Pencil Tekan & Pen Hello Kitty

Assalamualaikum...


Sempat rempat masa gi GM Klang.
Pencil Tekan & Pen Hello Kitty..
Murah jer





Yang Pink Pensil Mekanikel
Yang Hitam Pen Dakwat Cair Kaler Hitam
Harga satu hanyalah RM3.50.

Kat GM Klang ada satu kedai HK. Tingkat 1 rasanya kalau tak silap. 

Ok.Bye
XoXO

Tempahan Manik dari kawan suami

Assalamualaikum....


Sebelum puasa lagi, kawan suami mintak aku jahitkan manik untuk baju bakal isteri dia.
Time tu pun mereka baru bertunang. Darah MANIS macam gula, semut pun nak hinggap.

Aku bagi hint taknak terima memandangkan masa tu sibuk dengan urusan nak pindah rumah.
Tapi dorang merayu, aku pun sebenarnya taknak tolak rezeki.
Tapi memandangkan sibuk dengan urusan rumah, aku cakap la aku tak sempat nak buat.

Tup-tup masa datang beraya dorang merayu lagi, time tu aku dah tak menolak..
Terus mereka bawak baju lepas tu.


Baju kurung moden untuk Nikah


Manik yang sempat shopping di GM.

Bakal pengantin mintak nak buat kat tutut dan pergelangan tangan saja.


Shawl half moon sebagai Veil.
Dorang beli 2 meter sahaja lace.
Hope muat la..

Tapi confirm muat la kalau dah bagi kat ex-pengantin yang SAVE BUDGET masa kawen dulu.


Sikit teaser.

Ok Bye..
XoXO

Mesin Kayu Tesco

Assalamualaikum...
Hai semua,,,

Sebelum puasa lagi kami beli Mesin Kayu ni kat Tesco.
Masa tu belum pindah rumah baru lagi.

Nak beli brand BOSCH tapi tak mampu.
So rembat je apa yang murah..

Mesin yang bawah tu RM199 sahaja.
Ada 3 items : MESIN KAYU, MESIN KETAM & MEJA PEMOTONG

Ni pulak MESIN DRILL
Harga pulak dalam RM150 macam tu.
Tak ingat exactly price.
Harga mampu milik gitu.

Bila la nak siapkan kitchen cabinet jimat bajet ni..?

Psst : Korang guna mesin brand pe? BOSCH ek? nak pinjammmm.. hehehehe..

Latest Update 2017: Machine ni dah rosak.Cepat panas kalau guna agak lama..Kami dh beli Drill BOSCH. Mesin kayu kami takde beli

Ok. Bye
XoXO

Moto pun dapatkan tempat di hati tuan rumah

Assalamualaikum...


Busy dengan nak deko rumah baru.
Sampai lupa kan baby kesayangan suami.




Alhamdulillah...
Dah tukar Rim dan tayar baru.

Semoga tahan lama dan insyaAllah harapnya tak mudah bocor.
Sebelum ni pakai tayar dan rim asal, tayar senang bocor.
Banyak kali aku tersadai kat tepi jalan sebelum ni.

Alhamdulillah. dah 2 bulan dengan rim ni.
Harap dipermudahkan kami.


Ok. Bye
XoXO

CHECKLIST UNTUK RUMAH KESAYANGAN

Assalamualaikum...
Haiii...


Alhamdulillah..
Dah hampir 2 bulan di rumah baru kami.
Tapi masih ada lagi yang tak siap sepenuhnya kelengkapan dan keperluan rumah ni...


CHECKLIST :

Ni antara checklist yang aku sempat buat untuk rujukan kami.

EXTERIOR/ KAWASAN LUAR RUMAH

Grill Rumah kami dah ada grill. TQ owner lama.. Cuma nak kena cat balik sebab dah ada cat yang terkopek...
Lampu + Wiring (lampu pagar + carporch + balkoni ) - Dah ada.yeay! Tapi satu lampu pagar dah mati, nak kena tukar bulb
Auto Gate - Tiada
Plug Done. Kami upah orang buatkan. Senang nak vacum kereta kelak. Wah..rajin ke cik kak nak vacum kereta??
Kipas kat balcony takde kipas, tak sure nak letak ke tak...
Paip  Dah ada..yeay.. TQ owner lama
Getah Paip - Guna getah paip beli masa duduk di rumah sewa
No Plat Rumah - Belum ada yang proper. Yang owner lama ada dan boleh guna jer.
Peti surat Dah ada. yeay.. comel lagi. TQ owner lama.
Landskap (rumput carpet, yard lamp, fountain) -  Tak peerlu sebab full car porch sudah bertiles.
Tiles Car Porch - Dah ada..yeay.. TQ owner lama
Kerusi Balcony - Takde lagi. Peruntukan takde.
Loceng - Dah ada cuma loceng tu payah nk press. Kena tekan kuat, nak kena tukar.

INTERIOR

a) Living Hall
Lampu + Wiring (Downlight) - Dah ada..yeay.. TQ owner lama
Plaster ceiling - Dah ada..yeay.. TQ owner lama
Wallpaper - Belum decide nak pasang lagi.
Kipas Dah ada..yeay.. TQ owner lama
Air cond Belum ada. Owner lama amik. Tapi plug ada
Plug Dah ada..yeay.. TQ owner lama
Sofa set -Dah ada..Guna yang masa rumah sewa
TV Cabinet - Alhamdulillah dapat cabinet second hand
Carpet - Guna yang rumah sewa dulu
Langsir (day and night) - Guna yang kak ipar bagi. Alhamdulillah,.
Railing langsir Dah pasang sendiri. Guna Aluminium railing. Railing kayu dah decide mahu pasang ke tak.
Cermin besar Ada dah. Tinggalkan kat opis suami sebab berat. Belum pasang lagi, hurmmm..
Coffee table Alhamdulillah.. Dah ada yang second.
TV - Guna yang sedia ada. Belum ada duit peruntukan untuk TV baru. Hajat hati nak TV screen besar. koh koh koh. batuk suami kalau baca ni.

b) Dining Hall/ Family Area
Lampu + Wiring Dah ada..yeay.. TQ owner la
Plaster ceilingDah ada..yeay.. TQ owner la
KipasDah pasang baru.
AircondTak perlu
Dining tableTakde.
PlugDah ada..yeay.. TQ owner la
Carpet - Belum ada
Langsir (day and night) - Tak perlu sebab takde tingkap untuk area ni
Cermin besarGuna yang sama dengan living area sebab bersebelahan sahaja.
TV Belum ada duit peruntukan untuk TV baru.

c) Kitchen
Kitchen top with cabinet Dah ada..yeay.. TQ owner lama. Walaupun cabinet lama. Just nak kena repair sikit untuk elak serangga masuk/perosak masuk.
Fridge Dah ada..Guna yang sedia ada.
Microwave Takde. Ntah bila nak belinya. Bukan dalam masa terdekat ni.
Hob & hoodTakde. Guna dapur sedia ada.
Water Heater Guna yang sedia ada electric kettle.
Water Filter Belum ada. Yang kat rumah sewa tinggal untuk penyewa baru guna.
Dishes Rack -Guna yang sedia ada.
Lampu + WiringDah ada..yeay.. TQ owner lama. Just tukar bulb yang terbakar jer.
Ekzos Fan Dah ada..yeay.. TQ owner lama. Just nak check masih ok atau dah out. hehe
PlugDah ada..yeay.. TQ owner lama.
FanDah ada owner lama tinggal tapi rosak, dah tukar baru
Bakul SampahGuna yang sedia ada.
Meja MakanBelum ada
TV Belum ada duit peruntukan untuk TV baru. Insyaalah akan ada TV jugak untuk dapur kelak.

d) Bedroom 3 bijik
Katil Ada 3 katil. King, Queen  & single. Alhamdulillah. Guna yang masa kat rumah sewa dan guna yang second hand.
Meja solek Ada satu sahaja tu pun yang sedia ada.
Wardrobe -Suami dah pasang satu yang orang taknak, kami kutip dirikan loker untuk bilik kami.
Carpet -Takde langsung. Redha
Towel hanger - Guna yang sedia ada. Bilik ketiga takde.
Bakul sampah -Dah ada.
Wallpaper - Belum decide nak guna wallpaper atau cat sahaja.
Langsir (day + night) -Guna yang rumah sewa lama jer/ guna yang kak ipar bagi.
Railing langsir -Guna aluminium railing.
Air cond -Takde langsung. Satu bilik plug air cond dah ada.
Kipas -Alhamdulillah. Suami dah upah orang pasangkan,.
Lampu + wiring -Dah ada..yeay.. TQ owner lama
Plug -Dah ada..yeay.. TQ owner lama
Frame Pintu Need to change a new one. Sebab yang lama dah dimakan anai-anai.

e) Toilet & Bathroom 
Lampu + Wiring -Dah ada..yeay.. TQ owner lama
Toileteries rackGuna yang sedia ada masa kat rumah sewa.
MirrorBelum ada. Kena beli
Tower hangerAda tapi belum dipasang lagi.
PintuInsyaallah akan tukar yang baru. Tapi bukan dalam masa yang terdekat ni
FloorSo far ok, takde air bertakung. 
TilesOwner lama dah ada tiles tapi nak kena sental tiles dia banyak dah dull dan suram.

e) Laundry Area
Washing machine - Guna yang sedia ada.
Laundry basket  - Guna yang sedia ada.
Rak SabunBelum ada. Tengah survey idea. Sekarang guna rak sedia ada.
Ampaian KainSetakat ni guna yang sedia ada.
Plug - Dah install depan bilik air. Setakat ni aktiviti memabsuh di depan bilik air
Water SupplyBelum ada yang proper. setakat ni sambung dari paip dalam toilet.
Ironing BoardBelum ada yang proper nak attach kat dinding, yang sedia ada ironing board yang rendah.

f) Services
ASTRO NjoiDone installation. RM324
TNBDah ada..yeay.. 
JBA -Dah ada..yeay.. 
UNIFI/ STREAMYX - Belum install lagi. Kena ada. Wajib..hehehe..

g) Lain-lain
Lampu + wiring for stairwayNo need sebab kami rumah setingkat
Lampu + wiring for bilik stor -Bilik tidur nanti akan jadi one of bilik stor.Share fucntion.
BumbungSo far takde bocor. Alhamdulillah.Kecuali bumbung balkoni ada bocor sikit.

Setakat ini sahaja.

Psst : Alhamdulillah.. Walaupun duit keluar macam air.. Ibarat macam air bah gitu.. Tetap bersyukur. Rumah batu sangat panas bila malam. kena pasang aircond agaknya..

Ok.Bye
XoXO

Resepi : Mee Soto Raya 2014

Assalamualaikum...


** Resepi ni untuk simpanan sendiri. In case nak refer lagi next time.

Untuk l0 orang makan. 


Aku amik kat internet jugak. Lupa dah kat blog sape.. Mintak halalkan.. 
Aku refer untuk makan sendiri jer.. kih kih kih..


Bahan bahan:
I ekor ayam – potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
Air - 2 periuk kecik

Bahan Tumis:
10 ulas bawang merah - kisar                 
5 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 inci kunyit hidup - kisar
3 batang serai - ketuk

Caranya:
Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
Masukkan serai dan lada putih.
Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan.
Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.

Bahan-bahan Bergedil :
1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
250 gram daging cincang (goreng dgn sedikit garam hingga kering)
2 biji telur (utk mencelup bagedil, bubuh siket garam)
1/2 cawan bawang goreng
secukup daun sup/daun bawang (dihiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
secukup minyak utk menggoreng bagedil

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat.
2. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, gula & garam. Gaul hingga rata dan sebati. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn telur sebelum digoreng dalam minyak panas.

Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi

Cara-caranya
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat.
2. Masukkan kicap dan perahkan limau
3. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

Bahan Hidangan
1. Nasi himpit atau lontong
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang

Cara Menghidang
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)

Mee Soto.
Kuah nak kena banyak sikit sebab tetamu suka mee soto banyak kuah.


** Resepi ni untuk simpanan sendiri jer. Pasni nak buat boleh buka blog sendiri scroll carian..


Ok.Bye

Raya dan besday Aisyah

Assalamualaikum...


Sabtu 16 August, Abang Sulung aku buat rumah terbuka dan besday parti anak dia si Aisyah tu..
Otw nak ke sana, kereta aku pulak overheat, mujur tak tersadai kat tepi jalan.
Terima Kasih kat satu family cina yang tolong beri laluan kat tol..
Sebab kereta kami dah overheat siap pasang lampu kecemasan..
Time tu jammed sikit depan tol..







Kak Ipar dan Abang no 2




Selingan 

*
*
*

Si Iman..
Montel dan debab..
Anak saudara terbaru.



Rindu mak.
Sakan makan sana nooo..
Ingat tak kat kami di sini??

Psst : Semoga sihat la semua hendaknya..

Ok. Bye

Resepi : Rendang Raya 2014

Assalamualaikum...


** Resepi ni untuk simpanan sendiri. In case nak refer lagi next time.

Untuk l0 orang makan

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam (kurang lebih 1.3 kg), potong pada saiz sederhana
4 camca besar rempah rendang (setengah paket)
3 cawan pati santan
2 keping asam gelugor
4 helai daun limau purut (optinal)
2 helai daun kunyit, mayang halus
1 camca besar penuh gula melaka
3 camca besar kerisik
3 camca besar cili kisar (nak pedas boleh tambah lagi)
Garam secukup rasa


BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
15 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras (optinal)
6 batang serai, hiris halus

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


CARA MEMBUATNYA :-)
1. Bancuh rempah rendang dengan bahan2 kisar halus, kacau hingga menjadi pes, ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahant tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisat dan tumis hingga cili garing. Masukkan pes rempah, kacau dan biar hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam berubah warna/lembut. Tuang santan dan kacau. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala. Masukkan kerisik, asam gelugor dan juga sedikit garam. Kacau rata.
3. Bila pekat, tambah daun limau purut dan gula melaka, kacau. Masak dengan api kecil hingga rendang jadi pekat dan tidak terlalu berkuah. Masukkan daun kunyit yang dimayang halus. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

Rendang sekor ayam muat 2 bekas segi tiga tu.
Untuk 10 orang makan cukup.

Ok. Bye
XoXo

First time kelam kabut untuk rumah terbuka..

Assalamualaikum...


Feeling mahu pitam sebab RUMAH TERBUKA..
Sedih kan kalau baca statement aku ni..

Ni merupakan first time kami buat rumah terbuka.
Kami masak rendang dan mee soto JER...

Kelam kabut masak malam tu dan sambung panaskan lauk waktu pagi tu.

1. Masak Rendang Ayam
2. Masak Kuah Mee Soto.
3. Rendam Mee Hoon
4. Sediakan begedil
5. Gorengkan ayam mee soto dan carik-carikkan
6. Rebus ketupat
7. Spagethi (tak dirancang, tapi ada yang request nak)

Oleh kerana kami takde kuali dan periuk besar, makanya semua aktiviti jadi terhad dan kena masak 3 kali untuk nasi impit tu. Mestilah penat kan sebab aktiviti masak yang dua tiga kali nak kena masak ni.

Nak beli periuk dan kuali besar, belum ada bajet. Seriuss..
Tunggu gaji nanti akan kami cuba tunaikan..


Tetamu pertama.
Bakal Pengantin Baru
This September

Baru nak mulakan hidup di rumah baru.
So, ala kadar sahaja kelengkapan yang ada

Nasib baik ada jugak pinggan mangkuk hadiah kawen yang masih berguna
Siap senduk besar guna nak ceduk kuah bagai..
Pasni kena beli senduk sederhana kecil yang comel.
Nak serbu kedai RM2 pasni.. Jom..

Bekas Nasi yang 7 compartment tu Blogger Ezy yang bagi masa kami kawen.
Sangat berguna..


Mee soto dan rendang


Meja kerja suami aku korbankan jadi meja makan.


4 family yang datang
Ada lagi yang tak sampai

Wah.. Photographer kami masa kawen.. 
Feeling malu pulak sebab sebelum ni pernah duk manja -manja dengan suami depan dia masa photoshoot

Ni anak photographer kami.


Rumah Terbuka kami sampai pukul 3 petang macam tu jer. 
Lepas siap, tertidur kami 2 orang depan TV kepenatan..

Macamana la orang yang lagi besar Rumah Terbuka kan..

Ni je makanan yang tak habis.. Tak banyak sangat..
Kami ulang makan makanan yang tak habis.
Alhamdulillah

Psst : First time wat rumah terbuka, mesti banyak kekurangan..

Ok. Bye
XoXO!

Rumah Kesayangan : Dekorasi Raya di Ruang Sofa

Assalamualaikum...


Rumah sekarang sangat simple..
PALING SIMPLE kot..

