Iftar Week 3

Assalamualaikum... Hai Semua...


Amacam korang? Dah setengah bulan puasa. Aku selama ni tak minat sangat kuih raya, eh kali ni teringin betul kuih raya. Dah nak habis tart nenas pemberian kawan aku makan. Tenkiu geng! (Tu pun catu-catu makan sebab jaga gula, hehehehe). 

Sedar-sedar dah lebih setengah bulan puasa. Lagi beberapa hari eh tiba-tiba dah raya kan. 

15hari puasa, baru merasa berbuka di luar di rumah kawan. Lama dia tunggu nak berbuka sekali. Tapi sebab kami ada mentua di rumah, so susah nak berbuka di luar. So hari ke 15 tu merasa la berbuka di rumah kawan.


Day 15 IFTAR

Berbuka di rumah kawan. Dia masak nasi ayam. Banyak aku makan.
Maklumla merasa air tangan orang lain pulak.


Day 16 IFTAR

Suami beli kepala ikan merah RM21. Aku masak kari kepala ikan & sawi goreng tiram



Day 17 IFTAR

Suami kerja dan berbuka di luar. Aku berbuka makan leftover kari semalam & add on ikan tongkol goreng & ulam salad. Habiskan stok buah dalam peti. 


Day 18 IFTAR

Eh terlupa nak snap photo sebelum berbuka. Bersiap bukan main awal hidang food depan TV. Hehehe
Aku masak sup sayur & buat ayam sambal pedas.
So photo balance makanan selepas berbuka je ada. hehehe



Day 18 IFTAR

Suami masak ayam kicap cili kering. Aku sediakan terung bersambal & sayur sawi.



Day 20 IFTAR

Suami nak berbuka dengan geng2 dia di luar. So suami tapaukan aku nasi arab & kuih muih sikit untuk aku berbuka di rumah.
Suami balik melepak jam 2 pagi terus bersahur habiskan makanan yang aku tak habis.



Day 21 IFTAR

Gigih nohhh sekali dengan periuk aku hidangkan. 
Singgang ikan aye & ulam ulaman & budu.
Meehon untuk moreh & sahur


SAHUR
Di kebanyakan hari, sahur aku makan wrap telur aje.
Nak habiskan stok salad, tomato & carrot.

Kena pandai plan menu, sebab nak habiskan bekalan sebelum raya.


Pssst : Seminggu lagi nak raya. Tahun ni ape cerita persiapan raya korang?

OK. Bye
XoXO

Lilin & Touch Light kecemasan

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kami ada install emergency torchlight pada dinding belakang/sebelah TV di ruang tamu.
So kalau blackout, terus tangan capai torchlight ini. Torchligh ini senang sebab bila kita cabut/tarik je dari sarung dia akan terus menyala. Ianya akan menyala selagi tak dimasukkan ke sarung dia yang dilekatkan kat dinding tu. So lepas guna, memang takkan letak merata. Takde risiko hilang/susah nak cari bila kecemasan.

Lilin pulak aku letak belakang TV. Lepas capai torchlight terus nyalakan lilin. Memang mancis/pemetik api pun ada kat situ. Dalam masa terdekat ni dah 2x blackout. Kalau siang, takpe. Hari tu kena pukul 4 pagi sedar2 dah panas. Terus la keluar dan capai torchlight emergency. Nyalakan lilin untuk bilik MIL.



Emergency Torchight kami pakukan ke dinding


Letak belakang TV senang nak capai dan selalu nampak


Lilin kami guna lilin besar dan letak dalam cawan lilin ikea 


So far letak aje lilin belakang TV tu. Biar mudah Encik suami nampak.
Takde lagi adegan terjerit-jerit tanya "Yanggggg,, mana lilin?"
"Yanngggggg.. Rumah ada lilin tak?"

Walaupun zaman sekarang, orang guna lampu solar la, lampu rechargeable la, itu ini la. Tapi kami yang old school masih guna lilin. Hehehe


Ok. Bye
XoXO

Iftar Week 2

Assalamualaikum... Hai Semua...


Minggu kedua yang sudah memasuki minggu sendu.
Sebab dah takde idea nak masak. Dan duk repeat aje masak benda sama. Huhuhu..



Day 8 IFTAR 

Ini lauk yang aku masak.
Tapi rupanya ada ipar datang berbuka dan bawak banyak lauk tambahan. So lauk ni tak habis.



Day 9 IFTAR

Panaskan lauk semalam yang tak habis. Add on ayam goreng.




Day 10 IFTAR 

Ikan kembung masak 3 rasa.




Day 11 IFTAR 

Tomyam daging 


 
Day 12 IFTAR

Buat ayam tumis halia dan sayur brokoli.
Suami keje so bekalkan dia lauk berbuka.



Day 13 IFTAR 

Repeat buat ayam masak lemak pulak.


Day 14 IFTAR

Lauk ayam masak lemak masih banyak yang leftover semalam, so aku add on kulit lembu. Add on ayam goreng dan sambal belacan.
Brokoli Cendawan Shitake.
Aku rebus sekali air laicikang yang aku beli di Tiktok



Seminggu ni duk masak aje la tunggang langgang pun.. Kadang-kadang habis jugak idea nak masak ape.
Kena pulak lauk semalam tak habis, memang repeat lagi lauk tu panaskan sebab taknak membazir. Masa sahur, tak lalu nak makan nasi.

Tahun ni kat bazar tak jumpa sangat orang jual lauk. Banyaknya jual kuih-kuih je. Kadang2 kita teringin lauk sebab malas masak. Tapi taknak la nasi arab, nasi tomato, nasi ayam. Ada jugak aku tengok beberapa orang di Tiktok komen pasal susah nak jumpa peniaga lauk pauk. Melainkan kena gi order masakan panas di kedai untuk berbuka macam sup & tomyam.


