Beli susu untuk MIL

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dulu di company lama, aku menapak jalan kaki pergi Big Pharmacy belikan susu untuk MIL.
Sekarang di company baru pun, aku masih menapak jalan kaki gi Big Pharmacy belikan susu untuk MIL.

Tugas ni dah jadi tugas hakiki kita isteri kalau encik suami amik tanggungjawab jaga parents dia.
Suami kalau dengan kita, dia ingat.
Kalau kita takde, dia lalai.
Susu maknya pun kadangkala dia lupa kalau kita pesan suruh beli.
So, kite belikan siap-siap.
Bukanla baik. Tapi sebab serumah kan. Dah tentu t/jawab suami, terpalit kat kita jugak.

Kita takde anak. Tapi tiap bulan kita beli susu, hehehe.
Untuk baby besar kita..


Sekarang dah pek baru kata farmasi tadi


Pek lama


Susu ni sesuai dengan MIL. Bukan tak pernah tukar, tapi tak kena tekaknya. Sudahnya dia tak minum. Makan kurang, minum taknak. Makanya kami teruskan saja susu brand ini. Janji dia dapat jugak la serba sikit khasiat mana yang perlu di samping makan makanan ruji nasi. Bila dah berusia kan, makan nasi 2 mulut pun tak berselera.


Ok. Bye
XoXO

Kerja sekolah menjahit budak 11 tahun

Assalamualaikum... Hai Semua...


Zaman sekarang, budak umur 11 tahun dah belajar menjahit di sekolah.
Rasanya zaman aku dulu, masuk 13 tahun baru belajar menjahit dalam kelas Kemahiran Hidup.
Last week, aku gi rumah abang sulung aku. Pastu anak sedara aku si Aisyah ni mintakla tolong ajar dia menjahit. Kerja sekolah menjahit weii. Tak siap- siap dia buat.

Jahitan Kia
Jahitan Jelujur halus
Jahitan Jelujur kasar



Bengkak bengkok jahitan dia.
Jadi la.. Hasil dia sendiri. Budak tak pernah menjahit kan..


Menunggu budak 11 tahun menjahit terkial-kial..
Ni kalau aku gi Mekah, dah balik Malaysia dia tak siap2 lagi menjahit atas kain selengkal tu.

Salah. Tetas
Salah. Tetas.

Ko jahit la sendiri.
Makcik dia ni tolong masukkan benang dalam jarum je.
Dan guide dia "Jahit la ikut kotak2 corak kain tu, baru la lawa"

2hari menjahit tak siap2.
Bila laki aku datang nak jemput aku balik. Baru kelam kabut dia siapkan, nanti kalau aku takde, ibu dia memang tak nampak mata nak ajar dia menjahit benda alah tu. 

Siap jugak akhirnya dia menjahit sebelum aku balik rumah aku.



Dengan budak ni, ikutkan dia gi sarapan sampai aku yang saiz ayam serama ni pun sama naik dengan dia duk memanjat pagar longkang ni sebab nak shortcut gi tapau nasi lemak pagi-pagi.



Ok. Bye
XoXO

Weekend ke rumah si sulung

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sejak abang sulung aku accident, setiap minggu suami aku hantar aku ke rumah abang long aku untuk bantu-bantu dorang.
Kalau minggu lepas pergi untuk berkumpul untuk beraya.
Minggu ni pergi untuk bantu dorang gi beli barang dapur yang sebulan sekali.


(Photo captured by abang long, hehehe)
Join dorang shopping.
Tolong angkat itu ini. Kalau bagi duit, dah tentu dorang berkeras tolak.

Boleh la aku tolak kusi roda
Kak ipar tolak troli
Anak sedara aku, tolak batu dengan kayu. hahaha
Memang kak ipar aku paksa abg long keluar jugak sekali.
Buat2 cuci mata, tukar angin.
Kalau tak, sebulan la duk dalam rumah je.
Memang dia taknak ikut, kami paksa kan aje.


Yeayyy.. Dah upah air di Zus
Ni kali pertama aku order. Biasanya memang orang aje wat balik kopi untuk aku

Today taknak kafein.
Lepas makan sushi, terasa full untuk minum something yang bersusu/ kafein
Aku hilangkan dahaga dengan ambik air fresh/cooler/


Sebelum balik rumah, singgah beli krim panas untuk abang long.
Tiap malam, anak dia bantu urut kaki biar lega.


Di rumah sendiri, bantu urus/kemas barang mentua.
Di kampung, bantu kemas barang/ubat ayah aku yang uzur
Di sini, bantu kemas barang2 kesihatan sejak abang long aku accident.
Kita bantu semua sebab tanggungjawab kita/pasangan kita


Malam tu kak ipar masak nasi arab. 
Aku bantu bakar2 kambing

Nasi Arab buat guna pek nasi arab yang dah siap dipekkan.
Tinggal masak aje ikut resepi pada pek tu.
Jimat & dapat makan 5,6 orang jugak



Pagi ahad teman AIsyah beli sarapan.
Sebelum aku balik tengahari tu sebab kami ada jemputan raya.

Aikk.. Baru balik rumah sendiri, si Aisyah nak mintak datang lagi next week sebab nak buat Cheeskut sama2. Huhuhu..


Ok. Bye
XoXO

Kad Menjerat diri namanya ni

Assalamualaikum... Hai Semua...



Dalam duk kemas-kemas name card supplier yang aku ada, eh ada satu yang kenapa ko kat sini eh.


Haaa.. Ni menjerat diri namanya ni.
😓😓
Dah teringin sangat ke rumah kena simbah cat merah?
Hehehe

Kalau takde duit, duk diam-diam jangan gi joli,
Duk diam-diam gi buat content affiliate TT. Biar dapat duit. Haha

Ok. Bye
XoXo

Salam Raya - Team Menangis atau Team Gelak?

Assalamualaikum... Hai Semua...


Korang...
Korang kalau salam raya, korang team mana? Team MENANGIS atau Team GELAK?

Aku boleh dikatakan Team MENANGIS kot, kalau Team GELAK ada jugak time bersalam main-main. Hehe..

Dari kecik hingga sebelum kawen - Team GELAK.
Dah kawen - Team MENANGIS kadang2 team gelak.

Kalau sessi bermaafan berdua sahaja dengan suami, akan ada la adegan sobss sobss tarik hingus, sayu, titik airmata setitik dua.. 
Tapi kalau sessi bermaafan sekeluarga, memang aku team kelak ketawa hohoho je la jawabnya..
Kelam kabut dan bergelak ketawa je la dah kalau bermaafan ramai-ramai kan.. Hehe

Ada masa kalau sangat-sangat tak sempat sebab kelam kabut (especially time raya kg aku) memang aku bermaafan dengan suami sebelum tidor xkesah la malam raya atau malam selepas raya pertama. 

Sebagai contoh, untuk raya tahun ni:

Kami beraya di rumah sendiri (ada mentua-tinggal serumah), so masa raya ada aku-suami-mentua.
So, sessi kami takkan lama dan sessi salam raya aku dengan suami akan biasa2 aje. 
Bila MIL masuk bilik, baru aku buat sessi bermaafan yang sebetulnya hati ke hati (😂)
Memang laki bini dua-dua menangis jugak la sikit-sikit.
Saling memaafkan.
Saling berterima kasih.
Saling menghargai.

Tapi kami suami isteri memang setiap hari/setiap masa bermaafan jerrrr (maklumla asyik bercakaran aje. hehehe)


Korang team mana?
Cer cite

Ok. Bye
XoXO

Rumah Terbuka 14 Syawal

Assalamualaikum... Hai Semua...



