Bye Bye 2019

Assalamualaikum... Hai Semua...


Eh.. tiba2 dah penghujung 2019.
So, nak trobek what activity done pada tahun 2019 ni..

2019 - Tahun ke6 anniversary suami isteri...
Alhamdulillah, tahun ni direzekikan beli rumah kedua di Kota Damansara. Namun tak boleh pindah lagi sebab masih menjaga mertua berkerusi roda & uzur. Andaikata ada adik beradik suami yang willing nak jaga bergilir2, mungkin kami akan pindah ke Kota Damansara (dekat sikit dengan office sekarang).
2019 - Gigih ber"EAT CLEAN". Pastu sekarang ke laut dalam.. sedalam kapal selam..huhuhu
2019 - First time dapat meraya di rumah mak di Terengganu after 6x turn rumah mertua. Merasa la laki aku raya kat tempat aku tahun ni..hahaha.. Btw, takde adegan nangis di sebalik langsir ye!
2019 - Peristiwa kad ATM hilang buatkan aku lebih berhati-hati.
2019 - 1x saja treatment TTC aku tahun ni. Betul2 aku tak sempat nak kejar cuti sebab banyak cuti aku peruntukan untuk appointment kesihatan mertua. Plan nak buat IUI aku hold.
2019 - Dapat habuan rantai emas dari company. Tahun ni Family Day ni Maps Perak & tahun ni jugak aku berpeluang join dinner company. 
2019 - Dipenghujung 2019, buat permohonan anak pelihara dari JKM.
2019 - Selebihnya aktiviti deko rumah, ulang alik g kedai RM2 dan aktiviti persiapan untuk kenduri kawen adik aku je la bulan Feb 2020 nanti.

2019 - Rutin harian sama, g dressing cuci kaki MIL di Klinik Swasta, g keje, urusan MIL FIL. Progress kaki MIL agak memberangsangkan. Dah hampir 80% tertutup. Tak sia sia kami duk ke hulur ke hilir cuci kaki. Percayalah kalau ko suami isteri jaga orgtua sakit, memang dua dua kena sama2 buat keje. Sorg tukar pampers bapak, sorg masak utk bekalan MIL FIL lepas kita g keje.

2019 pahit manis semoga kuat kita semua untuk masa mendatang.
Eh. macam tak banyak je aktiviti tahun ni..
Eh, ke ada aktiviti lain aku lupa???
Entahhhh..

Oh ya.. Tahun 2019 ni baru start gigih memblog semula. Sama la dengan si Ezy tu..
Kita tengok tahun 2020 ni sejauh mana kerajinan kami ni men'update' blog.. kikiki!

Psst : Selamat Tahun Baru 2020. Katanya kereta terbang kan..

Ok. Bye

Celebrate besday Tokki dengan cucunya

Assalamualaikum... Hai Semua...


17 Dec 2019 besday ayoh aku.
Tapi cucu-cucu pakat sibuk nak belah kek pada 26 Dec lepas abang aku balik kampung.
Ada beberapa adik beradik termasuk aku yang tak balik kampung cuti krismas kali ni.
Semua simpan cuti untuk cuti kawen adik perempuan aku bulan Feb 2020 nanti..


3 orang anak sedara aku memang dah ada kat Tganu sepanjang cuti sekolah.
So daddy dia datang nak amik dia wat balik KL semula so sekali la buat sambutan besday untuk Tokki ni..

Happy Besday Tokki
Cucu 5 orang je, lagi 2 orang tak balik KL..

3 beradik (anak abang kedua aku)

2 beradik anak adik lelaki aku no 5




Iman-Danish-Sara-Keisha_Umaira
Budak2 zaman sekarang phone satu sorang



Yang tak balik kampung ni haaa baby Vea..
Trobek gambar masa puasa raya hari tu...
Masa ni sekitar 6-7 bulan..
Anak adik aku no 5

Ni masa umur setahun

Aku screenshot dari FB story adik ipar aku..
Semata-mata nak tatap gambar si budak kecik pipi 2 kilo ni..



Anak abang sulung aku..
Aisyah.

