalau takde adik beradik suami yang balik raya Perak tahun depan, mungkin aku raya Perak lagi la..Memang diakui raya rumah sendiri lagi meriah kan.
Sebab aku kakak sulung.

Mak aku cakap "bila kaknie takdop, pandai pulak adik2 buat kerja".
Sebab selama ni memang aku jer yang buat semua tu.


Ok. Bye
XoXo

2 comments:

  1. bagus anak menantu sorang ni.....
    kalau saya memang gilir-gilir..

    ReplyDelete
  2. duduk jauh, gitu lah kan? saya umah mentua sebelah umah je. umah mak setengah jam. tu pun gaduh jugak laki bini. hahahaha.. saja sronok nak bising2 ngan laki.

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo