Ayoh ke wad kecemasan lagi..

Assalamualaikum... Hai Semua...


Cerita hari selasa 29.08.2023

Baru je 2hari balik dari wad, ayoh aku sakit plok sebab kencing sikit2.
Tahun 2020 hari tu, memang ayoh aku ada prostat dan kena pakai wayar kencing selama 6bulan.
Lepas tu dah ok.

Masa masuk wad hari tu, memang ayah aku mengadu payah nak kencing dan kencing sikit-sikit.
Aku dengan mak ingatkan tu sebab perangai ayoh aku yang selalu rasa susah nak kencing bila pakai pampers.
Bila aku dah balik KL, mak bagitahu dalam group yang ayoh nak dibawak ke hospital semula sebab susah nak kencing.
Terima kasih kak ipar yang tolong hantar ke klinik.



Luar kecemasan HSNZ zon merah.



Alhamdulillah ayoh direct masuk zon merah sebab dah tua dan memang ada lelah / susah bernapas bila takde oksigen sebab paru-paru rosak. Yang lucunya, tag nama masuk keluar wad 2 hari lepas pun tak sempat ditanggalkan lagi.

Akhirnya masuk wad semula.
Sebelum ni wad 5.
Sekarang wad 7 pulak.



Doktor kata saluran air kencing tersumbat.



Semoga Allah memudahkan semua urusan semua.


Rabu 30.08.2023 - Petang tu mak bagitahu ayoh dan boleh keluar. Alhamdulillah.
Sebelum ni aku, abang dulung & abang kedua balik kampung.
Kemudian aku dan abang sulung balik KL. yang lain pulak ganti balik kampung.
Adik lelaki dan Adik perempuan balik kampung pulak



Terima kasih Piji dan Aima urus ayoh keluar wad kali ni.


Terima kasih keluarga abang kedua yang masih sambung cuti duduk di kampung
Nasib baik cuti sekolah masa ni

menunggu discharge

Terima kasih ciklina (kak ipar) and aima yang selalu bantu.


Ayoh dah selesa bila duduk di kubu dia sendiri

Mesin oksigen memang ON 24jam
Kalau tak, ayoh kau anxiety dan resah bila rasa oksigen tak cukup, cepat panik


Terima kasih semua yang bantu.
Yang takdapat balik jangan sedih. Cukup dgn doa dan sentiasa amik tahu.
InsyaAllah semoga semua adik beradik aku sepakat menjaga mak ayah.
Bantu cara masing2. InsyaAllah Allah bantu kita semua pulak.

Psst : Adat adik beradik akan ada yang dengki, ada yang mengata, ada yang terasa. Tapi dilalui sama2 ye..

Ok. Bye
XoXo

Ayoh warded lagi

Assalamualaikum... Hai Semua...


Raya Aidil fitri baru2 ni ayoh aku masuk wad. Duduk 20 hari dalam wad.
Last week masuk wad lagi.
Aku cari tiket bas banyak sold out sebab cuti sekolah dah bermula rupanya.

Suami memang plan nak hantar aku balik kampung.
Tapi mak mentua di rumah kami taknak ke rumah anak lain.
Nak mintak tolong yang lain jaga banyak kali pun segan.

Penyudahnya, aku balik tumpang abang sulung aku hari Sabtu.
Lagipun ayoh aku tak teruk, so aku kata tak perlu la suami aku balik sekali
Memandangkan baru je 2minggu lps mintak tolong adik beradik dia jaga MIL masa kami balik ngundi. Hehehe..


Thanks kak ipar belanja Starbuck.
Kitanya xtahu cara order. Main tunjuk je la.. Hahaha


Sabtu pukul 4.00 pagi aku balik dengan family abang sulung aku.
RNR penuh yeee walaupun awal2 pagi..
Musim cuti sekolah ni..
Sampai Terengganu pukul 11 pagi.

Tengahari kami tak sempat nak pergi hospital.
Aku pergi hospiital gantikan mak pukul 5petang hingga 11malam saja masa tu.

Abang sulung dan abang kedua balik.
Adik2 lelaki akan balik kemudian insyaAllah.


Sampai dari KL, petangnya g jaga ayoh gantikan mak balik berehat.
So far, ayoh memang tercari-cari mok.
Tapi duk pujuk layan gitu je la sampai mok datang semula.



11malam kak ipar tapaukan burger untuk aku yang baru balik dari hospital.
yeaa.. thanks



Kemudian mak datang semula sebab nak jaga ayah malam tu.
Esoknya aku gi hospital lagi duduk dari pukul 12tengahri hingga 5petang. 
Masa tu ayah dah boleh balik.
Yeayyy..

Syukur alhamdulillah..

Bila tahu boleh balik, terusla lincah bergaya kemas barang


Alhamdulillah.
Abang sulung dan abang kedua datang jemput mak.
Masing2 dah datang melawat sebelum tu.
Bila tahu ayah boleh balik. bergaya la masing2 balik rumah amik kereta nak jemput ayah dan urus ayah balik.



Pekena cendol depan pasar payang

Oh.. Alamak. Masa up story ni kat blog, baru teringat cendol aku separuh lagi ada dalam peti ais. hehehe

menu nasi briyani.
Tolong kak ipar masak sebelum aku g hospital.
Aku teman ayah sambil makan nasi briyani.


Isnin 28 Ogos aku balik KL. Cari tiket bas je. Maklumla tiket flight mencanak musim2 cuti sekolah ni.
10 pagi naik.
9malam sampai Klang.

Sumpah penat.
Tapi balik tetap balik jenguk orang tua.
Mana yang boleh balik, balikla.

Balik bukan sebab ko mampu.
Bukan sbb ko xde anak.
Bukan sbb ko ada lapang.
Bukan sebab ada duit poket.

Tapi sebab tanggungjawab.

Lemau dalam bas sebab terlalu lama.
Hujungnya aku sakit kepala.
Kaki tegang kat betis.

Suami datang jemput, Balik mandi. Suami bantu urut kepala dan urut kaki.
Berbual2 soal masa depan dan tertidur.
Bangun esoknya kepala dan ok. Kaki je masih tegang lagi.



Alhamdulillah.
Abang sulung balik.
Abang Ngah balik.
Boleh bantu team2 yang kat kampung jaga mak ayah sebelum ni.

Bila abang-abang tunjuk contoh baik. Adik-adik akan ikut. InsyaAllah

Terima kasih semua adik beradik yang bantu.

Kadang2 rasa sedih, aku duk sini jaga urus mentua.
Tapi mak ayah aku kat kampung pun, abang aku yg uruskan.
Doakan mak ayah aku nak duduk dengan aku kat sini.
Mak ayah aku prefer nak duk Tganu sbb sana dekat dengan hospital.
Dan mak aku familiar dengan pengurusan hospital sana. 
Masuk wad ke, amik ubat ke, gaduh dgn pakguard ke, mak aku  boleh urusnya kalau kat sana. Hehe.
Pendek kata mak taknak duduk dgn anak2 luar dr Tganu sbb taknak tinggalkan hospital di tganu tu. Hehe


Ok. Bye
XoXO

Throwback : Hari mengundi di Terengganu & Demam PilihanRaya

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sekadar throwback kenangan balik mengundi di Terengganu.
Tahun ni suami ikut aku balik Tganu sekali, sebab dia xperlu pengundi.
Perak dah mengundi penuh last year.
So, syok la tahun ni dia boleh ikut aku balik Tganu ketika musim pengundi ni.
Ni kali pertama la. Kalau tak, suami isteri terpisah sebab mengundi kat kampung masing..
(Maklumlah masing-masing malas nak tukar alamat IC)


Nak tahu dia cakap pe?

Dia kata "Meriah sakan ye Pantai Timur masa musim mengundi.
Lembah Klang pun tak macam ni"

Aku balik Tganu naik kereta bawak sekali adik aku yang duduk Melaka tumpang kereta aku.
Balik malam ni, esoknya hari mengundi.

7 dari 9 beradik berkumpul di rumah.
2 lagi memang dah tukar alamat di Selangor mengundi.

Lepas makan, ramai2 ke sekolah untuk buang undi.
Apa lagi ajak semua bergambar la as kenangan.


7 beradik out of 9
Ayoh tak keluar mengundi sebab keuzuran.
Aku rasa ayoh tak patut diangkat-angkat sebab kesian ayoh aku.






Balik mengundi tapau air cendol dan soya kat kenalan mak


Oh ye..
Menjadi rutin kami kalau musim mengundi suka round2 tengok bendera.
Sebab demam bendera sakan weh kalau kat Pantai Timur ni.
Memang bulan penuh & berdacing-dacing merata-rata.
Siap ada replika itu ini.

Meriah pulak kat booth2 parti masing-masing.
Berteriak.
Fun.
Enjoys



Sources : Google

Sources : Google

Sources : Google


Macam suasana raya feelingnya.
Sebab berkumpul.
lepas mengundi ada yang balik rumah isteri pulak untuk mengundi.

Esoknya balik KL semula.
Berbaloi atau tak?
Tak berbaloi kalau setakat nak mengundi. Better tukar alamat dan undi di kawasan masing-masing.
Tapi aku balik.
Sebab nak jenguk mak ayah dan berkumpul.
Penat memang penat.
Tapi moment ni takkan muncul lagi.

