Malam - malam pasang pam air.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kami tak bernasib baik kalau bab pam air. 
Dah 2,3 kali beli asyik hang. Asyik rosak. 
Asyik out aje. 
End up kami tak guna pam. 
Air takdela laju bila xde pam. 
Tapi still ada air dan tak mengganggu kegiatan harian. 
Sehinggala this week air problem.
Bila magrib je takde dapat air kat sink. 
Lama berlarutan, kadang2 jam 11 malam air masih belum naik di paip sink. 
Pagi esok baru ada air, baru kami boleh basuh pinggan yang malam tu tak berbasuh. 
Padahal rumah oranglain ok je. 

Hari ni, masa aku ke tandas alamak air tangki takde.
Buka paip xde air. 
Nasib baik la ada air aku tadah sebelum tu sikit aku simpan incase xde air. Dirimu begitu berharga wahai air.

Bila air tangki takde, berdebar-debar wei.. 
Membayangkan macamana mak mentua aku yang uzur tu nak mandi, buang air. 

So..




So.. Malam ni start moto g beli pam baru. 
Memang kena ada pam. 
Air xnaik langsung ke tangki wei.. 
Stress aku. Wpun kat paip di beranda rumah ada air, tapi air setitik pun xnaik ke sink dan tangki. 
Dalam duit xde, korek la sana sini utk seketul pam.. Airmata.. 

Malam-malam Jam 10 malam pun masih duk tung tang tung tang duk menukang pasang pam. 
Suami gigih letak pam dalam kabinet, biar tak serabut dek mata melihat. 

Settle. 
Esok boleh la gegedis purba dalam rumah ni mandi dengan bergaya. 
Air yang mencurah2 umpama air terjun kelak. 
Air wuduk umpama empangan yang mengalir laju. Hehehe. 

Btw perumahan sini, boleh dikatakan semua pakai pam. So rumah kami yang takde pam ni, ketinggalan la dalam bab merebut air masuk paip rumah. Huhuhu je la tepi sinki tu. 

Malam malam pasang pam air. Mengalahkan projek rumah agung. Kemain urgent wei.. Haahaha. 

Psstt : Bini membetulkan urat belikat macam dia plak keje kuat pasang pam. 

Ok. Bye
XoXo

Merdeka 2024

Assalamualaikum... Hai Semua...


Salam Merdeka 67 semua.. 

Tahun ni mencatatkan sejarah. 
Why?

Sebab seketui manusia yang ni, yg tgh menaip ni mencemar duli menjejakkan kaki ke putrajaya untuk sambutan merdeka. 

Kesahnya aku nak teman anak sedara aku gi tengok perarakan. Maka aku teman la dorang.

Aku tahu masing2 berjuang kul 3,4 pagi ke putrajaya. Tapi aku kul6. 30 baru ke sana. Sebab rumah abang aku dekat area putrajaya jugak. 

Kak ipar drop, dan kami jalan kaki sikit ke tempat perarakan. Org dah ramai dan duduk jauh sangat. Memang tak nampak sangat pun dengan jelas. Sekadar nampak la ala kadar buat2 seronok jiwa.

Ramai yg jerit abang bomba la..abang askar la.. 
Ramai yang jerit abang polis la..abang jpj la.. 
Aku jerit jugak. 
Aku jerit takut kehilangan kamu.hehe

Balik dari perarakan, kami jalan jauh sikit sebab taknak kak ipar masuk ke dalam sangat sbb sesak traffik jam masa balik tu. 

Jauh berjalan. Bila masuk kereta, kak ipar bunyi "Korang dah macam2 bau, bau telur pun ada"

Ok. Fine. Teringat budak2 sekolah yang balik sekolah bau telur.

Psst : Dapat la upah gi putrajaya. Peha sakit dan lenguh. Hahaha. 

Ok. Bye
Xoxo

Kenangan : kereta

Assalamualaikum... Hai Semua...



Wahhh.. Zaman-zaman 90an dulu aku naik giler kalau tengok kereta ni.
Tapi kami adik beradik takde la kereta ni.
Kami tengok je orang lain main kereta ni.
Kalau bernasib baik dapat la aku curi-curi naik masa dorang terlepas pandang.
Kena pandai gunakan peluang yang datang. 
Kalau member halau suruh turun dari kereta dorang, baru kita turun.. 


Sape yang ada kereta ni pada zaman tu dah di kira hebat sangat dah ni..
Stok-stok anak orang yang berkemampuan..
Kita kalau sekadar anak orang yang kalau seluar longgar pun ikat getah, macamana la mampu beli kereta mainan kan.. ihiks..




Korang main tak kereta macam ni? Ke korang ni geng-geng main masak-masak dan geng main kawen-kawen je ni? Hehe..



Ok. Bye
XoXO !

MIL & Kopiko

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ketika stok kopiko masih berbaki 1 plastik kecik, MIL dah kelam kabut mintak beli lagi. Anaknya diberitahu. 

Walhal kita dah order 10 pek kopiko di online. Aku malas nak pusing kedai cari kopiko ni. Sebab kebiasaannya aku shopping barang keperluan di speedmart sahaja, dan aku notice yang kopiko tiada di speedmart so aku order online sahaja seperti sebelum-sebelum ini. 



MIL akan makan kopiko kalau hypo. Tapi kebiasaan selepas makan, MIL  mengemam gula-gula. 

Dannnnn.. 
Tiap kali vacuum bawah katil, banyak plastik pembalut kopiko ditemui.. 
Hehehe.. 
Apa yang di makan, itulah hasilnya. Hahaha.. 

Dan sekarang ada berpuluh puluh plastik stok kopiko. Ada yg dipos anaknya, ada yang datang bg seplastik kopiko pada kunjungan melawat sebulan sekali.


Ok. Bye
Xoxo

Kenangan : Kertas sapu minyak

Assalamualaikum... Hai Semua...


Koranggggggg..
Korang pernah tak tekap gambar guna kertas yang disapu minyak.
Nak bagi clear gambar yang nak dilukis.
Berfungsi macam kertas tracing la kononnya.

Kalau guna kertas biasa tak nampak bawah yang kita nak trace.
Bila sapu minyak, nampak clear la gambar bawah kertas yang kita nak trace.
Aku pernah la weii buat dulu masa sekolah rendah.. 😆

Dah macam kertas balut pisang goreng dah rupa dia..
Tapi nostalgia la bila ingat semula.
Ni ilmu mak-mak zaman tu. Comel kan mak-mak tu?? Bagus betul ! 
Zaman tu mana ada duit nak beli kertas tracing. 




Geng-geng sekolah zaman tu sekarang dah jadi mak-mak dah. Entah-entah dah bercucu dah. Hehe


Ok. Bye
XoXO !

Ayoh : Mesin Oksigen

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah setahun ayoh aku ON mesin oksigen 24jam.
Kami guna khidmat sewa-beli mesin oksigen ayoh dari sebuah farmasi di Tganu. 
Start dari lepas raya tahun lepas ayah keluar wad hospital, adik beradik aku cari mesin untuk ayoh di farmasi. Pihak hospital masa tu belum bagi mesin kat ayoh sebab kena tunggu follow up baru dapat mesin. 





InsyaAllah hujung tahun ni habis bayor dan mesin akan jadi hak kita. 

Terima kasih adik beradik yang banyak membantu bab urusan kebajikan mok ayoh. Semoga syurga buat kita semua.



Ok. Bye
XoXO !

Eco Shop Haul : 5 item jer

Assalamualaikum... Hai Semua...


Semalam dapat balik kerja jam 5 petang.. So, aku rasa eh awal lagi ni, nak gi melencong ke Eco Shop la.. Cuci - cuci mata membawak kepada cuci-cuci dompet sekali.. Kita perempuan kalau tak habiskan duit, sape lagi nak habiskan duit suami yang tinggi macam bukit tu kan... Kehkehkeh.. 

Sejengkal Eco Shop dengan opis ni.. Pasang ekon pun tak sempat sejuk.. Walhal memang cuaca sekarang maha panas weiii.. Macam matahari menari atas kepala aje... hikss.. Pergi Eco Shop dengan tujuan kalau masuk nanti nak beli benda yang berpaedah aje.. Eh, ada ke orang beli benda yang tak berpaedah? 😂

Kita keluar kedai dengan bergaya sebab berjaya mengawal napsuuuuu membeli. Sebab limit untuk 5 items aje... Selebihnya duit suami yang setinggi bukit tu aku nak habiskan kat kedai lain pulak.. Ada Jalan-Jalan Japan (JJJ), ada Mr DIY, Ada Mr DOllar, Ada Ninso.. Kalau bukan kita wanita-wanita hebat ni nak bantu ekonomi negara, sape lagi nak diharapkan? Kehkehkeh 😄


Semua untuk kegunaan dapur



Aku beli berus botol untuk senang basuh botol mak mentua aku.
Satu satu berus lagi nak "gaha" sink
Gaha ni Tganu language - Means menyental



Bekas kecik-kecik untuk peti ais.


Finally dapat jugak tukar papan pemotong. Rumah ni papan pemotong asyik terbelah dua aje.. Tak tahu la ape benda laki bini ni marahkan masa memotong.. Hehe.. Takpe la janji dapur berasap walaupun tukang masak berdua sendu aje kan..😂


Ok. Bye
XoXO

Cenderamata dari Langkawi

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bunyi moto suami dari depan rumah, aku berlari gi serbu. Nampak tak, riang ria bini sendu ni terkinja-kinja bila dengar suami dah balik kerja. 😂

Suami bawak balik pemberian kawan dia yang baru balik dari holiday di Langkawi.

Wahhhhhh.. Orang tu dapat KWSP bawak bini gi Langkawi weiiiii..


Terima kasih kepada pemberi. Semoga makin murah rezeki


Isteri : Kita biler pulak nak gi Langkawi????

Pusing belakang.. Kosong..
Kedengaran suara air mencurah di bilik mandi. Ok fine..... 

Pssttt : Takpe.. Takpe.. Tunggu.. Nanti balik Tganu aku suruh pilot u-turn lajak ke Langkawi.. Hahaha


Ok. Bye
XoXO

Kemas bilik MIL

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sebelum ni MIL gi rumah anak perempuannya 2minggu untuk urusan mengurut.
Sebelum MIL ke sana, ada la dalam 2minggu aku tak mengemas biliknya.
Sekadar menyapu lantai je masa tu. Takde gi skodeng kabinet dia.

Ni sebelum MIL di bawa balik semula ke rumah aku better aku kemas la dulu. Hehehe

Dalam 2minggu aku tak mengemas tu, eh banyak aku jumpa benda yang sepatutnya dibuang, tapi disimpan MIL kat celah-celah.. Hehehe
- Buang tin-tin susu yang dah habis. 
- Buang botol 100plus yang dah habis
- Buang bekas-bekas biskut, kuih yang berlambak-lambak tak tahu masa mana MIL gi kutip dari dapur.
Dapat jugak la 2 plastik buang benda alah tu semua. 







Ntah bila nak jahit langsir baru bilik MIL. Ni langsir aku jahit tangan je zaman takde mesin jahit. Hehehe..

Ahad yang indah, MIL dah sampai di rumah kami semula.. 
So pagi isnin yang blues ni, masak apa korang?
Aku buat sambal udang dan ikan goreng, dan telur rebus. 


Ok. Bye
XoXO

Rating things I did when I was a kid

Assalamualaikum... Hai Semua...


10/10 - Ponteng mengaji

Dulu selalu malas gi mengaji. Kalau ke surau mengaji aku ok. Kalau ke rumah guru mengaji, aku cukup malas. Aku pernah la banyakkkkk kali ponteng mengaji, gi lepak kat padang atau gi duduk bawah/panjat pokok jambu kat padang tu. Sehingga la kantoi dengan mak aku. Kalau dengan adik beradik aku tak kesah pun. Sebab? Aku ponteng, dia pun ponteng. Agaknya dorang lagi kerap ponteng dari aku.


10/10 - Koyakkan baju ayah

Aku tak sedar tangan duk ralit main pisau. Sambil-sambil berbual, aku duk tikam pisau kat baju ayah. Bukan sebab marahkan ayah time tu. Tapi sebab diluar kawalan, duk ralit tangan laju pegang pisau, sambil berbual aku hunus pisau kain baju tu. Rupanya tu baju batek ayoh. Mok aku tanya kenapa baju banyak koyak. Aku kata sebab tikus gigit. Rupanya tikus berambut hitam.. Ihiksss..


7/10 - Rosakkan basikal ayoh

Jumaat ayoh cuti, so aku dengan adik beradik selalu guna basikal ayoh. Kesudahannya rantai putus la. Tayar bocor la, Rim basikal belok la, sepit udang basikal belok la.. Mana taknya. bila bergaduh time bermain tu, memang ada la adagen campak basikal, tolak basikal. hempas basikal bila tak puas hati.. Jahanammmm budak2 ni..


8/10 - Amik dompet kecil tapi tak bayar di Pasar Malam

Masa gi pasar malam ketika balik kampung mak aku, aku tengok lawa beg syiling cute-cute, comel kecik aje, dengan macam-macam corak. Aku pegang-pegang jamah dompet kecik tu, aku terlupa aku terbawak sekali lepas tinggalkan kedai tu. Mujur tak balik rumah lagi, mak aku perasan dan gi semula kedai tu bayarkan bag yang aku amik tu. Oh comel betul perangai kannnnn.. Rasa comel bag tu, kita pegang bawak balik je. Haha


1000000/10 - Jatuh paya

Masa tu aku dengan sedara aku (lelaki) main basikal.  Kami duk main tepi-tepi paya tangkap anak berudu, anak ikan sekila, duk "kenyet' (penyek-penyekkan) telur katak.. Otw balik, masa atas basikal kami tergelongsor masuk paya. Busuk kohonggggg bau, muka hitamm... Hahaha.. Balik rumah kami berdua diam-diam masuk bilik air mandi. Mak aku dah pelik kenapa kami ni diam aje balik main terus main. Rupanya kantoi bila mok tengok baju-baju yang kami tinggalkan kat bilik air kotor.. Huhuhu


1000000/10 - Langgar rumah jiran

Masa tu main basikal ramai-ramai, then dummmmmmmmmmmmmm.. terlanggar rumah jiran. Tergegar kampung. Hahahaha. Siap pernah jugak la aku terlanggar toilet luar rumah jiran aku.. Bergoyang weiii..


100/10 - Memanjat rumah untuk tengok TV

Dulu pakcik aku selalu ngusik tak bagi kami tengok TV. Dia selalu tunggu kat tangga & beranda taknak bagi kami naik. So, kami duk memanjat la rumah ni untuk naik tidak perlu melalui tangga. Biasanya cuma abang aku je yang  berjaya naik. Kami terkulai half way nak sampai. Hahaha


1000/10 - Panjat pokok

Sebab adik beradik lelaki ramai. Sampai 5 orang lelaki, aku sokmo la memanjat macam jantan. Ada satu hari tu, aku memanjat pokok lepas tu seluar tersangkut lalu aku terjuntai kepala ke bawah. Kaki ada luka la sikit. Pedihnyaaaa weiii.. Tapi ku tahan, sebab masalah aku cari kan. Kalau melalak, mok aku tambah lagi bagi sakit. Hahaha


Ohhh.. Banyak lagi..

Ok. Bye
XoXO

Ikan Pelata

Assalamualaikum... Hai Semua...


Hari tu dapat ikan, orang bagi free. Dia kata tu ikan pelata. 
Aku tak nampak sangat rupa ikan tu sebab masih beku dan bertindan dengan ikan lain.
Bila tengok rupa ikan. Aku tak kenal sangat.
Aku jenis tak reti beza ikan. Tapi takde la mudah-mudah kena tipu. Kalau ikan yang bentuk lebih kurang, aku tak reti beza.

