DIY : Transform tilam aisyah ke pillow

Assalamualaikum...


Tilam Aisyah..
Aisyah tu adalah anak saudara aku.
Bila kak ipar nak buang tilam ni, aku mintak. Memang niat nak buat bantal.

Tilam ni kekabu dia dah berketul.
Sebab dah lama guna

Guna kain lebihan yang bawak dari kampung

Alhamdulillah kekabu moden ni bersih lagi.


Kekabu moden tak la segebu kekabu original


Guna sarung bantal yg ex bos pernah bagi

Tadaaa...


Alhamdulillah..boleh la buat alas kepala masa baring tengok TV.


Ok. Bye

Resepi : Red Rubbies/ Water Chestnut

Assalamualaikum...


Ada orang panggil red rubbies. Ada yang panggil water chestnut.
Aku lagi familiar dengan panggilan red rubbies..


Bahan-bahannya:
  1. nangka madu di hiris2 nipis
  2. tepung ubi kayu 
  3. 200ml santan kotak 
  4. pewarna merah
  5. 100ml air
  6. secubit garam
  7. gula secukup rasa


Cara masak :

1. Isikan 2-3 sudu air + 2 penutup botol pewarna merah ke dalam bekas. Kalau letak sikit pewarna, nanti merah dia xterang plak.

2. Kupas kulit sengkuang, basuh dan potong comel2 bentuk dadu.. masukkan ke dalam bekas berisi air berwarna merah tadi. Gaul sampai semua sengkuang jadi merah.




3. Dalam bekas lain, isi 1cawan tepung ubi kayu, then masukkan sengkuang td ke dalam bekas berisi tepung.. Pastikan sengkuang yang berwarna merah tu tak berair.(kering).

4. Gaulkan sengkuang merah dgn tepung ubi biar bersalut keseluruhannya.

5 Didihkan air dlm periuk.. bila dah mendidih masukkan sengkuang dan tunggu sampai timbul..angkat sengkuang kalau dah timbul.




6. Sengkuang yang diangkat tu, masukkan dalam bekas berisi air sejuk. tujuannya elakkan sengkuang td melekat satu sama lain..

7. Untuk santan - letak sekotak santan + 100ml air + secubit garam + 2 sudu gula. Aku masukkan sekali daun pandan.



8. Masak guna api kecil dan agak dah panas boleh tutup api. Jangan masak lama nanti pecah minyak pulak. Dah siap.

Cara hidangan:
1. Masukkan santan ke dalam mangkuk + hirisan nangka madu + sengkuang + ketulan ais ( kalau nak extra sejuk)




Dah lama rancang nak buat red rubbies ni. Akhirnya menjadi jugak..

Ok. Bye

Resepi : Sambal bilis petai yg simple

Assalamualaikum... 


Sambal Petai simple


Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya
1 mangkuk cili kering - dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia 
Asam jawa sedikit
2-3 sudu besar gula
Garam

Cara cara:
Kisar semua bawang, halia dan cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. 

Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. 

Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam jawa. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Masukkan petai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.


Sambal ni aku buat rasa manis manis sedikit, barulah sedap.






Ok. Bye

Resepi : Pak choy sos tiram yang simple

Assalamualaikum...


Resepi di simpan di blog untuk jadi rujukan diri sendiri kelak.

Bahan
1. Pak choy
2. Sos tiram 3 sudu
3. Bancuhan tepung jagung ( sikit saja)
4. Bawang putih 3 ulas di tumbuk.
5. Halia sehiris.
6. Bawang goreng utk hiasan.

Cara masak:.

1. Celurkan pak choy. Letak garam sikit.
2. Dalam kuali berasingan, letak minyak, tumiskan bawang putih dan halia.
3. Letakkan sos tiram.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung.
5. Dah siap.

Cara serving.
1. Aturkn pak choy dlm pinggan.
2. Tuangkan sos/kuah yg dah dimasak td.
3. Tabur bawang goreng.




Ok. Bye

Rumah Kesayangan : Tukar Kaki Kabinet

Assalamualaikum...


Kabinet terpakai ni memang takde kaki....
Suami touch up kabinet ni bagi cantek agar tak nampak kecacatannya....
Aku decide nak letak kaki kabinet, instead of just placed it directly on the floor. Tak suka!...


So, aku mintakkan teknisen opis aku belikan kaki kabinet kat kedai hardware area masjid kepong.
Harga dah lupa plak, sebab beli banyak2. Harga bawah rm10 untuk 4 kaki kabinet per set..


Kabinet ni 5 pintu, so aku letak 4 pasang kaki kabinet.
So, kalau berat takde la patah kaki.










Oleh kerana kabinet ni aku letakkan dalam bilik tidur tetamu (bilik utama), so dalam kabinet ni aku letakkan cadar, selimut, comforter dan tuala untuk tetamu.

Dinding kesan tebuk utk install plug, masih belum touch up lagi...asyik bertangguh.
Berangan nak pasang TV kat atas rak ni.
Tunggulah duit jatuh dari langit dulu ye..


Ok. Bye

Resepi : Menu Atkins

Assalamualaikum...
Hai semua...


Sempat la merasa diet atkins untuk 2 minggu secara berterusan. Sekarang dah stop tapi still amalkan less carbohidrat. Less means still amik karbohidrat tapi dalam kuantiti sikit.

