Bakat terpendam seorang General worker & tudung dari General Worker

Assalamualaikum...
Hai awok semuaaa...


Bercerita pasal bakat terpendam ni, apa bakat terpendam kamu wahai kawan-kawan?
Punyai bakat kah kamu?

Bakat terpendam aku tentulah "bakat menipu orang".. hikhik..
Mujur tak makan penampar je..


Bakat terpendam seorang general worker


Bambang nama pekerja ni.. Indonesia mariii..
Banyak bakat dia..
Menyanyi, bermain alat muzik, melukis, kraf tangan..

Dengar lagu yang dia nyanyi pun kami sebak..
Lagu pasal Penghargaan dia untuk management yang banyak membantu General worker ni..
Aku akui syarikat cina yang aku keje ni memang banyak ambik tahu kebajikan pekerja site..






Terharu sebab dapat tudung dari seorang General Worker.
Wati namanya..
Kamu sangat baik..
Dia sudah seperti adik beradik sendiri.. Dah macam kakak-kakak sangat..


Psst : Alhamdulillah.. Semoga murah rezeki kita semua.. 

Ok. Bye

Untuk terangkan bilik

Assalamualaikum...
Hai korang...


Weekend lepas yang sangat heaven..

Satu - Sebab telah ke kursus kawen.
Dua - Telah terlajak ke Kedai Best Buy Shop di Hulu Langat.

Sebenarnya hanyalah pergi menghantar salah sorang kenalan ke sana untuk ambil kereta tunangnya..Tunangnya sudah balik Sarawak.

So, kebetulan g sana maka telah berjaya merembat satu lampu comel.
Sebab awal pagi tak nak buka lampu kalimantang kat bilik tu.
Taknak mengganggu roomate pepagi buta..

Biasanya dia akan sambung tidor balik lepas solat subuh.



Hi cutiest friend..


Ok.Bai
XoXO