Bilik air masih dalam proses nak tambah baik.
Setakat ni mampu bersihkan dan kemas apa yang patut jer.
Bilik air dan tandas
Sebelum raya siap tambah plug kat dinding tengah antara 2 bilik air tu...
And pasang lampu bulat tu depan bilik air...
Dinding pun tak bercat sepenuhnya lagi lepas tambah plug point dan install lampu bulat tu...
Lepas mop rumah hari tu duk pijak-pijak alas kaki...
Kemahen cepat nau kotor sebab warna cerah.
Satu alas kaki terus dapat cover 2 pintu (bilik air dan tandas).
senang!
Ada cadangan nak tambah baik untuk ruang ni :
1. Dinding depan bilik air nak pasang wallpaper/cat...
2. Sementara pakai pintu ni, ingat nak pasang wallpaper je dulu. Cari yang murah-murah.
3. Kalau mampu kejar duit, ingat nak tukar pintu ni kepada pintu lipat yang comel dan moden tu.
4. Dalam bilik air nak letak frame gambar ala-ala rumah mat salleh. impian sangat okehhh..
5. Buat masa sekarang, takkan tukar tiles baru sebab yang lama masih ok dan takde bajet.
Contoh pintu lipat yang cadang nak guna..hehe.. survey harga pun dah RM400 jugak sebijik pintu.
Contoh frame in bathroom
Ok. Bye