Muncul lebih kuat

Assalamualaikum... Hai Semua...


Masih kenal dengan pemilik blog suam-suam kuku ini?
Masih hidup tau. Yang tenggelam cuma blog nya. Karam beberapa bulan.
Sekarang muncul tiba-tiba nak lebih kuat. Apa kes kan...Hehehe..

Banyak benda nak di'share'kan cuma kemalasan dan kekangan masa melanda.

Last story about puasa.
Sedangkan banyak cite best dan kenangan best yang nak diabadikan di sini.
Dan ada berita baik the kebabommmmm nak diwar-warkan.
Cuma tu laa... Tak tertaip dan terupload gambar di sini.

Banyak story pasal balik kampung, pasal raya, pasal life yang boleh disharekan.
Nanti aku datang lagi.
Will come stronger katanya... hehehe

Pssst : Perasan lebih pemilik blog ni.. Macamla ada orang pedulik dan kesah pasal dia.. Hahaha..

Ok. Bye
XoXO

Persiapan raya

Assalamualaikum... Hai Semua...


So happy bila bercerita tentang persiapan raya.. Sedikit eksaited menyambut raya di kampung sendiri selepas 2tahun tak balik beraya di kampung sendiri untuk menyambut hari raya pertama di kampung.. Ada 2,3 orang adik erad

3 hari sebelum raya kami suami isteri bertolak balik ke kampung. So merasa la 2,3 hari berbuka di kampung bersama family terchintaaaaaaaaa gitu..
2hari sebelum raya, kami bawak mak keluar untuk cari sedikit barang persiapan raya. Maklumla mak kan orang yang palingggg sibuk bila tibanya raya. Kehkehkeh :)



Mak nak beli alas meja 
Rutin tiap kali raya akan beli alas plastik baru untuk meja makan dan meja sofa.
Beli bekas minuman dan makanan.


Kemudian bawak mak ke tempat menjual laksa.
Mak tempah laksa untuk raya kedua.
Anak menantu mintak laksa, rindu laksa Terengganu.


Cuaca sangat panas di Terengganu. Oh ye.. Untuk julung kalinya kami tak masak untuk juadah raya tahun ni. Wahhh.. Ni kali pertama tempah makanan untuk hari raya selama 3hari berturut-turut. Kami order makanan untuk 3hari. Untuk makan kami anak beranak yang seramai sekitar 25-30 orang ni dan jugak tambahan untuk tetamu yang datang.

Aktiviti kami sepanjang hari penghujung puasa ni cuma berkumpul sesama adik beradik bersembang , waktu petang akan ada yang akan ke bazar, akan ada jugak yang akan masak juadah berbuka. Si anok2 wek (anak sedara) apa lagi kalau bukan phone..phone..phone.. hehehe..😐


Mak dan suami aku tengah membelek kain sampin.
Setiap kali raya memang keluarkan semua koleksi kain sampin.
Anak-anak nak pakai kain sampin di pagi raya nanti.
Sambil la mak duk bercerita mengimbau kenangan dia menenun songket masa muda dulu kala. 

Aku sibuk menolong kak ipar buat kiuh raya. Ada beberapa jenis kuih untuk tahun ni. 


Cornflakes coklat


Tart Nenas versi bunga

Kuih sarang semut in the making.


Bila bini dah kepenatan buat kuih raya, makanya sehari sebelum raya baju belum di'iron' lagi.
Huhuhu
Mintak tolong suami ironkan.
Kali pertama ye sejak kawen dia pegang iron. Huhuhu



Rezeki dapat kelapa muda untuk berbuka puasa


Kuih raya dari adik beradik dan jugak kuih raya yang mak tempah dari kenalan


Mak habiskan masa petangnya dengan mengisi duit raya.



Aneka juadah bila ramai yang ke bazar ramadan.
Tapi mujur takde pembaziran..

Malam raya paling meriah.. Lepas berbuka, masing-masing berkumpul atas rumah untuk tugas tukar sarung kusyen & pasang alas meja. Kuih raya petang sebelum raya dah siap-siap masukkan dalam balang. Langsir raya kebiasaannya setel pasang masa bulan Ramadan lagi.

Tukar sarung kusyen.


