Rumah Kesayangan : Tukar langsir Bilik 1 & Tutup lubang angin

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bilik Utama (Bilik 1) kat rumah sekarang ada lubang angin yang owner lama dah letak jaring, tapi alahai berdebu ye kat situ, pastu kalau sedut dengan vacum pun still xpuas hati. Jaring lama ni owner siap sumbat kertas kat tempat berlubang (jaring digigit binatang kot)  So aku suruh suami aku tutup terus lubang angin tu dengan laminate floor (lebihan masa buat flooring rumah ni dulu).

Terus la aku suruh suami drillkan lubang untuk pasang langsir terus. Alaa.. Langsir Ikea ni ada orang bagi. Dia siap bagi dengan kayu rel & bracket ikea tu lagi. Terima Kasih ye.. 



-SEBELUM-
Lubang angin owner lama dah letak jaring
Berhabuk dan siap ada lubang yang owner dulu tampal dengan kertas.
Banyaknya macam serangga kecik2 yang mati dalam tu.

-SELEPAS-
Tutup dengan papan laminate flooring


A.F.T.E.R
Langsir Baru
- Labuh tapi bini malas nak jahit lagi -
Plan nak beli mesin jahit, sampai sekarang duk survey je tanpa membeli. Hehehe
Sejenis malas iron langsir kan..

B.E.F.O.R.E
Langsir lama yang kak ipar sulung bagi, langsir dari rumah mak dia.

Sejak pindah rumah ni tahun 2014 dulu memang takde beli barangan baru. Kebanyakan barang semua re-use yang orang bagi dan ada jugak perabot yang beli second hand.

Lubang angin takde takpe, sebab kami selalu buka tingkap bila nak bagi angin masuk, sebab bilik ni selalu aku anginkan pakaian incase kalau tengah malam mesin basuh siap membasuh, takde la gigih aku nak jemur kat luar. Especially cadar bapak dan mak memang aku kena cepat jemur, memang kerap tukar setiap kali lampin mereka bocor. Cadar patchwork tebal kan, so kena cepat jemur.


Psst : Benda paling malas ialah lap cermin tingkap, especially tingkap macam ni. Salah step, boleh luka tangan wei.. Last lap : Masa PKP. Hahaha

Selamat Hari Merdeka Malaysia. Tahun 2020 ni. 

Ok. Bye
XoXo

Kedai Cermin Mata Best di Shah Alam - Eye Trend Optical Specialist Centre

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ada satu kedai cermin mata jadi kedai kegemaran kami kalau nak buat spek, beli contact lens, servis spek mahupun nak dapatkan nasihat berkaitan.


Eye Trend Optical Specialist Centre
Pusat Komersial, Jalan Plumbum Y 7/Y, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Kami start g sana tahun 2013, masa tu Ms Kate (owner-wife) layan aku dan ajar aku pakai contact lens untuk persiapan majlis wedding kami. Dia alahai sabar betul ajar aku cara masukkan lens, sebab tu kali pertama aku nak try pakai lens. Sebelum ni memang cermin mata je jadi teman aku. Dia ajar pakai lens from masukkan lens, ajar cuci, ajar simpan, ajar penjagaan mata.

Sejak dari tu, memang g kedai dia je tiap tahun buat spek. Especially lepas tahun 2015, bila suami start keje, memang tiap tahu buat spek memang kat kedai dia je. Duk lama-lama memilih frame pun aku rasa tak janggal.

This year 2020, aku buat sunglasses sebab senang nak drive kalau silau. Silau aku 200 ye. Tinggi. Patutla aku rasa bergambar yang menghadap matahari, aku rasa silau teruk, sampai berair mata tahap macam lepas menangis. huhuhu.. Boleh la buat habuan guna time drive, maklumlah rumah aku ni menghadap matahari time pegi dan balik keje. Orang kata "murah rezeki". Hahaha





Kedai dia kat Shah Alam di Pusat Komersial, depan UiTM Shah Alam je. Tapi time aku belajar dulu kedai ni takde lagi kot. Yelaaa.. aku ni level2 remaja purba dah ni haaa.. Aku rasa student UiTM pun mesti biasa ke sini. Aku rasa layanan dari bos dan staff dia bagus. Mesra Pelanggan. Melayan semua kerenah/permintaan kita mengenai spek. Pandai je dia adjust apa yang kita nak. Lebih-lebih lagi, aku jenis cerewet bab frame. Nak frame yang xkembaangkan tudung la, nak frame yang nampak muda la, nak frame yang lawa la, nak yang jenis cat eye la, nak yang petak la...


Eye Trend Optical - 4 tips from 45 visitors
Sources : Internet

Aku memang recommend korang yang sekitar Shah Alam datang kedai ni kalau nak buat spek, beli contact lense, nak survey2 dulu pun buleh. Dia layan je. Sebab layanan dorang yang superb, so aku memang buat spek kat sini je la setiap tahun. 

Ok. Bye




Progress Luka Kencing Manis MIL : Ke Klinik Walia, Puchong.

Assalamualaikum... Hai Semua...


17.08.2020 - Selasa
Pagi tu kami suami isteri sibuk macam pagi-pagi biasa sejak 2 tahun lepas. Suami banyak uruskan orangtua dia. Mandikan bapak-Tukar Cadar-Insulin Mak. Aku masak kat dapur. Suami pun bantu sama kat dapur. Kami siapkan makan untuk mak sebelum g kerja. Masa aku nak siap-siap mandi, suami bagitahu kaki mak melecet dan dia ingat nak g Puchong kat satu klinik yang orang suggestkan.

KLINIK WALIA

Sebelum ni ada g klinik jugak di Puchong. Tapi tu KLINIK WARISSON (12K dorang mintak untuk settlekan kaki sampai sembuh kira-kira 2 tahun lepas masa luka tengah besar, tapi kami cancel sini)

So hari tu aku amik cuti temankan suami bawak mak dia g klinik. Kami siapkan bapak makan, then siap tinggal kudap-kudapan kuih letak tepi katil bapak incase kalau lapar. Kami gerak g klinik pagi tu (time2 orang tengah jem nak g keje, huhuhuhu) Biasanya first day setiap kali appointment tempat baru, aku akan teman untuk survey tempat (ramai org ke, crowded ke, senang parking ke, rawatan macamane)

Sebelum ni, memang aku rasa macam malas nak pegi klinik kat Puchong ni sebab jauh, kami stay klang. keje PJ. Nak g klinik puchong. Ko rasa kami ada masa untuk sakit kepala???? Tapi oleh kerana kali ni luka macam nak naik semula, dan kawan rapat suami sungguh2 suruh try klinik walia ni. So kami try la kali ni.

KLINIK WALIA
32, Ground Floor, Jalan TK 4/5, Taman Kinrara 4, Puchong, 47100, Puchong, Selangor, 47100



Klinik Walia | Adxplace
Sources : Google

Klinik Walia | Puchong | Detailed accessibility - Jaccede
Sources : Google

Masa ke sana, dorang ingat kami nak dressing. So dorang bawak ke bilik dressing. Kami cakap nak jumpa doktor sekali sebab nak bincang. Lepas beberapa patient lain siap, doktor masuk bilik dressing dan buka balutan kaki mak.




12072020
Ni kaki sebelum luka baru.


17082020
Ada luka baru (macam melecet kan)



17082020
Luka lama kat tumit (since 2tahun lepas) dan luka baru (kecik kat atas tu)
Nampak macam sembuh, tapi doktor check isi dalam dia tak kuat lagi macam kita yang normal ni.



Gambar lama
-Ni luka melecek sebelum2 ni-
Ni luka meleset kulit, bkn mcm yang jadi sekarang. Yang sekarang ni isi dalam tu lembik lagi, so umpama macam luka baru.


Doktor bagi penerangan :

- Tisu2 yang rosak sebab luka tak tumbuh tisu baru, so luka payah tertutup
- Pastikan kencing manis bawah dari 10, untuk elakkan luka naik semula (tapi kencing manis MIL memang bawah daripada bacaan 10, memang kami monitor)
- Doktor suntik sejarum untuk vitamin.
- Doktor bagi 4 jenis ubat
      - Vitamin 
      - Ubat sakit perut
      - Antibiotik
      - Ubat kebas
- Doktor suruh datang 7x (setiap selang sehari - Selasa-Khamis-Sabtu-Isnin-Rabu-Jumaat-Ahad)
- Minggu pertama (3x appointment, kami suami isteri pegi), minggu kedua (3x- kami mintak adik beradik suami tolong kali ni)

This weekend, kita tengok progressnya ye!

