Bunga telur lagi

Assalamualaikum... Hai Semua...


Adik aku nak kawen wei..
Terkejut plak aku bila mak aku cakap adik aku nak kawen.
Siap cakap nak tunang dalam 1-2 minggu ni
Bakal mak mertua dia nak datang bagi cincin.
Maklumlah sis dulu takde nak majlis bertunang.
Sarung cincin tunang pun 2 minit sebelum nikah.. huhuhu!
Depan tok kadi terus!

Mak mintak aku sponsor half doorgift & bunga telur 150pcs.
Dah 3 tahun tangan ni diam tanpa sebarang kraftangan bunga telur..
Sekarang nak kena start buat lagi..

Ini bunga telur majlis adik lelaki aku tahun 2016 dulu



Ni bunga telur yang aku sponsor untuk adik Ezy kawen dulu tahun 2015 


Ni bunga telur yang aku teringin nak buat.
Tapi tak reti dan tak tahu cara buat ni.
Patut ke aku g kedai pengantin dan selidik it?
Boleh pegang, tilik dan kaji. Hahaha


Majlis maybe bulan 2. InsyaAllah.
Ada lagi 4 months.
Sempat la aku terlentang, tertunggeng buat bunga telur ni.
Seminggu siap 15pcs pun dah ok.


Ok. Bye

Aiskrim legend

Assalamualaikum... Hai Semua...


Payah nak cari aiskrim legend.
Aiskrim yang dari zaman dulu ada..
Aiskrim yang masa keciknya kita berebut dengan adik beradik..
Aiskrim yang ada masanya kita curi-curi amik duit dapur mak..
Aiskrim yang kita hanya boleh makan bila "kaya" dapat upah dari mak..



Aiskrim ni kebetulan jumpa kat kedai aunty India area rumah aku.
RM1.00
So, tiap kali teringat pasti aku g beli.
Banyak lagi aiskrim legend.

Ingat Ais krim Sarsi?
Ingat Ais krim Oren?


Ok. Bye

Company Family Day 2019 : Maps Perak

Assalamualaikum... Hai Semua...


Event yang dinanti2 pun tiba.
Kalau tahun lepas Family Day ke Deseru, Johor.
Tahun ni ke Maps, Perak.
Sebenarnya company pun dah tak tahu nak buat Family Day ke mana lagi..
Sebab kebiasaanya memang buat family Day kat Theme Park/ tempat tumpuan kanak-kanak.
Kami yang takde anak ni, memang tak kesah mana2 pun.
Janji dapat staycation free. hahaha
Pastu makan malam best..

19 Oct 2019
Plan nak ke naik bas company. tapi pikirkan nanti kelam kabut nak siapkan makan untuk mertua terus kami cancel dan pilih nak naik kereta sendiri je..
Sebab dekat Perak-KL baru 3jam..
Pukul 9 pagi gerak dari Klang lepas siapkan suami masak untuk mertua, dan aku kemas rumah apa yang patut..
Tinggal mertua sebab nanti malam akan ada adik beradik suami yang akan datang temankan mereka sepanjang kami takde 2hari 1malam ni..
Sampai Ipoh pukul 11.30 pagi.

Gigih drive 2 jam setengah pun siap nak berjajan bagai..
Sejenis manusia yang kalau travel je mesti nak siapkan jajan dalam kereta

Collect ticket dan jalan2 kat sana.
Panas sangat cuaca..
Aku bawak payung siap2..
Payung outdoor photoshoot wei.. Tu je yang ada dalam kereta..






Oleh kerana aku sebelum ni selalu pening2, makanya aku takde nak try main mainan yang memeningkan.. Aku try mainan yang cool, tak adventure dan rilek2 je..
Tengah panas-panas pun ada yang main wei benda alah ni..