Sementara yang lain sambut besday Tokki, Aisyah ada orientasi sekolah Tahun 1 Tahun 2020 nanti..


Oleh kerana rumah dekat Jambatan ni..
Kerap la pak sedara bawak anak sedara round moto ke sini..
Kalau tak, asyik bercakaran kat rumah..


Psst : Haaa.. enjoy2 jugak cuti sekolah ni, bersediala ye wahai budak2.. sekolah bakal bermula!


 Ok. Bye

Bunga Telur Biru

Assalamualaikum... Hai Semua...


Untuk majlis anak sedara suami nanti, kak ipar mintak buatkan bunga telur warna biru.
Biasanya aku buat bunga telur guna tisu burger je warna pink dan kuning yang ada.
So, kali ni merupakan kali pertama la kami buat guna kertas crepe.
Niat di hati nak guna kertas crepe royal blue tapi takde.
So amik je biru ala nila baju ni untuk kertas crepe.
Riben warna putih ala silver & royal blue.






Oleh kerana masa buat bunga telur untuk adik aku, masih banyak bahan lebih, so aku takde beli banyak barang kali ni..
Btw, kat shoppee lagi murah you!.
Pasni beli kat shoppee je la..
Jimat banyak.
Postage free kalau beli banyak RM.


The hasil.


1 malam siap 10 bunga telur.
10 malam siap 100 bunga telur.
Kak Ipar mintak buat 400 kalau larat.
Aku cuba nak buat 200 dulu.
Wish me luck!

Psst : Jangan mood  ke laut sudah. Kalau start layan movie online, memang takde nak sentuh benda2 ni..huhu

Ok. Bye
XoXO

Rumah Kesayangan : Pelapik Pasu RM2 untuk kebun ala kadar kami

Assalamualaikum... Hai Semua...


Entah macamana satu pagi di hari cuti tu, aku disuntik mood kerajinan..
Capai tudung, terus keluar kat laman depan (car porch je pun).
Sapu sapu lantai pastu tengok kebun (tanaman dalam pasu) semua nya mengotorkan tiles.
Sebab sebelum ni tanam pokok dalam pasu takde letak pelapik.
Dari sehari ke sehari nak g nursery cari pelapik pasu, tup tup dah 5 tahun macam ni..
Huhuhu..

So, lepas sapu-sapu car porch tu terus aku ajak suami g kedai RM2.
Kira bape biji pasu nak guna pelapik.
Gigih bawak plastik beg sendiri (yang besar).
Masuk kedai RM2 terus cari pelapik ni.
(Sebelum ni memang ada tengok kat group kedai Eco di FB)

14 biji aku rembat..
Sampaikan ada sorang makcik tanya laki aku masa kat kedai RM2 tu..
"Buat apa banyak-banyak benda ni?"
"Buat lapik pasu, makcik."

Aku dalam hati
"Sedara dia belah mana ni? Tak pernah jumpa.."
Hahaha




Pelapik ni kalau letak dalam rumah pun cantek ni..
Untuk pokok palsu.
Kukuh jugak walaupun harga RM2.
Takdela lembut je plastiknya, memang keras..






So, kurangla sikit kotor tanah jatuh ke lantai tiles.
Kalau dulu siap berlumut bagai tepi pasu..

Entry kebun sebelum ni :
https://puapoo.blogspot.com/search/label/LAMAN%20KEBUN%20CINTA

Jangan ditanya pokok apa yang ditanam.
Banyak episod dah tanaman mati hidup, boleh buat kesah novel ye pasal perjalanan pokok aku ni..
Gigih menanam nak jimat 20sen,30sen punya sayuran.. Hehe


Ok. Bye

Beli bunga kedai RM2

Assalamualaikum... Hai Semua...


Konon-konon untuk majlis kawen adik nanti nak buatkan bunga penanggah/corsage kononnya. Entah jadi ke tidak la..
Takpela. Kita try n error.
Tak jadi rugi la RM10.50 aku. Hahaha
Memang aim nak cari bunga kat kedai RM2.
Jimat!