First time terima invitation Rumah Terbuka yang dibuat malam pada weekdays hari bekerja.
Biasanya kan orang buat weekend kan.
Bila tengok maps.. Eh.. 1.1km je dari rumah kami.
3minit aje.
Suami pun terkejut ada sedara mara dia duduk area perumahan kami.
Berlainan taman perumahan saja.

Pertemuan antara Wak Rob & Wak Sal.
Both is in 70an usianya.
MIL umur 75. Wak Sal maybe umur 78 macam tu.
Diorang is SEPUPU.

Ini first time kami jumpa sedara yang ini.
Kalau setakat makcik & sepupu suami memang kami kenal.
Bila masuk dua pupu dah suami tak kenal.



Wak Sal & Wak Rob


Comel bila masing2 bersembang


You know what.
Mereka ni dah level nenek2.
Masa dorang bersembang, dia terbuka cita pasal nenek dorang.
Dorang sepupu kan, mesti share nenek yang sama.
Comel sangat butir-butir perbualan dorang bila bersembang.
Masih ingat semua kesah-kesah lama.
Cite kongsi bantal tidur la,
Teman gi tandas malam-malam,
Cite gi main bendang.

Pastu cite pasal sekarang tua duk dengan sapa.
Wak Sal : Aku duduk rumah anak aku di Shah Alam
Wak Rob : Aku duduk dengan anak lanang (lelaki) aku di Kapar


OK. Bye
XoXO

Ditegur agar lebih berhati-hati

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sekarang dah lalu jalan lain berbanding jalan dulu kalau pergi kerja.
Masih sesuaikan diri dengan jalan ni walaupun kami ada je lalu sini walaupun bukan setiap hari.
Last week, aku lalu la jalan ni nak gi kerja.
Sampai satu simpang, aku tengok kanan kiri. 
Selamat ni nak belok kanan. 
Eh tiba2 ada moto nak masuk kanan, nak cross depan aku.
Masa tu aku tengah nak belok kanan. (Di simpang 3)
Mujur aku sangat slow time tu, dan dia pun cuba elak aku.

Dan both of us is tak terlanggar each other.

Tapi berdebar-debar weh jantung aku.
Sebab tak terlanggar dia.
Mujur sangat.

Sambung perjalanan sampai duk terpikir tadi aku tengok kanan kiri, memang takde moto.
Eh, tiba2 muncul moto entah dari mana.

Silap aku.
Ye silap aku.

Sebab tu jalan dia. 
Supposedly aku yang kena tunggu lagi pastikan jalan betul-betul selamat.

Sekarang bila dah ada pengalaman gitu, bila sampai simpang 3 tu aku double triple hati-hati lagi.
Tengok kanan
Tengok kiri
Tengok kanan lagi
Tengok kiri lagi
Slow
Tengok kanan lagi
Tengok kiri lagi.
Slow pusing stereng.
Slow masuk lorong perlahan-lahan dengan bagi signal lagi dan lagi. Hehehe



Ok. Bye
XoXO

12 Syawal (Ahad) serbu rumah adik beradik suami

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kalau semalamnya iaitu Sabtu dah gi rumah abang aku. Esoknya Ahad kami gi rumah keluarga suami pulak. Sabtu tu kak ipar datang dari Perak (kakak suami aku) teman MIL kat rumah, suami aku kerja & aku gi rumah abang sulung aku seharian. So Sabtu takde plan la dengan kak ipar (kakak suami). Ahad baru keluar bawak dorang berjalan raya 2buah rumah sebelum dorang balik Perak semula.

Mula-mula bawak kak ipar gi kubur bapak (FIL), pastu ke rumah abang ipar pulak yang tinggal berdekatan kawasan situ.

OOTD
Beli baju raya untuk mak, tapi tak padan.
So aku la pakai. Haha
Nasib baik 2 lagi benda lain yang aku beli, mak padan. Takde la keciwaaa sangat


Beraya di Rumah Pertama - Rumah Abang Keempat suami

Dijamukan dengan Spagethi, nasi impit berkuah kacang, dan super duper sedap kek coklat moise. 




Beraya di Rumah Kedua - Rumah kawan biras

Kisahnya biras tak mahir sangat jalan sini. So suami bawakkan abang iparnya ke rumah kawan sekolah, mereka sakan ye bila berjumpa. Ingat lagi nama cikgu 30,40 tahun dulu. Nama kawan, kenangan itu ini. Aku pun dah lupa banyak hal sekolah tau..ihiks..





Kak Ipar balik Bagan Datuk pukul 12.30 tengahari. While kami semua pun berehat terbongkang tidur. Sedar-sedar suami kejutkan kata nak gi beraya rumah abang sulungnya pulak. Ok. Jommm..


OOTD lain. Maklumla baju pagi tadi dah aku bawak tidur terbungkang.


Beraya di Rumah Ketiga - Rumah abang Kedua suami

Beraya di sini tak sangka MIL nak ikut sekali. Awalnya kami ingat MIL taknak ikut sebab rumah takde lift. Eh, rupanya elok aje kami angkut naik tangga. Atas sanggup/tak sanggup aje.





Malam tu, suami start makin teruk batuknya. Siapkan ubat serba sedikit dan suami MC kerja isnin tu. Kita bini masih gigih gi kerja walaupun tubuh dah bagi signal akan demam. Tersipu-sipu kita bersalam dengan mentua, nak gi kerja tapi suami batuk2 kat rumah kita tinggalkan 😎





Bila sebumbung dengan mentua. Kalau anak lelaki dia sakit, kita bini jadi risau 2 benda. 
  • Pertama risau suami sakit
  • Kedua kita risau bila tahu mak mentua risau sebab anak lelakinya sakit.
Walhal isteri pun, turut mula demam. Tapi perempuan demam, kita masih usaha untuk kuat.
Masih urus mentua makan minum, sapu bilik.


Ok. Bye
XoXO

11 Syawal (Sabtu) beraya seharian di rumah abg sulung

Assalamualaikum... Hai Semua...



Sabtu, 20 April 2024 (11 Syawal)

Abang Ngah aku ajak aku gi raya rumah abang long aku. Aku dah pergi masa raya pertama.
So, aku pergi lagi sekali memeriahkan suasana. Berkumpul kat sana. Suami kebetulan kena kerja Sabtu tu di Bangi Lama/Semenyih, so suami drop aku kat sana.

Jem weii weekend hari tu. Agaknya banyak rumah terbuka. Nak ke tempat yang biasa 30 minit pun makan masa 2 jam. 😅

Family abang ngah aku datang pukul 3.00 petang. Duk melepak sampai jam 9.00 malam.
Kebetulan ada 2,3 tetamu datang melawat abang long aku yang accident bulan puasa hari tu.
So, lebih ramai tetamu la berbanding raya sebelum-sebelum ni. Tu yang lajak stay sampai jam 9.00 malam nak menolong dorang kemas dapur sebelum balik.



Hidangan
Kak Ipar masak nasi tomato dan ada jugak laksa penang. Pencuci mulut ada rojak buah simple.


Sebelum balik, ada sessi bergambar. Nenek di Tganu duk tanya takde gambar ke raya rumah abang sulung aku ni. Nahhh..

Family abang ngah, abang sulung & kami suami isteri



Adui.. Tertutup terus wajah paklong kat belakang tu


PaklOng with the anak sedara

ANak sedara selama ni kalau raya je mesti ajak paklong main mercun. Sebab paklong jenis melayan. Tahun ni paklong takde rezeki nak balik Tganu sebab patah kaki. Semoga cepat sihat Paklong.

Esoknya Ahad kita beraya team sebelah suami pulak. Stay stuned...

Psst : Rasa cuti 2hari tak cukup la. Hari ni dah keje semula.. So Monday Bluesssss 😕😖😞

Ok. Bye
XoXO

Rumah orang tua yang anak-anak takut nak kemas. Heheh

Assalamualaikum... Hai Semua...