Gigih aku duk google.
Rupanya tu ikan selar.
Kalau selar kuning aku kenal sebab ada garisan kuning. 
Tapi kalau selar lain aku dah tak kenal.

So aku assump ikan pelata ni ikan selar papan la kot.
Eh.. betul ke ek? Memandai-mandai la aku  ni..

Orang Perak yang bagi ikan ni panggil ikan Pelata.
Tapi mak aku (Tganu) panggil Ikan Selar.
Bila dah tahu ikan selar, baru la tahu nak masak apa.
Maklumla ni remaja purba yang sendu bab memasak.

Sendu-sendu masak pun. mak mentua duduk dengan kita ye.
Mana mungkin mak mentua berlapar.
Kita la masak.. Hahahaha.

Tapi tu la.. Kadang-kadang mak mentua kata "eh, jemu la makan..sama ajerrr"
So, kami laki bini start kereta zassss terus bawak dia gi makan luar kedai favourite dia. Hahaha..
Tak payah nak merajuk-rajuk tepi peti ais..
Janji makan kedai "you bayar tau". Hehehe.. 😁😁 ihikkkkss


Ok. Bye
XoxO

Raya Haji 2024

Assalamualaikum... Hai Semua...


Selamat Hari Raya AidilADHA semua geng2 blog sendu ku ini.. Tahukah anda tahun ni bilangan kereta yang menggunakan lebuhraya LPT berkurangan 4 buah kereta. 
Kerana apa? Kerana kami 4 beradik tak balik raya ke Tganu di musim raya haji ni. 
So kurangla jem nya sikit. Hahaha. 


Sehari sebelum raya kami jalan - jalan ke IOI Putrajaya. Lama sungguh tak ke sini. Kebiasaannya cuma ke Setia City Mall kalau hendak rasa aircond shopping complex. Hahaha. Lepas ke IOI, kami ke rumah abang sulung untuk sambut raya di sana. Adik beradik akan berkumpul di sana, so aku bantu kakak ipar untuk masak dan kerja mencuci di dapur. 

Malam raya ada la jemputan ke rumah makcik kepada kakak ipar aku. Menu best di sana dan dorang masih berkumpul satu family besar. Kami bertakbir raya di sana. 

Pagi raya yang indah. Bantu untuk last preparation untuk menu raya. Gigih la aku prepare pakaian raya untuk suami solat raya dengan keadaan nak la dia bersiap hensem sikit pagi raya tu. 

While di Tganu ada adik lelaki aku balik sekeluarga dan ada abang aku suami isteri di kampung. Juadah raya di kampung ialah nasi lemak ikan tongkol. 

Mok aku masuk korban 1 bahagian tahun ni. Dan abang ngah aku suami isteri pun ada masuk korban. Alhamdulillah.. 


Mok di Tganu buat korban 1 bahagian

Mak dan adik lelaki gigih untuk buat pembahagian.
Terima kasih semua yang bantu mok ayoh di kampung.
Ipar2 yang sangat baik.




Tema Raya BLUE kalerrrr.



Juadah kami hari raya ialah ;
💐 Sup kambing & nasi putih & sambal kicap
💐 Rendang ayam & ketupat palas & pulut dakap
💐 YongTauFu
💐 Nasi dagang ikan tongkol


Pemberian jiran
🎁 Mee kari
🎁 Nasi impit & rendang
🎁 Kek buah kukus


Abang Ngah dan Adik perempuan aku datang beraya siang tu. Kami berkumpul sampai jam 6petang kemudian balik ke sarang masing-masing.



Lepas la mengidam adik perempuan aku nak makan nasi dagang.



Pulut dakap manis.



Kisah lawak :
Pulut dakap yang kak ipar aku order, dorang ikat guna getah. Bukan guna tali macam kebanyakan orang buat (bila tengok dalam video). 
Masa kukus, kami tak buang getah tu. Sbb tgk dlm video, org biasa tak buka ikatan. 
Bila makan, pulut tu pahit, kelat. Kami terpaksa buang. 2nd round, kami buang getah dan kukus. Alhamdulillah tak rasa pahit. So kami tahu la rupanya getah yang buatkan rasa pulut pahit. 