- Bunga purple & white-

Mula-mula ingat nak amik bunga biru, tapi takde banyak pilihan.
So amik je yang purple ni..
Gigih aku google youtube bagai sebab nak tengok tutorial.
Jangan ke tong sampah dah la..
Huhuhu..





Kat Kedai RM2 yang lain, aku beli tapak pasu bunga..
Konon nak buat lapik pasu bunga kat laman sebab sebelum ni takde lapik, so tiles selalu kotor.
Kita tengok ye, sejauh mana kejayaan perempuan ni gigih nak mencantikkan lama.. hahaha..

"Agak-agak setiap rumah kat Malaysia  ni ada barang kedai RM2 tak??

Ok. Bye

Permohonan Anak Pelihara dari JKM

Assalamualaikum... Hai Semua...


Alhamdulillah..
Semalam tarikh 18 Dec 2019, kami ke JKM daerah Klang untuk temuduga permohonan anak pelihara.
Ada beza di sini antara Permohonan anak angkat & Permohonan anak pelihara di JKM.

Ni antara yang kami faham masa tanya PIC yang kami jumpa.

Permohonan anak angkat :
Anda dah dapat anak angkat dari individu lain, dan korang hanya pohon permohonan anak angkat dari JKM untuk 'legal'kan hubungan anak angkat tu dengan anda. Contohnya kena buat apa yang JKM nak untuk pastikan anda layak jaga budak tu & melalui proses seterusnya (surat & mahkamah contohnya). Permohonan ni korang boleh try call tanya/atau ke kaunter JKM tanya.

Permohonan anak pelihara:
Korang takde anak yang dapat dari individu lain dan pohon dari JKM untuk dapatkan anak itu (JKM carikan anak untuk korang).
So, korang kena pohon permohonan anak pelihara, nanti kalau layak & ada anak dari JKM, mereka akan panggil anda untuk jaga & melalui proses seterusnya (surat & mahkamah contohnya). Boleh pohon bagi mereka yang dah ada anak kandung/mahupun yang tiada anak kandung lagi. Permohonan ni boleh isi borang online. Tapi keutamaan diberi pada yang takde anak lagi especially lebih dari 5 tahun perkahwinan.

Kronologi :
06.08.2019 - Isi borang online. Tapi masih ada dokumen yang kami tak sertakan.
05.12.2019 - Dapat surat dari JKM mintak kami ke JKM untuk serah dokumen tambahan.
18.12.2019 - Pergi JKM untuk serah dokumen yang tak lengkap & ada sedikit interview.

Masa isi borang online, kami kena sertakan sekali :
1. Salinan IC Suami Isteri
2. Salinan Sijil Nikah
3. Salinan Slip Gaji Suami Isteri
4. Borang Medical Check Up (disediakan)
5. Tiga keping gambar passport latarbelakang biru.
(So semua dokumen ni kami bawa masa ke pergi ke JKM)

Semalam sekitar jam 11 pagi Puan Nurulain dari JKM Klang call mintak kami datang sebelum pukul 1 tengahari sedangkan temujanji pukul 2.30 petang.
Masa tu kami tengah masak untuk lunch mentua.
Kelam kabut siapkan masak, pastu bersiap untuk cuci gambar passport & ke klinik untuk medical check up.

Di klinik:
Dr India tu memang kenal kami sejak kami dressing kaki mak kat sana tiap2 hari. Boleh dikatakan dah jadi klinik panel untuk kami. So, masa kat sana Dr faham la pasal permohonan anak pelihara dari JKM ni. Dr jugak faham kesusahan patient TTC khasnya PCOS fighter nak dapatkan anak walaupun dah lalui beberapa rawatan (di klinik lain). Dr ni sangat memahami dan faham "kerja Tuhan" yang bagi anak ni katanya.

"Takpe, mana tahu kalau u jaga anak angkat, nanti tuhan nampak u baik boleh jaga anak angkat, tuhan pun kasi u satu anak sendiri"

"Anak lahir sendiri ke, anak angkat ke, jaga baik-baik, sama saja u tetap seorang ibu & bapa"

Lembut bahasa Dr ni, berlapik cakap. Takde sebut anak luar nikah. "Anak Mak Takde Kawen" katanya.