Rumah mak ayah aku di kampung tak kemas macam rumah orang lain. Or maybe boleh dikatakan tak kotor, cuma tak kemas jela. 
Macam ni. 
Ruang tamu ok cuma takde la clear mata memandang. 
Ada je benda tergantung sana sini, bakul baju sana sini, mainan cucu sana sini. 

Dan di ruang tersembunyi dari pandangan orang ramai, contohnya macam dapur, ruang2 belakang ruang tamu, mesti tak terurus. 
Ada baju2 tergantung berlambak2, ada barang2 yang jarang2 pakai, ada bertimbun2 barang yang kita tak tahu masih guna ke tak. 

Dan aku boleh kategorikan rumah di Tganu ni banyakkkk giler barang. 
Banyak kali jugak aku kemas itu ini.
Dan mestila ada benda yang masih orang tua kita memilih untuk simpan.
Simpan untuk digunakan kelak katanya.

Sehinggala aku rasa "oh aku tak patut buat pandai2 walaupun tu rumah mak ayah aku". 
Sebab tuan rumahnya ialah mak aku. 
Dia yang kelolakan rumah tu. 
Dia yang akan uruskan rumah tu setiap hari. 
Dia yang akan cari barang itu sendirian sebab dia yang tinggal di situ.
So biar dia yang urus dan kita bantu bila diperlukan aje.


Dan.. Banyak benda yang kita rasa dah tak diperlukan, tapi mereka masih nak simpan, masih digunakan & menunggu untuk digunakan.

Kadang kita rasa hanger kecik dah tak guna. 
"Nanti mok nak hanger baju cucu senang" 

Buang la tipuware banyak-banyak ni
"Eh, nak nak letak lauk kat anak cucu nak makan kat RNR"

Buang la stok2 mandian hotel ni.
"Eh, boleh guna kalau darurat sapa2 lupa berus gigi, sape2 nak guna nanti senang"

Buang la baju2 lama ni
"Eh, mak nak wat kain buruk"

Banyaknya stok sabun mak kumpul
"Senang. Kalau nak guna dah ada"

Tapi memang betul, ada sesetengah benda yang kita rasa macam kita nak buang, eh rupanya digunakan jugak akhirnya.


DANNNNN..
Ada benda yang kita serabut di depan mata kita tapi dia nak letak terang-terangan di mata semua orang sebab senang nak cari

"Jangan simpan stok2 makanan dalam kotak, nanti lupa dan expired"
"Letak je kain2 batik sini, senang nak amik nanti kalau ada yang balik"
"Letak je ubat sini biarpun kat meja sofa pun, senang mok nak amik makan"
"Biar la baju2 ni bergantung kat sini, senang orang nampak"

Jangan ubah apa-apa, nanti susah dia nak cari. Nanti dia lupa. Nanti dia bising.

So, aku as anak kalau balik bantu kalau dia mintak tolong.
Kalau kita offer, dan dia taknak kita kemaskan. Takpe. Biarkan.
Tu rumah dia.

Dia yang akan sehari-hari duduk dan jalani kehidupan di situ.

Sama macam mentua aku yang duduk di rumah kami.
Di biliknya, kami sekadar sapu dan kemas sikit2. Biarpun ada benda yang mencacatkan mata, takpe. Biarkan. Asalkan dia senang nak cari itu ini. Dan dia nampak.
Kita keje, dia yang akan urus urusan harian dia.

Kat kampung pun, mak aku yang akan lalui urusan harian dia sendirian dengan penghuni kat situ.
Kita takde. kita jauh.
So, let it be macamana yang mereka selesa. Bukannya rumah kotor, cumanya nampak terlalu banyak barang dan tak minimalis.

