Shopping utk sekolah aku???

Assalamualaikum...


Hari ni aku, mak dengan adik -adik bershopping ke pasaraya astaka..
Pasaraya ni dekat jer dengan rumah aku..
Jalan kaki jer...
Shopping barang sekolah..










Semua ni akan jadi kenangan bila masing-masing dah besar...


OK. Bye

Picnic tak dirancang

Assalamualaikum....
Hai..


Picnic tak dirancang...member ada survey kat Hulu Langat.. Aku mintak dia dropkan aku kat Sungai Congkak, berendam la aku kat situ macam badak...
Ade ke patut dia beli nsi lemak dengan soya je ke sana. Jajan2 pun takde.. Mana syok weeiiiii...!!





Alahaiiii....
Terima kasih la ikut permintaan aku nak adakan khemah walaupun mandi sungai 2 jam jer..
Aku mandi sungai sementara dia g buat kerja survey dia tu..

Dah siap survey, aku tumpang dia balik..


Ok. Bye

Serangkai 3 sekawan

Assalamualaikum..


Masa di U, aku takde ramai kawan..
Geng sekelas je la yang aku kenal..
HAS dan ZURA antara yang pertama kali kenal mas mula-mula masuk U.

Geng-geng lain aku okey je.. 
Cuma jarang lepak bersama sebab group assignment tak sama.
Kawan sekelas aje yang aku kenal. Kalau kawan se-batch, aku tak kenal semua. 













Kebanyakan nya gambar masa trip & masa event persatuan aje.
Sebab masa tu aje ada kamera digital.
Zaman tu aku takde phone berkamera lagi.

Ok. Bye
XoXO

Loker hebat di Rumah Ezy

Assalamualaikum..


Time kerja ni, aku duduk rumah member. Gi kerja tumpang motor dia..
Aku takde transport...
Masa stay kat rumah member, barang aku tak banyak pun..
Memang sifat aku dari zaman belajar lagi....sebab kalau banyak barang payah nak pindah nanti..







Ni je la... 
Barang hidup dan mati aku kat sini..


Ok. Bye

Roomate di U

Assalamualaikum...
Pekaborrr geng!


Bila duk hostel, mesti kenal muka-muka baru yang jadi partner bilik tidur kita.
Jom kenal dengan semua roomate aku masa di Universiti.

SEMESTER 1
Roomate aku WANI. Budak Electrical Engineering..
Zaman takde phone kamera, takde la gambar dia..

SEMESTER 2
Masuk kolej Anggerik.. Aku tinggal dengan budak Junior - Diploma QS.
Roomate aku nama ape ye??
KIT, OSHIN and LINA (Semua budak KL, aku je budak Pantai Timur).. 

SEMESTER 3
Roomate aku nama IDA.. Aku panggilnya Ida Kedah... 
2 lagi roomate aku nama EL and XXX (tak ingat, muka ingat)
Junior Budak Achitecture


Time konvo degree MAY 2010



SEMESTER 4
Sem 4 ni dapat romate baru lagi..
Sem ni pengurusan kolej susun pelajar ikut nama.. means ikut abjad.. 
Aku huruf R, dapat rumate yang nama Rosmawati (WAWA), Roziyana (YANA) and AYU Kelantan (nama penuh, lupa) 


 wawa, ayu,yana - jamuan raya 2008



SEMESTER 5
Semester 5 duduk dengan budak junior.
Roomate aku YANA (sama macam sem 4), ZAA & XXX (lupa)


SEMESTER 6
Aku duduk dengan JAS (budak sekelas), HANA & AZIAN (semua geng kedah ni)

Jas - Dinner Semester 6


Marlia (classmate) dan Jasmani
Dinner Kolej Anggerik


Zaman belajar mmg zaman paling BESTTTTT  !!!!!!



Ok. Bye

Si Bongsu main hujan

Assalamualaikum...


Hari hujan, si bongsu tak terlepas main hujan kat luar nun.
Main la hujan tu kalau Apik nak..

Main je la hujan tu selagi ada peluang nk main..  
Selagi ada mesin basuh, takde masalah nak basuh baju..
Nak jemur nanti kite ikat la tali ropia rentang kat tengah2 rumah..






Besday Mat

Assalamualaikum...
Hai... Haiii...


26 NOVEMBER 2010
Besday member aku, Mat


*
*
*
*
*

M.A.T


 





Epi Besday utk M.A.T..

Nanti hantar aku g Sentul..
Bawak aku g makan..
Tapaukan aku lunch..
Lepak dengan aku..
Tolong download movie kelakar untuk aku..
Tolong beli tiket aku balik kg..
Tu je..


Ok. Bye

Mira Kaweng

Assalamualaikum...


Hari ni aku ada jemputan ke majlis kawin kawan masa sekolah menengah dulu..
MIRA dan pasangannya IRWAN.
Walaupun kerja, aku sempat terjah ke kendurinya di rumah dia kat Batu Buruk..
Tu yang tak syok kalau sabtu kerja, kelam kabut nak curi masa g kenduri..















Madiana - Farah- Aku & Pasangan pengantin comey


curi2 masuk ehh..


 hantaran utk pengantin lelaki..


 hantaran untuk pengantin perempuan...


Bawak balik doorgift, kongsi makan dengan dak Ezy kat opis.


Selamat pengantin baru MIRA dan IRWAN.
Semoga kekal ke akhir hayat.


Ok. Bye

Adik-adik aku..

Assalamualaikum...


Malam tadi sebelum ke surau, Mak aku sempat bagi order kat aku suruh siapkan adik2..
Dorang nak ke majlis makan - makan sempena kawan mak aku naik rumah baru..
Kira macam doa selamat gitu haa...


Adik beradik ke 7,8 & 9
Dah cukup.. Mok aku tak beranok lagi doh...
Hehehe






Gambar blur pun landing kat blog ni.. 
Untuk kenang-kenangan..


OK. Bye

Si bongsu & My Opismate

Assalamualaikum...
Hai.. Hai..

Eksaited untuk ada blog.
Tengok kawan sekolah ada blog.
Tengok kawan politeknik ada yang ada blog.
So, aku dengan member aku si Ezy pun nak ada blog.

Hari ni nak share these 2 person yang rapat dengan aku sekarang :

SI BONGSU

Jom berkenalan dengan si bongsu dalam Family :



Rafiq masa amik sijil pra sekolah..muka takut-takut dan malu - malu lagi...
Kat rumah dia lah hero.... Dia cakap dia malu naik naik pentas sebab ramai orang..
Padahal sebelum ni memang dah pernah naik pentas untuk lakonan semasa program Alam Sekitar. Rafiq jadi pokok..




Adik bongsu - si Rafiq tu sudah 9 tahun sekarang.. masih terbayang2 lagi saat dia kecik2 dulu...
Dia sekarang jadi pengawas sekolah .


Korang nk tahu apa cite2 Rafiq?? dia nk jd ahli bomba..
Alasan: nk tangkap ular..



MY OPISMATE

Ni dak Ezy...
Cik Ezy ni opismate aku..
Dia ni la jadi tempat aku meluah rasa suka duka pahit manis (dah berhingus bagai depan dia nih).


*

*

*

Kiri : Ezy
Kanan : Yang tengah bingung tu - aku


Kenal dia tahun 2003..
Berkenalan di dalam Pusat Islam Politeknik.
Roomate dia masa tu merupakan kawan sekolah menengah aku..
Kalau teringat terasa lucu..

Psst : First Entry untuk Blog.


Ok. Bye
MuahCiked