Bekas ubat

Assalamualaikum... Hai  Semua...


Tak sia-sia aku beli bekas ubat kedai Eco ni. Murah tapi berbaloi ye. Sblm ni pernah beli bekas ubat di farmasi untuk mak mentua aku, tapi penutup nya ada yg loose dan ada yang ketat sangat sampai susah nak buka. 

Bekas ubat eco ni penutupnya elok. Mudah buka. Siap ada penyangkut kalau nak gantung kat bag. 



Paling best bila ubat habis dan buat kerja refill ubat lagi

6 compartment belakang


4 compartment depan

Ada 10 compartment. 4 bekas besar, 6 lagi kecik. Alhamdulillah muat untuk ubat2. 
Percaya tak, kalau happy simpan ubat dalam bekas comel-comel gini, hati pun happy nak makan ubat selalu. Hehehe.. 

Maklumla wanita TTC ni baru 2tahun kebelakangan ni, start plan semula nak amik ubat. Hehehe


Ok. Bye
XoXO

Besday Suami 2023

Assalamualaikum... Hai Semua...


Selamat Ulang Tahun Encik Suami.. 
Dah 2 tahun sambutan ala kadar sebab IVF. 
Tahun lepas sebab OPU (Ovum Pick Up) 
Tahun ni pulak sebab FET (Frozen Embrio Transfer) 



Persiapan ala kadar. 
Suami nak makan briyani. 
Jom tapau.
Nak donut susu. 
Jom tapau. 
Nak laksa. 
Jom tapau. 
Nak kek besday. 
Jom tapau. 

Indahkan hidup bini.. 

Macam biasa laki bini 2 ketul ni main cucuk2 lilin depan TV. Sendu. 
Diam2 enjoys berdua depan kek, malu gak kalau MIL nampak. Mujur MIL dalam bilik. Hehe. 


Petang hari masa berbaring malas depan TV. 
Member merangkap jiran terdekat warga kampung sebelah wassap ajak minum tepi laut. Dorang datang amik kami naik kete dorang. 
So, lancorrrr gerak ke Pantai Remis di hari ahad yang meriah. 





Pekena se das dua seafood. Kami xmakan banyak sangat sebab memang dah full makan laksa kat rumah. 




Balik rumah MIL macam merajuk sikit Huhuhu. Sebab kami keluar. 
Keluar 2jam g pantai yang 20minit dari rumah. So jangan ditanya kenapa kami belum berhoneymoon di Paris.. Hahaha.. 

Selamat Hari Lahir Suami. 
Semoga semua impian kita dimakbulkan Tuhan. 
10 tahun yang indah hidup bersama.
Semoga Allah menjadikan u susuk tubuh lelaki yang kuat untuk jaga mak dan isteri. 
Allah permudahkan semua urusan u. 
Murahkan rezeki u. 

I _ _ _ e You (isi tempat kosong) 


Ok. Bye
XOxo

JOURNEY IVF-FET KE2 : Last check up before FET

Assalamualaikum... Hai Semua...


22 NOV 2023

Check up last before FET. 
Tebal dinding rahim 9.7mm.
Sangat memuaskan dan selari dengan hasil ubat.
Doctor tanya ada white egg yang clear ke? 
YES ada. 
Doctor : Good. Menunjukkan hasil yang baik lepas makan ubat. 




Tri laminar
3 garisan masa scan
Perkembangan yang bagus utk buat FET





Jadual makan ubat


Prescription dari doctor.
Kali start beli ubat kat farmasi lepas ni. 


Form untuk warded FET nanti


Kena bayar pendahuluan RM 3450 untuk FET. 
Dan RM195 untuk bil check up hari tu. 
Masa hari FET kena bayar lagi RM2500 macam tu


Beli ubat sebelum balik rumah.

So eksaited. Sbb FET lagi beberapa hari.. 
Berdebar. 
Eksaited. 
Tertunggu-tunggu

Harapan aku, selain harapkn FET berjaya dan dpt baby. 
Aku jugak berharaappppp sangat, ayah aku sihat.. Taknak dia masuk wad sepanjang aku IVF ni, sebab aku xleh berjalan jauh utk balik KG. 
Terkilan kalau aku xleh balik kampung sebab slps FET doktor tak galakkan travel jauh. 
Setiap hari berdoa ayah aku baik2 saje dan boleh tunggu aku balik selepas selesai IVF dan dibenarkan travel. 


OK. Bye
XoXO


Cuci Longkang di Hari Ahad

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ahad lepas, MIL mengadu boleh bau longkang dari bilik dia. MIL bilik belakang sebab dekat dengan bilik air. So, bersebelahan la dengan longkang. Terus la aku ajak suami aku bersih longkang.

Banyak pasir dalam longkang dan lemak2 dari sink dapur, Dannnnnn.. ada jugak simen mengeras hasil dari renovation rumah jiran2 sini. Gigih la suami aku hancurkan simen keras tu sebab tak elak air bertakung membuatkan longkang lagi berbau.

Tapi tu la, side belakang rumah kami clear sekali pun, tetap jugak longkang depan2 sana block sebab takde maintenance yang regular. Belum kira ada penduduk yang renovate belakang rumah dan tutup longkang. Dan longkang bawah jalan tar yang kami tak boleh nak clearkan pasir dalam longkang.

Lepas clearkan pasir & simen yang mengeras dalam longkang. Elok aje air longkang laju mengalir dan tak berbau lagi.



Kami takde la bersihkan longkang setiap bulan. Kalau setahun mungkin 2-3X suami aku akan clearkan.


Satu jug air kosong sejuk kaw-kaw aku sediakn untuk suami.



Jiran belakang bagi muruku masa suami tengah cuci2 longkang



Ok. Bye
XoXo

Nasi Lemak di Hari Cuti

Assalamualaikum... Hai Semua...


Asbab segenggam kangkung liar, gigih aku masak nasi lemak lepas tu..
Kena pulak ada telur rebus dari kenduri konon nak kupas makan dengan nasi lemak, eh tengah malam tu suami dah pekena telur rebus kenduri cicah kicap. Huhuhuhu..

Sebenarnya..
Urmmmm.. Sebenarnya.. Aku ni tak reti masak sangat pun.. Aku rasa masak ni susah dan bukan kelebihan aku bab masak-memasak ni.. Masak ni macam sedikit beban pada aku. Kiranya contoh kalau raya, nak masak rendang, sebelum start masak pun aku dah mikir macamana kalau rendah tak jadi.. haha.. Sedangkan rendang aku menjadi aje bila masak.. Huhuhu..  Padahal dah 10 tahun kawen, masak aje setiap hari. Siap dengan pakej masak untuk MIL & arwah FIL dulu sejak 5tahun lebih kami menjaga mereka di rumah kami.
Tapi diakui MIL & arwah FIL tak mendapat nikmat makan sebenarla kalau duk umah kami sebab kami yang jenis tak reti memasak sangat. Huhuhu. Maksudnya takla semeriah anak perempuan dia yang memasak. Haa.. tu maksud aku..Entahla. bab masak aku rasa aku sendu. Hahaha

10 tahun kawen. baru beberapa kali aku masak nasi lemak. Hahaha
Apetah lagi nasi briyani, nasi hebat2 tu memang tak tak pernah masak.
Nasi ayam pernah la aku masak dan aku bangga sebab boleh masak. Hahaha. Lawak kan..
*Tutup muka, malu*


Nahh.. segenggam cinta kangkungku.. Hahaha


Nasi Lemak takde bilis
Ceritanya aku beli bilis sebotol.
Sikit demi sikit suami aku buat cekodok bilis. 
Lepas tu bilis habis.. Hahaha

Aku ni geng Pantai Timur, so nasi lemak kami biasa ada ikan tongkong dalam sambal nasi lemak.
samada sambal bilis & sambal ada ikan tongkol. Aku buat ikan tongkol sebab kebetulan ada dalam peti ais. Hehe. Mak aku biasa sediakan kangkung celur, so aku tiru.

Lepas tu whatsap kat mak aku " Kenapa sambal tak merah hitam macam mok buat?"




Alamak tak nampak pulak resepi mak aku.
Aku mintak adik aku snap photo resepi mak.
Senang nak refer kelak.. Maklumla jarang-jarang masak nasi lemak.. Haha

Psst : Aku memang jenis masak nasi putih je, lauk 1, kuah 1. Huhuhu..

Ok. Bye
XoXO

KENANGAN : Rumah Beratap Bata Singgora.

Assalamualaikum... Hai Semua...



Dulu rumah aku beratapkan bata singgora. Kami panggil "Atap bata" je. Sehinggalah sekitar tahun 2001, barulah kami tukar ke atap asbestos/zink. Masa tu aku dah sekolah menengah. Punca utama tukar adalah atap bata memerlukan maintenance yang tinggi ialah kerap perlu mengganti kepingan yang rosak & selalu berlaku kebocoran (tiris) kalau tak dipasang dengan betul. Lebih-lebih lagi kalau ada binatang lompat atas bumbung, memang kepingan atap bata tu cepat pecah dan bocor.

Ketika rumah beratap bata singgora, suhu rumah tak terlampau panas. 
Tapi bila bertukar ke atap asbestos/zink, masa tu memang aku rasa ketara perubahan suhu dalam rumah. Panas.
Memang terasa bahang berbanding ketika guna atap bata dulu.


Bumbung rumah
Kalau baring kat katil, ini la pandangan mata aku dari bilik tidur aku dulu. hehehe.
Rumah takde siling, memang direct nampak bumbung bata
Rindunya memori tu..

Zaman sekarang payah nak jumpa rumah beratapkan bata singgora dulu melainkan kalau di rumah lama. Dulu musim hujan/malam, rumah terasa sejuk sangat. Kat bawah rumah, banyak la stok bata singgora ni kami susun. Sebelum musim tengkujuh di Pantai Timur, kami bersiap-siap tukar mana-mana kepingan atap bata yang rosak. 

Keluarkan tangga, panjat dan tukar kepingan atap yang rosak, Keje baiki ni dilakukan dari dalam rumah. Cabut dan selitkan kepingan atap bata yang baru. 

Rumah korang pernah tak pakai atap macam ni?


Ok. Bye
XoXO

Weekend Deepavali & Anak Buah Kawen

Assalamualaikum... Hai Semua...


11 NOV 2023

Weekend last week kami takde balik Tganu walaupun cuti 3hari.. Sebab ada kenduri anak buah suami kawen di Sekinchan Selangor. Bila cuti panjang, jalan agak jem la sedikit. Gerak dari Klang pukul 10.30 pagi, sampai Sekinchan pukul 12.00 lebih.

Makan kenduri & jumpa sanak saudara belah suami. MIL la paling happy sebab dapat jumpa saudara maranya. Harap majlis-majlis macam ni dapat jumpa sedara maranya. 


OOTD kenduri.
Outfit aku mix & match je. Konon nak senada warna dengan suami

Sepam dua gambar sebelum balik.


Selepas kenduri, kami g umah pakcik suami. Wak Ngun di Pasir Panjang, Sekinchan sana. Dia uzur dan terlantar kat katil dah. Setahun lepas, dia masih boleh berjalan masa kami jumpa di Kenduri kat Pahang.

Suami kata vibe macam raya sebab konvoi beberapa kereta pergi rumah pakcik




Selepas g melawat pakcik, kami jalan lagi ke Teluk Intan ke rumah sepupu suami, Kak Mah. Dia selalu ajak ke rumahnya, so kali ni kena la pergi jugak. Hehehe.. Dia pun dah sampai rumah kita kan melawat MIL masa raya. Best sana ada kandang kambing, tanam-tanaman...

Otw balik Klang, kami hantar Kak Nteh (sepupu suami) balik ke Pasir Panjang semula. Dapat la habuan sepasu dua tanaman pokok hiasan & sempat jugak aku petik kangkung & daun kesum. Gigih ye gelap-gelap malam tu, kami redah g petik.


Kangkung nasi lemak untuk esok hari

Daun kesum untuk aku tanam


Nah habuan hasil kenduri



Pukul 12 malam, aku keluar tengok bunga api dengan rumah. Sini komuniti 90% India, so deepavali memang meriah weiiiii.. Memang malam raya takleh tido sangat, sana sini bunyi mercun.

Meriah & nahhhhh cebisan mercun dah macam taburan bunga sakura di Jepun weiii..
Seronoknya kat sini. dorang sapu terus lepas main mercun.
Ko main, ko sapu.
Yang ni main, yang ni sapu.



Seperti biasa, awal pagi kami unlock pagar.
Sebab jadi kebiasaan dah, pagi raya dorang akan hantar jajan raya.

Selamat Hari Raya Deepavali &
Selamat Pengantin Baru Sapik & Isteri.
Semoga rumahtangga berkekalan hingga akhir hayat 



Ok. Bye
XoXO

Journey IVF - FET Ke2 : Check up tebal dinding rahim

Assalamualaikum... Hai Semua...


15.11.2023

Check up kedua utk FET 
Check up pertama pada 31.10 2023 yg lalu. 
Kali ni datang untuk tengok ketebalan dinding rahim. 
Ketebalan skrg 8mm.
Selari dengan ubat 
Next appointment 22.10.2023 utk check dinding rahim kali terakhir sblm FET. 

Thanks hubby sudi teman


Ubat progynova tambah 12 biji utk sambung makan. 



Bil kali ni RM 220 utk doktor specialist, ubat 12biji & scan

Cant wait for FET. So eksaited

Ok. BYE
XoXO


Kemas bekas ubat

Assalamualaikum... Hai Semua...


Serabut aku tengok bekas ubat aku ni penuh sampaikan nak tutup pun tak boleh.
Semua main sumbat aje.
Ada masa lapang, aku sorting dan declutter ubat ni semua.
Buang mana yang rosak dan expired. 
Mana ubat yang sama aku satukan dalam bekasnya.
Kebanyakan ubat demam, sakit tekak & batuk je pun. 


Nah sebeban ubat & benda yang aku buang. Kebanyakan expired dan hampir expired. 




So kemas la sikit ubat2nya. Tu pun masih penuh. 
3suku semua ubat suami. Jenis makan xhabiskan. 
1suku lagi ubat isteri. 



Ok. Bye
XoXO

KENANGAN : Gelang Kain Perca

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ada ternampak kat FB pasal gelang kain perca.
Ya Allahhh.. Nostalgia sungguh.
Hampir terlupa pasal ni walaupun dulu sakan meriah dengan gelang viral ni

Bila ternampak, baru la terimbau semula kenangan ni.
Seingat aku sekitar tahun 1995-1997 macam tu aku gilakan gelang ni.
Zaman sekolah rendah masa tu. Tengok kawan-kawan ada, aku pun mintak dengan mak aku.

Mak aku ajak aku buat gelang ni sama-sama. 
Entah macam mana mak aku usahakan cari getah piping tu.
Zaman tu bukan ada internet, ntah mana la mak aku tahu cara-cara buat gelang ni..
Mak aku mintak kain perca dari jiran aku di tukang jahit kampung.
Gigih la aku potong perca kain, masuk minyakkan kain dan masukkan perca ke dalam getah piping tu.
Terherot-herot mulut aku duk tolak masuk kain ke dalam tu menggunakan besi/dawai keras.
Kemudian layurkan piping tu guna api lilin untuk tutupkan piping menjadi gelang.

Kalau ada bajet lebih, letak manik dalam gelang. Haha
Nostalgia sungguh wei aku rasa.
Seronok bila buat sendiri. Nak warna pe. Nak corak batek ke..
Nak susun warna jadi pelangi ke.
Semua boleh DIY sendiri ikut citarasa




Sources : Google


Sources : Google



Sampai satu tahap, cikgu haramkan gelang dipakai di sekolah.
Tapi ramai je yang aktif meninga gelang ni di sekolah

Korang pun mesti ada kan gelang gini kan??
Mana geng2 90an wei... komen sikit..

Ok. Bye
XoXO

Kemas bilik mentua

Assalamualaikum... Hai Semua...



Jom... ikut aku mengemas bilik mak mentua aku ni..



Biasa sekitar katil je yang banyak bersepahnya.
Makanan yang tumpah, tisu-tisu yang merata



Khazanah bawah katil
Biasa apa yang MIL aku kata hilang, ada je bawah katil
Cthnya : Tudung minyak ubat, getah ikat rambut, pil2 bersepah yang terjatuh


Sejenis manusia malas nak ONkan vacuum. So kita sapu manual je la..


Ok. Tukar cadar terus la



Mengemas sikit area sini.
Kat sini aku letak kusi roda kedua dan portable toilet (yang digunakan untuk mandikan MIL di bilik air & buang air besar MIL ketika dia tak boleh berjalan dulu)
Alhamdulillah skrg MIL boleh jalan semula

Mujur suami jenis tak lepas tangan. Ada masa aku kemas, Ada masa dia kemas walaupun ada kadar Cuma tak sedetail dan sekerap kita si isteri la. Kita segan rumah sepah, kita sapu. Rajin kita buat. Malas kita tangguh dulu. Hehehe..


Ok. Bye
XoXO

KENANGAN : Tiada lagi kedai runcit ayoh

Assalamualaikum... Hai Semua...

Aku ternampak di Tiktok dan interent, perkongsian yang dipaparkan @iamnazirul dalam akaun TikToknya pasti mengimbau kenangan bagi mereka yang lahir pada tahun 80an hingga 90an. Mana tidaknya, kedai kayu yang menjual barangan runcit masih wujud lagi rupanya.
Antaranya di Jalan Lama Sabak Bernam, Selangor. KEDAI runcit pintu papan dan bekas duit guna tin dengan sistem pemberat menggamit nostalgia lama.

Bila tengok di Tiktok pasal kedai runcit legend zaman dulu, aku teringat kedai ayoh aku dulu di Kuala Terengganu. Kedai legend yang dinding buka sekeping-sekeping papan tu. Sekitar tahun 2000 baru kedai kami berubah rupa dan kami upah orang buat tingkap dan pintu masuk kedai. No more buka sekeping-sekeping papan dinding tiap kali nak buka kedai runcit ayoh masa tu.
 

Sources : Dari Tiktok @iamnazirul

Sources : Dari Tiktok @iamnazirul


Sources : Dari Tiktok @iamnazirul
@iamnazirulReply to @melloburger orang 70-90an mesti kenal benda ni ##fyp ##nostalgia






Dulu Kedai kuncit ayah aku macam gambar kat atas ni. Tapi kami buka sekeping-sekeping papan dinding tu setiap kali nak buka kedai.



Dulu kedai ayah aku dibawah rumah kami. 
Dulu kedai aku takde tingkap dan pintu begini.
Dulu semua dinding diperbuatkan daripada kepingan papan yang boleh dicabut satu-satu. Buka semua kepingan papan, dan jadila kedai yang terbuka di bahagian depan.

Bytheway, aku dulu cukup mahir la buka sekeping-sekeping papan tu. Ada teknik dan nombor kat papan untuk disusun dan baru elok rapatnya bila kedai ditutup. Lubang di lantai untuk selit papan, sering aku kuissss dan buang pasirnya.
Rindunya kenangan tu. Sekarang no more kedai runcit ayoh. Tinggal kenangan.
Banyak cite kes orang kampung berhutang pun ada. Hahaha


Ok. Bye
XoXo

Journey IVF - FET Ke-2 : Period dan makan ubat Progynova 2mg

Assalamualaikum... Hai Semua...

Cerita FET Ke-2
Finally period muncul. 
Doktor estimate period on 4th Nov.
Dan aku kena makan ubat on 6th.

Tapi period munculkan diri on 5th.malam.
Tapi doktor still suruh stick dgn jadual maknan ubat yang diberi. 

6 hb - 12 noon
7 hb - 12 noon
8 hb -  8am & 8pm
9 hb - 8am & 8pm
10 hb - 8am & 8pm
11 hb - 8am & 8pm
12 hb - 8am & 8pm
13 hb - 7am & 3pm & 11pm
14 hb - 7am & 3pm & 11pm
15 hb - 7am & 3pm & 11pm

Sama mcm IVF kali pertama dulu. 


Progynova 2mg
Ni balance ubat dari IVF pertama


Makan ubat ikut jadual
Semoga semua berjalan lancar

Ok. BYE
Xoxo