nuffnang

JANA DUIT

Permohonan Anak Pelihara dari JKM

Assalamualaikum... Hai Semua...


Alhamdulillah..
Semalam tarikh 18 Dec 2019, kami ke JKM daerah Klang untuk temuduga permohonan anak pelihara.
Ada beza di sini antara Permohonan anak angkat & Permohonan anak pelihara di JKM.

Ni antara yang kami faham masa tanya PIC yang kami jumpa.

Permohonan anak angkat :
Anda dah dapat anak angkat dari individu lain, dan korang hanya pohon permohonan anak angkat dari JKM untuk 'legal'kan hubungan anak angkat tu dengan anda. Contohnya kena buat apa yang JKM nak untuk pastikan anda layak jaga budak tu & melalui proses seterusnya (surat & mahkamah contohnya). Permohonan ni korang boleh try call tanya/atau ke kaunter JKM tanya.

Permohonan anak pelihara:
Korang takde anak yang dapat dari individu lain dan pohon dari JKM untuk dapatkan anak itu (JKM carikan anak untuk korang).
So, korang kena pohon permohonan anak pelihara, nanti kalau layak & ada anak dari JKM, mereka akan panggil anda untuk jaga & melalui proses seterusnya (surat & mahkamah contohnya). Boleh pohon bagi mereka yang dah ada anak kandung/mahupun yang tiada anak kandung lagi. Permohonan ni boleh isi borang online. Tapi keutamaan diberi pada yang takde anak lagi especially lebih dari 5 tahun perkahwinan.

Kronologi :
06.08.2019 - Isi borang online. Tapi masih ada dokumen yang kami tak sertakan.
05.12.2019 - Dapat surat dari JKM mintak kami ke JKM untuk serah dokumen tambahan.
18.12.2019 - Pergi JKM untuk serah dokumen yang tak lengkap & ada sedikit interview.

Masa isi borang online, kami kena sertakan sekali :
1. Salinan IC Suami Isteri
2. Salinan Sijil Nikah
3. Salinan Slip Gaji Suami Isteri
4. Borang Medical Check Up (disediakan)
5. Tiga keping gambar passport latarbelakang biru.
(So semua dokumen ni kami bawa masa ke pergi ke JKM)

Semalam sekitar jam 11 pagi Puan Nurulain dari JKM Klang call mintak kami datang sebelum pukul 1 tengahari sedangkan temujanji pukul 2.30 petang.
Masa tu kami tengah masak untuk lunch mentua.
Kelam kabut siapkan masak, pastu bersiap untuk cuci gambar passport & ke klinik untuk medical check up.

Di klinik:
Dr India tu memang kenal kami sejak kami dressing kaki mak kat sana tiap2 hari. Boleh dikatakan dah jadi klinik panel untuk kami. So, masa kat sana Dr faham la pasal permohonan anak pelihara dari JKM ni. Dr jugak faham kesusahan patient TTC khasnya PCOS fighter nak dapatkan anak walaupun dah lalui beberapa rawatan (di klinik lain). Dr ni sangat memahami dan faham "kerja Tuhan" yang bagi anak ni katanya.

"Takpe, mana tahu kalau u jaga anak angkat, nanti tuhan nampak u baik boleh jaga anak angkat, tuhan pun kasi u satu anak sendiri"

"Anak lahir sendiri ke, anak angkat ke, jaga baik-baik, sama saja u tetap seorang ibu & bapa"

Lembut bahasa Dr ni, berlapik cakap. Takde sebut anak luar nikah. "Anak Mak Takde Kawen" katanya.

Ditekankan jugak, pasal perasaan "anak angkat" sensitif sedikit berbanding budak biasa. Dr ni memang banyak pengalaman handle kes macam ni sebab dulu pernah terlibat urusan anak angkat masa kerja di hospital kerajaan.

Sebelum balik, staff sana (kakak/auntie India) wish good luck untuk kami & pesan:

"Nanti dapat anak, bawak datang sini ye, kami nak tengok"

Alahai.. sayu plak rasa. Padahal ni baru interview permohonan.. Entah layak ke tidak.. Entah bila que kita kan.. Sebolehnya mereka nak share kebahagiaan dengan kami.
Btw, kami COOL je.. Ikut je flow..

Pastu gerak g JKM.
Masa interview, mereka selidik la kemampuan kita especially kewangan/masa bekerja.
- Asal, bil adik beradik, masalah kesihatan, gaji bape, apa harta yang ada, waktu bekerja, apa harapan & perancangan untuk anak ni, sape yang akan jaga masa korang bekerja.

Balik dari JKM, singgah la beli cermin mata encik suami di Seksyen 7, Shah Alam. Nanti kami review kedai ni. InsyaAllah..

Btw, korang boleh terjah link JKM pasal permohonan anak angkat/anak pelihara. Dan boleh call office mereka untuk tanya sebarang kemuskilan.

Update : Klik Link untuk update kesah dari JKM. (ENTRY SINI)

Psst : Semoga dipermudahkan.

Ok.Bye
XoXO

15 comments:

A m m i said...

Semoga Allah permudahkan urusan korang suami isteri.
Insyaallah kalau dapat anak nanti didik dia seikhlas hati ye

Umi Nazrah said...

waalaikumussalam. terima kasih atas perkongsian. sebelum ni tak penah tau pun proses macam ni :)

ezy.xixii said...

rezeki dr Allah blake..smpai masa Dia bg.. =')

semoga dipermudahkan urusan awk suami isteri..
aku daokan dr jauh.. =')

Hani said...

Assalamualaikum
Sebak saya baca. Semoga dipermudahkan segala urusan awak dan suami.

Salam kenal,

Hani

Azhafizah MN said...

Semoga dipermudahkan segala urusannya. AAminn

Unknown said...

Berapa tempoh proses permohonan?

Han Hanni said...

Unknown : Dalam tempoh 6 bulan biasanya JKM akan panggil interview. Tapi untuk dapat anak pelihara, bergantung kepada nasib/giliran atau jugak ada ke tak baby yang JKM boleh bagi.

Unknown said...

saya mohon pd 28/12/19. xpelah saya faham keadaan PKPP skrg. 18/6/20 status permohonan saya da jadi permohonan dalam proses. Cuma saya nak tnya kalau permohonan dlm proses, adakah ia boleh jadi ke permohanan ditolak?

Agak2 berapa lama tempoh masa utk status 'permohonan dalam proses' tu?

Han Hanni said...

Unknown : Permohonan kami pun masih tertera "Permohonan Sedang Diproses" walaupun lepas kami interview bulan 12. Rasanya Permohonan kita sedang diproses kerana menunggu "baby" yang available untuk diserahkan kat kita. Kalau ada baby pun, mungkin belum kita giliran kita

Unknown said...

Lpas interview berapa lama proses utk dpt anak pelihara?

Han Hanni said...

Unknown : Bergantung. Kalau ada baby, dan sampai giliran kita. InsyaAllah dapat. Saya masih belum dapat anak pelihara. Cuma nama sy dalam waiting list.

Unknown said...

Berapa lama ye nk dptkan surat yg menyatakan kita dalam waiting list?

Han Hanni said...

Unknown : Saya interview bln 12 (2019). Sy dpt surat cakap dlm waiting list pd bulan 3 (2020)

el said...

Hai slm hanni..jkm dh ad pergi ke rumah ke?mcm sy,jkm dtg rumah..di rumah sy dia terangkan semua..dan bg borang utk sy lengkapkan.

Han Hanni said...

El : JKM belum datang rumah lagi. Last program, kami pergi seminar sentuhan kasih anak pelihara anjuran JKM.