PERSIAPAN RAYA : Nak DIY flowers untuk hias jubah atau x?

Assalamualaikum...


Dulu masa tahun pertama (2013) raya dengan suami, gigih aku DIY hias baju kurung moden guna bunga yoyo warna putih. Kenal tak bunga yoyo??


Sources : Google
Bunga Yoyo


Tahun kedua raya dengan suami, takde hias langsung baju raya.
Sebab jubah hijau yang sepatutnya pakai raya tu hilang. Rupanya posmen tu letak baju tu dalam peti surat opis. Peti surat opis ni jarang digunakan sebab kebiasaannya posmen hantar terus ke opis instead of masukkan dlm peti surat. 
(Peti surat plak jarang kami check) Silap aku la kot.

So tahun ini aku akan pakai jubah yang mak aku beli kat Mekah (bulan February), dalam hati rasa nak hias letak bunga ala-ala bunga teratai.
Contoh kat bawah. (xtahu orang panggil bunga ni bunga apa) bunga api kot..hahaha.

Sources : Google
Bunga teratai (nama aku letak)


Dalam waktu yang sama, rasa macam taknak baju tu terlalu crowded dan nak sesimple mungkin. Atau mungkin letak sekuntum dua bunga kat lengan sahaja..

Tengok la macamane nanti..

Aku paling banyak baju raya adalah 2 pasang setahun masa kecik-kecik dulu.
Baju kurung satu..
Baju T-Shirt dengan seluar satu..
Since dah besar (10-12tahun) baju raya hanyalah sehelai sahaja iaitu Baju Kurung...
Lepas umur 13 tahun aku tak mintak dah baju raya sehinggalah aku start kerja..
Masa dah kerja sendiri ni start beli baju raya balik. 
Tu pun bukan tiap tahun beli baju raya. 
Ada tahun yang skip dari beli baju raya, terutamanya baju kurung.

Psst : Aku pelik orang yang beli baju raya sampai berhelai2, agaknya muat ke almari dia kalau setiap tahun 5 helai baju baju kurung baru. Cer cerita sikit???


Ok.Bai
XoXO

10 comments:

  1. comel je...rajin nya lahai nak DIY lagi hujung2 ramadhan ni kasi sikit semangat raya kat kite ni.

    ReplyDelete
  2. simple itu cute tau hihi. Selamat bergaya-gaya di hari raya hihi

    ReplyDelete
  3. kalau rajin buat lah..tapi kalau kosong pon cantik..jadi biarkan kosong jer.. :)

    ReplyDelete
  4. If yang bunga teratai tu nampak cun lagi
    Selamat ber DIY (^_^)

    ReplyDelete
  5. Pernah buat bunga teratai je..yoyo xpenah tahu n cuba.
    Pg td baru beli bunga siap kt kedai. Utk baju hafni. Umi dh malas nk diy, huhu..xsempat sgt dah..

    ReplyDelete
  6. Buh lace je sng.... Cikna pun xphm nape ade yg beli bju raya smpi 5/6 psng, pastu melepet duit xde...'

    ReplyDelete
  7. Hehehe....cik mah pernah raya 10 pasang..mama yg excited belikan..hahaha

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo