Tukar Handle Kitchen Cabinet (Black To Gold)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku sebelum ni beli warna black untuk handle door - kabinet.
Kemudian rasa nak tukar warna gold plak.
So, aku gigih scroll semula shoppee untuk cari yang gold plak.
Kedai yang sama dah sold out warna gold.
So cari kat seller lain.
Ada yang murah, aku beli.
Bila dapat rupanya handlenya kecik sedikit, tapi ukuran panjang sama.
So, still boleh pakai dan replace yang lama.
Lubang screw still sama size iaitu 16cm.

Jumaat tu dapat parcel, terus aku pasang.
Tak menyabo.
Takde tunggu laki pasang.
Kalau tunggu dia, jawabnya kabinet tukar warna pun, still handle tak tukar lagi.

SEBELUM -Black


SELEPAS - Gold
(Silau cahaya tak nampak sangat gold kalau ambik gambar keseluruhan)


Gold Handle







Gold boleh matchkan dengan warna kitchen top tiles.

Kali ni sangat puas hati dengan combination kaler ni..

So. kali ni memang dah takde nak tukar2 lagi..
Berpeluh jugak tukar secara manual (guna screwdriver)

Ok.Bye
XoXO

Menyambut besday anak sedara 1 Tahun

Assalamualaikum... Hai Semua...

Throwback majlis hari jadi anak sedara aku 

Adik perempuan aku nak buat makan-makan untuk anak dia.
So, kami adik beradik ada la yang sponsor sikit2.
Adik aku beli kek.
Ada yang belikan cupcake dan dessert
Ada yang belikan sate.
Ada yang belikan pizza.
Ada yang belikan kek gulung.
Hadiah aku dah bagi awal. So, kali ni takde bagi hadiah la. Aku bagi cash sikit untuk dia menabung.

Aku tak segigih dia nak buat belon2 bagai.
Aku tengok dia pun dah "alahaiiii.. gigihnya mung ni"
Nasib baik ada adik ipar aku yang nak kesahkan tolong gantung belon2 tu. Aku taknak buat belon, sebab risau kalau buat nanti belon pecah panggggggg bunyi dia..!! Perittt


Kek tema lelaki kena la warna biru kekdahnya.



Kek gulung sedap

Pizza dan aneka dessert yang small2 cute

Sate sponsor by my mum

Hadiah 


Tapi orang lain yang rasmikan. Hehehe




Tak semua ada dalam gambar.


Kali ni makan kul 6petang
Syok rupanya sebab takde la lewat sangat.
Kalau buat lepas isyak, dah kelam kabut ada yang nak tidur la. nak berak la. nak berbuai la..
So, lepas ni boleh syorkan buat petang2 plak.

Epi besday Azka. Semoga menjadi insan soleh dan berbakti kepada semua.

Habislah episod besday dia. Berminggu2 mak dia cari idea itu ini nak buat besday anak dia ni. Hehehe

Ok. Bye
XoXO

selaMAT ANNIversary ke -9 (2022)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Anniversary ke 9 tahun 2022

Alhamdulillah.
Dah 9 tahun.
Kalau sebelum - sebelum ni mesti prepare itu ini untuk celebrate anniversary, tahun ni macam rilex aje.

Bermula dengan both of us kena cucuk booster. Pastu semua demam urat, sakit itu ini. Hahaha.
Pastu plan nak keluar celebrate kat luar, kami cancel sebab perut asyik sakit (bahana makan macam2 seafood bercengkerang kot,hahaha)

So, Selamat Ulang Tahun ke 9 untuk diri sendiri dan suami.
10 FEBRUARY 2013 - malam akad nikah

Bangun g kerja. Plan nak makan luar as usual kami cancel sebab nak kena makan malam kat rumah dengan mentua. Dah makan, memang takde la nak keluar lagi kan.
2,3 hari lepas tu baru la sempat g beli kek 2potong kat secet recipe makan depan TV.

Both Cake is sangat sedap.
Secret Recipe Setia Alam.

Tapi beberapa hari sebelum anniversary, kami akan keluar makan lepas suami jemput aku dari airport.
So ala-ala pre-anniversary gitu.

Sushi @ Fujiyama Damansara Utama

Marinara Seafood Spagethi @ Fujiyama Damansara Utama
Super sedap.



Masing2 ada plan hadiah nak beri kat pasangan masing2 tapi semua kering poket bulan ni. So, sendu je la masing2. Hahaha

Selamat Ulang Tahun.
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Ok. Bye
XoXO