Tampal Gigi & Scalling

Assalamualaikum... Hai Semua...


Korang......
Bila last korang jumpa doktor gigi?
Janganla korang bandingkan dengan aku.
Aku ni SUSAHHHHHH sangat kalau bab nak berjumpa doktor gigi.
Hahaha..

Kenapa tiba-tiba story pasal doktor gigi nih..
Sebabbbbbb.
Aku baru je lepas jumpa doktor gigi.
Kagum kannnn..
Hahaha..
Aku SANGAT BANGGA dengan diri aku. Hehehe

Masa sekolah rendah membawak ke sekolah menengah, aku memang trauma sangat kalau bab doktor gigi.
Tengok kad hijau kesihatan gigi di sekolah pun aku trauma ye..
Nampak je kad hijau kat tangan someone yang tengah tunggu nama next pelajar dipanggil dalam kelas aku, buatkan aku dup dap dup dap masa sekolah dulu.
Masa sekolah ada la beberapa kali tampal gigi dan cabut gigi.
Umur 15tahun baru aku start gosok gigi sebelum tido.
Kalau sebelum tu, aku semberona aje tak peduli hal gigi.

Btw last aku jumpa doktor gigi is masa umur 21tahun time tengah belajar di UiTM.
Lepas tu no more doktor gigi in my life. Punyala penakut kan.

Sehingga la tahun ni aku decide nak sambung TTC dan nak usaha untuk mengandung.
So, aku kena la pastikan gigi aku sihat kalau nak mengandung kelak. 

2 gigi depan aku yang berlubang sederhana kecil & tak sakit.
Beberapa takleh tidur lena memikirkan nak jumpa doktor gigi ke tak. Hehehe.
Punyala penakut kan.

Ahad yang hening, aku ajak suami g Klinik Gigi Swasta di Meru.
Check dan didapati ada 3gigi berlubang (2 gigi depan, 1 gigi geraham)
Pastu tampalan gigi yang lama masa sekolah rendah masih ok.

So, bermula la episod tampal gigi.
Punyalah takut sampai rasa mengigil.
Rupanya ok je, mungkin sebab tak terlalu dalam lubang kecilnya, so tak sakit sangat pun.
Aku buat jugak Scalling gigi nak buang karang2 gigi.

Masa sekolah rendah gigi geraham yang berlubang mesti la padu bila dikorek dan ditampal. huhu


Isteri dup dap dup dap sebelum jumpa doktor gigi


Yeayyy.. settle



Oleh kerana boleh claim kat company kan, so sedaya nya la aku buat semua benda kat gigi ni. Sekaligus.

Habis total dalam RM340.

Lepas settle semua, ringan kepala sebab rasa semua gigi dalam keadaan baik dh. hehe



Ok. Bye
XoXO

4 comments:

norhidana said...

akak pun takut jumpa doktor gigi gak hheheheh

Mama Zharfan said...

klinik gigi adalah the last place i wanna be hahah sbb takut...yelah, bab2 cabut or tampal gigi memang sakit kannnnn

Lydia Miza said...

biasa LM pergi setahun sekali scalling.angkut anak scalling atau check apa yang tak okey. tak pernah tampal seumur hidup.seram tengok kata nya ngilu.

Ezna Khalili said...

Takut betul saya pun nak gi jumpa Dr.....tapi kalau sakit memang kena pergi....so far alhamdulilah gigi masih ok tapi nak kena pergi scaling gigi pulak.