Kerja bila hari cuti bila berkumpul ramai-ramai macam ni ialah makan, makann, makannn, dannn makannnnnnn lagi. Sampai nak naik kereta pun mulut duk kunyah kuih raya lagi. Siap bawak balik makanan tapau. Hehehe.


Selamat Hari Raya korangggg..

Ok. Bye
XoXO

Tak pulang raya haji

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dari semalam orang duk share jalan jem.
Tapi memang sebelum ni aku buat keputusan taknak balik raya Tganu sebab tak sanggup dengan jem. 
Cuti dah xde nak amik extra. 

Buat persiapan raya haji beli ayam dan daging serta beberapa bahan masak lain.
Kesudahannya daging tak sempat aku masak raya, suami dah mintak buat sup daging hari ni. 
Jawabnya raya kalau rajin buat rendang je la. 


Pasar pun ramai yang tak niaga. 


Di Tganu cuma ada sorang adik aku balik kg. Tu pun aku tak sure akan stay hingga pagi raya atau balik turn wife dia. Mana2 pun takpe, janji harmoni... 


Ipar bantu suap ayoh aku makan di kg. 
Terima kasih dik A'aa.



Ni je anak sedara yang balik kampung. Sorang lagi demam. 


Kami geng di Selangor ni berkumpul di rumah abang kedua (abg ngah) hari ni. 
Eh awalnya sambut raya... 


Selamat Hari Raya Aidiladha semua

Kurang la 4 kereta di LPT ye.. Sebab geng kami tak balik. Hahahah. 


Ok. Bye
XoX0

Baiki pemegang pintu opis

Assalamualaikum... Hai Semua...


Hari ni aku menjadi Minah Gyver di opis. Almaklumla opis ni ketandusan lelaki perkasa untuk dijadikan 'tukang' untuk kerja-kerja kerosakan opis.
Semalam berlaku sedikit kerosakan kat pemegang pintu kaca ni.

Riuh seopis bila pemegang pintu terlonglai tunduk menunjukkan yang dirinya itu cedera dan dinodai.. Hahaha.. Hilang watak dan tugas dia sebagai pemegang pintu.
Aku kelebek skru benda alah tu, tengok skru yang nak diketatkan.
Nan Hadoooooo wei allen key kat opis tu..

Nak jugak gegadis purba cantek ni datang menyelamatkan situasi tu. Sebagai superheroin yang dipertanggungjawabkan untuk tugas ini, makanya aku ikat saja dengan tali ikat lembu ni. hohoho..
Jangan ada sesiapa gatal tangan usik benda alah ni selagi aku tak baikinya.











Balik rumah semalam, selaju kilat zasss aku cari allen key, campak masuk kereta. Agar daku tak lupa bawak ke opis. Kat opis ni, kalau benda yang kita nak guna memang takde.
Tapi kalau benda yang kita taknak guna, menari-menari benda alah tu depan mata.
Masuk opis di pagi yang indah (sebab lagi 2 hari nak cuti raya haji kannnnnn..), aku letak je bag dan ON aircond, terusla Minah Gvyer ini memulakan kegiatan Kemahiran Hidup membaiki pemegang besi tu. Agaknya kalau Boss tengok dalam CCTV pun, bos pelik ape ke benda la minah ni duduk buat kat depan pintu masuk tu. Hahahaha..



So boleh la menjimatkan duit company sesen dua.. Disamping melatih staffnya menggunakan ilmu kemahiran hidup, ilmu KBAT (eh, yeke), ilmu problem solving.. Hahaha..

Koranggggggg... Raya Haji mana tahun ni????? Pleaseeeeee nak daging korbannnnnnnnn cikitttttt...

Ok. Bye
XoXO

Reward : Telekung Solat

Assalamualaikum... Hai Semua...



