Beli selipar baru untuk kaki luka kencing manis

Assalamualaikum... Hai Semua...



Nak dijadikan cerita, one day tu keluar bawak MIL makan di kedai sepupu (sebelum ada larangan makan di kedai).
Masa siap makan, tolak MIL yang berkerusi roda ke kereta.
Dah settle semua, balik rumah.
Sampai rumah, tengok2 selipar sebelah tertinggal kat luar kereta masa kat parking kedai masa MIL nak masuk duduk dalam kereta.
Maybe tak perasan.
Kami both tak perasan sbb gelap.
MIL pun tak perasan (kaki kan dah kebas2 kencing manis, jadi MIL pun tak perasan selipar tertinggal.

Call sepupu nak suruh dia simpankan selipar tu, tapi tak pick up call.
(Anak dia guna phone main game kot)

So, pagi nya kami baru g collect selipar tu.
Dah basah sebab mlm tu hujan lebat.

So, beli la selipar lain sepasang lagi dari MEDIFEET di Subang Jaya.

Boleh guna gilir2 :
1. Selipar lama (grey) - untuk kegunaan bila keluar
2. Selipar baru (yellow tiger) - untuk kegunaan dalam rumah

Oh ye. bytheway.. Kat shoppee pun ada jual. Search je medifeet shoes/slippers. Ada je..


Kami beli selipar ni kali ni.
Harga sekitar RM99 jugak rasanya
Sources Photo : From FB/Google

Sources Photo : From FB/Google


Sources Photo : From FB/Google


Seliparnya so soft dan selesa kat kaki.
Elok untuk pesakit kencing manis especially yang ada luka kat kaki.

Ok. Bye
XoXo

MIL dah settle Dos Pertama Covid Vaksin

Assalamualaikum... Hai Semua...


MIL dah selesai amik Vaksin Dos Pertama untuk Vaksin Covid 19.
MIL amik Vaksin Pfizer

Appointment di mySejahtera stated :
Date : 28 May 2021
Time : 3.30 pm
Venue : Dewan TNB Kapar


Kami memang dah amik cuti half day untuk petang.
Tengahari tu Nurse call suami katakan appointment di awalkan jam 2.30pm untuk MIL dna tanya jika kami boleh datang pukul 2.30pm.
Kami setuju sebab kami memang dah amik cuti separuh hari.
Pukul 1.30 balik. Tapi yang pergi cuma suami saja teman MIL.

Sebelum 2.30pm sampai di Dewan temujanji. Dewan ni belakang perumahan aku je. Sekitar 10minit je pun.

Tip persediaan pada hari temu janji suntikan vaksin.

1. Tiba awal untuk janji temu. Makan sebelum temujanji incase kalau temujanji lama. Biasanya sekejap je.
2. Pilih pakaian yang longgar untuk memudahkan urusan suntikan vaksin pada bahagian bahu. MIL pakai baju lengan 3 suku, aku sediakan kardigen longgar tutup aurat.
3. Bawa telefon bimbit bersama dengan ID MySejahtera dan Nombor Kad Pengenalan.
4. Hadiri taklimat dan pengesahan identiti. Kita akan diminta mengimbas kod QR beberapa kali dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.
5. Satu sesi kaunseling ringkas akan disampaikan oleh doktor yang akan turut menyemak rekod sejarah perubatan serta masalah kesihatan yang dihadapi sebelum ini, seperti alergi dan lain-lain.
6. Selesai urusan tersebut, anda dikehendaki menandatangani borang persetujuan sebagai bukti persetujuan anda untuk divaksin. Ini hanya akan dilakukan sewaktu menerima dos pertama.
7. Anda akan menerima suntikan vaksin. Disarankan untuk menerima suntikan di tangan yang tidak selalu digunakan, kerana kebanyakan penerima vaksin mengalami rasa sakit dan lenguh di tempat suntikan.
8. Anda perlu berehat untuk diawasi pihak doktor dalam tempoh 15-30 minit, bagi melihat sekiranya terdapat kesan-kesan sampingan yang serius.
9. Anda akan menerima notifikasi dos kedua (dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas menerima suntikan pertama). Proses menerima dos kedua lebih pantas kerana tiada sesi taklimat atau kanseling.
10. Selepas menerima dos kedua, anda akan diberikan kad untuk mengesahkan yang anda telah menerima kedua-dua dos. Kad ini juga boleh didapati di aplikasi MySejahtera.
11. Balik dari temujanji, mandi dan bersihkan diri.