Baikla aku masuk kat pertunjukan Boboy 3D studio tu..
Nak aircond.. haha

Maps Perak tak besar, pusing sekejap je dah habis.
Pastu habiskan cupon makan RM60 yang company bagi.
Siap shopping air kotak, air tin sebab nak habiskan kupon.
Patu pukul 2 petang dah keluar dari sana, gi Ipoh Perade..
Nak habiskan masa dalam building beraicond musim panas terik gini.
Lepas sana sampai pukul 4 then terus ke hotel Kinta FrontRiver.
Dapat bilik terus pengsan kami..

Takde ikut tema.
Mujur tak pakai baju tidur je g dinner


Lepas magrib dinner company pulak..
Aku dah tentu aim seafood je..hehehe
Btw, salad malam tu sedap..
2x tambah.
Boboy dan Yaya datang bukan main budak2 serbu malam tu.
Seronok sakan dorang!.

Niat nak jalan2 bandar Ipoh tinggal angan-angan..
Suami dah bising nak berehat je kat bilik.


20 OCT 2018

Kul 9 pagi baru breakfast..
Mengalahkan family yang ada anak..
Bukan main payah nak siap g breakfast..
Check Out pukul 12, terus mintak suami bawak g Hokkaido Ice Cream.
Dah bertahun-tahun teringin..
Gigih aku beratur tunggu.

Plan nak makan tempat viral di Ipoh semua tak jadi.
Sebab kekangan masa dan sepanjang family day ni perut asyik full je sebab banyak makan.



Aku order Resberry Ice Cream
Suami plak aku orderkan Mint Coklat Ice Cream.
Datang weekend memang banyak perasa sold out.

Pastu terus balik KL.
Singgah makan di wong solo seksyen 7 sebelum balik Klang.
Habis cerita suam-suam kuku pasal company family day ni.
Harap tahun depan panjang umur boleh pergi lagi..

Psst: Rancang bukan main lagi, nak visit situ, nak travel situ, nak makan situ, nak try sini.. Rupanya lepas penat sekejap terus surrender nak melepek je dalam bilik hotel tgk TV.

Ok. Bye

Cerita Pulau Perhentian 2018

Assalamualaikum... Hai Semua...


Pulau Perhentian kalau korang stay kat tempat okey, memang view dia cantek.
Especially di Pulau Perhentian Besar (area Perhentian Beach Resort sana).
Kalau nak santai boleh pilih Pulau Perhentian Kecil.
Kalau pilih Pulau Perhentian Besar tetapi side sebelah sana, view memang tak cantek dan biasa-biasa je. Tapi penginapan kat situ memang santai/sunyi dan murah-murah.
Tapi takpe, sebab masa Island Hoping korang tetap akan ke Pulau-pulau yang cantek.




Macam kami last year Raya 2018 (Raya ke-4), kami buat family day ke Pulau Perhentian.
Memang cari yang bajet murah sebab pergi ramai-ramai kecik besar usia semua ada.
Kecuali sorang adik & isterinya takleh join atas faktor kesihatan baby in tummy..
Semua ok nak bajet murah sebab taknak membebankan, makanya semua setuju dengan chalet yang kami cari dalam internet.

Namun atas faktor kesihatan ibu mertua, suami aku takleh join.
So aku kongkel bilik sorang2 la..



Samudera Beach Chalet


Kami tinggal di Samudera Beach

Contact Information
info@samudrabeachchalet.com
Mobile: 012 - 799 6608 (MR. AZLIN)
Phone: 09 - 6914677

So far Mr Azlin ni memang membantu.
Biasala kalau pergi Family Day ramai2 ni..
Macam2 permintaan untuk bilik la, keselesaan anak la, keselamatan anak la.
Nak tilam lebih la, nak ada elektrik siang malam la, nak kipas la,ekon la..
Mr Azlin memang bagus updates semua soalan2 aku..

Ferry Schedule

From KUALA BESUT JETTY – PERHENTIAN ISLAND : 9 am - 1 pm
From PERHENTIAN ISLAND – KUALA BESUT JETTY : 8 am , 12 pm & 4 pm



Ni pakej yang kami sefamily amik.
So semua start kumpul duit kat bendahari (aku) start January sehingga June 2018.
Tiap-tiap bulan la aku jadi ceti tukang kutip duit.

Jeti untuk ke Samudera Beach Chalet kena amik jeti di depan Arwana Hotel


SeaView Room

Family Room

 A Frame Room


Standard Room
Bilik sesuai untuk 1-2 orang sebab katil queen jer
Boleh pilih untuk aircond atau kipas.
Ni paling murah antara semua jenis chalet.
Ni bangunan chalet baru


View Pantai di hadapan Samudera Chalet








Pemandangan dari depan chalet Seaview
Sesuai untuk yang ada anak.
Celik mata terus g main tepi pantai


Kerusi2 rehat di depan ruang makan & reception kaunter samudera


Ni bilik aku
Standard Room (kipas atau aircond)


Chalet chalet baru
Tempat ni baru dinaiktaraf

View malam di sekitar pantai depan Samudera



Ni antara intinery yang aku mintak Mr Azlin buatkan.


SAMUDRA BEACH CHALET
TELOK DALAM, PULAU PERHENTIAN
ITERNIRARY 3 DAY 2 NIGHT – PERHENTIAN SNORKELLING

DAY 01
8.00 am : Registration at Samudra Kuala Besut Office
9.00 am : Departure to Samudra Beach Chalet
(if room is available, you can check-in straight away)
1.00 pm : Lunch
2.00 pm : Room Check In
2.15 pm : Free activity (snorkelling trip for additional charge)
8.00 pm : Dinner

DAY 2
8.00 am : Breakfast
10.00 am : Snorkeling Trip surrounds Pulau Perhentian
Location
a) Marine Park Perhentian
b) Turtle Point
c) Nemo Point
d) Shark Point
e) Air Berani
1.30 pm : Lunch
3.00 pm : Free activity
8.00 pm : BBQ Dinner

DAY 3
8.00 am : Breakfast (if check out 8 am, breakfast at 7.30 am)
11.30 am : Room Check Out
12.00 pm : Departure from Pulau Perhentian to Kuala Besut

Tak banyak aktiviti pun kami buat.
Lebih kepada bagi budak2 main di pantai je.
Selain tu lepak2 tepi pantai
Mana yang plan nak sewa boat g Perkampungan Pulau Perhentian kecik tu tinggal angan-angan je. hahaha.. lepas mandi pantai semua ingat nak rehat je atas katil..






Cuma makan je la rasa sikit dan tak puas.
Mungkin spesis family aku ni bila ramai2 semua macam pirana lapar

Jangan comparekan dengan percutian di Pulau lain.
Pulau Perhentian lebih mahal sikit.
So, mana yang kurang tu tutup mata je la.
Sebab kalau kat Pulau Redang/Pulau Kapas boleh dapat pakej yang lagi murah dan makan best

Takpe percutian murah pun janji dapat spend time dengan family..






Banyak2 gambar malas nak upload.
Kang ada yang terselak sana terselak sini masa tak sedar diri menyelam  tu.. hehe

Psst : Jarang jarang ada family day macam ni..
Bila masing2 dah berkeluarga jarang habiskan masa bersama.

Ok. Bye

Jenguk adik bongsu di UiTM Dengkil

Assalamualaikum... Hai Semua...



Lepas raya puasa hari tu adik bongsu aku daftar masuk ke UiTM Dengkil
Untuk Asasi - 1 year sebelum sambung degree.
Alhamdulillah dapat Asasi di UiTM Dengkil..
Dekat dengan abang sulung aku..
Aku dengan abang yang lain pun masih mampu g jenguk walaupun bukan dekat dengan rumah..
Tapi masih mampu-travel la kiranya..

Sebelum ni rancang-rancang tak jadi nak ke sana..
Eh weekend hari tu ada hal kat Kajang, terus la lajak ke UiTM Dengkil.
Peluang dah ada, baik gunakan je..
Kul 6.30pm sampai UiTM Dengkil.
Sebelum tu singgah amik anak buah - Aisyah
Dia nak ikut g jumpa paksu dia.