Mungkin orang-orang tua nak mudahkan cari itu ini bila dia nak guna kan.
Ada betulnya kenapa rumah mak ayah ni barang banyak. Sebab kita berkumpul di sana. Nak masak, kuali kena besar dan lebih dari 1. Tuala ada banyak bertimbun2, pinggan mangkuk banyak.


Psst : Tapi aku tiap kali baik kampung, memang ada aje benda aku buang. Eh, lepas tu penuh lagi. Hehe.. Sebab tu mak aku risau aje kalau aku start mengemas. Sebab kesudahannya, banyak barang akan ke tong sampah.


Ok. Bye
XoXO

Kepenatan balik kampung musim raya

Assalamualaikum... Hai Semua...


Balik dari Tganu ahad lepas, tapi still rasa kepenatan tu. Aku jem takde la berbelas jam. Sekadar 9,10 jam je. Rumah dah menimbun baju yang dah basuh, dijemur tapi tak dilipat. Nak gi keje, daku gali-gali timbunan tu cari pakaian. 😉 

Sekali mulut mengomel, "mana tudung pink aku ni..."
"Takpe la, aku pakai je tudung cream". Hahaha..


Seminggu kami mintak tolong adik beradik lain jaga MIL.
Rabu 10 April, Raya Pertama (malam) ada yang ambik MIL dari rumah aku.
Rabu 17 April, kami terus gi jemput MIL dari rumah ipar.
Alhamdulillah.


Sources : Google Photo (News)
Kesesakan tahun ni membimbangkan ramai orang.
So, jangan cari pasangan pantai timur.
Hehehe. Sana takde apa. Pantai je seketul ada 😀

Luggage yang bawak balik dari Tganu, masih terkulat-kulat aku tak kemas. 
Mood rajin belum tiba. 
Sekarang kul 9.30mlm pun dah ngantuk. Hehe.. 

Selamat berweekend semua. 


Ok. Bye
XoXO

Kesah Raya 2024 - 5 Syawal

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ada dengar berita Tganu banjir tak ? Takde kan?
Yelaa.. Takde.. Sebab kita sembunyi2 kalau kita sedih. Nangis pun cover2, sebab tu tak banjir Tganu . Hehehe 😀

Raya ke 5 kami balik Selangor. Dari malam sebelumnya, aku duk berkira-kira nak balik kul bape. Sebab takut jem. Plan nak gerak kul 4.00 pagi, tapi suami kejutkan aku, aku tak terjaga pun. Minah ni kalau tidur rumah makpak dia memang nyenyak level2 kerbau tido.. 😃

Nak tahu kul bape kami bangun.
Nahhhh.. Jam 6.30 pagi baru bangun, kelam kabut subuh dan bersiap nak balik Selangor. Mujur barang dah kemas malam tu. Pagi tu tinggal grabkan makanan frozen yang mak nak bagi aku.


Bismillah..
Jalan mulanya clear

Mukanya pun ada sinyum lagi masa ni


Otw balik, awal pagi kat RnR dah banyak kereta. Aku rasa ni geng-geng Kelantan dan gerak malam tapi nak guna LPT2, so yang tersadai tepi2 jalan tido. RnR Perasing, pun penuh kereta. Kedai pun semua beratur panjang. Termasuk la aku yang beratur nak beli nasi lemak. Mujur la paru dia sedap.
Waze sekejap2 tunjuk arrival time aku beranjak sejam ke sejam lagi. Dari target sampai jam 12 tengahri, nahh hujungnya waze target pukul 4 petang kami akan sampai Selangor.


Lalu jalan lama bentong, singgah stesen minyak isi minyak sesiap (sbb sini tak beratur pjg) dan sejukkan tekak dengan aiskrim.
Nak berjuang jem nanti kan.


Nahhhh.. Tak bergerak wei. Dahla panas haba dalam keta, pasang ekon pun terasa bahang lagi.
Aku siap buka tingkap, mengipas la aku guna kertas



Sampai Selangor area 4.30 ptg, suami ajak makan di Ikea. 
Semata sebab nak makan benda alah ni aje.