(Simpan dokumen dos pertama incase diperlukan untuk next dos)


Setelah menerima suntikan vaksin COVID-19, penerima vaksin perlu:

1. Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama 15 minit.
2. Anda mesti memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut selepas menerima vaksin COVID 19:
• Kesukaran bernafas
• Pembengkakan muka, bibir dan tekak
• Denyutan jantung yang sangat cepat
• Ruam teruk timbul di seluruh badan
• Merasa pening dan lemah tubuh badan
(Alhamdulillah, MIL takde sebarang kesan sampingan selepas suntikan)
3. Penerima vaksin perlu sentiasa mengamalkan norma baharu dan mengikuti langkah pencegahan penyakit COVID-19.
4. Anda perlu menyimpan kad vaksinasi yang diberi oleh anggota kesihatan. Apabila anda mendapat dos pertama, anda akan diberi kad vaksinasi untuk menunjukkan bila anda perlu mendapatkan dos kedua Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech. 


Persediaan selepas suntikan

1. Sediakan ubat macam panadol incase kalau demam.
2. Amik cuti incase kalau takut ada kesan sampingan pada penerima suntikan. Oleh kerana suntikan hari jumaat, kami beruntung sebab esoknya sabtu ahad so memang boleh jaga MIL di rumah kalau MIL ada kesan sampingan lepas suntikan.
3. Sentiasa ambik tahu tahap kesihatan/kesan sampingan.

DI TEMPAT TEMUJANJI :

1. Saringan suhu dan gejala. Sekiranya bergejala, akan diberi temu janji baru. (Suami aku boleh iring MIL yang berkerusi roda)
2. Pendaftran. (Suami boleh teman). Sediakan IC dan imbas kod QR bagi sahkan kehadiran untuk peneim vaksin
3. Kaunseling dan persetujuan (Penerangan dan soal jawab menegeni vaksin dan proses suntikan sebelum tandatangan borang persetujuan).
4. Stesen suntikan. (Suami tak boleh masuk, nurse yg kan tolak kerusi roda MIL).
5. Stesen pemerhatian. Sekurangnya 10minit. Incase kalau ada kesan smpingan vaksin. Pemberian kad imunasasi dan janji temu untuk suntikan kedua. Simpan kad/dokumen yang diberikan ini utk bawak ke next temujanji.
First Dos     : 28.05.2021
Second Dos : 18.06.2021
Doktor cakap kalau ada kesan mcm demam,sakit kepala ke, just update mysejahtera.ada questionanaire kt situ. Kalau ada kesan teruk mcm sesak nafas, boleh ke hospital terus.
6. Selesai



Besar-besar dah nama vaksin tu haa kat tempat pendaftaran

Giliran dan borang2 yang perlu diisi.




MIL menunggu giliran


Tempat menunggu suntikan


Ruangan menunggu selepas vaksin. Untuk pemerhatian jika penerima suntikan ada kesan sampingan selepas suntikan.

Alhamdulillah. Selesai Dos Pertama

Banyak panel2 informasi dan kakitangan yang membantu jika ada sebarang masalah.
Ni carta aliran proses semasa temujanji.

Sekejap je urusan menunggu.
Beberapa minit je.
Dipermudahkan. Alhamdulillah.
Terima kasih kat semua pihak yang terlibat/banyak membantu.
Alhamdulillah, so far MIL takde sebarang kesan sampingan.


Psst : MIL done first dos vaksin. Mak aku belum dapat tarikh. Ayoh aku? Alahai... Ayoh aku masih lagi dalam fasa memujuk.

Ok. Bye
XoXO

Progress Luka Kencing Manis MIL.

Assalamualaikum... Hai Semua...


(Maaf : Gambar luka mungkin tak sesuai dilihat oleh sesetengah orang, boleh skip post/story pasal ni)

Dah lama tak update pasal luka kaki kencing manis MIL aku.
Kadang malas nak snap photo.
Tapi kena jugak simpan rekod nak tengok progress luka kaki macam mane kan.

