KENANGAN : Basikal Tua

Assalamualaikum... Hai Semua...



Ayoh aku hanya ada basikal tua sebagai kenderaan dia untuk ke mana-mana.
"Takut untuk mengendalikan kenderaan berenjin" 
Tu antara apa yang aku rasa ayah aku takde kenderaan lain.

Basikal ayoh dah dijual sejok ayoh aku uzur dan takde tempat nak simpan.
No more kenangan basikal tua.
Takde gambar basikal tua yang lasttttt ayoh aku guna. (Rugi pulak rasa kan)

Banyak kenangan aku dan famili dengan basikal tua ayoh.
Hari Jumaat bila ayoh dok keje, kami rembat guna basikal ayoh sampai kena marah.
Sebab?
Akan ada kes rantai putus la, rantai terlucut la, tayar bengkok langgar pagar jiran la, basikal masuk semak la..

Ayoh aku ada buka kedai runcit kecil bawah rumah aku, so setiap kali balik dari beli barang kedai, ayoh sandar basikal dia tepi dinding, dan aku datang bantu angkat semua barang jualan/ barang dapur untuk mok aku masok.
Sources : Photo from Google/others pages


Yang paling aku ingat..
Masa sekolah rendah, aku dan adik lelaki aku g sekolah dengan membonceng basikal ayoh aku.
Seat tempat duduk belakang tu aku share duduk berdua dengan adik lelaki aku.
Seat tu rasa sejuk bila kena peha pagi-pagi masa hendak ke sekolah. 



Sources : Google
Seat tempat duduk belakang yang legend boleh sepit barang kat sini.



Dulu setiap kali lalu di tempat kerja ayoh, akan nampak basikal tua di bawah tangki air. 

Sekarang ayoh aku dah xsihat. 
Eh.. Salam dari Terengganu. 

Hehehe.. Sakan noh balik kampung kali ni.. 
Nanti kita story2.. 


Ok. Bye
XoXO

6 Kelebihan Hybrid Sunscreen Aloe Vera | Sunscreen Yang Terbaik Untuk Kulit Berminyak & Boleh Basuh Dengan Air - Mudahkan Urusan Seharian

Assalamualaikum... Hai Semua...


6 Kelebihan Hybrid Sunscreen Aloe Vera | Sunscreen Yang Terbaik Untuk Kulit Berminyak & Boleh Basuh Dengan Air - Mudahkan Urusan Seharian

 

Kehidupan seharian kita terdedah dengan persekitaran sinar UV. Setiap hari keluar bekerja mahupun beraktiviti luar dengan family. Dengan aktiviti di luar rumah, kita hendaklah menggunakan sunscreen yang betul dan sesuai untuk kesihatan kulit kita. Mungkin susah nak pilih sunscreen yang bersesuaian. Apa kata korang try hybrid sunscreen.

 

Hybrid Sunscreen: Inovasi Baru yang Wajib Kamu Tahu !

 

Tahukah anda, selain physical sunscreen dan chemical sunscreen, terdapat juga sunscreen inovasi baru iaitu “Hybrid Sunscreen”.

Sebelum kita bercerita tentang hybrid sunscreen lebih lanjut, ada baiknya kita memahami terlebih dahulu apap itu chemical dan physical sunscreen.

Apa itu Chemical dan Physical Sunscreen?

 

Physical sunscreen

              berfungsi untuk menghalang sinar UV melepasi lapisan kulit. Sinar UV akan dipantulkan semula agar tidak menembusi kulit. Once kita pakai Sunscreen jenis ini, ianya terus menjalankan tugasnya untuk menyekat sinar matahari daripada merosakkan kulit.

              Tidak menyumbat pori-pori dan sesuai untuk kulit sensitif.

              Kebiasaanya ia mengandungi zinc oxide dan titanium oxide.

              Memiliki tekstur padat, kental dan sedikit susah untuk menyerap pada kulit dibandingkan dengan chemical sunscreen 

              Boleh meninggalkan whitecast pada kulit

 

 

Chemical sunscreen

              Berfungsi untuk mengubah sinar UV menjadi haba yang tidak merbahaya kepada kulit dan membebaskan nya. Namun tidak dapat mencegah tembusnya sinar UV ke kulit hingga 10%. Sehingga kulit masih memiliki risiko seperti kulit terbakar, kering, kusam, munculnya sunspot, dan photoaging.

              Ianya tidak mengubah warna kulit dan Tidak meninggalkan whitecast nampak lebih neutral. So, sesuai untuk dijadikan makeup base.

              Ianya lebih ringan dan sangat mudah digunakan serta cepat menyerap di kulit

·                     Cenderung menyumbat pori-pori pada wajah sehingga menimbulkan masalah kulit seperti minyak berlebih, jerawat dan lainnya.

 

 

Apa itu Hydrid Sunscreen? Mungkin masih ada yang tak tahu kan.. Jom, kita tengok definasi dia..

 

APA ITU HYBRID SUNSCREEN?

 

Hybrid sunscreen adalah inovasi terbaru, yang menggabungkan semua kelebihan dalam Physical sunscreen dan chemical dan segala kekurangan sebelum ini saling dilengkapi dan terhasil la “Hybrid Sunscreen”

Hybrid sunscreen mampu memberi perlindungan yang lebih efektif berbanding sunscreen atau sunblock biasa.

 

Hybrid sunscreen menggabungkan fungsi memantulkan sinar UV dari physical sunscreen dan fungsi menyerap sinar UV dari chemical sunscreen. Dapat dikatakan bahwa hybrid sunscreen merupakan versi upgrade dari physical sunscreen dan chemical sunscreen. Sunscreen SPF yang tinggi adalah penting untuk melindungi kulit kita daripada cahaya matahari, lagi – lagi cuaca Malaysia yang panas ni.

 

Beberapa fungsi terbaru dari hybrid sunscreen antara lain memberikan SPF yang lebih tinggi, mengurangkan risiko tindakbalas elergik, dan boleh digunakan untuk kulit kering, berminyak, atau kombinasi.. Tekstur lebih ringan dan tidak meninggalkan white cast.

Boleh disimpulkan bahawa Hybrid sunscreen is better than physical & chemical sunscreen.

Antara produk hybrid sunscreen terbaik yang aku boleh rekemenkan ialah Hansaegee Nature ALOE VERA sunscreen SPF 50.

Aku sendiri telah mencuba produk ni hampir 2 bulan. Sunscreen ini menggabungkan physical sunscreen dan chemical sunscreen. Aloe Vera sunscreen SPF 50 ini memberi kesan melembabkan dan menyejukkan kulit kerana terdapat kandungan Aloe Vera di dalamnya. Sepanjang hampir dua bulan menggunakan Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature, aku dapat rasakan perubahan dan sangat suka akan ciri-ciri yang ada.

 


Sunscreen SPF 50+ PA+++.

Ianya krim siang terbaik yang mampu melindungi kulit dan mempunyai sunscreen SPF 50 + PA +++. Sunscreen SPF 50 amat penting, kerana cuaca di Malaysia yang panas terik. Hybrid sunscreen terbaik ini menyediakan perlindungan yang komprehensif terhadap sinar UV. SPF yang tinggi dan bagus sangat digunakan lebih-lebih lagi untuk sebarang aktiviti luar.

 

 


Tekstur Ringan & Moisturizing.

Tekstur hybrid sunscreen aloe vera ini ringan di kulit bila disapu. Tak terasa seperti kulit tak boleh bernafas dan boleh dijadikan primer makeup terbaik sebelum mekap daily.

Kandungan utama sunscreen iaitu aloe vera boleh melembapkan dan menyejukkan kulit. Sangat selesa ye bila cuaca panas.


Tekstur yang ringan, membenarkan kulit bernafas serta melembapkan kulit.

 

Sunscreen untuk kulit berminyak.

Kebiasaannya suncreen biasa akan membuatkan kulit berminyak, tapi Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50 ini tak berminyak . Bila kita apply di kulit muka memang tak terasa melekit di kulit.