Dapat sikit duit bulan  ni, aku rewardkan diri aku dengan beli telekung solat..
Duk scroll Tiktok, eh berkenang telekung ni.









Cumanya muka telekungnya agak besar sikit untuk muka aku. So kena pakai kerongsang / jahit sikit untuk adjust. Tunggu tahun 2045 la aku jahit kalau rajin. Hahaha. 😂

I dont know masa tengok telekung ni dalam Tiktok, eh berkenang betul kombinasi warna nya . Nude + padanan sulaman birupink yang lembut. Rasa DOUBLE KELEMBUTANnya..  Seee... Mudah kan wanita cantek ni terpengaruh dengan dunia tipu-tipu ni.. Hahaha.. Berkenang aje terus sambar kan.. Hahahahaha.. 😂😂😂 Bytheway, ini bukanlah terpengaruh dengan Sale 6.6 ye.. Hehehe 😁Sebab I is kalau berkenang, dan duit ada terus la i beli. Hahaha... 😂


Suami : Beli apa lagi ni? Bila tengok bungkusan parcel atas katil.

Isteri : Beli telekung, maklumla sekarang saya ada kuasa membeli. Refer diri sendiri yang kebetulan ada duit sedikit untuk membeli belah.. 😂😂😂

Suami aku offer nak belanja beli telekung sembahyang untuk aku baru-baru ni masa kat mall. Aku tolak. Berlagak kan perempuan ni.. Huhuhu.. Boleh la duit yang dia nak belanja aku tu, aku wat isi minyak kalau nak balik kg aku. Jangan dia cakap duit dah habis dh masa tu.. Aku amuk nanti..

Ok. Bye
XoXO

Sofea is 1

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kami dapat jemputan pergi sambutan hari jadi anak mereka iaitu Sofea. Tuan Rumah menjemput datang ke majlis pukul 4.00 petang. TEMA nya ialah "White Brown". Kami pakai mix and match je pakaian yang ada untuk suit dengan tema Tuan Rumah.

Kami beli baju gaun untuk budak 1 tahun itu as hadiah.  Angkat letak, angkat letak baju budak sebab tak tahu ukuran muat atau tak untuk baby 1 tahun tu. Akhirnya kami amik dan try pakaikan kat patung kedai tu. Nampak mcm muat. So terus g bayar. 😅😅



Cantekkkk..

Kek yang super duper lawa dan sedap.
Kek nya simple dan nampak mewah.
Tak perlu berkartun bagai. 


Banyak dessert yang best-best. Sambil gosok perut.


Lauk yang best


Penulis dan pasangan. 

Sambutan tanpa nyanyian "Happy Besday"
Tiada tiup-tiup lilin.
Sekadar doa dan iringan selawat dari warga tahfiz. Sempoi aje event. More to santai-santai, jumpa kawan, sembang-sembang..

Psst : Happy besday Sofea. 1 tahun yang indah Sofea with Mommy Ayah semua. Jadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat. Mommy kalau marah2 Sofea, Sofea lari ikut pintu belakang gi rumah Aunty ye.. Hahaha..


Ok. Bye
XoXO

Tadah air lerrr

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dapat je berita Klang akan mengalami isu bekalan air terputus akibat kerja-kerja pembaikan, so cepat-cepat la aku plan tadah air.
Tong hitam yang terselit tepi mesin basuh, menghalang aku untuk keluarkan tong tu untuk kerja tadah air.

Malam tadi, aku whatsap suami : Nanti balik, tolong tadah air.


Pagi ni bangun Jam 6.30 am selepas beberapa kali off alarm dari jam 5.30am. 😁😁😁
Tengok-tengok elok aje tong hitam duk di tempat asal tak dikeluarkan.

So pagi ni sebelum gi kerja kelam kabut dulu uruskan kerja tadah air.
Siapkan sarapan MIL. Dan bersiap ke opis.


Yang Penting tadah air di dapur. Senang nak mencuci alatan.
Air untuk mandi dah ada tangki
Kadang-kadang kalau takde air, kedai makan pun tutup.
Nak taknak kena masak sendiri jugak kalau kedai banyak tutup.