Update terbaru.
Dressing seminggu sekali je (Sabtu) di Klinik Walia, Puchong.
Kalau ada public holiday pun, memang kami tak pergi cuci di klinik (melainkan kalau ada nanah/luka baru)
So far, dari bulan Jan 2021, luka elok tanpa ada nanah/luka melecet yang baru.
Cuci sendiri di rumah tetap dilakukan setiap hari kecuali Sabtu memang g klinik untuk dressing.

Sekarang PKP, so aku tak join g klinik sebab nak elakkan ramai-ramai dalam klinik.
Bulan Jun 2021 nanti genapla 3 tahun luka ni.
Means dah 3 tahun ni kaki MIL berbalut
3 tahun jugak MIL berpantang makan itu ini.
Hampir 3 tahun jugak la kami ulang alik klinik urus kaki ni 



MAY 2021

MAY 2021

Tinggal luka kat tapak kaki.
Sikit lagi.
Tapi makan tahun nak tutup.
Takpe la.. Kami tunggu.
Janji kaki tak memburuk.
Kaki tak makin teruk.
Kaki tak melarat.

MIL boleh je jalan guna tongkat.
So far sehari sekali, dia tetap jalan ke hulur ke hilir dpn ruang tamu aku ni as exercise dia.

Encik suami tengah mencuci luka di bilik rawatan ketika di rumah. Hehehe
Cik Isteri?
Ada ni haaaa.. Tengah makan serbuk biskut raya sambil alih siaran cite korea kat Netflix.


Terima kasih atas semua doa2..
Terima kasih atas semua cadangan.
Bukan taknak ikut, cuma sekarang tengah teruskan rawatan di klinik.
Kalau ada kesempatan, insyaAllah kami try petua2 yang di share.

Keep post about progress luka ni, as rekod untuk kami refer kelak jer..
Ada banyak je orang email tanya pasal dressing, mana yang boleh tolong kami tolong.
Tapi, kadang2 penjaga hanya nakkan semangat je, nak teman untuk berbual dan berbincang/share2 rawatan luka.. Cepat sihat ye semua...

Psst :  Hari ni cukup2 4 bulan 10 hari FIL meninggal. Dah habis eddah MIL. 

Ok. Bye
XoXO

Vaccination untuk MotherInLaw (MIL)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku, suami dan MIL dah register untuk vaksinasi.
Giliran MIL kami dah dapat tarikh.
MIL golongan berisiko sebab warga emas, ada kencing manis, darah tinggi & kolestrol. 
Walaupun penyakit ni masih terkawal sebab makan ubat, tetap berisiko kan.

Macam-macam cerita pasal vaksin yang masih dalam kajian la.
Masih tak selamat.
Kami pun bingung.
Kami suami isteri bincang sama-sama dan setuju je nak daftarkan MIL untuk vaksin.
Oleh kerana memang MIL dalam penjagaan kami (insyaAllah selamanya), so kami decide teruskan je la. Sebab memang kami pun yang menjaga kan, so biarlah keputusan tu decided by suami.
Bila tanya MIL, dia pun setuju je nak vaksin.




Ada kes yang orang yang divaksin demam, ada kesan sampingan.
Risau jugak.
Tapi pikirkan vaksin tu hari Jumaat.
So kalau demam esoknya Sabtu atau Ahad, kami ada kat rumah.
Isnin pulak aku WFH (work from home), so insyaAllah MIL akan ada teman kat rumah.
Sebab MIL sorang-sorang bila kami berdua kerja.

MIL terdedah berisiko kat tempat umum jugak.
Sebab masih ulang alik ke klinik untuk dressing luka kencing manis.
Appointment doktor pun masih ada.

Semoga semuanya berjalan lancar.

Psst : Mak n ayah aku di Tganu belum dapat giliran vaksin.

Ok. Bye
XoXO

Raya 2021 Versi PKP 3.0

Assalamualaikum... Hai Semua...