Sunscreen untuk kulit berminyak ni sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak kerana ianya jugak tidak menyumbat pori – pori kulit. Sangat selesa tau..

 

 

 

Tiada kesan tompokan minyak.

Muka jugak tak rasa melekit & berkilat

 

 Sunscreen tanpa white cast.

Sesetengah sunscreen yang dipakai memberikan kesan bercapuk di muka dan nampak pucat. Tetapi dengan hydrib sunscreen terbaik Aloe Vera, ianya tak bercapuk iaitu tidak meninggalkan white cast, senang sangat blend di kulit dan sekata dengan ton kulit. Takde la fenomene krim lagi cerah dari warna asal kulit muka. Hehehe

 

Muka tanpa sebarang mekap. Tak Nampak bercapuk pun & warna tidak ketara dengan kulit tangan.

 

No Harmful Ingredients - Sunscreen untuk semua jenis kulit.

Ianya Sangat bagus untuk kesihatan kulit kerana ianya Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free, Allergen-Free.

Hansaegee Nature Aloe Vera SUNSCREEN SPF 50 yang bagus ini menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera, Centella Asiatica dan ekstrak Morus Alba Bark. Aloe Vera dalam kandungan hybrid sunscreen ini boleh soothes the irritating skin. Takde rasa gatal dan kemerahan di kulit muka si pemakai.

Macam kulit aku mudah jadi bintik kemerahan bila salah guna produk tau. Tapi bila aku pakai sunscreen ni, rasa sangat selesa di muka. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

This best sunscreen mempunyai kandungan yang tak diragui dan selamat untuk digunakan. Ni semua kriteria penting bila nak cari sesuai produk untuk kegunaan harian kita kan.

 

Kandungan yang terbaik hybrid sunscreen aloe vera untuk kesihatan wajah sesuai untuk semua jenis kulit

 

Mesra Wuduk

Sebagai Wanita muslim. Memang jadi salah satu syarat bila kita nak cari sunscreen ialah yang jenis mesra wuduk. Hansaegee Nature Aloe Vera SUNSCREEN ni boleh basuh dengan air. So sangat mesra wuduk tau. Tak perlu bersusah payah nak remove sunscreen dengan pencuci lain tiap kali nak solat. Cukup sekadar menggunakan air biasa. Mudah kan… Yang penting tak perlu spent masa terlalu lama untuk Bersiap sebelum solat.

 

Tekstur tidak berminyak dan boleh bersebati dengan air biasa

 

Reapply sunscreen

Jangan malas untuk reapply sunscreen setiap kali keluar rumah. Please jangan malas tau. Sebab untuk memaksimakan fungsi sunscreen, kita kena reapply sunscreen agar kulit sentiasa bebas dari terkena sinar UV ke dalam kulit. Reapply setiap 3-4jam. Pek sunscreen ni tak besar, muat aje untuk masuk dalam handbag kita kalau nak kemana-mana, so senang nak reapply sunscreen. Dan please pakai sunscreen walaupun cuaca tak panas, sebab sinar UV tetap ada. Ramai orang ingat kalau cuaca tak panas tak perlu pakai sunscreen. Walaupun cuaca tak panas, tapi kulit muka kita tetap boleh rosak kerana tiada pelindungan. Dan aku percaya, kulit muka akan cepat jeragat jika tiada pelindungan.

 



Kesan menggunakan Hybrid Sunscreen Aloe Vera


 


elum terlambat ye kalau sekarang baru nak amalkan sunscreen. Pastikan ada kesedaran dan teruskan pakai sunscreen setiap hari. Sangat rugi kalau kita tak pakai sunscreen dan abaikan kesihatan kulit kita sedangkan pemakaian sunscreen banyak manfaat untuk kulit kita. Setiap hari aku pakai sunscreen walaupun hanya di rumah. Benda tu dah jadi rutin ye.


