Assalamualaikum...
Hai Semua...
Sape suka melancong?
Sape suka makan angin?
Sape suka jalan-jalan?
Semua suka pergi melancong kan! Melainkan kalau korang memang jenis suka mereput kat rumah..
Seronoknya melancong sebab boleh tengok negara/negeri orang pastu boleh tahu pasal budaya orang.
Aktiviti melancong bagi aku aktiviti yang bagus especially kalau bawak family sama-sama, so akan ada bonding sesame family members. Kalau tak percaya try buat satu trip dengan family.
Nak buat trip ni kadang-kadang stress dengan banyak hal.
Contohnya nak book flight dan tempat tinggal.
Tapi sekarang takyah pening-pening sebab sekarang ni kita ada
Traveloka.
Traveloka tu web dan apps yang boleh setelkan hal booking dan korang jugak boleh buat
Jetstar booking dengan sesimple yang boleh.
Nak tahu apa tu Jetstar Booking?
Jetstar ni sebenarnya Airline low budget yang based kat Australia. Pernah menang award pada tahun 2011, 2012 dan 2013 sebagai airlines low budget yang terbaik. So harga dia memang murah.
Terdapat 2 jenis seat yang kita boleh pilih iaitu Economy Class dan Business Class.
Tujuan Jetstar sebenarnya nak bagi kita yang bajet rendah untuk dapat naik kapal terbang so sebab tu la dia agak murah. Kalau korang rasa nak makan dalam flight, boleh tambah duit masa booking atau beli jer masa dalam flight. Tapi kalau taknak pun boleh.
Business Class pulak lebih selesa untuk sesiapa yang nak spend lebih tapi tak semua flight ada Business Class so korang kena find out dulu sama ada tempat yang kita nak pergi tu ada business class atau tak.
Beza dia dengan Economy Class adalah berat baggage yang di offer dan keselesaan seat dia.
Apa yang korang kena buat ialah korang kena bukak webpage traveloka atau apps di phone then korang isikan info macam tarikh korang nak pergi bercuti tu.
Kalau nak lagi murah, pergi time bukan cuti sekolah atau bukan time cuti raya.
Tapi kalau nak bercuti time cuti sekolah pun no hal la, korang boleh buat perbandingan harga antara airline.
Salah satu destinasi Jetstar yang korang boleh pergi ialah Kuching, Sarawak.
Kat Traveloka ni korang boleh cari
cheap flights to Kuching and banyak pilihan yang ada dan murah- murah semuanya..
Melancong ke Kuching, Sarawak jom!
Antara tempat menarik di Kuching :
Antara tempat yang kita boleh pergi kat Kuching ialah Muzium yang tertua di Borneo iaitu Muzium Sarawak.
Muzium Sarawak adalah sebuah bangunan dengan seni bina Perancis yang telah dibina oleh Charles
Brooke pada tahun 1891. Lawatan ke muzium ini akan membuka mata korang tentang bukan sahaja
sejarah negeri Sarawak tetapi juga tentang budaya dan kehidupan masyarakat kat negeri ini. Antara
koleksi yang dipamerkan kat sini adalah senjata-senjata yang digunakan masyarakat Sarawak, bot
perang orang Iban, seramik asli yang tertua dari Gua Niah, serta banyak lagi barangan dan kepingan
seramik yang diperoleh negeri ini hasil perdagangan dari abad ke-11 hingga ke-13 AD.
Bila dah ‘penuh’ ilmu kat dada tu, korang boleh la ke tingkat bawah yang menempatkan Muzium Shoppe untuk membeli tanda ingatan sama ada buku, T-shirt dan sebagainya. Macam aku, aku mesti akan beli cenderamata sebagai tanda ingat-ingatan especially Fridge Magnet.
Taman Negara Bako adalah taman negara yang tertua yang terdapat kat Sarawak.
Bukan sahaja kaya dengan tarikan flora, ia juga menjadi habitat bagi banyak lagi hidupan liar yang lain seperti 150 spesies burung, monyet Belanda (proboscis) dan banyak lagi!
Banyak lagi tarikan alam semula jadi yang lain seperti bukit-bukau, air terjun, paya bakau dan pantai.
Pasar Serikin.
Geng pempuan kalau ke Sarawak, mesti kena singgah Pasar Serikin sebab menjadi lubuk shopping kat sana. Walaupun Pasar ni jauh sedikit dari bandar Kuching (sekitar 60km) tapi berbaloi kalau nak pergi. Pasar ni bersempadan dengan Indonesia, so tak hairanla jika peniaganya ada dari kalangan warga indonesia.
Kat sini kita boleh tawar menawar untuk dapatkan harga yang paling best!
Banyak barang kat sini especially kraftangan.
Kampung Melayu & Kedai Kek Lapis.
Macam aku. aku suka pergi tempat-tempat penempatan masyarakat kat sana. Ada banyak kampung Melayu asli/ kampung tradisional Melayu di sepanjang Sungai Sarawak. Antaranya kampung Boyan, Kampung Gersik dan Kampung Sourabaya. Korang boleh naik teksi (jalan darat) atau bot penambang (jalan air) untuk kesana.
Perkampungan Melayu ni memang popular dengan Kek Lapis. Kat sini ada beberapa kedai jual Kek Lapis antaranya Kek Lapis Dayang Salhah, Mira Cake House and Kek Lapis Zaharah.
Boleh cuba dulu sebelum beli. Memang sedapla semuanya.
Ada lebih 30 jenis kek lapis. Memang rambang mata dan napsu nak pilih. Jangan lupa add on berat luggage ye, nanti boleh shopping banyak kat Sarawak.
Sebenarnya banyak lagi tempat yang u guys boleh pergi kat Kuching ni.
Yang aku listkan sikit je sebenarnya so korang boleh explore sendiri.
Gunalah Traveloka sebaik mungkin.
Sources of all photo : From Google
Korang suka berjalan ke mana?
Kat Sarawak korang suka apa?
Korang punya impian nak travel ke mana?
Psst : Jom simpan duit pergi melancong! Cuti ada ke takde, tu belakang kira.
Ok. Bye