Selamat Hari Raya semua.
Salam PKP 3.0 utk semua warga Malaysia.
Kalau tahun lepas sendu, tahun ni lagi sendu. 
Sebab raya tahun ni memang kena duduk di rumah sahaja. 
Aku tak boleh merentas daerah untuk ke rumah abang aku di Puncak Alam & PutraJaya.
Yang lainnya semua di Tganu & sorang di Seremban.

Jom ikut cerita raya aku..

30 Ramadan - Sehari sebelum raya

Basuh balang kuih raya dan masukkan kuih raya dengan MIL.


Sebelum pukul 2 petang aku dah siap buat rendang.
Rupanya bila siap awal, tenang rasanya dan banyak masa lain boleh buat kerja lain.

Lepas siap masak, lepas zohor ajak suami g pasaraya sekitar pekan Kapar beli set baju raya untuk MIL.
Kami beli 2 basang blouse dan 2 pasang seluar dan tak beli  jubah pun.
Kami beli pakaian yang nak digunakan untuk pakai raya di rumah dan boleh pakai untuk ke klinik dressing luka.


Nak dijadikan cerita lampu boleh rosak siang tu.
Nasib baik boleh panggilkan orang repair, aku keluarkan tangga siap2 untuk wireman tu tukarkan lampu.

Kuih raya ada yang tempah dari budak opis, ada yang company bagi, ada yang beli. 
Dan ada yang MIL order dari sedara dia.
Balik dari beli baju raya untuk MIL, singgah g collect Brownies dan biskut raya dari kedai Azlina Ina Setia Alam.

Malam raya lepas berbuka, keluar g seksyen 7 Shah Alam.
Suami nak g kedai kawan sekolah dia.
Tahun lepas pun kami beli baju di kedai kawan ini.



2 helai kurta suami
1 pasang baju aku
1 pasang baju MIL untuk raya pertama
1 blouse dan kain batik free dapat untuk MIL


1 SYAWAL

Panaskan rendang dan nasi impit.
Bagi jiran kanan kiri rendang dan ketupat.
Makan bersama MIL dan suami.
Pastu bergambar dan bersalaman raya dengan MIL.
Video call famili Terengganu, eh dorang tak bersiap pakai baju raya lagi.
Geng lelaki, bangun solat raya pastu tidor semula.
Petang baru dorang pakai baju raya dan bergambar, share kat family group.


Orangtua dan adik beradik bujang aku di kampung Terengganu.
Adik beradik lain di Puncak Alam, Pinggiran Putrajaya, Seremban, Marang Tganu & Dungun Tganu.
Aku di Klang



Geng bujang kat kampung.
Masih sama seperi tahun lepas.

Alhamdulillah.
Mujur ada adik beradik yang di kampung. so parents takde la sendirian kat rumah.



Photo 1 Syawal
Hey.. Selamat Hari Raya dari kami.
Tahun ni tanpa FIL.-alfatihah-
MIL masih dalam eddah berbaki sekitar 10-15hari mcm tu.


2 Syawal.
Pakai baju sedia ada je.
Suami je ada kurta baru. hehehehe.
Duduk di rumah makan biskut raya je.


Lepas makan, tengok TV, main phone.
Pastu makan lagi.
Repeat lagi raya kedua, ketiga dan keempat.
Sebab cuti 4 hari kan.

Menu Raya Pertama - Rendang Ayam & Nasi Impit. Tu pun petang kami buat pisang goreng, malam dah dinner puyuh dan keli berlada. Dah tak lalu nak makan rendang.
Menu Raya Kedua - Nasi Lemak Kerang Bilis & Puyuh Goreng

Raya ke5 suami dah start kerja,
Aku WFH seminggu 2x sehingga habis PKP 3.0

Selamat Hari Raya korang.
Semoga cepat berlalu virus2 ni dan boleh jumpa orang tersayang yang jauh di mata.

Harap cepatla berlalu dan ada solution untuk covid ni.
Selain terjejas ekonomi dan kesihatan.
Payah jugak kita semua nak jumpa parents kat kampung.
Kalau dulu nk blk kmpung mintak izin suami je, ni siap dengan izin polis ye kalau nk blk kg.


Ok. Bye
XoXO

Minggu2 Terakhir Ramadan 2021 dan persiapan raya

Assalamualaikum... Hai Semua...