Aku perasan muka tak sunburn. Walaupun aku kerap naik moto dengan suami, tapi kulit muka tak sunburn. Siapa yang bertudung mesti paham pasal 2 ton warna kulit bila kita selak tudung di bahagian pipi muka kita. Dengan pengggunakan hybrid sunscreen aloe vera SPF50, kulit jadi sekata tau. Tiada perbezaan antara warna kulit muka yang terkena matahari dan kulit muka bahagian pipi yang terlindung dari matahari. Warnanya sama dan takde ton warna kulit yang berbeza akibat terbakar. Sunscreen memang melindungi kulit.

 

Alhamdulillah, kulit saya terhindar dari tompok hitam & jeragat. Pengggunaan Hansaegee Nature Aloe Vera SUNSCREEN mengelakkan kulit kita dari jeragat / tompok hitam.

Semoga kita semua boleh menjaga kesihatan kulit kita menjadikan kulit sihat dan tidak bermasalah.

Kalau korang tengah mencari sunscreen, apa kata terjah link2 di bawah untuk kenal produk hybrid sunscreen ni lebih dekat :

🍁Brand: Hansaegee Nature

🍁Website: www.hansaegee.com/shop

🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

 


 


Tukar plastik kusyen

Assalamualaikum... Hai Semua...



Sejak kucing kencing besar - besaran. 
Eh, besar - besaran tu macamana? 

Hahaha.. 


Kencing yang melampau-lampau. Lepas satu port, ke satu port yang lain. 
Hari ni kusyen ni, esok kusyen lain. 

Suami buka semua sarung kusyen dan basuh. Mujur kusyen dibalut dengan plastik. So, bila kucing kencing xkena la kusyen. Sembur air kat plastik pembalut kusyen, dan basuh aje sarung luar. Sebelum ni pakai plastik sampah murah yang nipis. Kali ni tukar ke plastik tebal. 


Alahai kucing. Kusi mak mentua aku duduk tiap kali nak pakai selipar, ni la ko nak kencingkan sakit. 



Plastik nipis cepat giler koyak kalau berkasar


Tukar ke plastik sampah super tebal


Ni la yang dikatakan ada yang koyak tapi bukan  hati. 
Plastik ni la yg koyak. 
Hehehe




Ok. Bye
XoXO


Journey IVF - FET 2 : Result 2WW

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sesungguhnya.. Allah maha merancangkan sesuatu untuk kami. 
IVF FET kali kedua ni FAILED. 
Walaupun dah 2 embrios dimasukkan, tapi takde rezeki kali ni. 

FET pertama dulu walaupun masuk 1, tapi baby menempel walaupun gugur at 7weeks.

Cost FET kali ni 8K.




Doktor, suami dan family aku sangat suppotive dan memberi kata semangat. 

Tutup buka untuk FET ke2. 
InsyaAllah kembali lagi utk FET ke3. 

Dah berpuashati sebab dah sampai ke tahap ni. 

29.11.2023 FET
12.12.2023 Result Failed
15.12.2023 Period tanpa disedari. As seorang yg selalu period pain, period dtg tanpa sakit perut pun aku sgt bersyukur. 

Terima kasih tau semua kawan2 blog yang selalu bg doa2, kata2 semangat..  Kami sangat hargai. Hugsss sikit. 

Ok. Bye
Xoxo

Isu kucing di perumahan

Assalamualaikum... Hai Semua...


Yang kiri ada anjing. 
Yang kanan ada kucing. 
Yang sini, ada bini je. Hahaha

Kesahnya.. 
Balik kerja, suami tengok kasut dia dikencing kucing. 
Esoknya kasut kedua pulak di kencing kucing. 
Kesudahannya suami duk la menonggeng basuh kasut dia dalam bilik air. 
Boleh tahan payah jugak ye nak hilangkan bau hancing kucing. 




Eh, tengok - tengok ada taik kucing pulak dalam pasu bunga yang aku tengah semai benih. 
Ku semai benih indah, kau kucing bersemai2 benih ko dalam pasu. 
2 kali la aku suruh suami sedukkan pi tanam bawah pokok mangga. 

