Kebun Cinta : Hasil kebun yang tak seberapa

Assalamualaikum...




Dapat jugak sikit hasil cili.
Ni last week aku petik.
Aku petik yang dah masak (merah saja). yang hijau tak petik lagi




Yang hijau kat pokok pun dah start merah dah.
Bunga baru pun masih ada berputik.
Alhamdulillah.

Pssst : Pokok ni memang sedia ada besar ni masa beli di nursery..

Updated 2016 : Pokok ni dah mati.


Ok. Bye

Bilik Azalea di Colmar Tropika, Bukit Tinggi Pahang.

Assalamualaikum...
Hai...


Company Trip ke Bukit Tinggi sangat best..
Sebab dapat bilik comel, makan best, aktiviiti bebas tanpa terikat dengan masa, view cantek dan comel.
Kalau agak rajin, boleh habiskan masa ronda dalam kawasan tu.
Kalau malas, terbungkang la korang depan TV (feeling la macam kat rumah sendiri).
Kami menginap di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.


Ni bilik azalea. Aras Satu.
Time dapat bilik ni, aku ingatkan memang tingkat satu ni tak best la sebab rendah.feeling nak bilik tempat tinggi. haaaaaaaaaa,,,
sekali naik bilik, baru terasa tinggi sebab blok ni ada bilik area basement.
so tinggi bilik aras satu ni sebab berada berhampiran dengan lereng bukit.
so, bila dikira bilik dari basement, bilik di aras satu ni feeling macam di aras empat la..

Reception di tingkat G.
So, tak jauh pun nak naik (in case lift sesak dengan manusia)


LIVING AREA


View dari pintu masuk.
Nampak ruang menonton TV
Di bahagian kanan, akan Nampak dining area dan kitchen



TV



Sofa untuk living area







 DINING AREA & KITCHEN





Berkenang sungguh nak dining area macam ni.
Boleh makan ramai-ramai.
Jimat ruang.
Kitchen dia comel-comel je size dia.
Just ada kettle dan cawan sahaja.
Takde dapur masak
Bilik officemate aku yang ada ank, bilik dia ada dapur kalau nak masak-masak simple.



BEDROOM






Tu pintu nak ke bilik air

 Sebelum sampai bilik air, akan Nampak dressing area
Comel dressing area dia
cute sangat.








Kat rumah ada jugak 2 lampu macam ni lebih kurang macam ni, ingat nak buat macam ni jugak kat bilik tidur kat rumah tu.
tapi entah bila la nak start kerja2 hack dinding untuk pasang lampu tu.
tak sanggup nak berdebu

100X pikir !


Tingkap di bilik tidur




BATHROOM


Ada bath tab
Sayangnya bath tab ni dekat dengan pintu bilik air ni.
so kalau mandi air mudah terpercik keluar dan basahkan lantai bilik.



Walaupun nampak macam design tiles ni design lama
tapi cantek.
bila masuk bilik air ni, rasa comel la pulak putih biru macam ni.



Ok. Bye 

RESEPI : MASAK LEMAK JANTUNG PISANG

Assalamualaikum...


Entry kalau nak rujuk menu:

Malam tadi belajar masak "Masak Lemak Jantung Pisang".
Berguru dengan Google.
Selama ni jantung pisang, aku hanya akan rebus dan cicah dengan sambal belacan.

Bahan - bahan :

  1. Jantung pisang seketul
  2. Tumbuk  bwang merah 3 ketul + Bawang putih 3 ulas + Kunyit hidup sikit + Cili padi 2 ketui + Bilis sejemput..
  3. Santan
  4. Lada hitam yang ditumbuk (sikit saje)
  5. Garam atau perasa.

Cara :

  1. Hiris Gantung Pisang nipis-nipis. Rebuskan untuk buang getah dia. Rebus hingga agak lembut. Dah siap, toskan.
  2. Dalam periuk lain, tumiskan minyak (sikit saje) pastu letak bahan yang ditumbuk.
  3. Lepas garing sedikit, letakkan santan. Tunggu mengelegak halus. Pastu masukkan jantung pisang dan lada hitam. Perasakan dengan garam mahupun gula. Siap.

*kalau taknak tumis pun takpe, letak semua bahan dalam satu periuk, buka api. siap.

Boleh la nak makan tekak sendiri.


Ok. Bye2

Rumah Kesayangan : Beli Tuala Untuk Kegunaan Tetamu

Assalamualaikum...
Hai-Haiii...


Semua barangan untuk kegunaan tetamu aku simpan dalam bilik utama aka bilik tetamu.
Barangan seperti tuala, kain batik, kain pelikat, selimut, toto memang dalam bilik tetamu semuanya.