Semakin ke penghujung ramadan, kemudian Selangor kena plak PKP3.0.
Office keje gilir2 sehingga lepas raya selama 2minggu.

Minggu ni menghabiskan balance lauk dalam freezer.
Hujan lately petang-petang buatkan kami lambat sampai rumah dan kadang kala bungkus dari restoran je untuk berbuka.


Puasa Day 22 - SELASA
Balik lalu Meru
Singgah beli Murtabak Cheese RM12
Tapi cheesenya tak terasa sangat. Keciwa..
Balik rumah masak nasi dengan goreng ikan dan buat sambal kicap serai.


Allah maha mengatur segalanya.
Walaupun suami balik kerja pukul 5.30 petang tapi dia sampai opis aku dekat pukul 8 malam.
Jem dari Kajang ke Damansara
Aku berbuka minum air masak dan biskut raya je dulu. Hehehe
Hujan lebat, maha jem di merata2.
Padahal PKP3.0 esok bermula. Tak tahu kenapa malam tu jem sana sini.
Biasa lepas pukul 7, jalan lengang.
Kul8 malam lepas solat kat opis aku, balik ke Kapar. 
Order bungkus kedai.
Sampai rumah pukul9.30pm.
Baru makan.
Nasi Ayam Penyet & Paprik Ayam


Berbuka kat office dulu


Puasa Day 23 - RABU
Tapau Nasi Ayam Penyet
Lambat la mak mentua aku berbuka sebab kami lambat balik.




Puasa Daya 24 - Khamis


Puasa Day 25 - Jumaat

Puasa Day 26 - Sabtu
Tapau Nasi Ayam Penyek lagi & Paprik di kedai sepupu

Puasa Day 26 - Sabtu
Moreh Maggi Bakso


Puasa Day 27 - Ahad
Berbuka dengan keluarga abang ipar di rumah sahaja
Dorang datang meraikan MIL di rumah kami masih belum berbuka dengan mereka lagi sepanjang puasa ni.
Aku masak sup ayam kampung & kacang buncis goreng
Dorang bawak kari ikan jenahak
Lupa nk snap photo bila ramai-ramai


Puasa Day 28 - Isnin
Panaskan lauk semalam yang ada lebih
Kepala ikan jenahak aku add telur rebus 2 bijik
Sup Ayam Kampung add on ayam

Moreh makan keropok lekor frozen.


Puasa Day 29 - Selasa
Ikan Goreng & Sayur Air Kulit Tembikai
Presentation siap dgn periuk aku bawak ke meja makan.
Bertuah punya menantu kan.


Puasa Day 30 - Khamis
Rendang
Dan rezeki lain org bagi lodeh, rendanh hati lembu, kek gulung stoberi, kacang rebus, ketupat anyam

Selingan :
Antara yang sempat disediakan.

Tukar duit raya untuk kami dan MIL

Kuih Raya tempah dari geng opis dan hadiah dari opis


Selamanya kegemaran kami
Brownies Cookies
Florentin Badam
Biskut Macadamia Coklat Cip

Alihkan cabinet masuk ke area dapur untuk luaskan ruang tamu.


Susun semula barang2 yang berlambak kat dapur ni.

Cornflakes madu 

Memang dah jangka tahun ni merentas negeri tak dibenarkan.
Cuma tak sangka sampai ke tahap tak boleh merentas daerah.
Tahun lepas boleh jugak berjalan ziarah.
2 Syawal duduk rumah diam-diam makan kuih raya.
So, tahun ni day 1 Syawal duk kat rumah je la.


Selamat Hari Raya semua.
Maap Zahir Batin ye..

Ok. Bye
XoXO

Biskut Raya : Cornflakes Madu Mudah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Persiapan raya selain cat gril sliding door, aku kerah suami tolong aku buat cornflakes madu.
Plannya nak buat siang.
Pastu decide nak buat malam je la. Sambil buat boleh sambil makan.
MIL bau wangi cornflakes dibakar, terus dia keluar tengok kami buat kuih raya depan TV ni.