Tapi kemungkinan ini last ngundi di Tganu.
Lps ni tukar alamat di Selangor.
So boleh undi suami isteri di Selangor tanpa perlu balik kampung masing-masing.
Tapi tengok la kalau tiba2 5tahun lepas ni aku tercongok lagi kat Tganu beratur buang undi.
Hehehe





Menang Kalah adat bertanding.
Pastikan yang dipertanggungjawabkan, jalankan tugas masing-masing.
Kita rakyat nak rasa faciliti dan kemudahan yang disediakan je.
Rakyat tetap kena buat kerja lebih dari 1 untuk cari wang.


Ok. Bye
XoXo

Tampal Gigi & Scalling

Assalamualaikum... Hai Semua...


Korang......
Bila last korang jumpa doktor gigi?
Janganla korang bandingkan dengan aku.
Aku ni SUSAHHHHHH sangat kalau bab nak berjumpa doktor gigi.
Hahaha..

Kenapa tiba-tiba story pasal doktor gigi nih..
Sebabbbbbb.
Aku baru je lepas jumpa doktor gigi.
Kagum kannnn..
Hahaha..
Aku SANGAT BANGGA dengan diri aku. Hehehe

Masa sekolah rendah membawak ke sekolah menengah, aku memang trauma sangat kalau bab doktor gigi.
Tengok kad hijau kesihatan gigi di sekolah pun aku trauma ye..
Nampak je kad hijau kat tangan someone yang tengah tunggu nama next pelajar dipanggil dalam kelas aku, buatkan aku dup dap dup dap masa sekolah dulu.
Masa sekolah ada la beberapa kali tampal gigi dan cabut gigi.
Umur 15tahun baru aku start gosok gigi sebelum tido.
Kalau sebelum tu, aku semberona aje tak peduli hal gigi.

Btw last aku jumpa doktor gigi is masa umur 21tahun time tengah belajar di UiTM.
Lepas tu no more doktor gigi in my life. Punyala penakut kan.

Sehingga la tahun ni aku decide nak sambung TTC dan nak usaha untuk mengandung.
So, aku kena la pastikan gigi aku sihat kalau nak mengandung kelak. 

2 gigi depan aku yang berlubang sederhana kecil & tak sakit.
Beberapa takleh tidur lena memikirkan nak jumpa doktor gigi ke tak. Hehehe.
Punyala penakut kan.

Ahad yang hening, aku ajak suami g Klinik Gigi Swasta di Meru.
Check dan didapati ada 3gigi berlubang (2 gigi depan, 1 gigi geraham)
Pastu tampalan gigi yang lama masa sekolah rendah masih ok.

So, bermula la episod tampal gigi.
Punyalah takut sampai rasa mengigil.
Rupanya ok je, mungkin sebab tak terlalu dalam lubang kecilnya, so tak sakit sangat pun.
Aku buat jugak Scalling gigi nak buang karang2 gigi.

Masa sekolah rendah gigi geraham yang berlubang mesti la padu bila dikorek dan ditampal. huhu


Isteri dup dap dup dap sebelum jumpa doktor gigi


Yeayyy.. settle



Oleh kerana boleh claim kat company kan, so sedaya nya la aku buat semua benda kat gigi ni. Sekaligus.

Habis total dalam RM340.

Lepas settle semua, ringan kepala sebab rasa semua gigi dalam keadaan baik dh. hehe



Ok. Bye
XoXO

Cara aktifkan securesign public bank di ATM

Assalamualaikum... Hai Semua...


Rupanya Public Bank Online aku pun kena aktifkan PB Securesign.
No wonder takleh nak buat transaksi.
Fungsi PB SecureSign ni adalah untuk Anda membuat pengesahan sembarang transaksi melalui akaun Public Bank dan ia adalah untuk mengantikan fungsi SMS TAC.

So kepada yang belum lagi membuat pengaktifan, Anda perlulah membuat pengaktifan terlebih dahulu, dan cara mengaktifan tersebut adalah Anda perlu menggunakan mesin ATM Public Bank.


p dibawah ni ye.
  1. Langkah yang pertama adalah Anda perlu ke mesin ATM Public Bank.
  2. Lepas tu dekat mesin tu macam biasa kita perlu masukkan Kad Debit Anda. Lepas tu Press to Continue.
  3. Anda pilih menu Bahasa Melayu / English / China.
  4. Seterusnya sila masukkan PIN Kad Debit ATM Anda.
  5. Lepas tu Anda klik pada menu Akaun Simpanan. Kalau akaun Anda adalah akaun semasa, dekat sini Anda perlu klik dekat bahagian akaun semasa.
  6. Seterusnya Anda tunggu sekejap, dan Anda perlu pilih dalam menu Lain-lain. Lepas tu Anda pilih menu Perkhidmatan Lain.
  7. Kemudian Anda perlu pilih pada menu Pengaktifan PB Securesign.