Ditekankan jugak, pasal perasaan "anak angkat" sensitif sedikit berbanding budak biasa. Dr ni memang banyak pengalaman handle kes macam ni sebab dulu pernah terlibat urusan anak angkat masa kerja di hospital kerajaan.

Sebelum balik, staff sana (kakak/auntie India) wish good luck untuk kami & pesan:

"Nanti dapat anak, bawak datang sini ye, kami nak tengok"

Alahai.. sayu plak rasa. Padahal ni baru interview permohonan.. Entah layak ke tidak.. Entah bila que kita kan.. Sebolehnya mereka nak share kebahagiaan dengan kami.
Btw, kami COOL je.. Ikut je flow..

Pastu gerak g JKM.
Masa interview, mereka selidik la kemampuan kita especially kewangan/masa bekerja.
- Asal, bil adik beradik, masalah kesihatan, gaji bape, apa harta yang ada, waktu bekerja, apa harapan & perancangan untuk anak ni, sape yang akan jaga masa korang bekerja.

Balik dari JKM, singgah la beli cermin mata encik suami di Seksyen 7, Shah Alam. Nanti kami review kedai ni. InsyaAllah..

Btw, korang boleh terjah link JKM pasal permohonan anak angkat/anak pelihara. Dan boleh call office mereka untuk tanya sebarang kemuskilan.

Update : Klik Link untuk update kesah dari JKM. (ENTRY SINI)

Psst : Semoga dipermudahkan.

Ok.Bye
XoXO

Wedding Adik Aku : DIY Guest Book Jimat Cermat

Assalamualaikum... Hai Semua...


Adik aku mintak tolong aku buatkan GuestBook untuk kawen dia bulan Feb 2020 nanti.
Amboiiii.. Dah sponsor bunga telur, mintak plak GuestBook..
Tetapi oleh kerana "air dicincang, takkan putus" maka aku dengan relahati DIY kan GuestBook untuk adik aku ni..
Benda senang gini, haruslah cepat2 aku setuju nak buatkan..
Aku guna Microsoft Power Point je..
Sambil-sambil OT tunggu suami pick up dari opis, seminggu jugak aku edit benda alah ni..
Duk search gambar2 comey yang berkenang dengan selera "gadis 25tahun" yang nak kawen ni kan..
Aku sediakan dalam 3-4 design, pastu wassap adik aku bagi dia pilih / komen.
Last sekali terhasil la...


Tadaaaa..

Front Page

Second Page 

Isi Guest Book



Penutup

Dalam Guest Book ni aku jugak sediakan satu ruangan page "kosong".
Untuk Pengantin Perempuan & Pengantin lelaki coretkan ucapan mereka nanti..

Ni link Entry GuestBook masa aku kawen dulu.
Time aku kawen dulu, kami guna instant photo.
Bajet banyak lari kat foto instant ni sebab kertas photo dia agak mahal la.
Sekitar RM35 untuk 10 keping masa tu..

Adik aku taknak ada photo untuk guestbook dia.
Just state nama tetamu dan ucapan..

Oleh kerana cover guestbook adik aku nanti dah full with gambar/tulisan, so aku rasa dah xperlu nak deco front page guestbook ni..

KOS :
1. Print B&W - RM0.04 X 100 = RM 4.00
2. Print Warna - RM 0.50 X 3 = RM 1.50
3. Binding - free sebab guna yang sedia ada, upah bind free
4. Plastik Jernih Hard Cover = RM 1.00

Nak Jimat kos, kami print B&W untuk isi guestbook.


OK. Bye
XoXO

Company Dinner 2019

Assalamualaikum... Hai Semua...


6hb Dec 2019

Dinner Company di Double Tree The Hilton
Tema Disney
Tema apa-apa pun kalau ada baju sesuai aku pakai la.
Takde aku gigih nak sewa bagai.
Kalau takde, pakai je baju sealmari yang ada tu..

Dah 2 tahun aku tak join dinner company
2kali dinner sebelum ni semua time aku balik kampung.
So, aku tak join.