Geng lelaki setelkan bab alas meja dan bantu pasang sarung kusyen


Setel untuk sambut raya esok

Selamat Hari Raya semua..
Maap Zahir Batinggggg

Ok. Bye
XoXO

Iftar Week 4 (Terakhir)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah penghujung Ramadan. Sekejap je kan.. Rasa macam baru je duk kebil- kebil gosok mata bangun sahur. Sedar-sedar sekarang dah habis Ramadan. Syukur tahun ni kita sempat bersama-sama Ramadan hingga ke akhir 29 Ramadan.

Post terakhir as kenangan apa yang menjadi juadah kami berbuka puasa sepanjang Ramadan tahun ni. Setiap juadah ada cerita tersendiri.


Day 22 IFTAR
Masak tomyam. Habiskan stok ayam dan stok sayur sawi. 
Aku nak habiskan labu yang aku bekukan. So aku buat bubur candil tepung pulut. 



Day 23 IFTAR
Puasa yang sangat meletihkan hari ni. So aku mintak suami tapaukan lauk. Lagipun stok lauk dalam peti ais dah habis. Tinggal salad je sikit dalam peti. 
Beli kari ikan, sambal bilis, udang 6ekor,sayur kacang. RM30
Kuih2 RM12





Day 24 IFTAR
Suami tapau aje untuk juadah berbuka kali ni.
Belli ayam golek tepi jalan. Sedikit lauk pauk.
Dan singgah booth kuih tepi jalan.
Syokkkkk kan tak payah masak... Hehehe.. Yahoooo (bersorak gembira..Cehhh)

Day 25 IFTAR 
Ramadan terakhir kami di bumi Selangor.  Esok pagi akan balik ke kampung tercinta.
Suami hello -hello membernya, ajak berbuka bersama.
Opkos selesa berbuka di rumah.
So kami tapau aje tapi masukkan dalam bekas sesiap untuk berbuka di rumah member.


Day 26 IFTAR
Kami sampai di kampung selepas waktu berbuka. So kami makan sesiap di kedai mamak & round2 malam cari kudapan sebelum balik ke rumah.



Day 27 SAHUR
Ehemmmmmmmmmmm... Jangan jeles ye..
Ni sahur di kampung tercinta.
Walaupun sekadar telur goreng, tapi heaven rasanya sebab bersahur dengan keluarga tercinta.


Day 27 IFTAR
Berbuka masak lemak daging salai.
Bila berkumpul macam ni, bohongla kalau sekadar satu lauk aje.
Banyakkkkkkk yang adik beradik dan ipar aku beli especially kuih-muih tapi tak tersnap photo bila ramai-ramai riuh rendah tunggu azan.


Day 28 IFTAR
Adik perempuan aku gigih nak masak ikan siakap steam.
Dan mak aku ada masak sotong masak kuning jugak.


Hari ke 28 puasa aku ke bazar dengan abang sulung & kak ipar.
Balik rumah nampak ada jiran bagi kelapa muda.
So suami lerrrr yang paling sesuai kopekkan kelapa ni..
Maklumla kampung dia banyak pokok kelapa dan dia selalu kopekkan kelapa untuk aku minum selama ini.  Hehehe..


Day 28 IFTAR
Ni favourite aku. Dadih susu. Aku beli kat bazar.


Day 29 IFTAR
Alhamdulillah.. Berbuka hari terakhir, masak nasi lemak.
Opkos bukan aku yang masak.
Adik perempuan aku dan mak di dapur. Aku sibuk menolong kak ipar settlekan rumah raya.
Tahun ni ada beberapa jenis kuih raya yang kak ipar aku buat.


Tamat sudah sebulan berpuasa...
Alhamdulillah.
Semoga semua amalan kita diterima, dilimpahkan pahala dan berkah.
Semoga kita semua panjang umur berkesempatan jumpa Ramadan tahun depan. 

Selamat Hari Raya korang. Post ini bersiaran dari kampung aku.. Balik kampung bini tahun ni hoiiii... Hehe. Sakan la weiiiiii raya ini tahungggggg.. Yahooo..

MAAF ZAHIR BATIN semua....

Ini sepatutnya post sebelum raya. Tapi banyak hal berlaku dan tak sempat nak diabadikan on time.
So ini adalah  scheduled post. Hehe


Ok. Bye
XoXO

Kuih raya dan kerepek sebelum raya

Assalamualaikum... Hai Semua...


Alhamdulillah.. Rezeki dapat kuih tart nenas daripada sahabat & dapat 2bungkus kerepek daripada adik perempuan aku. Kebiasaanya aku simpan untuk hari raya di rumah sendiri. Tapi tahun ni sebab plan nak balik raya kampung aku, so kuih raya yang ada ni aku habiskan aje. 
Duk pulun makan kuih raya sambil tengok TV, sekejap aje dah habis semuanya. Sedap-sedap belaka. 

Ada 3,4 balang lagi yang aku order dari adik aku di kampung. Boleh la tu aku letak kat meja rumah sendiri, hehe... Akan ada je tetamu yang akan datang ke rumah aku terutamanya sedara suami yang akan datang melawat MIL di rumah kami. 

Btw, walaupun budaya jawa menjamu tetamu dengan makanan berat, tapi aku takde la nak jamu dengan memasak bagai. Biasanya hidang kuih raya je santai-santai. 


Kuih raya yang ditempah.
Selamat kami makan sebelum raya tiba..
Sebab perut kami ni tak reti nak sabar tunggu raya..
Ni habuan kepenatan puasa, so masa moreh layan kuih raya sambil flip-flip rambut layan netflix.


Kerepek adik aku bagi pun aku buat makan sikit-sikit tak tunggu raya.
Untuk hidangan raya, lain kali kita pikir.. Haha
Sebenarnya penghujung2 Ramadan ni, lepas terawih memang keje menghabiskn kuih raya dan kerepek yang orang bagi sambil tengok TV.


Terima kasih BFF yang bagi sedekah kuih dan kurma (masa awal ramadan hari tu)


Semoga murah rezeki semua yang memberi.

Ok. Bye
XoXO

Angpau Raya

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tahun ni seminggu sebelum raya dah siapkan angpau duit raya. Tahun lepas beberapa hari sebelum raya baru masukkan duit dalam angpau. Tahun-tahun sebelum tu pulak, memang last minit masukkan duit dalam sampul raya. Kelam kabut semuanya.

Tahun ni bagi kat anak sedara je. Then bagi kat anak-anak kawan serba sedikit. Peruntukan pun dah kurang untuk duit raya sebab kewangan 2 tahun kebelakangan ni sangat menduga.. hukhukhuk...
~batuk-batukkan diri ~


Sebelum siapkan luggage balik kampung, aku siapkan angpau dulu. Btw, tahun ni takde tukar duit di bank. Aku recycle je duit2 yang ada walaupun duit lama berkedut-kedut. Angpau pun recycle guna yang aku kutip dari anak-anak sedara. Kita berjimat selagi boleh zaman-zaman perit ni. Malas nak beratur tukar duit raya & angpaw hunting dari bank ke bank.






Ok. Bye
XoXO

Kemalasan nak packing luggage balik kampung

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kalau dulu masa zaman muda remaja, masih gigih kemas bag nak balik kampung. Walaupun dulu 2 tempat kena balik sekaligus (PERAK & TERENGGANU), tapi masih kuat semangat nak kemas bag balik kampung. Kena gigih pikir nak bawak baju apa itu ini, dengan zaman tu masih tak banyak dobi di kampung suami, gigih aku kemas bag bawak bawak baju sebab takde aktiviti membasuh baju bila di kampung suami.  

Sekarang cuma balik 1 kampung sahaja sebab dah takde balik kampung mentua lagi sejak mentua tinggal dengan kami. Tapi allahuarabbi, malas betul rasa nak kemas bag. Duk bertangguh-tangguh, walaupun balik rumah mak sendiri tapi malasnya rasa nak mengemas bag. Hujung-hujung pagi nak balik kampung baru duk humban bag.. 

Walaupun orang lain yang anak berderet lagi pening nak mengemas bag, tapi kita yang berdua laki bini ni punyala pemalas. 