Elok aman damai, eh bunyi barang jatuh. Kucing meniti atas coridor beranda. Bersepai2 la tanahnya. 
Terkiokkkkk la kaktus hidup segan mati tak mahu aku tu. Tanah plak jatuh atas kerusi kat situ. 




 

Then, kucing kencing plak kat kusyen kerusi. Nasib baik aku letak plastik kat kusyen. 
Just tanggalkan sarung dan basuh. 
Span kusyen terselamat. 
Tapi aku nak tukar plastiknya. 
Plastik ni mudah koyak. 


Alahai kucing.
Murah rezeki kami nanti. 
:) 



Ok. Bye
XoXO

Korang dah ganti puasa

Assalamualaikum... Hai Semua...





Korang dah ganti puasa? 
Aku ni asbab nak buat IVF lepas raya hari tu, so aku ganti siap - siap semua puasa aku. Masa bulan syawal jugak aku start ganti. 
Dahla tinggal banyak hari sebab period tiong tong sebab makan ubat yang diberikan. 


Kononnya plan lepas puasa nak buat FET. So mengandung, takut dah tak larat nak puasa. Sekarang lega sebab semua puasa dah ganti. 


Psst : Orang dah riuh pasal tema baju raya. 
Kita wat rileks wat peace je dulu. 

Ok. Bye
XoXO

Beli kipas untuk beranda rumah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Hari tu budak opis aku datang rumah. Dia taknak masuk rumah sebab segan. Dia nak duduk kat luar je. Mujur kat luar ada kerusi untuk duduk. Cuma tak kemas sangat la sebab kadang-kadang takde orang duduk sangat. Dan kat sini panas sikit la sebab takde kipas.

Eh, selang beberapa hari lepas tu suami g order kipas kat Titktok masa live. Kipas ni boleh buat 3 version. Boleh nak jadikan kipas berdiri, kipas duduk atau kipas dinding.

Aku nak buat kipas duduk (rendah) dan letak atas kabinet kasut. Tapi suami kata letak rak buat letak helmet aje. So kipas kami jadikan kipas berdiri letak atas lantai. 



So, boleh la duduk2 berkipas kat sini. Sampai feeling2 macam duduk kat beranda di rumah mak kat kampung. 

So far puas hati. 
  
Psst: Dah 10 tahun duduk sini, konon nak berdeko bagai kat beranda ni, hujung2 terbengkalai aje. Haha


Ok. Bye
XoXO




Rumah Kesayangan : Apa lagi projek Encik Suami untuk beranda rumah ni

Assalamualaikum... Hai Semua...


Entah apa lagi projek Encik Suami untuk beranda rumah ni. Aku duduk dalam bilik berehat 2minggu kat rumah, padan duk dengar bunyi mesin gergaji dia berselang seli dengan bunyi anjing jiran menyalak. 






Suami bawak balik papan katil untuk projek dia. Memang untuk dibuang. So, suami ambik. Gigih angkut mesin kayu kami bawak ke tempat keje dia sebab nak potong papan ni masuk dalam kete. 





Kita tengok la jadi apa nanti. 
Serabut mata tengok bersepah kat beranda ni. Ni kalau aku sihat, memang aku kemaskan aje barang kerja dia yang bersepah. Hehehe.. 
Keje sikit, eh baranh xcukup. 
Keje sikit, releks lu. 
Keje sikit, esok sambung.


Kita tengok masuk tahun 2024 agaknya siap. 

Ok. Bye
XoXO

JOURNEY IVF-FET KE2 : Prosedur FET

Assalamualaikum... Hai Semua...

29 November 2023, Wednesday

Hari yang di nanti-nanti dah tiba.
Prosedur dijadualkan pukul 11 pagi. Pukul 09.30 pagi, aku dah sampai hospital seperti yang diarahkan doktor. Oleh kerana di FET kedua, dan dah ada pengalaman dan tahu serba sedikit.

Penuhkan pundi kencing, minum air agak kerap.  Doktor panggil masuk bilik dan sembanh sikit pasal ubat. Takde scan hari ni. 

