Assalamualaikum...
Sebelum ni aku pernah makan roti sarang lebah kat opis lama aku.
Isteri kepada salah seorang staff niaga roti ni.
Rotinya sangat lembut, sedap dan manis dengan caramel kat atasnya..
Puas hati makan.
Berebut aku makan dengan staff lain.
Kalau lambat telan air liur la ko tepi dinding ketap gigi..
Nak mintak resepi dengan staff tu rasa tak lojik pulak, sebab dia kan niaga.
Google je dalam internet berlambak ada resepi.
Macam2 jenis bahan, macam2 jenis tips ko boleh ikut.
Mana barang yang ko takde, ko nak gantikan dengan apa, semuanya ada kalau kau baca kat blogorang.
So, last week sunday sempat la buat ni..
Suami teruja sangat sebab ni first time makan roti buatan sendiri.
Roti tak berapa gelap caramelnya. Bakar tak terlalu lama
Bahan yang aku guna.
1. Aku takde tepung roti, maka aku gantikan dengan tepung gandum 2 cawan. Ayakkan tepung tu.
2. Aku takde yogurt, so aku gantikan dengan 1/4 cawan susu segar dutch lady. Kalau takde, korang boleh bancuh susu tepung jadikan 1/4 cawan bancuhan susu tepung tu.
3. 25 gram buttercup.
4. Garam sikit.
5. Gula 2 sudu.
6. Mauripan satu sudu kecil. Sebab aku takde dry yis lain.
7. Setengah sudu kecil baking powder.
8. 1/4 cawan minyak masak.
Cara Penyediaan Doh :
- Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
- Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
- Masukkan campuran yeast dan susu ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
- Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah menguli doh tu. ( Aku guna mixer - then baru uli dengan tangan)
- Aku uli doh macam nak sental baju, tolak tarik tolak tarik macam tu,. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebu roti kita nanti.
- Lepas uli, biarkan doh naik 2x ganda. Tutup dengan tuala bersih..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya. Baru la amik doh sikit sebesar buah langsat, bulat2kan dan atur dalam bekas. (aku punya terlebih besar). Griskan bekas tu dengan sedikit minyak/planta sebelum susun doh bulat-bulat tu.
- Taburkan dengan almond flakes dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda..
- Aku setting 180C api atas bawah untuk oven aku.10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
- Lepas siap boleh letak sos butterstoch.
Bahan Untuk Caramel.
1. Setengah cawan gula perang.
2. Setengah cawan susu dutch lady.
3. Setengah penutup esen vanilla.
4. 25 gram butter.
Cara Penyediaan Butterscotch
- Cairkan butter dalam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
- Tuangkan susu sambil mengacaunya.
- Masukkan essen vanilla. Tutup api.
Tips : kalau nak Nampak kuning atas doh, griskan sikit telur kuning sebelum bakar,
Tips : Kalau nak Nampak roti berkilat, lepas siap bakar, griskan sedikit planta.
Boleh la.. Main2 buat roti.. Untuk makan sendiri.Alhamdulillah.
Ok. Bye.
XoXo
I heart you
ni nk kene beli oven ngn mixer jgk aku ni.. blh wat roti sarang lebah.. haha
ReplyDeletehebat boleh ganti2...klau kite ikut resepi sebijik2...xbrani nk derhaka..hihi
ReplyDeletenanti nak try buatlah..... macam mana rupa dia kalau dah gigit?.. ada sarang lebah??.. koh koh koh
ReplyDeleteterliur cik hani...mcmmana rasanya...
ReplyDeleteDa lma tringin nak buat, nak cari bhn2 dulu yuhuu
ReplyDeleteYg ni xprnh try lg.. hehe
ReplyDeleteterernya dah buat sarang lebah..
ReplyDeletesaya dok tgok2 je resepinya, belum ada hati nak cuba lagi..
boleh ganti2 bahan, senang sket, ek...
Wah, macam senang sahaja nak buat.
ReplyDeleteRasa teringin nak buat
Cikna suka wat sndri klu beli kdng2 diaorg mskkn telur,pastu kekacang pun sikit je...'
ReplyDelete