Refer gambar di bawah untuk lebih faham.


Visit any of our Automated Teller Machines (ATMs) to Activate PB SecureSign.




STEP 1
Select "Other Services"




STEP 2
Select "PB SecureSign Activation"


STEP 3
Select "Yes" or "No" to activate the PB SecureSign.



STEP 4
Transaction Accepted. Remove Card and collect the Advice Slip.



STEP 5
Transaction completed. Advice Slip is generated.





Dan Anda tunggu sekejap sehinggalah keluar resit transaksi. So dah pun selesai, dan yang paling penting jan lupa ambil dahulu kad ATM Anda.

Anda tak perlu risau tentang keselamatan maklumat Anda dalam PB SecureSign ni sebab sistem ni memang telah dirancang untuk menjaga privasi dan keselamatan Anda dengan teliti.

Jadi kita boleh menggunakan perbankan online Public Bank dengan lebih yakin dan tenang.



Ok. Bye

XoXO

Cara mengaktifkan BSNSecure

Assalamualaikum... Hai Semua...



Aku perasan BSN Online aku tak boleh nak transfer duit,
Eh rupanya kena aktifkan BSNSecure.

Bermula 1 Julai 2023, setiap transaksi Perbankan Internet myBSN, termasuk FPX, memerlukan pengesahan melalui BSNSecure. Penggunaan SMS OTP/TAC akan dimansuhkan berkuat kuasa 1 Julai 2023.

Inisiatif ini merupakan usaha berterusan BSN selaras dengan keperluan pengawalseliaan dan amalan terbaik untuk memerangi penipuan kewangan berkaitan SMS OTP/TAC.


BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENDAFTAR APLIKASI BSNSecure? 
(Pendaftaran & Pengaktifan)
Berikut adalah langkah mudah untuk korang melengkapkan pendaftaran Aplikasi BSNSecure.


1.Aku download apps BSN Secure kat phone. Pastu buka dan tekan "Register Now".

2. Teruskan untuk memasukkan username dan password Perbankan Internet myBSN.

3. Masukkan Nama Peranti, Nombor ID & klik "Submit" untuk mengesahkan.

Nama Peranti/ Model Telefon: (Contoh: iPhone 14 Pro/ Galaxy S23 Ultra/ Huawei P60 Pro).
Nombor ID/Nombor Kad Pengenalan: (Contoh: 95131314***).

4. Masukkan SMS OTP untuk pengesahan dan teruskan dengan Pengaktifan.

5. Setelah pengaktifan berjaya, skrin pengakuan akan dipaparkan kepada anda pada Aplikasi BSNSecure.


NOTA PENTING:

Selepas pendaftaran BSNSecure telah berjaya, pelanggan hanya boleh melakukan transaksi melalui Perbankan Internet myBSN selepas 12 jam (Tempoh Bertenang).





Ok. Bye
XoXO

Memandu ikut google maps / waze. Korang ok?

Assalamualaikum... Hai Semua...







Korang reti ke memandu sambil tengok waze?
Aku memang tak berani mata nak tengok phone kalau drive.
Sebab mata akan tengok lama kat phone dan stereng akan sengit aje memandu. Hehehe
So, aku tak main phone sambil memandu.

Kalau nak kemana2, aku akan prektis dulu kenal2 jalan dengan suami.
Contohnya dulu masa mula kerja di KL, tinggal di Shah Alam.
Memang suami ajar jalan dari Shah Alam ke KL.
Kenal signboard.
Kenal building.
Kalau kawasan rumah memang tahu aje la memandu sebab kenal jalan.
Sekarang cuma tahu pergi kerja dan balik kerja.
Selebihnya pergi ke mana2 dengan suami.

Semalam suami pergi Puncak Alam dan mintak aku jemput dia kat sana.
Aku dari Klang pernah je g Puncak Alam.
Tapi aku follow aje la maps.
Alhamdulillah. Sampai dengan selamat.
Ok je rupanya.
Cuma selama ni kita takut-takut aje.
Cuma aku memang masih tak berani nak masuk KL semata-mata ikut maps.
Takut sesat barat nanti.

Korang mesti semua hebat2 di jalan raya kan?
Ni semua jaguh2 driver ni..

Ok. Bye
XoXO