Btw, sorry geng!. Belum sempat nak  blogwalking.. Aku dikejar dateline keje  ni.. Bos tengah perang parang ni.!!! Hehehe


Psst : Kadang2 kami suami isteri rasa jugak give up. Tak salah pun, sebab kami manusia biasa yang ada masanya semangatnya kendur! Lepas tu, rileks2 kejap then bangkit semula.

Ok. Bye
XoXO

Haul Kedai RM2 : Kedai ECO RM2 kampung aku

Assalamualaikum... Hai Semua...


Balik kampung tak sah kalau tak jenguk kedai 2 ringgit. Mak dengan adik lelaki aku pun tahu pasal ni. Siap perli aku. Kalau balik kampung, jauh2 balik dari KL, balik Tganu nak g kedai 2 ringgit je. Kehkehkeh!.. Kali ni g The Store KTCC ada jual barang RM2.10.
Sebenarnya kebetulan aku teringat barang apa nak beli, so aku terus la pegi. Walaupun tumpang kereta abang aku masa balik Tganu. jangan main2 aku tetap shopping penuh satu beg ye... Siap senyap2 g shopping takut dorang bising kereta penuh. Hehehe.. Sengaja aku bawak balik baju sikit sebab nak spare beg kosong satu untuk letak barang..hehehe


Gigih susun dalam ni 

Jom tengok aku beli apa:


Aku beli bekas sayur. Dah lama cari. So dapat ni aku amik la 4 ketul. Ada jaring plastik bawah, so sayur takkan direct kena permukaan bawah bekas.

Hanger kasut ni. Tapi aku nak guna gantung handbag aku. hanger ni keras.

Pewangi kereta perasa vanilla (the best ever!), roller tu suami aku nak. Berus botol tu suami beli untuk cuci botol mak dia.

Cermin untuk gantikan cermin yang pecah dalam bilik air.
(updated: cermin rosak dah pun! Hahaha.. Aku tertepis cermin ni masa dalam bilik air. Cermin tak pecah, tapi rosak frame dia. Aku buang sebab taknak kalau luka tangan di kemudian hari. Moh beli baru)


Bekas letak barang dapur

Penyepit baju aku beli dua. Ni time nak, memang tak cukup wei kalau nak menjemur. Agaknya aku buat ulam makan nasi kot penyepit ni. asyik makin kurang je



Ok. Bye

Balik Kampung Raya Haji

Assalamualaikum... Hai Semua...


Hari tu ada balik kampung masa raya haji.. Balik naik satu kereta dengan abang sulung aku. Dia gilir2 drive dengan suami aku.. Xde la penat sangat drive bergilir2 kan.. Aku park kereta kat opis aku, naik grab g tunggu kat Petronas Gombak sebelum highway tu.. Ayah aku dah keluar wad sebelum raya haji. Alhamdulillah. So tak perlu la ke hospital musim2 covid ni kan..


Tunggu grab. Aku bawak balik sekali barang adik aku yang dia tinggal kat rumah aku masa PKP hari tu


Raya pertama :

Mak aku masak nasi dagang. Takde nak berphoto bagai. Masing2 malas nak iron baju, aku? lagi la malas.. Petang tu bawak anak sedara 3 orang g mandi mandi. Cari port yang tak ramai orang. So takde la campur dengan orang.


Sakan nohhh


Geng g pantai

Keesokkannya :

Konon lepas g makan kat mykori, kami nak g pantai batu buruk. Rupanya cuaca tak mengizinkan, kami masuk KTCC. Ni kali pertama aku jejak kaki ke sini walaupun rumah dekat. Malas sebab new norma ni leceh nak beratur panjang kan.


Adik aku cakap best. Aku try la

Dengan depa yang single je kami selalu habiskan masa. Yang lain semua dah kawen!


Konon nak g pantai, akhirnya tersadai kat dalam mall. 


Hari berikutnya :

Suami ajak makan 'celup tepung". Aku iyakan aje. Aku malas sebenarnya sebab takut ramai orang. So,aku plan g awal, sebelum kul6 kena sampai kedai. Naik jambatan gantung, dalam 10minit dah sampai naik moto. Betul!. G sedikit awal, memang beratur tak panjang.