Aku sejenis serba mak nenek aku bawak. Sebab? Sebab naik kereta sendiri kan.. So campakla apa yang dirasakan perlu. Kalau dulu naik bas, memang terhad jumlah luggage yang dibawak.



Ok. Bye
XoXO

Iftar Week 3

Assalamualaikum... Hai Semua...


Amacam korang? Dah setengah bulan puasa. Aku selama ni tak minat sangat kuih raya, eh kali ni teringin betul kuih raya. Dah nak habis tart nenas pemberian kawan aku makan. Tenkiu geng! (Tu pun catu-catu makan sebab jaga gula, hehehehe). 

Sedar-sedar dah lebih setengah bulan puasa. Lagi beberapa hari eh tiba-tiba dah raya kan. 

15hari puasa, baru merasa berbuka di luar di rumah kawan. Lama dia tunggu nak berbuka sekali. Tapi sebab kami ada mentua di rumah, so susah nak berbuka di luar. So hari ke 15 tu merasa la berbuka di rumah kawan.


Day 15 IFTAR

Berbuka di rumah kawan. Dia masak nasi ayam. Banyak aku makan.
Maklumla merasa air tangan orang lain pulak.


Day 16 IFTAR

Suami beli kepala ikan merah RM21. Aku masak kari kepala ikan & sawi goreng tiram



Day 17 IFTAR

Suami kerja dan berbuka di luar. Aku berbuka makan leftover kari semalam & add on ikan tongkol goreng & ulam salad. Habiskan stok buah dalam peti. 


Day 18 IFTAR

Eh terlupa nak snap photo sebelum berbuka. Bersiap bukan main awal hidang food depan TV. Hehehe
Aku masak sup sayur & buat ayam sambal pedas.
So photo balance makanan selepas berbuka je ada. hehehe



Day 18 IFTAR

Suami masak ayam kicap cili kering. Aku sediakan terung bersambal & sayur sawi.



Day 20 IFTAR

Suami nak berbuka dengan geng2 dia di luar. So suami tapaukan aku nasi arab & kuih muih sikit untuk aku berbuka di rumah.
Suami balik melepak jam 2 pagi terus bersahur habiskan makanan yang aku tak habis.



Day 21 IFTAR

Gigih nohhh sekali dengan periuk aku hidangkan. 
Singgang ikan aye & ulam ulaman & budu.
Meehon untuk moreh & sahur


SAHUR
Di kebanyakan hari, sahur aku makan wrap telur aje.
Nak habiskan stok salad, tomato & carrot.

Kena pandai plan menu, sebab nak habiskan bekalan sebelum raya.


Pssst : Seminggu lagi nak raya. Tahun ni ape cerita persiapan raya korang?

OK. Bye
XoXO

Lilin & Touch Light kecemasan

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kami ada install emergency torchlight pada dinding belakang/sebelah TV di ruang tamu.
So kalau blackout, terus tangan capai torchlight ini. Torchligh ini senang sebab bila kita cabut/tarik je dari sarung dia akan terus menyala. Ianya akan menyala selagi tak dimasukkan ke sarung dia yang dilekatkan kat dinding tu. So lepas guna, memang takkan letak merata. Takde risiko hilang/susah nak cari bila kecemasan.

Lilin pulak aku letak belakang TV. Lepas capai torchlight terus nyalakan lilin. Memang mancis/pemetik api pun ada kat situ. Dalam masa terdekat ni dah 2x blackout. Kalau siang, takpe. Hari tu kena pukul 4 pagi sedar2 dah panas. Terus la keluar dan capai torchlight emergency. Nyalakan lilin untuk bilik MIL.



Emergency Torchight kami pakukan ke dinding


Letak belakang TV senang nak capai dan selalu nampak


Lilin kami guna lilin besar dan letak dalam cawan lilin ikea 


So far letak aje lilin belakang TV tu. Biar mudah Encik suami nampak.
Takde lagi adegan terjerit-jerit tanya "Yanggggg,, mana lilin?"
"Yanngggggg.. Rumah ada lilin tak?"

Walaupun zaman sekarang, orang guna lampu solar la, lampu rechargeable la, itu ini la. Tapi kami yang old school masih guna lilin. Hehehe


Ok. Bye
XoXO

Iftar Week 2

Assalamualaikum... Hai Semua...