Pagi ni MIL ada urusan check up. Last week urusan amik darah ditemani aku. Kali ni, suami pergi sendiri sebab aku takde cuti dah. Bila pergi sorang lambat la sikit urusan sebab kena parking dulu baru start urusan klinik MIL. Kalau aku join, masa suami cari parking yang super duper payah tu, aku dah boleh start urus MIL di dalam klinik. Malu nak kerap lewat ke opis, sebab sedar semua orang lain pun ada urusan peribadi sendiri. So, kalau last week aku dah amik half day cuti, kali ni aku kena kerja.

Sorry ye kali ni takleh teman. 😞


Semoga dipermudah semua urusan.

Pagi tadi salam MIL untuk ke opis, MIL dah tanya "jambu batu aku ko dah kupas ke?".
Oh.. Alamak. Terlupa.


Selingan : Malam tadi otw nak tidur terdengar benda "pangggggg" macam benda jatuh bersepai. Macam kaca, macam benda pecah dan bersepai ke lantai.
Dalam hati "eh, jiran terpecahkan pinggan ke"
"Eh, jiran terjatuh kan barang ke?"
"Ehhhhhh.. Ke kucing liar jatuhkan barang aku????" Teringat aku pada kucing-kucing liar yang selalu duduk kat rak storan aku di kawasan parking.

Nak pergi kerja pagi ni..
Nahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. Betul tekaan aku. Barang rumah ni yang tersepah jatuh kat tempat kucing selalu memanjat.

Suami : Nanti saya kemas, memang plan nak kemas sini pun

Nanti tu bila?? Hehehehe.
Kita tengok la bila nanti dia tu. 
2025 ke?? Hahaha..

Aku jawab : OK
Lalu berlalu pergi kerja dihantar suami kelam kabut. Sebab nanti kereta nak digunakan untuk hantar MIL ke klinik pulak. 

Ok. Bye
XoXO

Aktiviti cuti 3 hari

Assalamualaikum... Hai Semua...


Watpe je korang cuti 3 hari ni?
Kami pun takde balik Tganu musim cuti sekolah ni. Entah sanggup ke tak la untuk redah jem nanti musim raya haji kalau balik kampung. (Kalau jadi la.. hehehe)

Kat sini banyak aktiviti dengan kawan-kawan dan adik beradik je la..


Sabtu - Malam

Member ajak late dinner kat Bukit Bintang. Jauh nohhh depa ni ajak makan. Murah rezeki depa belanja kami makan di Tarbush Restaurant Bukit Bintang. Kami first time ke sini. Balik rumah pukul 1.30 pagi ye. Hahaha.. Gigih kami keluar masa MIL tidur. 



Kami pekena nasi arab dan kebab aje.
Sebelum tu dah dinner kat rumah. so makan share aje dengan suami. 



Ahad Yang Indah

Member ajak gi piknik di Sungai Kemensah. Ni pun kali pertama kami ke sini. Jemmmm sangat musim cuti sekolah kat Zoo Negara. Beratur panjang kami nak masuk ke Kampung Kemensah sana. Orang terlalu ramai di Sungai, banyak tempat full. Kami masuk aje tempat yang available. Tapi tak berapa best kali ni, sebab sungai keruh musim hujan kan. Lepas tu ada team yang pasang lagu terlalu kuat dan bingit.







Isnin Yang Indah

Berkumpul di rumah abang sulung. Pekena nasi arab. Abang Ngah baru balik dari Tganu. So singgah melawat abang long. Alhamdulillah abang sulung semakin sihat dan ceria. Dan boleh jugak berjalan slow-slow. Semoga makin cepat sihat.




Lastly besday si kecik anak adik aku di kampung masa 1 June. Semoga dilindungi Allah selalu.



Korang kemana aje cuti panjang tu?
Makan Jem tak?? Dengar cite Cameron jemmmmmm, LPT Gombak Jemmmmm. PLUS Jemmmmm

Ok. Bye
XoXO