RESEPI :

Bahan : 
(1) 500g cornflakes nestle (lebih kurang pun takpe)
(2) 250g buttercup (seketul buttercup kecik)
(3) 250g madu (Setengah botol madu brand eva) 
(4) 3 sudu besar gula (jgn penuh)

Cara :
1. Cairkan butter
2. Masukkan madu
3. Masukkan gula
4. Masak hingga berbuih, masukkan cornflakes.
5. Kacau rata baru tutup api
6. Lepas masukkan dalam cup, bakar 10minit api 170



Up Entry ni senang nak refer next time.
Bila ianya buat setahun sekali.
Hehehe.

Aku suka cornflakes plain tanpa manik2, tanpa ceri dan jugak tanpa bijan.
Sempat bagi kat biras yang datang berbuka bersama MIL kat rumah aku smlm.
Nak bagi kat family aku (abang sulung & abang kedua) xboleh nak rentas daerah.


Ok. Bye
XOXO

Minggu ketiga puasa. Apa je aktivitinya.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Minggu ketiga puasa di uji dengan sakit.
Mungkin siku ada terlanggar apa2 yang mungkin aku dah lupa.
Sabtu lepas start sengal2 start dari jari membawa ke bahu.
G 2 klinik tak sembuh.
Akhirnya g mengurut malam td. Alhamdulillah. Dah lega sikit

So, throwback je la apa je aktiviti dan menu sempat dibuat minggu ketiga ni.


Day 15 puasa
Gigih masak ikan panggang dengan air asam
Masak Lemak Bayam .
Tembikai

Moreh
Cendawan Goreng

Day 16
First time beli kuih kat kedai tukang urut aku tu.
Aku masak ayam berlada serai & Sayur Cendawan.
Kuih beli 4 jenis sebab nak habiskan jualan dorang.

Day 17
Asam Pedas ikan mayong
Cendawan Goreng & Tembikai

Day 18
Bahana duk tengok cite korea, makanya terpangaruh nak makan subway.
Balik rumah, lepas solat bawak MIL makan kat kedai sepupu. 
Aku makan subway. Sambil2 bawak MIL kesian terperap kat rumah je sebab kami kerja kan.
Depa makan ayam penyet


Day 19 ke Tesco sebab nak beli barang masak. 
Petangnya ada aktiviti buka puasa dengan adik beradik aku di Puncak Alam.
Suami amik peluang bayar zakat fitrah di Tesco


Day 19
Berbuka puasa dengan family abang sulung dan abg kedua aku.
Tidor sana malam tu.

Suami aku just hantar aku je.
Dia tak buka sekali sebab kena balik temankan MIL berbuka kat rumah kami.
Esoknya suami datang amik aku.

Family Abang Sulung Masak Nasi Minyak dengan Gulai Ayam.
Aku buat Daging Masak Merah dan sizzling mee untuk budak2 tu.
Family Abang kedua as tuan rumah sediakn kuih2 dan selainnya





Day 20
Keesokkannya suami datang amik aku.
Family abang sulung pun balik rumah nya di PutraJaya.
Bergambar kenangan sebelum pulang ke sarang masing-masing.
Ni la TeamRayaSelangor tahun ni dan seperti jugak tahun lepas.
3 beradik ni di Selangor.
Dah boleh bayang Photo Raya Macamana nanti. Hehehe.

Day 20
Isteri tak larat, makanya masak nasi putih je.
Beli ayam golek dan roti john.

Moreh
Ice Cream Wall Chocolate Nut

Day 21
Berbuka masak singgang dan budu, ulam pegaga tanam sendiri.
Moreh buat Sizzling Mee share makan dgn suami

Minggu ni suami siapkan cat grill sliding door
Grill tingkap still in the progress.
Then nak clearkan barang kat beranda.

Konon nak buat Cornflakes madu,
Bila teringat weekend ada je aktiviti nak kemas rumah, nak berehat terasa malasnya alahai.
Tengok la kalau rajin ye.. Hehehe..

Padahal dua dua  ni duk mengulor tengok neflix la, tengok kartun la.
Baju raya ampa dah beli ke?

Basuh Langsir Done.
Basuh Sarung Kerusi Meja Makan Done.
Basuh sarung sofa
Cat siling yang kuning2
Cat grill sliding door done
Kemas Balkoni
Reorganised Perabot


Ok. Bye
XoXO