Lepas jumpa doktor terus masuk wad. Jadual makan ubatvprogynova pukul 11pagi. So aku makan dulu ubat tu. Tukar baju dan bersiap. Aku bawak ubat gel crinone sekali, sebab ubat aku masih ada. So aku guna ubat sendiri yg balance dadi FET pertama. 

Pukul 11.05 minit masuk ke bilik prosedur. 
Nurse siapkan semua persiapan. 
Macam biasa banyak kata-kata sokongan daripada nurse. 

Masa masukkan embrio, mulut aku tak stop selawat dan zikir sepajang prosedur. Tak sakit pun. Harapkan ada rezeki kali ni.
Mana yang tak tahu, first FET aku hamil. Cuma gugur pada week7 sebab genetik isu, kantung tak bulat. Memang gugur sendiri seperti yang doktor jangkakan. 

Settle prosedur, aku disorong keluar. Suami dah tunggu kat bilik wad. Rehat 2jam. Lepas Nurse bg penerangan cara makan ubat dan pnjagaan selepas FET, aku balik rumah. 








Sempat la singgah farmasi beli ubat pastu rehat kat rumah. 
Hari first rehat tapi solat macam biasa. Berjalan je kalau ada keperluan. Takde la bedrest sepanjang masa. 
Minggu berlalu dengan buat kerja macam biasa. Dapat MC 2weeks.


Semoga ada rezeki, baby survive kali ni.

Psst : Asbab TTC ni, aku dah berani hadap prosedur itu ini. Kacang aje.. Hehe


Ok. Bye
Xoxo

Rotating MakeUp Tray dari Tiktok

Assalamualaikum... Hai Semua...


Stress tengok barang kelengkapan diri penuh bakul & main sumbat-sumbat aje dalam bakul. Akhirnya aku teracun nak beli rak mekap. Aku jumpa kat tiktok.



Semua main sumbat aje dalam bakul biru.
Bila tak muat, terus main letak aje atas kabinet


Selepas declutter buang beberapa barang yang expired dan taknak pakai. Baru la syok dan kemas mengemas dan susun barang dalam rak mekap yang baru ni..





Aku campur aje dengan barang suami. Lagipun barang lelaki tak banyak mana pun. Tapi tula, rak mekap gini senang perangkap habuk. Nak beli rak yang bertutup, harga quite mahal. Yang ni bawah dari RM20.


Ok. Bye
XoXO

Bekas ubat

Assalamualaikum... Hai  Semua...


Tak sia-sia aku beli bekas ubat kedai Eco ni. Murah tapi berbaloi ye. Sblm ni pernah beli bekas ubat di farmasi untuk mak mentua aku, tapi penutup nya ada yg loose dan ada yang ketat sangat sampai susah nak buka. 

Bekas ubat eco ni penutupnya elok. Mudah buka. Siap ada penyangkut kalau nak gantung kat bag. 



Paling best bila ubat habis dan buat kerja refill ubat lagi

6 compartment belakang


4 compartment depan

Ada 10 compartment. 4 bekas besar, 6 lagi kecik. Alhamdulillah muat untuk ubat2. 
Percaya tak, kalau happy simpan ubat dalam bekas comel-comel gini, hati pun happy nak makan ubat selalu. Hehehe.. 

Maklumla wanita TTC ni baru 2tahun kebelakangan ni, start plan semula nak amik ubat. Hehehe


Ok. Bye
XoXO

Besday Suami 2023

Assalamualaikum... Hai Semua...


Selamat Ulang Tahun Encik Suami.. 
Dah 2 tahun sambutan ala kadar sebab IVF. 
Tahun lepas sebab OPU (Ovum Pick Up) 
Tahun ni pulak sebab FET (Frozen Embrio Transfer) 



Persiapan ala kadar. 
Suami nak makan briyani. 
Jom tapau.
Nak donut susu. 
Jom tapau. 
Nak laksa. 
Jom tapau. 
Nak kek besday. 
Jom tapau. 

Indahkan hidup bini.. 

Macam biasa laki bini 2 ketul ni main cucuk2 lilin depan TV. Sendu. 
Diam2 enjoys berdua depan kek, malu gak kalau MIL nampak. Mujur MIL dalam bilik. Hehe. 