Nah.. kot2 sape2 nak deko meja makan untuk rumah terbuka. Hehe




Sebelum balik rumah, singgah melawat kawan di Sunway Hospital
Cepat sihat Is.



Tiba di rumahmanisrumah.
Bersepah aku amik masa 2 hari mengemas.
Rabu 17 April dah amik mentua semula dr rumah ipar. 

Aku rasa tiap-tiap tahun jem. Dan tahun depan tetap akan jem lagi.
Geng Pata Timor kan. Raya memang sakan lebih-lebih lagi Kelantanese.
Suka tengok dorang punya semangat raya.
Aku kali ni sekadar 9,10jam je atas jalan. Ok la. Takde la terlalu teruk

Habis kesah raya, moh la sambung kerja. Makan la kuih raya layan netflix malam-malam



Ok. Bye
XoXO

Kesah Raya 2024 - 4 Syawal

Assalamualaikum... Hai Semua...



4 Syawal diteruskan dengan duduk di rumah sahaja. Mak harap aku bantu2 di rumah kalau tetamu datang/kemas rumah sebab esoknya aku akan balik Selangor dah. So sad kan.. Huhuk huhuk... Kami masak tomyam je di hari tu.


Raya ke-4 ada kenduri anak sepupu kawen. Semua nak heret mak di kenduri sebab tak tahu nak sembang apa kalau mak takde. hahaha. korang macam tu tak kalau jenis tak rapat dengan sedara? Bukan gaduh, tapi memang tak tahu nak borak pe. Sebab jumpa jarang-jarang je sejak kecik. 😁


OOTD yang sepatutnya nak pakai gi Kelantan Raya ketiga. Haha
So pakai masa raya keempat gi kenduri


All bergambar sebab tunggu adik perempuan aku yang park kat lain.


Kenduri kat sini sedap sangat lauk. Ada Nasi Putih/minyak dengan gulai kerbau, ikan kering, sambal belacan & acar. Pastu ada laksa Tganu kuah merah (aku jarang jumpa di Selangor) yang super sedap. Aku makan keduanya. Haha. Bab makan kenduri memang aku win. 



Mak dan anak sedaranya (ibu pengantin)
Semalam sedara family ni ada datang.
Mak jumpa kakak dia yang uzur dalam kereta saja.


Lepas kenduri, kami jalan 1 rumah pakcik aje. Mak aku tinggal 3 beradik lagi (2P 1L). Semua yang tinggal adik beradik seibu. So, mak datang melawat abangnya.


Eh. sedap pulak kuih rumah pakcik aku


Mak dan kak ipar dia.
Masing2 anak ramai. 😁


Mak dan abangnya (pakcik aku)
Semoga Allah memelihara dan memberikan kesihatan yang baik.
Dipermudahkan semua.


Bergambar sebelum balik

Otw balik, mak mintak nak round bandar. Nak hilangkan stress menjaga suami sakit, hehe. Suami ajak gi tapau celup tepung, dan balik round2 tepi pantai.
Alhamdulillah, ayoh aku OK sepanjang mak aku g kenduri dan gi rumah pakcik aku.
Suami sakit kan, dah tentu nak isteri aje. Tak sama kalau tinggalkan dengan anak. Dia tak seronok.


Sapa lambat, habissss..


Malam tu, adik aku datang. Duk melepak makan dengan dorang.
Sebab esoknya dorang pun nak balik ke Johor, sementara aku balik ke Selangor.


Malam tu, mak ajak bergambar. Sebab mak belum bergambar dengan ayoh, dengan adik bongsu aku. So kami join la sekali. Alhamdulillah.


Kami dan parents dan si bongsu yang masih bujang.
Sorang ni aje lagi yang bujang







Keesoknya, dah kena balik Selangor.. So shedihhh  😴


Ok. Bye
XoXO