Assalamualaikum...
Sudah menjadi adat, jika tak mampu membeli secara tunai, kita akan beli secara ansuran. Memandangkan keadaan jem yang teruk di KL, kami decide nak beli moto 2 tahun lepas ketika tinggal di Selayang.
Akibat terdesak nak dapatkan motor, kami terpaksa la beli ansurans memandangkan masa tu lepas kawen dan simpanan dah banyak habis.
Suami decide nak amik secara ansuran guna AEON Credit.
Ni first time menggunakan khidmat AEON Credit.
So, bulan August tahun ni dah habis la ansuran kami bayar.
Sedang molek, roadtax pun mati bulan ini jugak.
15 hari sebelum roadtax mati, kami habiskan bayaran terakhir ansuran di KAUNTER AEON Credit di Bukit Tinggi, Klang.
Masa kat sana, kami tanya pasal geran motor macamane procedur dia.
Sorang kakak yang berurusan dengan kami cakap "AEON HQ di KL akan amikkan geran kat KEDAI dan akan diposkan ke Bukit Tinggi, dan kami boleh COLLECT di AEON Bukit Tinggi"
Kami bertanyakan tempoh urusan tu.
Estimated dalam 2 MINGGU, biasanya dah sampai geran ke BUkit Tinggi dan puan boleh collect di sini".
Kami tinggalkan no phone untuk mereka call kalau geran dah sampai kat office mereka.
Settle bayaran ansuran terakhir tu, kami dapat satu resit.
3 MINGGU berlalu, tiada call. Aku pun follow up la melalui call.
1. No pada resit hanya no AEON HQ. Untuk dapatkan no phone AEON Bukit Tinggi, aku cari dalam internet. dan nombor busy.
2. Aku call AEON HQ, ceritakan isu ni untuk ingin dapatkan no telefon AEON Bukit Tinggi. Bercakap dengan 3 orang customer service, baru dapat no tepon AEON Credit Bukit Tinggi.
2 customer service sebelum ni, entah kenapa dorang cakap yang dorang tak boleh bagi no AEON Credit Bukit Tinggi, Segala urusan kena melalui HQ katanya.
3. Alhamdulillah dapat no tu aku call Bukit Tinggi, aku call. Memandangkan di Bukit Tinggi ada banyak AEON, mereka confius. AEON shopping la, AEON Centre la, AEON Credit la.
Bila aku ceritakan yang aku nk tahu geran di mana sekarang mereka pun tak tahu dan katanya tu bukan kaunter tempat aku bayarkan bil terakhir.
4. Kami walk in ke kaunter sekali lagi,kakak yang berurusan dengan aku sebelum ni, takde. So aku berurusan dengan sorang brader tu. Dia tak leh check mana geran sekarang dan mintak aku call balik lepas beberapa hari. No yang brader tu bagi no tepon, tapi bila aku call bukanlah no untuk untuk check geran, dan mereka mintak aku call ke no lain. Lepas call no lain, mereka cakap geran kat kedai.
Sudah 2 Minggu tiada apa-apa. Geran yang dijanjikan akan sampai Bukit Tinggi dalam tempoh 2 minggu sia-sia. Sedangkan roadtax dah mati sebelum tu, dan kami tak boleh nak hidupkan sebab ingatkan roadtax sekarang dalam proses pengeposan. BIla aku ceritakan isu ni dan kecewa dengan servis yang meraka janjikan, perempuan yang angkat tepon pun tak nak melayan dan hanya pikir nak letak tepon dengan cepat sahaja.
5. Aku call kedai, mereka mintak aku tinggalkan maklumat dan mereka akan check.
Alhamdulillah mereka call balik aku walaupun masa tu dah maghrib. Dah memang betul GERAN ada kat mereka.
6. Alahai.. So, pasni mintak suami pergi kedai terus la buatkan roadtax dulu sebab tu yang penting sekarang. Geran takpe la.. kami tunggu.
Alahai.. customer service mereka tak banyak membantu. Mereka tak terangkan secara menyeluruh, tak bagi pilihan kat customer incase apa yang customer boleh buat kalau nak speed up something.
Tidak mahu mendengar isu yang kita utarakan. Aku taknak komen banyak la.
Sebab orang cakap CUSTOMER SERVICE ni stress. Malas nak komen, Nanti viral pulak.
Pikir positif, mungkin mereka banyak kerja.
Manusia Biasa kan.
Maafkan semua yang terlibat dan harap kerja mereka dipermudahkan.
Psst : Dah macam bola, di campak ke sana ke sini.
Ok. Bye