Aku cakap kat suami amik udang dan sotong je. Malam ni ada aktiviti lain kat rumah.

Malamnya buat aktiviti di dapur, Sibuk nak buat corndog la, ada yang nak burger la. Perancangan bukan main banyak nak buat itu ini. Sedangkan kalau balik kampung, mesti banyak je aktiviti. 


Aku buat burger. Adik2 buat corndog.

Tengah malam curi-curi makan eskrim dengan adik beradik aku.


Sehari sebelum balik KL.

Abang sulung aku g membeli di Pasar Payang, aku taknak ikut. Tahu sana mesti crowded musim2 raya haji ni kant. Aku duduk rumah buat dumpling/dimsum lagi bagus. Tengok kat FB, terus aku buat dengan adik aku. Gigih cari kulit dia kat pasaraya. Dapat la 23-26 biji, sekali serbu habis. Tak padan dengan penat duk mengentel bentukkan ia. Hahaha

Boleh la.. Janji sedap tekak sendirik!

Petangnya kak ipar ajak survey chalet untuk kami bawak ayah berjalan ke sana kelak. Takde la duduk terperap je kat rumah. Tak jauh pun, kat Marang. hehehehe.. Duk survey tempat, faciliti dan harga bilik. Sini memang berbaloi. Sapa yang nak tidur semalaman sebelum naik ke Pulau Kapas memang sesuai kat sini. Tempat cantek. Bilik pun banyak yang menghadap pantai. Tak banyak aku amik gambar sebab dia ada share gambar kat wassap dia. U google je CHALET SU. Mesti jumpa



Ruang lepak depan bilik

Antara bilik2 dia

Tak melepaskan peluang bergambar kat sini



Berangan konon-konon bercuti di bali. Hahaha..



Hari Balik KL:

Malam sebelum ni aku siap2 packing dah. Tumpang kereta orang kan memang kena limitkan barang. Tu pun aku sembat duk shopping kedai RM2 kat kampung aku. Hahaha.. Kat area rumah aku di Kapar takde kedai Eco RM2. Tu yang aku jakun bila jumpa kedai RM2 Eco. Ni semua dak Ezy punya pasal. Dia tu suka kedai Eco..Semoga jumpa lagi.

The HARDEST part is SAYING GOODBYE


Satu beg barang kedai 2 hinggiiiiitttt..

Dulu plan ada duit nak bercuti ke luar negara. Hakikatnya, ada cuti ke, ada duit ke, aku cuma nak balik kampung habiskan masa dengan keluarga!. Tu je. 


OK. Bye
XoXO

Menyelam Bundle : Baju & Skirt RM3

Assalamualaikum... Hai Semua...


Masih ingat lagi ke kat aku ni???
Blogger suam2 kuku ni. Kejap rajin kejap malas update blog.. Maklumla blog 20sen ni membingkiskan kisah2 kehidupan aku yang sendu je. Macam artis sendu!. Hehehe.. Sibuk dengan tugas hakiki kat opis ni haa..

Sibuk-sibuk pun balik kerja tetap sempat singgah Pasar Malam terjah bundle. So sempat la menyelam dapat 2-3helai baju. Tempat shopping rakyat marhaen level2 Pasar Malam/Bundle je. Kita gatal kaki la kalau pegi PaviKLCC..hehe!

Jom tengok apa sempat aku selam:


Baju Knitwear
RM3
Dulu tak suka knitwear sebab ingatkan panas. rupanya ada je yang nipis dan tak panas.

Baju belang
RM 3.33

Baju bintik-bintik
RM 3.33

Baju blouse jalur2
RM 3.33

Baju darkblue RM3.33


Skirt garisan
RM 3



Baju belang


Baju bintik bintik

Baju knitwear

Baju blouse jalur

Baju darkblue dan skirt garisan

Semua OOTD ni aku kenakan baju dan kain/seluar dari bundle sekitar RM5 sahaja. Ala buat2 kena hujan atas moto time pergi dan balik kerja...Tu yang aku aim baju/seluar RM5 je maksimum.  Kali ni beli yang 3pasang RM10. Tu yang jadi RM3.33.hehehe!

Psst : Kan duduk sekali dengan mentua, so rumah kadang2 ada ipar datang, so memang kena banyak baju lengan panjang sebab aku tak bape suka pakai kardigen.


Ok. Bye