Semua barang sedia ada.
Sofa second hand dari rumah sewa..
Just add on meja kopi satu.



Ni view dari TV area.


Langsir kak ipar bagi.. 
Boleh laa.. Kan baru mulakan hidup di rumah baru

Psst : Bila nak panggil orang cuci sofa..
Sendu tengok sofa..

Ok. Bye
XoXO

Pot Luck kat opis

Assalamualaikum...
Hai ...


Walaupun department ni dah tak ramai, pot luck still berlangsung..
Aku tolong rebus ketupat jer.. Hahaha...



Saya dah gemuk.
Redha


Ok. Bye

Beraya dengan ex-geng TW

Assalamualaikum...
Hai...


1st tetamu kat rumah kami adalah family mertua.
So, tetamu kedua adalah geng opis lama yang masa kerja kat Sentul dulu.
Bila dirancang, katanya nak datang kul 6.30.
Pastu timing berubah dan berubah kul 8.00 lebih dekat kul 9.00 baru sampai..





Aku masak mee jer... 
Merangkap makan malam dengan suami sekali.
Masak mee, goreng keropok ikan, goreng bebola 


Ok. Bye

bekas kuih raya

Assalamualaikum...


Kalau dah aim nak yang tu,
Walaupun tak nampak mewah, tetap kau kejar..

Kalau kau dah lama mencari yang berkenang,
Walaupun tak nampak mewah, tetap kau mimpikan yang tu jugak..

Aku suka kalau bekas bentuk petak.
Contohnya : Dulang petak. Bekas kuih raya petak, Tupperware petak.
Sebab : Senang nak susun dan nampak cantek.

Aku dah aim nak cari bekas petak.
Nak amik yang promoto kat tesco, semua dah sold out masa aku pergi.
Sedih sangat time tu.
So, bila ke kedai 2 ringgit jumpa yang petak terus amik.

Yang ni plastik.
Ada kelebihannya : Ringan dan tak mudah pecah kalau jatuh dari rak.


Tadaa..





Biasanya bekas yang cikai macam ni la yang lagi kedap udara..
Kan..

Ok. Bye
XoXO

Raya 2014 : Kerongsang Raya & Adik-adik balik asrama

Assalamualaikum...
Haiii..


Kat Perak, sempat shopping kerongsang jer untuk raya...
Cadangnya nak pakai baju hijau kan.... Tup-tup baju raya tak dapat guna.. Sedih
Sekarang kan fenomena kerongsang panjang ala mawar-fizo
RM5 sahaja.
Kat Mydin pun dah RM7.90 satu



HARI RAYA PERTAMA.

Tiada orang kat rumah mentua.
Semua raya umah sendiri, atau ada yang balik rumah mentua.
So, takde orang nak snap photo berdua.

HARI RAYA KEDUA

Kami masih tunggu semua adik beradik suami balik.
Sehari berkumpul dah ok.
Suami ajak balik Tganu hari raya kedua, tapi aku tangguhkan semata-mata tunggu semua adik beradik dia balik.

HARI RAYA KETIGA


Hari Raya ketiga balik Tganu. Nasib tak menyebelahi aku, sebab adik beradik aku ramai yang dah balik ke rumah mentua masing-masing.
Takpe. Jumpa nanti di KL.

Jauhnya nak balik Ganu.
Jumpa Sawah

Jumpa Gunung

Jumpa Highway Panjang

Tadaa.. Sampai Ganu..
Ni gambar raya ke4.
Gambar first kami tahun ni.

Tahun ni semua macam lambat jer..

Hari ke-6 (sabtu) dah hantar adik-adik balik asrama masing-masing

Hantar ke MRSM Besut untuk adik bongsu Apik.



Semua nya petite untuk adik beradik dan mak aku..
Rendah sekali tentunya aku la. Redha




Pasti hatinya sayu..

Kemudian ke MRSM Batu Rakit


Antar adik perempuan, Aima 
Tingkatan 5.r


Gigih mintak roomate dia snap photo..
Roomate dia sangat humble dan sangat baik
Dan sangat cerdik oooo..




Ok. Bye..
Ni jer cite raya..

Weekend ni nak jemput geng bas sekolah suami ke rumah..
E.K.S.A.I.T.E.D kekdahnya..

Ok. Bye