Hey.. Selamat Hari Raya..
1 SYAWAL
Raya kali ketiga di Perak di rumah mertua..
Masih mengamalkan Baraan.
Aku join baraan kali ni sekejap.. Pastu gerak g rumah kak ipar di Bagan Datok.
Ni je gambar hari raya pertama yang ada.
Tahun ni kat rumah mertua takde orang pagi raya,
Tinggal kami berdua dan orang tua suami.
Lepas Baraan baru kak ipar balik..
2 SYAWAL
Pukul 9.30 pagi dah gerak dari Perak ke Terengganu.
Lalu ikut KL-LPT dan masuk sempadan Terengganu.
Hampir 11 jam baru sampai. Tak lalu LPT2 sebab nak singgah rumah kawan kat Marang dan Kemaman.
Jem kat Tol Gombak.
Sejam jugak kat sini
Raya kedua dihabiskan satu hari dalam kereta. Sempat beraya sebuah rumah je kat Kemaman.
Kawan kat Marang, tak jawab phone masa kami lalu area rumah dia. Gi beraya kot!
Anak saudara demam.
Beraya kat hospital masa raya ketiga sampai kelima
Kesiannya..
Demam dan ada kuman dalam darah.
Raya kelima dah keluar wad.
3 SYAWAL
Balik kampung mak
G rumah sepupu mak (majlis tunang anak perempuannya)
Baju hijau yang sepatutnya jadi baju raya tahun lepas.
Tapi oleh kerana ada kesah sendu, makanya tahun ni baru boleh pakai time raya.
Malamnya menjadi tugas suami untuk menyiang landak. Masak landak goreng kunyit dengan lada hitam je. Landak ni adik aku yang kerja kat Gua Musang bawak balik. So sape yang nak makan, dia makan. Sape yang tak lalu nak makan, tak payah makan. Konsepnya mudah!
Sambung raya di kampong mak dan start beraya di sekitar rumah jiran kampung
Tak semua masuk bergambar.
Lagi ramai yang memilih untuk buat hal sendiri.
Mak dan Ayah hanya ada 3 orang anak perempuan.
Si kakak yang paling rendah.
Sebab? Aku sentiasa jadi kakak (tulang belakang. huhuhu)
Ke rumah mak saudara.
Makan tapai.
Mesin menenun songket di rumah makcik.
Dulu sebelum kawen, mak aku terror la tenun songket..
Akhirnya jubah ni dibiarkan kosong tanpa hisan bunga.
Amik keputusan untuk tidak terlalu sarat dengan perincian di baju.
5 SYAWAL
Pukul 10 pagi dah balik KL.
Sebelum balik singgah hospital jumpa anak sedara yang demam tu.
Tapi tengahari tu dia dah boleh balik..
Balik KL Konvoi dengan abang sulung separuh jalan pastu semua hilang macam tu je..huhuhu..
Kami sampai dulu kat Klang, sejam pastu baru dia sampai Putrajaya.
Anak sedara dah sihat. Dah boleh balik.
Makan jem dari Bentong ke Gombak.
6 SYAWAL
Dah kerja.
Adik beradik aku semua bercuti ke Pulau Redang termasuk mak dan ayah.
Yang kena kerja, melopong la di opis bila tengok gambar bercuti di Whattsap.
Alahai..
7 SYAWAL
Kerja dan Bertambah kerja di opis.. Haaa..ni habuan nya bila naik cuti.
Selingan :
Abang Sulung.
Raya di Rumah Mertua di Kajang
Abang Kedua
Raya di Rumah Mertua di Seremban.
Gambar raya family Terengganu masa first daya raya..
Time ni tinggal yang bujang je kat rumah..
Yang dah kawen semua di rumah mertua..
Aku dapat gambar dari group whatssap saja..
Ni saja ahli keluarga yang ada.
Sorang lagi yang tukang amik gambar ni.
Dari 9 anak, hanya 5 di rumah.
4 orang di rumah mertua.
Sesi bersalam-salaman :
Selamat Hari Raya,,,
Maaf zahir batin semua...
Bytheway, kami takde tema warna untuk raya tahun ni.
Tahun ni hanya 2 hari di Terengganu. Tak sempat nak beraya di rumah kawan-kawan.
Rumah saudara pun tak habis pusing.
Ok. Bye
selaamt hari raya hani.. :)
ReplyDeletefuyoo, batik sarawak la, jeles ai, hahaha..
ReplyDeletenampak sama je masa baju krim-batik tu, mana satu cik hani pun confuse..
selamat hari raya..
Selamat ari raya hani, wahh meriahnya raya
ReplyDeletewah mmg seminggu n3..tp beraya sungguh..ila xdann nak taip lg.... br tau terengganu nyer stail pg raya salam2 je..... selamat hari raya
ReplyDeleteakak dah 12 tahun bersuamikn org Jawa pun masih tak berapa nak praktis salam cara Jawa tu...hi3
ReplyDeleteakak dah 12 tahun bersuamikn org Jawa pun masih tak berapa nak praktis salam cara Jawa tu...hi3
ReplyDeleteakak dah 12 tahun bersuamikn org Jawa pun masih tak berapa nak praktis salam cara Jawa tu...hi3
ReplyDeletewahhh ! meriahnyaaa raya Hani !
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, Hani !! :)
selamat hari raya BFF!
ReplyDeletetahun ni xdang nk raya ngn awk.. huhu..
Selamat hari raya cik hani... meriah raya nampaknya..ehehe
ReplyDeleteSelamat hr raya hani...cik.mah n family still ada salam2 minta maaf tu...tp kat kg hubs xde pun...
ReplyDeleteMeriah family...
ReplyDeleteslmt hari raya..
Meriah tgk gmbr..selamat hari raya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
ReplyDelete