Namun, kami kadang-kadang terguna tuala tetamu.huhuhu.
Memandang tuala tetamu tak banyak, dah lama suarakan nak beli tuala baru untuk kegunaan tetamu.

So semalam masa kat pasar malam, ada orang jual tuala, dah lama aim nak beli kat situ memandangkan sebelum ni pernah beli dua helai. Kain ok, serap basah.

Sebelum ni sehelai RM6.
Boleh dapat RM10 untuk 2 helai.

Semalam nak beli 4 helai RM20 dah tak dapat.
Akak comel tu cakap kalau beli 6 helai dapat RM30 (sehelai RM5)

Aku amik semua.. RM30 untuk 6 helai.
Boleh topup untuk tuala aku dan suami. Termasuk jugak tuala untuk tetamu la.



Cabinet dalam bilik tetamu.

Yang bawah : tuala ada beberapa helai je.
Selain tu semua cadar, tuala muka, langsir, kain batik dan kain pelikat.




Tuala ni saiz sederhana.
Bukannya labuh.

Nak guna kegunaan sendiri 2 helai.
4 helai lagi untuk tetamu.
Tuala lama yang buruk nak jadikan kain buruk.

Bytheway tuala ni murah, kain agak kasar tapi memang serap air.
Tu yang aku beli.
So far guna (yang sebelum ni beli tuala sama), warna tak de la luntur bila basuh.
Ok la kan.. tuala ala kadar.


Ok. Babai

AEON Credit & Geran di kedai motor

Assalamualaikum...


Sudah menjadi adat, jika tak mampu membeli secara tunai, kita akan beli secara ansuran. Memandangkan keadaan jem yang teruk di KL, kami decide nak beli moto 2 tahun lepas ketika tinggal di Selayang.

Akibat terdesak nak dapatkan motor, kami terpaksa la beli ansurans memandangkan masa tu lepas kawen dan simpanan dah banyak habis.
Suami decide nak amik secara ansuran guna AEON Credit.
Ni first time menggunakan khidmat AEON Credit.

So, bulan August tahun ni dah habis la ansuran kami bayar.
Sedang molek, roadtax pun mati bulan ini jugak.
15 hari sebelum roadtax mati, kami habiskan bayaran terakhir ansuran di KAUNTER AEON Credit di Bukit Tinggi, Klang.
Masa kat sana, kami tanya pasal geran motor macamane procedur dia.
Sorang kakak yang berurusan dengan kami cakap "AEON HQ di KL  akan amikkan geran kat KEDAI dan akan diposkan ke Bukit Tinggi, dan kami boleh COLLECT di AEON Bukit Tinggi"

Kami bertanyakan tempoh urusan tu.
Estimated dalam 2 MINGGU, biasanya dah sampai geran ke BUkit Tinggi dan puan boleh collect di sini".

Kami tinggalkan no phone untuk mereka call kalau geran dah sampai kat office mereka.
Settle bayaran ansuran terakhir tu, kami dapat satu resit.

3 MINGGU berlalu, tiada call. Aku pun follow up la melalui call.

1. No pada resit hanya no AEON HQ. Untuk dapatkan no phone AEON Bukit Tinggi, aku cari dalam internet. dan nombor busy.

2. Aku call AEON HQ, ceritakan isu ni untuk ingin dapatkan no telefon AEON Bukit Tinggi. Bercakap dengan 3 orang customer service, baru dapat no tepon AEON Credit Bukit Tinggi.
2 customer service sebelum ni, entah kenapa dorang cakap yang dorang tak boleh bagi no AEON Credit Bukit Tinggi, Segala urusan kena melalui HQ katanya.

3. Alhamdulillah dapat no tu aku call Bukit Tinggi, aku call. Memandangkan di Bukit Tinggi ada banyak AEON, mereka confius. AEON shopping la, AEON Centre la, AEON Credit la.
Bila aku ceritakan yang aku nk tahu geran di mana sekarang mereka pun tak tahu dan katanya tu bukan kaunter tempat aku bayarkan bil terakhir.

4. Kami walk in ke kaunter sekali lagi,kakak yang berurusan dengan aku sebelum ni, takde. So aku berurusan dengan sorang brader tu. Dia tak leh check mana geran sekarang dan mintak aku call balik lepas beberapa hari. No yang brader tu bagi no tepon, tapi bila aku call bukanlah no untuk untuk check geran, dan mereka mintak aku call ke no lain. Lepas call no lain,  mereka cakap geran kat kedai.
Sudah 2 Minggu tiada apa-apa. Geran yang dijanjikan akan sampai Bukit Tinggi dalam tempoh 2 minggu sia-sia. Sedangkan roadtax dah mati sebelum tu, dan kami tak boleh nak hidupkan sebab ingatkan roadtax sekarang dalam proses pengeposan. BIla aku ceritakan isu ni dan kecewa dengan servis yang meraka janjikan, perempuan yang angkat tepon pun tak nak melayan dan hanya pikir nak letak tepon dengan cepat sahaja.