Minggu kedua yang sudah memasuki minggu sendu.
Sebab dah takde idea nak masak. Dan duk repeat aje masak benda sama. Huhuhu..



Day 8 IFTAR 

Ini lauk yang aku masak.
Tapi rupanya ada ipar datang berbuka dan bawak banyak lauk tambahan. So lauk ni tak habis.



Day 9 IFTAR

Panaskan lauk semalam yang tak habis. Add on ayam goreng.




Day 10 IFTAR 

Ikan kembung masak 3 rasa.




Day 11 IFTAR 

Tomyam daging 


 
Day 12 IFTAR

Buat ayam tumis halia dan sayur brokoli.
Suami keje so bekalkan dia lauk berbuka.



Day 13 IFTAR 

Repeat buat ayam masak lemak pulak.


Day 14 IFTAR

Lauk ayam masak lemak masih banyak yang leftover semalam, so aku add on kulit lembu. Add on ayam goreng dan sambal belacan.
Brokoli Cendawan Shitake.
Aku rebus sekali air laicikang yang aku beli di Tiktok



Seminggu ni duk masak aje la tunggang langgang pun.. Kadang-kadang habis jugak idea nak masak ape.
Kena pulak lauk semalam tak habis, memang repeat lagi lauk tu panaskan sebab taknak membazir. Masa sahur, tak lalu nak makan nasi.

Tahun ni kat bazar tak jumpa sangat orang jual lauk. Banyaknya jual kuih-kuih je. Kadang2 kita teringin lauk sebab malas masak. Tapi taknak la nasi arab, nasi tomato, nasi ayam. Ada jugak aku tengok beberapa orang di Tiktok komen pasal susah nak jumpa peniaga lauk pauk. Melainkan kena gi order masakan panas di kedai untuk berbuka macam sup & tomyam.


Ok. Bye
XoXO

Iftar week 1

Assalamualaikum... Hai Semua...


Hai korang... Amacam puasa minggu pertama?
Puasa korang dah berlubang? Aku dah berlubang minggu pertama ni sebab tak sihat.
Ok Jom tengok menu berbuka ala kadar kami untuk dijadikan kenang-kenangan musim puasa lain tahun kelak. Hehehe...


Minggu pertama masih gigih nak memasak walaupun bukan setiap hari. Walaupun kadang buntu nak makan pe, tapi diusahakan jugak memasak bersama suami.

SAHUR DAY 1

Mihun suami tapaukan malam tu. Sebungkus bahagi 3 dengan MIL.
Selain tu makan roti.




IFTAR DAY 1

Tapau ayam bakers cottage , Goreng telur dadar tomato , Goreng karipap frozen , Beli sup daging RM20 (tak sedap sebab tawar dan daging tu dorang rebus asing) , Limau & Air milo panas


Tahun ni makan di meja makan. 
Tahun lps banyak duduk makan depan TV


IFTAR DAY 2

Leftover ayam bakers cottage , Suami buat telur kicap , Ulam Salad , Sambal , Teh 0 panas



SAHUR DAY 3

Buat wrap guna leftover 2 ketul ayam bakers cottage, letak salad.
Pekena kurma 3 bijik dan susu.





IFTAR DAY 3

Jemu jamah ayam. So aku buat ikan sambal & sayur kangkung
Support tukang urut MIL yang niaga kuih. Beli beberapa jenis kuih


SAHUR DAY 4

Makan roti chicken floss, telur goreng & homemada beef patty & salad & oren




IFTAR DAY 4

Leftover ikan sambal, goreng ayam, kangkung goreng, salad


SAHUR DAY 5

Karipap, salad, roti chicken floss



IFTAR DAY 5

Tapau nasi arab & sedikit kuih


IFTAR DAY 6

Tapau lagi. 
Ikan sambal, kari daging, masak lemak pucuk ubi, kuih2


IFTAR DAY 7

Ikan singgang, budu, ulam
MIL nak jus timun, makanya kita buat la jus timun. 


Salam minggu kedua korang. 
Amacam seminggu puasa, dah kena scam makanan bazar belum? Hehe


Ok. Bye
XoXO