Petang hari masa berbaring malas depan TV. 
Member merangkap jiran terdekat warga kampung sebelah wassap ajak minum tepi laut. Dorang datang amik kami naik kete dorang. 
So, lancorrrr gerak ke Pantai Remis di hari ahad yang meriah. 





Pekena se das dua seafood. Kami xmakan banyak sangat sebab memang dah full makan laksa kat rumah. 




Balik rumah MIL macam merajuk sikit Huhuhu. Sebab kami keluar. 
Keluar 2jam g pantai yang 20minit dari rumah. So jangan ditanya kenapa kami belum berhoneymoon di Paris.. Hahaha.. 

Selamat Hari Lahir Suami. 
Semoga semua impian kita dimakbulkan Tuhan. 
10 tahun yang indah hidup bersama.
Semoga Allah menjadikan u susuk tubuh lelaki yang kuat untuk jaga mak dan isteri. 
Allah permudahkan semua urusan u. 
Murahkan rezeki u. 

I _ _ _ e You (isi tempat kosong) 


Ok. Bye
XOxo

JOURNEY IVF-FET KE2 : Last check up before FET

Assalamualaikum... Hai Semua...


22 NOV 2023

Check up last before FET. 
Tebal dinding rahim 9.7mm.
Sangat memuaskan dan selari dengan hasil ubat.
Doctor tanya ada white egg yang clear ke? 
YES ada. 
Doctor : Good. Menunjukkan hasil yang baik lepas makan ubat. 




Tri laminar
3 garisan masa scan
Perkembangan yang bagus utk buat FET





Jadual makan ubat


Prescription dari doctor.
Kali start beli ubat kat farmasi lepas ni. 


Form untuk warded FET nanti


Kena bayar pendahuluan RM 3450 untuk FET. 
Dan RM195 untuk bil check up hari tu. 
Masa hari FET kena bayar lagi RM2500 macam tu


Beli ubat sebelum balik rumah.

So eksaited. Sbb FET lagi beberapa hari.. 
Berdebar. 
Eksaited. 
Tertunggu-tunggu

Harapan aku, selain harapkn FET berjaya dan dpt baby. 
Aku jugak berharaappppp sangat, ayah aku sihat.. Taknak dia masuk wad sepanjang aku IVF ni, sebab aku xleh berjalan jauh utk balik KG. 
Terkilan kalau aku xleh balik kampung sebab slps FET doktor tak galakkan travel jauh. 
Setiap hari berdoa ayah aku baik2 saje dan boleh tunggu aku balik selepas selesai IVF dan dibenarkan travel. 


OK. Bye
XoXO


Cuci Longkang di Hari Ahad

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ahad lepas, MIL mengadu boleh bau longkang dari bilik dia. MIL bilik belakang sebab dekat dengan bilik air. So, bersebelahan la dengan longkang. Terus la aku ajak suami aku bersih longkang.

Banyak pasir dalam longkang dan lemak2 dari sink dapur, Dannnnnn.. ada jugak simen mengeras hasil dari renovation rumah jiran2 sini. Gigih la suami aku hancurkan simen keras tu sebab tak elak air bertakung membuatkan longkang lagi berbau.

Tapi tu la, side belakang rumah kami clear sekali pun, tetap jugak longkang depan2 sana block sebab takde maintenance yang regular. Belum kira ada penduduk yang renovate belakang rumah dan tutup longkang. Dan longkang bawah jalan tar yang kami tak boleh nak clearkan pasir dalam longkang.

Lepas clearkan pasir & simen yang mengeras dalam longkang. Elok aje air longkang laju mengalir dan tak berbau lagi.



Kami takde la bersihkan longkang setiap bulan. Kalau setahun mungkin 2-3X suami aku akan clearkan.


Satu jug air kosong sejuk kaw-kaw aku sediakn untuk suami.



Jiran belakang bagi muruku masa suami tengah cuci2 longkang



Ok. Bye
XoXo