Ayoh warded lagi

Assalamualaikum... Hai Semua...


Raya Aidil fitri baru2 ni ayoh aku masuk wad. Duduk 20 hari dalam wad.
Last week masuk wad lagi.
Aku cari tiket bas banyak sold out sebab cuti sekolah dah bermula rupanya.

Suami memang plan nak hantar aku balik kampung.
Tapi mak mentua di rumah kami taknak ke rumah anak lain.
Nak mintak tolong yang lain jaga banyak kali pun segan.

Penyudahnya, aku balik tumpang abang sulung aku hari Sabtu.
Lagipun ayoh aku tak teruk, so aku kata tak perlu la suami aku balik sekali
Memandangkan baru je 2minggu lps mintak tolong adik beradik dia jaga MIL masa kami balik ngundi. Hehehe..


Thanks kak ipar belanja Starbuck.
Kitanya xtahu cara order. Main tunjuk je la.. Hahaha


Sabtu pukul 4.00 pagi aku balik dengan family abang sulung aku.
RNR penuh yeee walaupun awal2 pagi..
Musim cuti sekolah ni..
Sampai Terengganu pukul 11 pagi.

Tengahari kami tak sempat nak pergi hospital.
Aku pergi hospiital gantikan mak pukul 5petang hingga 11malam saja masa tu.

Abang sulung dan abang kedua balik.
Adik2 lelaki akan balik kemudian insyaAllah.


Sampai dari KL, petangnya g jaga ayoh gantikan mak balik berehat.
So far, ayoh memang tercari-cari mok.
Tapi duk pujuk layan gitu je la sampai mok datang semula.



11malam kak ipar tapaukan burger untuk aku yang baru balik dari hospital.
yeaa.. thanks



Kemudian mak datang semula sebab nak jaga ayah malam tu.
Esoknya aku gi hospital lagi duduk dari pukul 12tengahri hingga 5petang. 
Masa tu ayah dah boleh balik.
Yeayyy..

Syukur alhamdulillah..

Bila tahu boleh balik, terusla lincah bergaya kemas barang


Alhamdulillah.
Abang sulung dan abang kedua datang jemput mak.
Masing2 dah datang melawat sebelum tu.
Bila tahu ayah boleh balik. bergaya la masing2 balik rumah amik kereta nak jemput ayah dan urus ayah balik.



Pekena cendol depan pasar payang

Oh.. Alamak. Masa up story ni kat blog, baru teringat cendol aku separuh lagi ada dalam peti ais. hehehe

menu nasi briyani.
Tolong kak ipar masak sebelum aku g hospital.
Aku teman ayah sambil makan nasi briyani.


Isnin 28 Ogos aku balik KL. Cari tiket bas je. Maklumla tiket flight mencanak musim2 cuti sekolah ni.
10 pagi naik.
9malam sampai Klang.

Sumpah penat.
Tapi balik tetap balik jenguk orang tua.
Mana yang boleh balik, balikla.

Balik bukan sebab ko mampu.
Bukan sbb ko xde anak.
Bukan sbb ko ada lapang.
Bukan sebab ada duit poket.

Tapi sebab tanggungjawab.

Lemau dalam bas sebab terlalu lama.
Hujungnya aku sakit kepala.
Kaki tegang kat betis.

Suami datang jemput, Balik mandi. Suami bantu urut kepala dan urut kaki.
Berbual2 soal masa depan dan tertidur.
Bangun esoknya kepala dan ok. Kaki je masih tegang lagi.



Alhamdulillah.
Abang sulung balik.
Abang Ngah balik.
Boleh bantu team2 yang kat kampung jaga mak ayah sebelum ni.

Bila abang-abang tunjuk contoh baik. Adik-adik akan ikut. InsyaAllah

Terima kasih semua adik beradik yang bantu.

Kadang2 rasa sedih, aku duk sini jaga urus mentua.
Tapi mak ayah aku kat kampung pun, abang aku yg uruskan.
Doakan mak ayah aku nak duduk dengan aku kat sini.
Mak ayah aku prefer nak duk Tganu sbb sana dekat dengan hospital.
Dan mak aku familiar dengan pengurusan hospital sana. 
Masuk wad ke, amik ubat ke, gaduh dgn pakguard ke, mak aku  boleh urusnya kalau kat sana. Hehe.
Pendek kata mak taknak duduk dgn anak2 luar dr Tganu sbb taknak tinggalkan hospital di tganu tu. Hehe


Ok. Bye
XoXO

4 comments:

Suria Amanda said...

Semoga Ayah Han lekas sembuh, parent kalau sakit ni memang kita susah hati kan..setuju..semua sebab tanggungjawab...ini la yang SA buat selama ni..Mak Abah tinggal sekali senang nak tengok..

Mama Zharfan said...

shafahullah

mummy_ayu said...

semoga ayahnya cepat2 sihat & sihat2 selalu..aamiin..
alhamdulillah..semua family bantu membantu..

norhidana said...

moga ayah Hani cpt sihat, takpe ada adik beradik lain boleh tolong jagakan. Kita ni yg kerja jauh ddk jauh risau jugak kan, tkt yg lain ckp apa kan. Dah tuntutan kerja kan.