Ok. Bye
XoXO

Iftar week 1

Assalamualaikum... Hai Semua...


Hai korang... Amacam puasa minggu pertama?
Puasa korang dah berlubang? Aku dah berlubang minggu pertama ni sebab tak sihat.
Ok Jom tengok menu berbuka ala kadar kami untuk dijadikan kenang-kenangan musim puasa lain tahun kelak. Hehehe...


Minggu pertama masih gigih nak memasak walaupun bukan setiap hari. Walaupun kadang buntu nak makan pe, tapi diusahakan jugak memasak bersama suami.

SAHUR DAY 1

Mihun suami tapaukan malam tu. Sebungkus bahagi 3 dengan MIL.
Selain tu makan roti.




IFTAR DAY 1

Tapau ayam bakers cottage , Goreng telur dadar tomato , Goreng karipap frozen , Beli sup daging RM20 (tak sedap sebab tawar dan daging tu dorang rebus asing) , Limau & Air milo panas


Tahun ni makan di meja makan. 
Tahun lps banyak duduk makan depan TV


IFTAR DAY 2

Leftover ayam bakers cottage , Suami buat telur kicap , Ulam Salad , Sambal , Teh 0 panas



SAHUR DAY 3

Buat wrap guna leftover 2 ketul ayam bakers cottage, letak salad.
Pekena kurma 3 bijik dan susu.





IFTAR DAY 3

Jemu jamah ayam. So aku buat ikan sambal & sayur kangkung
Support tukang urut MIL yang niaga kuih. Beli beberapa jenis kuih


SAHUR DAY 4

Makan roti chicken floss, telur goreng & homemada beef patty & salad & oren




IFTAR DAY 4

Leftover ikan sambal, goreng ayam, kangkung goreng, salad


SAHUR DAY 5

Karipap, salad, roti chicken floss



IFTAR DAY 5

Tapau nasi arab & sedikit kuih


IFTAR DAY 6

Tapau lagi. 
Ikan sambal, kari daging, masak lemak pucuk ubi, kuih2


IFTAR DAY 7

Ikan singgang, budu, ulam
MIL nak jus timun, makanya kita buat la jus timun. 


Salam minggu kedua korang. 
Amacam seminggu puasa, dah kena scam makanan bazar belum? Hehe


Ok. Bye
XoXO

Kerja repair rumah sebelum menyambut Ramadan

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kesahnya kali ni serba serbi bertangguh. Natijahnya last minit semuanya nak pulun sebelum puasa. Sebab nanti puasa dah tak larat. Sehari sebelum puasa, baru kami terhegeh-hegeh nak buat itu ini untuk rumah.

Keutamaan kali ini ialah baiki bumbung bocor. Dah lama sangat bertangguh. Duduk la tadah besen biru di tengah-tengah ruang tamu tu. Kalau semayang berjemaah, ada la besen biru depan imam tu. Macam duk tunggu rezeki dari langit jatuh masuk besen tu. Kehkehkeh 😂



Tangga kami dah rosak dan kami pinjam tangga kawan suami 


Water mark akibat bocor. Memang nampak lubang bercahaya direct masuk rumah bila kita intai dari bawah. Memang dah pecah kepingan atapnya. 


Selepas adjust2 kepingan atap tu, suami apply jugak PU foam ni kat beberapa bahagian bumbung yang berpotensi bocor.


Tampal semula dan settle lepas cat ala kadar
Bila dah buat segala benda ni, terusla buang sawang dan lap kipas semua


Tukar lampu kalimantang yang baru di dapur.
Nahhh terang macam syurga.. Heheheee 😁
Sebelum ni malap aje.
Tukar awal biar tak kalut aihhh..



Apply water proofing kat atas bumbung bilik air.
Sumpah  bilik ini banyak betul problemnya. 
Air hujan meleleh ke dinding walaupun dah repair window sini sebab water proofing failed.
So re-apply water proofing.
Hope all issues can be settle lepas ni.

Seharian duduk settlekan defects rumah, elok petang yang hening tu suami bersantai depan TV lepaskan penat bertukang seharian, MIL ajak gi makan di kedai sepupu. Kalau ikutkan penat, memang penat. Lepas bergadang seharian repair rumah. Dan aku pulak time tu tengah cuci peti ais. Tapi kami bawak jugak MIL ke kedai sepupu. Kerja mencuci peti ais aku tangguhkan, aku selesaikan selepas balik dari kedai makan. Tu pun ada kadar je siapkan. Janji siap je la.



Boleh la buat2 clear. Ada la ruang nak letak barang/left over lauk nanti


Sebelum ni rasa tak sempat nak keluar membeli belah. Tapi oleh sebab dah keluar gi makan, kami terus singgah ke econsave di kawasan perumahan kami untuk beli barang sahur. Lauk pauk, buah timbang. sayur aku takde beli. Sebab ramai sangat beratur untuk kaunter timbang. Meriah econsave nak musim puasa. Padahal selama ni econsave ni tak ramai orang. Kali ni sampai penuh parking. Terkejut makkkk ... Nak cepat balik je sebab dah kepenatan. Dan nak settlekan cuci peti yang terbengkalai tadi sebelum keluar makan. 





Beli stok kentang untuk sahur MIL.
Aku makan simple macam roti, susu, kurma & nestum sesekali.



Siapkan stok sahur untuk sang isteri yang malas nak makan nasi.

Salam Ramadan semua. Selamat berpuasa.


Ok. Bye
Xoxo