Tahun ni, officemate aku nak join,
Maka aku pun ikut serta la..
Kalau sorang2,.. krik krik jugak aku..
Sebab sini company besar, sedangkan aku cuma kenal beberapa kerat je..

Nur-Kiran-Me



All photo taken by Kiran

Gambar dari photographer company takde lagi..
Aku takde bergambar sangat sebab bateri phone low.
Kang mati phone, susah plak aku nk contact suami suruh jemput balik dinner.

Takde rezeki Lucky Draw tahun ni.
Officemate aku dapat Cash RM100 lucky draw
Top 3 Lucky Draw - Cash RM1000, Ipad & Iphone 11 semua menang kat staff perempuan melayu..
Wahh bernasib baik betul dorang tahun ni..

Aku memang tak pernah dapat Lucky Draw.
Melainkan Lucky Draw 10 orang, hadiah ada 10 jugak. baru la aku dapat,hahaha...

Psst : Luck Draw paling aku harap - masa sekolah rendah dulu, harap dapat basikal. hahaha

Ok. Bye

Beli jam dari shoppee

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bukan perempuan je gilakan shopping online.
Lelaki pun sama.
Andaikata tak membeli pun, pasti akan cuci-cuci mata browse apps shoppee lazada.
Laki aku la tu..

Baru-baru  ni dia cakap ada beli jam di shoppee.
Rupanya jam tu courier dari china.
Dia bagitahu aku sebelum jam tu sampai sebab courierkan ke office aku..

So bila tahu jam aku ada sekali, maka eksaited la ku.


Jam Suami RM30

Jam Isteri RM30


Kenapa dalam gambar nampak jam sama besar.
Padahal tak sama besar pun.
Jam aku lagi kecik face dia berbanding jam suami ye..


Kita pakai jam murah sebab kalau rosak takde la meroyan.
Jam untuk suami aku kerap jugak beli yang murah, pastu rosak aku takde baiki.Buang je.
Tapi agak tahan jugak la.
Padan dengan nilai duit membelinya.

Aku prefer jam ada satu je.
Pakai yg tu je.
Ni bila ada dua, tak tahu nak pakai mana satu.

Psst : Tak macam lelaki, sibuk nak tambah dua-tiga-empat, jangan dikejar nanti semua tak dapat!.Hahaha


Ok. Bye

Tragedi Oven Trip The House Power Supply

Assalamualaikum... Hai Semua...


Malam tadi singgah pasar malam beli kueh teow dengan buah je.
Balik terus gorengkan keropok lekor yang sedia ada dalam peti ais.
Sambil2 tu tanya suami nak aku sediakan rencah untuk ayam bakar ke untuk menu esok?

Dah siap blend rencah , tugas suami la pulak perap ayam.
Gigih semalaman perap ayam.
Bangun pagi lepas solat, terus la bakar ayam.
Tapi start bakar pun dah dekat pukul 7.

Masa panaskan oven ok je
Time start ayam pusing dalam oven, terjadi trip.
Banyak kali pulak tu trip.

Hari makin cerah, makin lambat aku g kerja nanti.
Kami kuarkan ayam dari oven, terus potong kecik dan gorengkan aje.

Alahai.. sendu betul. Oven ni tahun 2016 rasanya.
Guna pun bukan selalu
Bakar ayam,
Bakar kuih raya..
Bakar cupcake..
Bakar kek jarang-jarang..

Otw g kerja duk pikir je kenapa trip??



Ok. Bye

Hari Graduasi Anak Sedara

Assalamualaikum... Hai Semua...


3 orang anak sedara tahun ni 6 tahun.
Masing2 share gambar anak dalam whatssap group..
Meriah bukan main zaman sekarang punya graduasi
Kita dulu sendu2 pun meriah dan meriak lagi walaupun cuma majlis di dalam kelas tadika kemas.

Iman - Nov 2013

Sara - April 2013

Aisyah - July 2013

Lojik la kalau cikgu mintak RM300 pun untuk graduasi day, sebab ada majlis yang buat kat dewan la/hotel la..
Takpe la.. peredaran zaman kan, tak sama macam dulu.
Katanya tahun 2020 nanti kereta terbang.. bhahaha..


Ok. Bye