5. Aku call kedai, mereka mintak aku tinggalkan maklumat dan mereka akan check.
Alhamdulillah mereka call balik aku walaupun masa tu dah maghrib. Dah memang betul GERAN ada kat mereka.

6. Alahai.. So, pasni mintak suami pergi kedai terus la buatkan roadtax dulu sebab tu yang penting sekarang. Geran takpe la.. kami tunggu.

Alahai.. customer service mereka tak banyak membantu. Mereka tak terangkan secara menyeluruh, tak bagi pilihan kat customer incase apa yang customer boleh buat kalau nak speed up something.
Tidak mahu mendengar isu yang kita utarakan. Aku taknak komen banyak la.

Sebab orang cakap CUSTOMER SERVICE ni stress. Malas nak komen, Nanti viral pulak.
Pikir positif, mungkin mereka banyak kerja.
Manusia Biasa kan.
Maafkan semua yang terlibat dan harap kerja mereka dipermudahkan.

Psst : Dah macam bola, di campak ke sana ke sini.

Ok. Bye

Family Day 2015: Bukit Tinggi Pahang. Ku kira ianya hanimun bagi aku..

Assalamualaikum...



8-9 AUGUST 2015

Bekerja di tempat baru baru 3 bulan.
Tapi sudah berpeluang join Family Day tahun ni.
Kalau tahun lepas mereka ke Penang. Tahun ni dekat sikit, ke Bukit Tinggi Pahang.
Sudah hampir 3 tahun, simpan impian nak ke sana. sebab dekat dengan KL, ingat boleh la g jalan-jalan.

Alhamudulillah.. boleh pergi free dengan company.. hehehe..
haruslaa yahoooooo.com.my kan dengan suami..

Sabtu
Pukul 10.30 am sampai Bukit tinggi.
Pukul 10.45 am start Treasure Hunt. tapi aku tak join sebab aku nak ke Japanese Garden.


Sampai sana, Nampak tangga.
Giler kot nak naik tangga banyak2 sampai atas.
Nak ke taknak ke, kena la naik. Dah sampai kot.



Naik-naik dah cari kerusi nak duduk.
Kalau dah pernah naik sini, mesti tahu penatnya kaki ni.



Suami nak amik idea macam ni untuk tanaman dia.
Agaknya dia lupa.
Yang kami ni tinggal di teres sahaja.
Tanah depan rumah pun berebut nak parking kete.
huhuhuhu.




Rumah Buluh
Hamba tumpang berteduh






Nampak kan seketul manusia berbaju kuning ni.
Dia tengah frust sebab nak pakai kimono kena bayar RM20.


So suami pujuk dengan bawak bergambar kat sekitar ni sahaja


Turun tangga adalah sangat best sebab dah habis beban mendaki tu.

Yeayyyyyyyy..pasni makan lunch..

lepas lunch beratur setengah jam nak amik kunci bilik dan cenderamata sempena family day.


Bilik Azalea depan sekali.
paling dekat dengan ballroom makan.
walaupun kena jalan agak jauh (hahahhaha)
tapi dekat sikit la berbanding orang2 yang dapat bilik belakang sikit tu..




 Bilik kami luas ada kitchen, dining n living area.
Selain bedroom and bathroom.


Sebelum dinner




Takde tempat lagi nak jalan selain bawah hotel tu.
Pusing-pusing kat situ sahaja.
Tempatnya tak besar.

Melainkan kalau kau nak start kereta keluar jalan-jalan.
Tapi malam2 mana ada yang menarik celah tu.
Kang Nampak apa yang tak patut nampak kang, demam pulak..





Hanimum gitu biliknya.
berLOVE bagai tingkapnya.



Bilik kami menghadap hutan.
Kalau dapat yang menghadap restoran bawah tu mmg happening la tapi takde privacy la nk buka tingkap.


AHAD - lepas checkout, jalan dulu bawah tu, dah boring tak tahu nak kemana.







Boleh la.
Daripada takde langsung kan.


Aku pernah amik gambar gaya 100% macam ni.
ketika tu di Kota Kinabalu.

Nostalgia sungguh!





Bye-bye. Turun untuk check out.


Hari kedua ni, kami ke Rabbit Park.









Binatang tak banyak pun..
Tapi kalau ada anak kecik, sure dorang suka suap-suap binatang ni semua..

Kami ke Rabbit Park, kami terus balik rumah.

Ok. Bye