Ni antara menu yang aku amalkan.
Tak semua yang aku ingat, ni antaranya menu yang berasaskan ayam dan telur selain sayur:


AYAM STIM
Ayam, cendawan, lada benggala, halia, lobak, sos tiram, sos ikan sikit, garam dan bawang. Stimkan


TELUR SEPARUH MAKAN
Telur separuh masak, lada putih, lada hitam,garam sikit

AYAM BAKAR
Ayam kerap dengan sos tiram, kicap, madu, herba sikit

SUP CENDAWAN
Tumis bawang putih dan merah, letak cendawan dan kacang buncis,garam 

TELUR BAYAM & AYAM STIM
Telur, bayam, garam,mayonis. Ayam stim macam biasa

AYAM GORENG dan SALAD


TELUR SAYUR.
Telur, sayuran hijau, tomato, lada benggala, lada hitam

SALAD dan AYAM BAKAR CENDAWAN

OMELLETE TELIUR, DAGING LADA HITAM & AYAM SOS SEASONING

SUP SAYUR


Sebenarnya aku tak de la sepenuhnya ikut diet atkins.. Just amalkan less carb dan less sugar. 
Menu yang aku buat pun takde la betul-betul takde gula dan karbo. 
Mungkin ada, tapi kuantitinya sangat sedikit.

Macam sos cili, mayonis, sos tiram semuanya ada karbohidrat, so aku amik sikit buat perasa, kalau langsung xleh amik karbohidrat, aku macam payah nak makan. huhuhu

Masa amalkan diet atkins, memang aku tak sentuh nasi selama 2 minggu. turun la jugak berat badan. Tapi sekarang, diet atkins dah swing skit..hehehe.. tapi still control pengambilan gula dan karbohidrat, so berat maintain xnaik2.

Pasni kena try menu ikan pulak.

Psst : GST... patut kah aku beli air cond sekarang nak elakkan harga melambung lepas GST??


Ok. Bye

Rumah Kesayangan : DIY katil dari pintu.

Assalamualaikum...
Pekaborrr....



Masa tukar frame dan pintu baru, pintu lama ni kami tak tahu nak buang kat mana..
Pintu besar, kalau nak buang nak kena angkut dengan lori or kenderaan macam storm tu.

So, kami jadikan katil rendah kat ruang menonton.
Boleh jadikan tempat baring masa menonton dan paling tak sangka jadi port untuk tetamu tido.
Bila mintak tetamu tidur dalam bilik tamu, boleh pulak dia tido atas katil ni je sambil tengok TV.
Sebab memang nampak macam katil kan.


Bawah Pintu ni kami letakkan kaki kabinet jer.

Sebelum ni kaki kabinet letak macam tu je,
So bila duduk dia akan bergerak kalau kiter bersandar ke dinding sebab lantai licin.
So, senang sangat katil ni bergerak/teralih.

Contoh kaki kabinet.
Boleh dibeli di hardware ataupun kedai kabinet.

Tadaaa.
Ni tips nya kalau tak nak kaki kabinet bergerak-gerak..
Gunakan GETAH TIUB TAYAR terbuang.
Sifatnya yang kesat menyebabkan permukaan kaki kabinet tak bergerak bila letak atas kantai tiles yang licin.


Letakkan tiub tayar bawah kaki kabinet.
Lekatkan guna gam.



Dah siap.
Letakkan tilam atas katil ni.


Sakannya berbaring sambil tengok TV.

Kalau family aku datang, ayah suka tidur sini.
Bila mertua datang, mak mertua aku yang akan baring kat sini...
Bila berdua dengan suami, aku yang suka baring sini.


Psst: boleh jugak letak tiub ni kt permukaan yang licin macam kaki meja, dan kaki kerusi.
Selamat Mencobàaaaa

Ok. Bye

Tempahan dari Customer

Assalamualaikum...


Dulu siapkan tempahan untuk baju pengantin ni.
Entry di sini: Tempahan manik purple cream


Selamat Pengantin Baru.. Bahagia selalu-selalu

Ok.bye

Orang tua dah balik Mekah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..
Mak Ayah dah selamat sampai dari Mekah...
Semua selamat. Mereka sihat so far, just sekadar sakit tekak macam tu la.
Ayah aku cepat semput. Kat sana ayah tak larat nak tawaf sunat banyak kali.
Mereka ke sana dua minggu, ke Madinah dulu pastu ke Mekah.

Kata mak, tak sangka dia dapat ke Mekah.
Dulu bila ingat anak 9 orang, rasa tak mampu nak ke Mekah.
Nak besarkan anak pun terasa perit dan sesak...

Balik sini, mak ceritakan semua keseronokan dia kat sana. Ada sikit ole-ole dari sana..
Suami dapat jubah seluar..
Aku dapat jubah & tudung...


Mak aku share gambar kenangan mak kat mekah dan madinah:


Ni mak dengan kenalan rapatnya.
Jumpa kat sana dalam satu trip


Masa jemput mak kat airport, aku kerja.
Hanya abang kedua aku yang jemput


Ayah perkenalkan sahabat dia kat abang aku.
Ni la kawan dia sepanjang kat sana.
Pakcik ni dah 2-3 kali ke Mekah, so boleh bimbing mak dan ayah aku kat sana.

Mak dan ayah aku takde bawak kamera dan phone canggih. 
Dorang kata nak menumpang gambar dengan kamera orang lain, pastu mintak orang tu wassap gambar tu kat abang aku. 
Pastu abang aku share gambar dalam group family
Mak ayah aku tak reti guna telefon canggih


Selongkar beg yang mak dengan rakus sebab lapar. Ketepikan ole-ole yg mak bagi..


Ok. Bye