Kami lepak makan kat Coffee Village - Desa Pinggiran Putra.
Tempat selesa & ada kolam memancing di belakang kedai ni..
Sebelum 8 malam kami hantar hantar bongsu balik hostel..
Pastu hantar Aisyah rumah abang aku..
Tumpang semayang magrib kat sana then balik Klang dalam pukul 8.45pm lepas sembang-sembang dengan kakak ipar dan abang dulu.
Topik apa?
Topik : Hal Renovate Rumah..
Panjang lebar sembang bila melibatkan rumah dan duit kan...
Kami selamat sampai Klang pukul 10.00pm.




Photo from google.


Photo from google.




Photo from google.


Photo from google.





Psst : Memang on the sport plan je yang menjadi. Kalau rancang, memang kelaut la plannya

Ok. Bye

Korang pernah hilang barang masa tinggal kat hostel?

Assalamualaikum... Hai Semua...


Apa yang korang pernah hilang masa tinggal kat hostel?
Apa yang korang rasa?

Aku pernah hilang tudung putih.
Masa tu hostel degree di Universiti.
Aku tak banyak barang pun masa kat U
Takde baju berlambak.
Takde buku rujukan  berlambak.
Takde patung2 comey berlambak (yang biasa gadis-gadis ada, hehehe).
So, aku akan ingat setiap item yang aku ada bila aku jemur, aku pinjamkan kat orang, barang yang tengah tunggu turn nak basuh kat bilik membasuh.

Masa tu minggu-minggu akhir peperiksaan..
Kat hostel dah tak ramai student..
Ada yang dah habis exam..
Ada yang balik kampung..
Ada yang keluar dating..
Ada yang masih termenung project Architecture kena re-submit..
Ada yang masih pikir nak balik kampung nak bas lompat ke bila tiket habis..
Ada yang masih sibuk packing barang nak check out hostel.

Bila dah tak ramai student di hostel, makanya ruang menjemur baju banyak la 'space' yang aku bebas menjemur..
Kalau banyak baju yang dibasuh, aku jemur di ampaian bawah..
Kalau sikit setakat sehelai dua aku jemur di ruang ampaian tepi bilik air.
Oleh kerana time tu aku cuma basuh tudung sehelai, makanya aku jemur di ruang ampaian tepi bilik air.
Cantek tudung aku.
Warna putih.
Sulam pink.
Tudung bawal (RM30 masa tu mahal sebab lembut dan ada sulam/batu)
Cantek aku jemur..
Letak hanger.
Pastu sepitkan dengan 2 penyepit di kanan kiri hanger.
Berlalu la aku dengan hati riang ke bilik exam petang tu.
Tu paper last untuk semester tu..
Pasni dah nak balik kampung..
Nak balik kampung..
Nak balik kampung..

Bila settle hari tu, bukan main aku terkedek-kedek nak g ambil tudung di tempat ampaian.
Nan Ado wei..
Yillek..

Kosong..
Kosong..

Ada hanger & penyepit 2 ketui elok kat ampaian tu.
Mana tudung aku..
Mana...

Sedih.
Masa tu rasa macam tak percaya macamana tudung boleh hilang.
Takkan jatuh terbang sebab hanger dan penyepit elok je terkontang kanting kat tali ampaian tu..

Masa tu rasa macam tak percaya ada barang boleh hilang di hostel perempuan.
Pikir perempuan tak mencuri,
Pempuan baik.

Takpela.. Mungkin hantu yang curi.
Kenapa sedih?
Sedih sebab tudung ni beli sepasang dengan mak aku.
Mak hijau lumut.
Aku putih.
Tapi aku punya hilang..

Takpe. sedih sekejap.
Pastu dah elok makan McD sebelum naik bas balik kampung.

Psst: Zaman tu bawal tengah top.


Ok. Bye